Sponsored by

Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalam .
Setelah sekian lama aku tak update blog ini ,aku rasa macam kesian buat blog sendiri .Sebelum ini sibuk dengan exam dan juga projek yang ada mungkin aku jadi malas sikit nak update.Namun aku gagahkan diri aku jugak nak update blog aku ni ,ya aku masih sayang blog aku walau apa pon terjadi

"dah kenapa kau neh"

"kah kah kah"

to the point

13 may adalah Hari Ibu Sedunia ,di sambut seluruh warga dunia .Selamat HAri ibu aku ucapkan kepada ibu terasayang Fanizah binti Ismail juga kepada ibu yang berada di seluruh dunia ,juga ibu yang sedang membaca blog ini .

Tidak lupa juga ,kepada ibu jari ,ibu ayam dan segala benda yang berkaitan dengan ibu ,selamat hari ibu aku ucapkan .


Sesungguhnya keperitan ibu tidak dapat dibayangkan ,tatkala melahirkan kita ,mejaga kerenah kita ,terutamanya jenis yang nakal tak reti bahasa neh orang suruh tak dengar cakap ,namun ibu2 masih sabar dengan anaknya .

Teringat lagi time aku kecil ,masa aku berumur 6 tahun ,masa tadika.Aku jenis memang liat nak ke tadika sampai mak aku kne teman aku belajar di tadika sampai la aku balik ,malu sungguh waktu itu .Sampai , aku menangis bila mak aku menghilangkan diri ,walhal mak aku pegi tandas kejap je .Ya manja sungguh aku pada waktu itu ,malu lak rasanya .biasa la budak.

aku pernah buat entri rasanya lihat sini .




Namun ,sejak kebelakangan ini ,banyak isu yang di timbulkan berkaitan dengan ibu .Pernah dengar pasal ibu pukul anak sendiri tuh?.Ya ,rasa cam nak sepak je mak budak tuh ,sampai pukul ngn bantal sampai cubit2 siap lagi .Sedangkan allah ciptakan anak sebagai bonus bagi mereka supaya lebih bahagia ,dengan anak mereka akan jadi lebih gembira.Namun mereka tidak bersyukur ,jadikan anak tempat lepas geram mereka .Sedangkan ibu kucing ibu lembu pon sayang anak mereka sendiri ,ini kan manusia berakal ,makhluk yang di cipta allah jadi khalifah atas dunia nih

manusia manusia manusia .

next ,

Juga ,ada satu kemusykilan bagi aku ,yang kian di sebut - sebut orang skang,

"menyambut hari ibu  adalah haram "

sama macam hari valentine ,majlis fatwa memang dah mengharamkannya ,dan aku sendiri tak berapa nak suka sambut hari valentine sume tuh , tapi hari ibu aku sambut

sedikit bingkisan yang aku baca kenapa ia diharamkan .

"Sejarah hari ibu telah di kenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang - orang Greece , sebagai penghormatan terhadap Rhea , ibu kepada tuhan mreka.Pada tahun 1600 orang-orang england mereayakan hari yang mereka namakan sebagai "mothering sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent.Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan februari atau Mac.Dalam tempoh ini ,sebahagian orang-raong kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu dengan alasan agama.Amalan tersebut adlah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary .Mother Mary adalah Maryam ,ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mreka anggap sebagai tuhan " via maahadsas 

Ya ia berkaitan dengan kristian, So its not good for muslims to celebrate that day .Sebab ia berkaitan dengan mother of Jesus.Sebelum ni aku pernah dengar , tapi isu ini baru timbul skang ,terima kasih bagi yang share info ni ,baru aku tau dengan lebih lanjut

Namun, bagi pendapat aku , ia terletak pada niat kita.Mungkin tarikh itu meraikan ibu jesus,Mary ,namun aku sambut dengan niat demi menghargai ibu aku sendiri ,sebab itu je tarikh orang guna sebagai menyambut hari ibu .Tapi kalau boleh di tukarkan tarikh tersebut adalah baik ,but we can't change the fact ,13 may is the Mothers Day .Harap tak salah faham ,kita serahkan pada majlis fatwa menentukan ya.


p/s;
mungkin timbul pula isu ,hari guru haram ,hari buruh haram mane tau ? i'm always have faith in Allah ,yang penting adalah niat , semua benda yang kita buat terletak pada niat tak begitu?,jangan lebel aku sekular atau liberal dah la .







Aku dan mak aku ,like mother like son ,mak comel anak hensem tengok la datang dari mana ,ayah aku pon hensem gak haha *marah lak kang kalau tak puji .Senakal nakal aku ,takde la mak aku nak pukul ngn bantal bagai ,cubit pipi bagai masa kecik ,tapi biasanya lebih kepada nasihat ,sampai terasa pedasnya dalam hati haha ,selamat hari ibu mamal. :)

Saturday, August 20, 2011

pakai tudung bukan kerana trend ,tapi kerana niat

salam ,
aku nak menulis ,satu topik ,yang da lama aku duk fikir dan merasa sangsi tentang perkara ini .


tentang "tudung "



sumber dari google

kalu kita lihat pada hari ini ada macam -macam jenis pemakaian tudung yang telah diperkenalkan ,namun ape yang memusykilkan aku ,dari segi pemakaian tudung zaman sekarang .Sama ada secara betul atau tidak.



