Sponsored by

Friday, November 12, 2010

burung buat main

tgk tajuk entry nampak da gempak en ,silap ada yang pk lain haha..burung yang aku maksudkan adalah si Peanut ,hitam legam manis comel burung merpati belaan ku




die neh kan ,tiap kali aku panggil die buat dunno jek,kalau letak makanan mesti laju je datang.Kalau dilepas ,die pandai cari jalan pulang .Sbab tu zaman dulu gune merpati sebagai posmen .Mula2 ada dua ekor,siputih ,dia hilang mana tah.Dah la dua2 jantan ,mana nak bertelur ,jadi cam gay lak haha.adoyai ..kene cari pasangn baru tuk die ...sape berkenan lalala

langit dan cinta

"semakin hari ,semakin jauhku rasa ..
masa kian memandang pergi dari ku 
setiap malam ku cari semua memorimu
duka nestapa hati ku tinggalkan 
oh cinta usah ko lari ,tinggalkan ku disini ..
akanku dongak kelangit setiap kali ku teringatkan mu"..

Wednesday, November 10, 2010

bila banjir ,ape yang paling laku??

pagi tadi akibat tak leh tdo dari semalam ,tepat jam 8 pagi ,aku klik button tv dan bukak berita tv3.Intisarinya masih berkisarkan tentang isu banjir dan keadaan semasa di kedah ,perlis dan kelantan negeri2 yang dialnda banjir.Apa yang menariknya dalam berita pagi ni berbanding berita yang lain ,ada satu temu ramah dibuat bagi penduduk tempatan tentang ,APABILA BERLAKUNYA BANJIR ,BARANG APA YANG PALING LAKU?

antara jawapannya ialah;
-penyapu
-maggi dan minuman
-sabun
-berus
-ubat nyamuk(sebab lepas hujan kan byak nyamuk )
-penyodok dan macam2 lagi keperluan

namun ada satu barang yang paling laris di kedai ,khususnya golongan lelaki yang paling gemar membelinya ,tak lain tak bukan....JENG JENG JENG




                                               ROKOKK!!


lek lu bro ,sap kok lu! tenang sket haha ,bagus2




haha ,kenapa?sebab kebanyakan mangsa STRESS dengan apa yang mereka hadapi .Jadi rokok lah yang menjadi ubat untuk hilangkan stress mereka daripada berlanjutan.Hehe,pada musim banjir jugalah bertambah untung bagi pengeluar2 rokok di malaysia hahaha


amaran!;
merokok membahayakan kesihatan ,nasib takde bukak kedai syisya time banjir,konpem laku!!hak3


bagi yang susah nak berhenti merokok ,aku dengan baik hatinya nak kongsi PANDUAN BERHENTI MEROKOK.

kasanovas

zaman skang ,
budak tadika pon da pandai ada fb ,
mcam2 la diorang buat ,mengorat ape tah ..
antarnya ,dua orang budak neh yang HOT habis haa..
jangan pandang sebelah mata setengah ,diorang la KASANOVAS hehe




kiddin,
dua orang neh anak jiran aku ,
diorang bakal mengiringi pengantin pompuan (my sis) di ari perkahwinannya..comel en :D

kenapa mesti comel?




ku pasti ramai yang inginkan pasangan paras rupa yang cun dan comel lote,yang perempuan gilakan laki cam  min ho ,mizushima hiro ala laki2 yang muke jambu gitu lar.Manakala yang laki pulak gilakan perempuan yang cun and seksi ,cam megan fox atau fasha sanda (glamer kontroversi jek ) atau yang cute2 cam ayumi hamasaki ker yui ker .hehehe

baiklah ,satu kajian telah dijalankan oleh mamat yang bernama Tod dari akedemi sains di Amerika .
kenapa lelaki minat ngan perempuan cantik ?.Dan hasilnya;

kebanyakan lelaki lebih;
-cenderung melihat dari segi fizikal semata2 (maknanya pada paras rupa je),daripada menilai dari segi latar belakang seseorang perempuan itu .(ikut kajian je ye)

kebanyakan perempuan pula;
-cenderung memilih lelaki yang berlatar belakang yang baik ,(ada kewangan kukuh ),kurang dari segi paras rupa ,tetapi pandai mengambil hati mereka.
                                                                                                                                     (facts)

jadi tidak hairan la,kalau kita lihat ada pasangan yang ,aweknya cun melecun habis tapi pakwenye biasa2 jek en .Tapi ,semuanya terletak kepada individu sendiri ,samaada pasangan itu sesuai atau pun tidak.Kata orang jodoh tak kemana.Sebenarnya ,dalam islam ,nabi muhammad pernah berpesan, pilihlah lah pasangan yang 
  1. soleh dan solehah
  2. baik keturunan
  3. yang berilmu 
  4. ada paras rupa..