Bukan maksud aku nak kritik orang pompuan pakai tudung ke hape ,dak aih ,cuma kadang - kadang aku pelik ada segelintir yang memakai tudung ,namun tidak lengkap seperti yang di suruh syariat .

Pernah sekali aku tengok ,pakai tudung nya da elok ,namun baju memakai berlengan pendek .Malah ade yang pakai tudung  ,namun hanya menutup rambut ,tapi bahagian tengkuk di biarkan dedah camtuh je .Aku tak tahu la sebab trend ke ape ,namun ianya sesuatu yang tidak kene dari segi pemakaiaannya .


Bagi aku ,bagus lah ,niat mereka  ingin memakai tudung ,tetapi hendak lah dengan cara yang betul ,ibarat ,sebuah kereta yang dibina dengan teknologi yang moden dan bahan yang berkualiti tinggi dalam pembinaannya ,namun ,sayangnya tidak dicat dan tidak di hias dengan warna warna yang menarik .akibatnya semuanya jadi tidak lengkap dan tidak menarik  .

Begitu lah mereka ,sayangnya rupa cantik ,pakai tudung namun ,tidak lengkap dengan cara yang betul .:) 


" adakah kamu memakai tudung hanya kerana trend masa kini ?atau memang  niat anda  ikhlas ingin memakainya?"

Memang lah sangat bagus andai kata ,wanita itu berubah dari tidak memakai tudung ,terus memakainya ,tapi bukan lah kerana fesyen yang ada sekarang ,tapi dengan penuh ikhlas ingin memakainya sebagai hijab ,menutup aurat .itu yang kita harap kan.


"eh benda wajib pon nak kene tangguh-tangguh?"


"memang la ianya perkara yang wajib ,namun kalau si dia tidak ikhlas ,lain jadinya ,pahala tak dapat ,malah  dosa yang dapat "


"Dan jangalah mereka menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak darinya" [TMQ An -Nur (24);31]




Pemakaian tudung mengikut islam 
perlu di ingatkan ,aurat seorang wanita adalah pada paras muka dan tangannya sahaja ,tidak lebih daripada itu.Dari segi tudungnya pula biarlah menutupi dada.


"wahai Asma ,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini ,dan seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya . " [HR Abu Dawud ]

Jadi pakai tudung biarlah mengikut apa yang dilandaskan oleh islam ,baru la nampak comel .Bukan aku suh semua pakai tudung labuh ,tak semestinya ,cuma biarla mengikut tata tertib yang betul yep :).

Aku cuma menyampaikan pendapat aku jep ,kalau ada yang terguris hati ke apa ,maaf di ucapkan ,mari la saling nasihat menasihati ya.

"amboi da jadi ustaz naa "

"aku bukan ustaz ,dan aku masih kurang dari segi ilmu agama didada ,namun aku ada rasa prihatin ,dan aku ingin menyampaikan pendapat aku menerusi blog aku :)"

p/s;
bulan -bulan pose tak yah nak seksi sangat la ,nak beli makanan kat bazar pon nak vogue2 sampai dedah sane sini haa ,tak pasal - pasal dapat dosa free adei haha



 sumber dari google.

Friday, August 12, 2011

ade blog tampak hebat ?







ini ada lah kisah yang lama dah ,tapi tetibe pulak timbul dalam kepala gua ,lama pikir jadi serabut ,susah dan gelisah hati gua .
"macam orang putus cinta dah haa "
"ade blog ni hebat?" ....penat aku duk pikir haha.

satu hari  aku duduk lepak ngan kawan aku ,time tuh die bawak kawan die sorang .Bile diperkenal kan aku ni nama bla bla ,anak bla bla ,belajar bla bla ,masih single bla bla *nak cakap jugak tuh  ,dan last sekali tetibe pulak kawan aku cakap "dia ni ade blog ".

tetibe kawan kepada kawan aku  ni macam ,

"wah betul nih ade blog ?hebat tuh ,apa nama blog?cool gile siot"

"erkk"

dengan rendah diri aku cakap la ,
"nama blog "jamban x bape comel " ,kalau ko suke datang la ,tu semua tempat aku merapu jek pon .

"tak kisah la ,asal ko ade blog da kire hebat owhh!,awek cair owhh! "

ape jadah nye -_-" awek cair bagai haha .blog aku bukan hebat mana pon adei ...

mungkin sebab bile ade blog ,orang akan cakap

"die nih blogger ~ " 


jadi semua orang akan jadi exited ,betul tak?ada paham ?keep it safe .

p/s;dua tiga hari nak final ,slow sket update ,doakan aku *selamat berpuasa lagi...hak3

Tuesday, August 2, 2011

Sebab kenapa aku suka baju kurung





sebab ape aku suka melihat perempuan baju kurung :


1.sebab nampak sopan
ini dari pandangan aku sendiri ,kalau aku tengok perempuan memakai baju kurung ,sejuk je hati nengok ,nampak kesopanannya itu .Dari jauh ,rasa nak tengok je ye dak ,
"kan bagus nampak comel jek "
"walau die korek hidung sekalipun ,tetap nampak sopan kah?"
asal pakai baju kurung ,maintan sopan hak3 ,ade ade jek.


2.mengikut adat - adat melayu asli
tidak dapat dinafikan ,baju kurung adalah milik asli bagi orang melayu ,jadi bagi sesiapa yang memakainya diibaratkan menjaga adat - adat melayu itu sendiri ,wah .Bak kata orang ,siapa yang pakai baju kurung ni ibarat , perempuan melayu terakhir ,ye dak?

3.memberi expressi yang baik
yela sapa pakai baju kurung ,walau dia kaki clubbing ke ape ker ,tapi kalau pakai baju kurung ,first impression mesti baik


4.Sebab corak baju kurung nampak menarik
macam - macam corak kat baju kurung sangat berseni ,menarik hati .Ada bunga ,rama - rama cam2 haha ,jadi membuat kan aku suka



5.sejuk hati bleh buat isteri
ermm yang ni tak nak komen panjang ,tak semestinya x pakai baju kurung tak boleh buat isteri haha ,pakai jubah lagi elok *bagi aku la ,maksud aku di sini ,bile tengok si isteri pakai baju kurung ,atau baju yang sopan ,sejuk hati suami.

6.sesuai di mana - mana
sesuai dimana- mana ,maksud aku senang bawak majlis- majlis tertentu , sebab baju kurung sangat kasual hehe


7.boleh ambik hati mak
kene tanya mak aku dlu part ni haha .Ye la ,takkan la nak bawak jumpe mak calon pilihan dengan pakai short pant sume ,kompem kene rejek terang -terangan.

8.sebab baju kurung yang di starika nampak smart
"sapa yang tak starika ,x semat la?"
tak jugak ,maksudnya ,lagi elok la kalau di gosok baju tuh kasi cantik sikit hehe

9.mengelak menjadi tarikan lelaki lain hik3
ermm ,tak tau la nak cakap ,kalau bagi aku nak elak menjadi "hot" dikalangan lelaki ,pakai la pakaain serderhana sahaja, "baju kurung la tuh~ " ,kerana ia lebih baik bagi aku.Kalau pakai dedah sana sini jadi fitnah pulak yep :)

10.baju kurung ayu!
yes ,sebab itu aku suka melihat perempuan berbaju kurung kerana ,elemen ayu itu.Tak kira siapa jua yang pakai baju kurung *pompuan jek ,pasti ayu .
"mak cik pakai baju kurung neh ,ayu la nih dik?"
"ye mak cik "
 -_-'

*seb baik anak mak cik yang ayu ~ (ambik hati mak mertua)

haha ,itu la dia jawapan aku ,menjawap soalan korang sebelum neh ok.Tak semestinya ,bakal isteri aku *opps kene pakai baju kurung jek ,cuma ,aku suka melihat nya ya :) .

pasni beli la banyak - banyak buat raya hehe .

maaf aku merapu .slam ramadhan .

Wednesday, July 20, 2011

putar belit

Pernah satu ketika ,aku jumpe satu orang  ni yang suka putar belit.

"^%^$^@!**&(!@  ka? "
"bukan putar belit cam ane la! ,putar belit cakap lain  macam lar!"
 

Mula - mula ,die cakap pasal kawan sorang ni , yang die tak suka itu ini ,pastu duk sembang macam - macam yang ini tak sempurna la ,yang itu tak sempurna la ,tambahan pula ,siap cakap kawan tikam belakang .

Lepas tu pulak ,bila orang yang dimakinya itu buat bende yang dia suka ,amboi ,bukan main puji lagi itu ini ,bagai semua benda yang dikatanya tiada cacat celanya , "eh bagus la dia neh ,macam ni la kawan,suka betul aku! ".Namun ,sebelum ini bukan main duk canang sana sini ,membuat provokasi yang tak benar tentang kawan sorang neh .Ape jadah betul orang camni !.Tapi ,
"nobodies perfect yep,kalau buat salah ,apa salahnya buang ego mintak maaf ,bukan susah pon :)"

"tak tetap pendirian ,lain cakap lain buat" .

manusia ,setiap orang bukan sama ,mesti nak berubah - ubah


p/s:banyak betul monolog dalaman aku .hak3

Saturday, July 9, 2011

Opps kuning tamat ,gua kene tahan .

Setelah tamatnya perhimpunan bersih jam 5.30 petang hari sabtu tadi ,semuanya kembali tenang .Polis dah mula kebanyakannya dah bersurai .Dua tiga hari sebelum perhimpunan diadakan ,pak polis sibuk membuat "road block " sana sini ,mencari sape yang pakai baju kuning.Salah seorang mangsa kene ..."aku la ".

Satu road block telah dibuat di kawasan umah aku ,area bangi ,untuk mencari sape yang pakai baju kuning .
"gelabah betul~~:
pagi jumaat,time aku nak pegi kelas ,tetibe aku kene tahan ....

"dik berhenti!",aku buat dono

"dik berhenti ,berhenti berhenti!!"