jika cukup empat ,insyaallah bahagia la pasangan itu ,tapi kita takleh harapkan yang "perfecto" semata2,semua orang ada kelemahan masing2 ,terserah pada kita la yang menerimanya ..



kalau Jamban Pon nak Comel .apatah lagi manusia hak3
kalau sume yang nak cun2 dan hensem2 jek ,camne ngn golongan yang tak bape cam aku neh nak survive ,aduhai T_T hehe.

p/s;on9 gne jiran punye broadband lagi ,lapar tol!


Tuesday, November 9, 2010

tumbuh-tumbuhan


its your path.

"you can do it ,but u shame to make it ,at the end of the day u lost everything".

Monday, November 8, 2010

selamat hari tua

i belive...,
i belive that true love is the
ULTIMATE OF EXPRESSION OF WILL TO LIVE,
a heart of true love is forever young ..

what is friend?..
a single could welling into two bodies.
FRIENDSHIP IS LOVE ,WITHOUT HIS WINGS!



last year punye besday prank ,tahun ni tak kene sebab cuti yeah.





semakin meninggkat dewasa,

semakin umurku  bertambah,

7/11/2010 penanda aku menjadi dewasa,

cabaran mendatang kan ku tempuh dengan hati yang tabah..





disini,
 aku ingin ucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua rakan-rakan yang baik hati ,memberi ucapan happy besday kepada aku :),aku sangat menghargainya.
Aku tak dapat online sebab takde internet ,broadband kene pau ngan abang aku .Nasib baik aku dengan muke tebalnya,meminjam skejap broadband jiranku.

Bagi aku ,tanpa hadiah time hari jadi tak kisah ,at least rakan2 ingat tentang aku dengan ucapan2 diorang ,dengan itu aku rasa sangat dihargai  :).Aku dapat online skejap jek ,len kli jumpe lagi ,selamat bercuti semua.
maaf salah dan silap yang aku buat kat korang ya hehe..

Sunday, November 7, 2010

nanges?


PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


p/s;di petik dalam laman i love islam..

Wednesday, November 3, 2010

i'm going home

setelah puas berjalan kesana kemari ,sudah tiba masanya aku pulang ke kg halaman ,dan cuti berehat dari segala benda fb blog ,youtube sebab ,takde internet kat sana,jadi SELAMAT BERCUTI ,aku akan off sementara :)

baiklah ,sebelum aku off ,aku nak cerita ,masuk 6 haribulan sebelas adalah hari yang aku ingat sampai bila2,itu adalah tarikh kematian rakan baikku sejak kecil,emi .Memorimu tetap terpendam sampai bila2.Aku rasa macam baru semalam bersembang dengannya ,rupanya masuk 6 hari bulan ni genaplah satu tahun kematiaannya .Al -fatihah buat arwah.Ajal maut siapa tahu ,entah2 lepas ni aku pulak ,ampunkan dosaku Ya allah.

7 haribulan pula adalah tarikh kelahiranku ,aku tak sangka arwah pergi betul2 hampir dengan tarikh aku lahir.
Itu lah takdir ,hanya Dia yang tahu .

BYE..

Monday, November 1, 2010

video(hack) -by spunkers

INI LA VIDEO YANG DIORANG BUAT STEP BY STEP UNTUK HACKKAN BLOG NIH ,CEK IT OUT

up on the hills














di hack

baiklah ,hari aku nak cakap blog ini di hack!!!!!!!!!!!!,oleh 4 ekor dajal yang digelar spunks.....siap buat video lagi tuh ,tak leh belah,siot !!  tol,deym haha.Kalau nak kenal sape diorang ,takpe ,dieorang dengan baik hatinya letak gambar diorang skali ,maknanya diorang ade kat sini la -__-"

sebelum ni dua orang mangsa sudah dikerjakan ,kali ini aku pulak yang kene,tak sangka amaran sebelum ni rupanya petanda untuk kene ceit,tapi lepas diorang hack aku ,kiteorang pegi GENTING HIGHLAND!!diorang dengan selamba dono ,buat macam takde ape,tapi nampak jugak sengih2 ala beruk makyeh di muka mereka..But anyway,THANKS FOR HACKING ME,deym haha,korang baik hati2 dowh ...haha

p/s;nanti aku tunjuk video serta komen skali ,ape daa~

Sunday, October 31, 2010

The mastermind responsible =D

HOPE U ENJOY..HAHAHAHA..U GOT SPUNK'D

tHE UGLY TRUtH x_x



 When I’m home alone, I can ma****bate to anything from wrestling to diving contests. Just seeing guys in tight clothes or all over each other turns me on, but I would never want to admit I’m gay-imamudin =D