"amboi brader ,chillex la!"  ,aku mane tau kau  panggil aku ..


"bak ic ngn lesen "

aku bagi dengan muke sposen ,dengan muke yakin ,takde ape2...

"asal roadblock pepagi ni bang ?,saya  lewat nak pegi kelas ni!" *konon buat2 ramah baik punye.

"nak cari baju kuning !,ha kau kenapa pakai baju kuning!??" sambil tunjuk2 jari die  kat aku.

"saya peminat harimau malaya bang ,saya pakai jersi jek,x salah kan?"

"tak bleh tak bleh ,try la pakai sabtu nih ,abang tahan!"

"pulak dahh!" ,jerit aku lam hati dengan panas....

namun aku still maintain senyuman kambing aku ,dengan yakin ,aku bleh lepas ,namun time aku nak chow2..

"jap dik ,ni lesen dah mati neh ,dah satu bulan neh"...amboi ,tak puas ati lagi.

aku check ,tengok ,aha laa ,cilaweii!!,dah abiss tempoh ,bulan 6 dah expired......
jadi dengan bangga pak polis mintak aku punye tanda tangan ,

"nah kau,kene saman 30 ringgit!!" ..........aduhai..

dalam ubi ada isi jugak yerkk!
"takde kene mengene~"



























                        *************************************************************
Namun ,bagi aku ,tamatnya opps kuning ni akan menggembirakan sesetengah pihak ,terutamanya ,mamat-mamat kuning di bawah nih



"sronok bleh wat keje balik hak3!" jerit salah sorang .....

tidak lupa jugak ,ada pulak yang bleh promo suit khas sempene bersih ,tak leh blah betul..




kalau ada camni ,aku pon nak tempah! hak3 ,takde la gurau jek...jap agi tahan aku lagi tak pasal-pasal deym.


p/s;manusia bila dieorang sihat memang alpa ,dah sakit nanti baru la nak sedar....*pikir2 sendiri.

Monday, May 30, 2011

tenet punya pasal.

 


kalau sape perasan dah lama aku tak update blog dari entri sebelum ni ,skang dah cecah hampir dua minggu .Hampir kering hati aku sebab tak dapat update.

So 'whats the problem ?' .Jawapannya sebab tenet kat umah aku belum dipasang lagi.Kata mereka,

"dik lagi dua minggu ,kita pasang la ".

Tapi skang dah cecah 2 minggu ,apa cita?.Mau kena saman ka?aiyaaa,manyak langsi maa.

"sabo man sabo"
jadi menjawap persoalan dari teman - teman baik sekalian ,sebab ape gua tak update ,tu la dia ,tunggu tenet umah aku pasang ,pastu aku update laju2.

"kisah pulak~"

no komen.

p/s;
orang kita berjanji pom pang pom pang ,buatnye tidak ,ye dak?,aduhai.Terpaksa aku cari kawasan tenet free nak main tenet punye pasal...-_-" hak3

Saturday, May 14, 2011

selamat hari ibu dan guru

salam ,
baik setelah sekian lama aku tak update,hari ni tergerak hati jugak nak update sempene hari ibu dan hari guru.Aku harap tak ketinggalan untuk aku nak buat entri ni ya ,sebab aku usha blog lain sume dah update .Yela ,"bloggers" mesti kene up to date en? hak3.

Dengan itu ,aku dengan rendah diri ingin mengucapkan

"Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru di seluruh dunia."

Kedua - dua insan ini memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan kita selain bapa kita ,jasa mereka tidak dapat diganti dan akan dikenang sampai bila-bila .

sempena hari ibu aku hadiahkan something yang special buat mama aku ,ni gambar beliau siap posing dengan hadiah hehe


sebelum bawak balik umah ,pose dulu kat kedai haha,caya kan hadiah aku ?one day i will ....insyaallah


"I remember my mother's prayers and they have always followed me. They have clung to me all my life." Abraham Lincoln

"love ya mama " ..by your lovely son.

p/s:aku dah pindah umah sewa ,tunggu nak pasang wifi baru bleh update laju-laju haha.

Saturday, May 7, 2011

rambut pendek cam budak skolah

kowt kowt la macam dewasa.

penah skali aku tanye kawan aku ,macam mana nak jadi macam orang dewasa .Die cakap "ko simpan rambut panjang - panjang ,simpan janggut sket ,nampak la dewasanya.Yang pasti itu yang aku praktik kan ,nampak cam dewasa sket beb .Cam gambar di atas.

Tapi itu cerita semalam .Hari ni rambut gua dah kene potong derr,tertekan derr,tak nampak macam dewasa derr.Nak tau jadi macam mana ,jadi la macam neh :



ni aku yang dulu ,nampak gengster dan hebat,
p/s;jangan ambil gamba time aku makan lain jadinya.

yep ,aku dah jadi budak skolah balik ,sebab rambut aku dah kene pendek .Takde dewasa - dewasanye.Budak skolah ade lah .

Takde la ,aku tipu je ,tu gambar aku time aku form 3 .Nampak gengster kan?tau dah .Aku sangat mengagumi aku yang dulu.

"ko asal man ?,rambut lu kene potong nak bising~"

"no komen".

p/s:  kredit kat luffy sebab ambik gambar post kat fb

Saturday, April 30, 2011

awk tak cun tak nak kawan

Dalam hidup neh mesti ade kawan kan?.Ade kawan baik kawan jahat ,kawan kurang jahat ,kawan tikam ,kawan belanja aiskrim dan macam - macam lagi .Kata orang kalau nak berkawan tak kira tempat .Tapi persoalannya.Kalau nak berkawan perlu ker kita pilih kasih?dengan kata lain,



"aku tak nak kawan dengan die sebab die bodo "



,atau

"aku tak nak kawan die sebab die tak lawa dan hensem "


atau atau

 "aku tak nak kawan dengan die sebab mulut dia macam sialan ,mencarut tak kira tempat,selalu maki aku ,selalu kondem aku ,selalu letak gam atas kerusi bile aku nak duduk, ahem aku melekat ,semua orang gelak" *ok  yang ni memang awal-awal kene rejek hehe












Jadi nak berkawan kene memilih kah?

                                                       ***************************************************

Thursday, April 21, 2011

bahagia di rumah weh!

Cuti sebulan seakan - akan habis ,lagi seminggu aku dah kene balik universiti.Ape yang aku buat duduk kat umah?mkan tido makan tido ,langsung tak bersenam ,lemak semakin banyak aduhai.

Apa yang pasti ,sebagaimana spesis yang suke duduk kat umah ,tiap - tiap hari mesti rasa lapar .Yela ,semua makanan free mane daknye .Bangun pagi dah ade orang hidang makanan .Bahagia weh
bahagia.!haha tq mama :)


TIdak lupa jugak ,dekat umah aku dah ade family baru .Kucing aku beranak dengan banyaknya.Macam musim ,semua nak beranak ,pening aku dibuatnya.Jangan kencing atas katil aku sudah .....aku cabut misai kang,..kurang asam! .ok happy holiday..



p.s:update gune tenet pinjaman.

Saturday, April 9, 2011

lu langsi ,lu matii!

satu petang aku naik train pergi ke satu destinasi .Sedang elok aku duduk merenung ke arah tingkap sambil duk fikir dalam otak

"bile aku nak sampai neh ,Ktm neh dah la macam siput ,bile la nak upgrade jadi kuda pulak aih"

Tengah elok aku termenung ,tetibe bunyi kecoh belah blakang sane.Tetibe aku dengar sorang amoi duk bebel kat seorang laki tu dengan muke bengis.

"u ape hal tolak-tolak neh ,u tau ka tempat ini sempit"

"tau ,aiyoo train neh memang dah sempit ,i mane ade tolak2"

"i nampak u tolak tadi ,u jangan nak tipu ,tangan u letak mane haa?!"

"i mane tolak ,tangan i letak dalam kocek la ,macam la i gatal sangat"

gaduh punye gaduh ,sampai la destinasi si amoi tuh .Sebelum die kuar die cakap

"kalau i tgok muke u skali lagi ,siap u!"



then mamat tadi balas ,

"macam la aku nak tengok muke ko lagi"

aku gelak - gelak je dalam hati..haha
erkk,len kali naik train kene hati hati .....haha hari yang pelik.

Friday, April 8, 2011

muka cantik tapi hisap ganja...


Ini satu kisah yang ingin aku kongsi .Satu hari aku tengok kawan aku cam sedih .Aku pon dengan slambe pegi la tego die ,

"salam beb ,ko wat ape?asal aku tengok muke ko selepet je ,sedih je aku nengok ,asal? ko putus cinta ke hape?"

dengan tak semene - mene ,kawan aku balas
"ye aku putus cinta weh".

"weh aku gurau je la!"

"betul aku tak tipu weh"

Aku punye la terkejut ,biar betul kawan aku neh putus cinta, nyesal aku gurau bodo dengan die arghh .Selama neh aku tengok bahagia senantiasa ,sampai aku mesej pon susah je nak balas duk sibuk mesej ngan awek die jek ,semua nye aku tengok bunga bunga rose je ,takde pon kelam - kelam bunga taik ayam .Tapi kali ni lain macam pulak jadinya.

"ko biar betik dol ,asal neh ,aku tengok awek ko bukan main baik lagi ,cun pulak tuh ,asal tetibe clash neh?"

"panjang ceritanya "

"arhhh pendekkan ,ko jangan nak buat drama!"


Dengan nada yang pilu ,kawan aku cerita kat aku satu persatu kat aku .Aku pon mendengar dengan penuh hiba cerita die.

                                                     ****************************
Dipendekkan cite ,rupa - rupanya ,si kekasih die dah  suke kat orang lain ,bila ditanya apa kurangnya kawan aku ?,si perempuan tu cakap ,die cam takde rupa ,bila nak berjalan pon cam malu jek orang tengok .Lagi pon,die kata kawan aku terlampau "curios" sangat ,macam terlampau ambil berat pasal die,setiap hari mesti call ,terlampau jeles .. .
hey ,what the chicken!