Saturday, October 30, 2010

i love u

malam-malam aku selalu tak dapat tido,
aku bosan gile ,sume dah tdo ,tinggal aku jek ,
tapi nasib baik ade teman ,
dia adalah Jamban comel aka my blog ,
i love my blog ...hehe,





terima kasih kepada yang sudi komen blog ini selama ini,
jasa mu di kenang sampai bila2 .;)

Friday, October 29, 2010

real photoshop

dari atas ade~

dari times square ke pavillion.

kelmarin ,
selepas je selesai exam terakhir kami ,aku dipelawa ke kedai kawan aku ,wassem .Kedai yang dinamakan Artscream galeri itu terletak di ruang legar tingkat enam Pavillion.Di sini terdapat pelbagai aneka ais krim yang boleh dirasa seperti perasa buah naga ,perasa papermint(cam ubat gigi) malah durian pon ade.Kepada peminat ais krim di luar sana jangan lupa singgah la ke sana :).




Baiklah ,cukup dengan iklan sebentar.Sebenarnya ,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wassem kerana sudi membelanja aku dan rakan dengan ais krimnya.Bukan biasa2 BESAR punya ais krim kami santap.Boleh bankrap gamaknya die haha.Maaf atas kerakusan diri ini .hehe

Sebelum itu ,aku sempat berlegar2 lagi disekitar bukit bintang dan juga time square.Banyak jugak dapat port menarik ambik gambar ,antaranya seperti yang aku post sebelum ini .Jadi ,ini kali terakhir kami keluar bersama ,lepas neh pakat nak cuti dah haha ,tak sabar rasa nya ,sekali lagi terima kasih semua


masa aku jalan2 kat sane ,aku jumpe topi haiwan neh ,comel sih  ,harga boleh tahan haha..




p/s;
it was a request from somebody ,cari topi neh ..found it :),actually ,topi neh kanak2 yang pakai masa musim sejuk ,but anyway ,ia berbulu.hehe

smalam jugak tengok cite takers ,cool sih ,tgk jgn tak tgk .

Wednesday, October 27, 2010

futsat sket

Yeah exam da abis!,abis kepala hang !haha walhal masih tinggal satu paper la dol.Paper terakhir aku pada esok hari ,iaitu bahasa Melayu ,bukan mcam bahasa melayu yang belajar time Spm dulu ,kene hafal puisi ker ,watak dalam cerpern ker,mahupun jalan cite ke ape ,cuma kali ni lebih santai sket ,banyak kajian hehe..nant aku update  tentang kajian kiteorang zazzz


Baiklah ,disebab kan takde paper semalam ,tetiba syah call aku ajak main futsal dengan tak semena-menanya."Hello MAM,jom main futsal,ko tempah aku cari budak!"...'cantek ,aku memang lama dah duk bela lemak kat perut neh lama-lama,bleh jugak buang die sket hoho'.Ape lagi kitorang set kul 10.30 main ,padahal sume datang lambat ,pastu tunda la jadik kul 11..(padahal aku yang paling lambat doi! hak3).




info;
kerajaan negeri sembilan telah memikirkan solusi ,bagaimana mengatasi gejala mat rempit di negeri mereka adalah dengan membina lebih byak gelanggang futsal .Hasilnya amat mengejutkkan ,kini gejala tersebut semakin berkurang kerana telah ramai mat rempit berpindah hobi bermain futsal dimalam hari haha..idea tersebut juga telah mendapat sambutan dari negeri2 lain ...sumber-harian metro 


kesimpulan ;futsal bagus untuk kesihatan ,malah dapat mengurangkan gejala sosial hehe

Tuesday, October 26, 2010

wajah baru

amacam layout baru ?ok tak ?hehe,sebab susah sangat nak cari yang sesuai dengan hati ,last2 baik simple jek ,aku suke kaler hitam ,cam cool ..buat sementara neh ,ini la layout yang aku guna ,sehingga aku jumpe yang lagi elok...:)

Monday, October 25, 2010

si kurus

masa dulu ,wah rindu ,aku jumpe dalam akunye tagged's profile,natsukashii ka na..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...