Ya allah ,terkejut aku bile dengar cerita kawan aku .Tak sangka ya ,bende neh bleh berlaku.Bagi aku si perempuan tu mungkin rugi yang amat sangat .Aku kenal kawan aku macam mana ,memang die suke ambil berat ,ambil tahu ,sebab apa?sebab die sayang .Susah nak cari lelaki yang baik hati dan banyak kasih sayang macam die.Walau die dikata tiada rupa ,namun hati nya lebih baik daripada yang lain .kata orang "muke hensem ,tapi hati cam setan ,atau muke cantik ,tapi hisap dadah " buat ape beb?.Bagi aku die lelaki yang hensem dengan perangai die .

"hey ,nobodies perfect ,sape yang rasa die bagus tu ,sebenarnya langsung tak bagus ,tapi bodoh sombong tau"

memang die ambil cakna ,mesej - mesej slalu ,kalau itu la yang menjengkelkan si perempuan tu ,why not ,explain terus terang je  cakap tak suke buat macam tuh .Aku rasa kawan aku faham ,dan aku memang tau die seorang yang reti bahasa.Kalau die terlampau jeles ,itu normal as manusia,kalau da nama sayang ,mesti la jeles kan?.Kalau pompuan tu terus terang maybe die akan lebih baik.Bukan semua orang perfect ,mesti ade kelemahan punye la.

"beb ,ko jangan risau ,pasti suatu hari nanti ade wanita yang lebih baik dan sesuai untuk orang yang baik macam ko ,ko kene ingat lelaki baik untuk perempuan yang baik:"

kawan aku diam membisu ,sambil mengangguk kepala tanda setuju dan terus melemparkan senyuman kearah aku

"betul man ,biarla die pilih siapa yang die suka ,yang penting aku doakan die bahagia "

bile dengar kawan aku cakap camtu ,aku terkejut ,walau si kekasih die wat taik  kat die ,die tetap tabah malah doakan yang terbaik untuk si dia ,aku respek gile kat die .

"u r really a good guy bro"....gud luck.Aku menepuk nepuk bahu die.





p/s:
zaman skang nak mencari seorang yang betul - betul yang hati suci ,ibarat mencari sebiji batu di padang pasir.susah kan?

Wednesday, March 23, 2011

maaf aku dah berpunya

"maaf aku dah berpunya"

"betul kah???"

"betul ,malah aku dah kawen dah ,tapi takde anak "

"huh???,siot ko x cakap dengan aku pon!!!dah la siap kawen plak  tuh ,memang takleh blah la dol "

"aku kawen kat fb jek hehe ,caya habiss~ "

"huh??!ceitt ,podahhh!"

                                                *****************************

Tuesday, March 22, 2011

exam itu stress



bila mata kata "eh rilek la dulu ,tdo2 jap"
bila telinga kata "dengar lagu -lagu dulu ,jap agi stdy la "
bila tangan kata "cuba klik kat fb ,tengok ape yang kawan2 ko post,ade pasal rebecca kowt"
bila kaki kata  "weh jom kuar jap ,jalan2 kat luar ,cari makanan ker"
bila mulut kata "aku tak boleh ,aku tak boleh ,arhhhhh!"

namun bila hati kata ,
"sabar ,apa yang baik itu dari allah ,siapa yang berusaha pasti dapat habuaannya ,jangan putus asa"

p/s;gud luck semua kawan2 aku yang nak tgh exam skang ,doakan kejayaan aku jua ,dan terima kasih buat cik unna jadi follwer ke 1000,sila tinggalkan link anda untuk di review ...wish me luck.lagi satu paper hard core...

Tuesday, March 8, 2011

the 700

Salam ,sedar x sedar dah capai 700 follower aku ,uhh sangat terharu amat.Jadi xnmpa membuang masa ,tahniah diucapkan buat DDC zone atau nama fbnye@rahim pandai kerana menjadi follower yang ke 700 .*tocheh2 .Sanggup ko tunggu untuk menjadi follwer yang ke 700 ,*perasan hehe.Jadi di bawah serba sedikit tentang DDC zone

antara entry yang korang bleh usha yang pasti buat korang gelak :
semalam aku jumpe awek cun
salim malas ke sekolah

hehe ,memang santai habis ,rugi korang x masuk blog die haha ,ok .(nnt jangan lupa bagi aku komisen ).

Sunday, March 6, 2011

dulu lain ,sekarang lain

semalam ,aku pulang ke kampung bertiga ,aku ,akak aku dan sekor budak nakal si himawari .Bila difikir, lama benar ya aku tak balik umah ,asyik duk terperap kat u menuntut ilmu  ,tak pulang ke rumah rindu pulak rasanya.Disebabkan ada satu hal ,aku terpaksa balik kg.Yeah girang hati ini bile dengar je bleh  balik kg.


ko memang x leh duduk diam bile jalan2 susah tol grrr..*sihimawari.

Aku balik tak lama ,hanya 1 hari satu malam ,perjalanan yang mengambil masa 4 jam kadang-kadang jadi  5 sebab jam ,ibarat dah menjadi imun bagi aku ,yela dah nak masuk 4 tahun aku tinggal di area KL neh ,*perasan.Dengan hanya menaiki kereta kancil biru yang kecik molek itu hehe.

Aku sampai je kat rumah ,terus aku terjah katil aku ,"letih wehh".Masa duk rehat2 atas katil tuh ,tetibe aku terlihat terselit elok dibawah katil album gambar ku."eh ,dah lama benarya aku tak tengok muke aku masa kecik ,aku pon da lupa agaknya ".Aku belek satu persatu ,helaian demi helaian ,tetibe aku ternmpak gambar aku masa form 4 tengah posing hensem ,agak-agak gaya cam johnny dep ,*perasan .Time tuh rambut aku botak ,mesin nombor 4 haha sengal ,*aku gelak bile tengok balik.Aku rasa itu la kali kedua aku pendekkan rambut aku ceit.Skang ,jgn arap lerr~ hehe

 gambar sekadar hiasan.


Lepas tu aku belek lagi dengan pantas,kali terjumpa pulak gamba aku tampa baju ,"opps bajet seksi la? daa"....,time tu tengah posing bercekak pingang ."Yang ni memang x bleh blah ,ade plak gamba neh yerk"erkk .Tapi aku kagum dengan aku masa tuh ,slim beb ,ade six pack *konon la ,tapi skang *sambil membuka baju tengok perut ,adess~........

Tapi dalam byk2 gambar ,aku terkedu tengok satu gambar neh .Gambar tuh ,time aku masih berumur  8 tahun ,dekat pantai .Aku berposing dengan arwah rakan baik aku ,sambil senyum muke 20 sen tanpa baju lagi*,main-main pasir ,time tuh jugak aku teringat aku penah kene tanam ngn pasir  jadi cam penyu bertelur haha sungguh nostalgia..adess


Bile tengok je gambar tuh ,Tetibe teringat balik  dekat arwah,cepat betul ko pergi ya ,aku rasa baru semalam bergurau ngn ko ,rupanya dah nak masuk 2 tahun lebih ko tinggalkan aku ya ,semoga roh ko selamat di kalangan orang bertaqwa .Amin..

p/s
letih amat ,dalam kete si himawari lompat sana lompat sini habis masuk bulu die dalam hidung aku ,ceit ,sabo je la ish..peace.

Friday, March 4, 2011

untuk apa aku menulis blog?

ape tujuan aku menulis blog?
adakah kerana duit nuff?atau adakah ingin mengejar populariti?.Entah aku pon tak tahu,tapi bagi aku walau dah masuk 2 tahun lebih berblog ,pertama skali aku rasa ,aku rasa sangat gembira bile ade orang baca blog aku, masuk blog aku dan tgk entri aku ,walau x komen ,aku dah rasa bahagia .

Nak tau ape aku buat setiap kali bukak blog ?,aku mesti cek komen dulu  ,kalau ade satu aku dah cukup gembira ,"ade jugak orang yang nak komen ya ,senyum sinis :)".Mereka inilah menjadi pembakar semangat untuk aku menulis.Ya 2 tahun lepas sangat la berbeza ,aku tulis aku baca sendiri ,*sambil ketawa .Seronok sebab ,

                        "apa yang aku tulis  dalam blog ,menggambarkan emosi aku ketika itu  ".

Ketika putus cinta,ketika  bercinta ,ketika sakit ,ketika sedih ,semua aku letak dalam blog.Bila diimbas balik apa yang aku dah tulis ,sgt2 best ,sebab tak sangka sesetengah perkara boleh berlaku pada waktu itu.*ketawa sendirian

 followers,
2 tahun lepas ,follower aku tak la segah mana ,tapi aku syukur ada yang sudi follow ,sebab dulu tak ramai main blog ,aku plak jarang nak blog walking ,jadi aku kurang nak kenal orang *salah sendiri
Followers jugak sebagai pemangkin aku untuk berblog ,setiap hari mesti aku cek ,ade tak orang follow ,then tgk blog diorang ,kadang2 komen jugak :),terima kasih semua .

apa tujuaan aku blog?
aku suke tulis kisah berlaku pada setiap hari ,sebab aku tak nak lupa setiap detik hidup yang terjadi ,ada yang jadikan blog sebagai diari ,merekod setiap norma kehidupan.Popular?kalau popular kerana entri ,aku sangat2 la berbangga,popular x pernah aku terfikir.

skang dah 2 tahun lebih berblog ,macam2 berlaku ,dari segi penulisan ,bilangan pembaca ,entah kadang aku pon tak sangka aku masih berblog ,anda pendorong diriku :).

aku bebel ya ,haha saje.
p/s
Disebabkan blog ,aku dah boleh menaip dengan laju ,kalau tak dulu aku tekan satu - satu keyboard erkk ,owh blog.

Wednesday, March 2, 2011

sistem prepaid uniten menyusahkan? *bengang bengang!


Nampak je tajuk entri memang dah rasa panas en .Sebenarnya ade perkara berlaku kat uniten telah menyebabkan ramai mahasiswa lain merungut .Ko nak tau ape die ,cuba lihat gamba dibawah neh ,

cube teka ape itu?,ini adalah sistem yang baru sahaja diperkenalkan oleh pihak uniten terhadap kadar sistem elektrik di universiti iaitu "elektrik secara Prepaid!".Macam mana cara ia berfungsi ,setiap bulan prepaid yang terhad iaitu 40 inggit akan dicaskan kepada pelajar ,kalau abis 40 inggit itu ,akan diberi electrik advance ,dengan kata lain dengan cara hutang,lepas tu pelajar kene bayar balik ,topup bulan depan plak .Macam **** kan?universiti lain ade tak guna bende neh?cuba bagitau aku  arhh..

Baiklah ,sebelum neh dua orang kawan aku dah buat entri pasal mende neh ,iaitu si Bella dan si Jumi ,*setakat yang aku tau la ,jika diikut kiraan untung yang uniten dapat dalam masa sebulan:

yuran sebulan tempat tinggal (cendi)=Rm280 (seorang)
satu bilik = rm280x 4=1120
satu aras ade 8 jadi =rm1120x8=8960
pastu satu blok ade 10 tinggkat=rm8960x10=89600
pastu sumer skali ade tiga blok=89600x3=rm268.8 ribu

*kalau termasuk sistem baru gune prepaid rm40 sebulan =10.752 juta kowttt!!!!!

ini yang aku kire la, kalau salah cakap ,malu kang aku 

Banyak kan??,uniten dah untung lebih ,tapi masih nak pakai sistem prepaid ,tak faham aku~,mane duit tuh hilang~
tariff elektrik di uniten ,credit to joumi

Sejak pilihan raya mahasiswa ni ,timbul pelbagai isu berkait rapat dengan mahasiswa ,seperti di upm dan um .Sekarang mahasiswa dah tak macam dulu ,segala isu terkini cepat di internet ,lagi advance nak tipu bukan senang2 beb,skang uniten plak nak timbul isu . Keluar plak isu pakai prepaid elektrik,dulu kes yuran naik ,diorang wat dunno jek ,skang ko tgu student mengamuk kang abis cite .

*no komenn

Setiap diorang buat ade pro dan consnye ,tapi x cam dlu lar ,yuran dah la mahal ,ni tambah prepaid bulan2 mau mati kering aku beb ,makan megi tiap2 bulan la doll arhhh.Malam2 pon kene tutup lampu ,main tenet pulak dalam gelap2 jek ,dah cam kat asrama ,adoiyai ,jimat punye pasal.Jangan diorang suh bayar bil internet dah ,gila ****!..*byak mencarut tak baik.


Nasib baik MPP uniten menjalankan tugas mereka dengan mengadakan Dialog Bersama Pengurusan Uniten 
mahasiswa dibenarkan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu -isu utama uniten ,iaitu sistem parking ,"prepaid elektrik ",pasal harga makanan dan mcam2 lagi.Jadi kepada yang belajar di uniten bangi ni ,meh pakat2 ramai turun kasi gegar sket dialog tuh dngan rasa tak puas hati korang ,mana keadilan kita sebagai mahasiswa di uniten "aku bayar yuran kan!" senang2 jek nak ubah2 tak bagitau .cam haremm ...

bagi hemat aku  ,kite tak leh judge macam2 ,tgu pandangan dari pihak pengurusan berkenaan hal ini.
*maaf kalau terkasar bahasa,arhh lantak la

P/s;
uniten dah la serba serbi mahal,pastu nak wat sistem ni ,kang tak pasal2 student lari kang~
Ini pendapat aku salah seorang student uniten ,ini je salah satu medium untuk aku menyatakan rasa bantahan aku ,pelbagai petisyen dah dibuat berkenaan isu ini ,harap diselesaikan secepat mungkin .

"JOM PAKAT PAKAI BAJU MERAH TANDA BANTAHAN ANDA PADA MALAM KHAMIS NEH"
uniten generates more money ,aduhai..

Tuesday, March 1, 2011

post paling terhangat *perasan

Dalam hidup aku ,jarang ade bende yang membuat aku teruja.Aku rasa biasa-biasa sahaja ,bangun pagi makan pagi ,bangun petang makan petang ,semua berlaku dengan normal.Tetapi ,hari ini berlalu dengan berlainan ,entah mengapa ,tetibe aku bangun dari tido jek ,aku ade mood nak main internet ,aku on ,bende pertama aku bukak dulu nak tau ape??"email" ,haha lepas tuh baru aku bukak face book ,tapi bile aku bukak facebook ,aku terkejut ,ehh !!,nak tau apa yang terjadi ??tengok nehh haha


"ala stakat komen camtu aku pernah "
 ,tapi aku tak ,bile aku post bape kerat je la yang layan slama ni en ,jadi aku betul2 terharu *tetibe perasan.

Ribuan terima kasih bagi yang komen dan like laju2 tuh yerkk,bagi tandas awam ,syed ,munira ,rahim pandai ,fadz ,lan ,dan sapa2 yang main spam ,tahniah .*suke la tu suke la tu suke la tu ,ok aku terpoyo laju2 ,harap maafkan aku ,aku orang biasa2 je ,makan nasi guna tangan jugak tak men pakai sudu :).hahaha

p/s;kalau ade sape perasan fb aku dalam bahasa melayu ye ,awal2 lagi aku da gune bm ,haha bahasa jiwa bangsa *poyo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...