Sponsored by

Sunday, September 25, 2011

kisah jamban : lelaki buncit




 Al kisah ada seorang budak ,yang asyik makan tido ,tengok cite sambil baring ,nak di kata kan itu je keje die setiap hari ,blognya sendiri pon terabai .Dalam tempoh itu die  tersedar suatu perubahan yang telah berlaku pada dirinya .Dia perasan yang bahagian perut semakin membesar hampir setiap hari.

Namun....
Die buat tak endah ,dia masih meneruskan tabiatnya jahatnya  itu .Sehingga lah pada suatu hari ,perutnya membesar ibarat tayar kereta .Masa tu la ,die dah meraban ,kusut dan celaru :

“camne ,camne ,perut dah berlapis nih ,aiseyyhhh!” *sambil membelek-belek perutnya sendiri

Setiap hari – hari nya ,tak jadi menentu ,perut yang dulunya 8 pax ,dah jadi 1 pax ,
“muat  untuk jadi stor barang ,agak celaka“ ,bisik hatinya .



Namun macam – macam kaedah di buat bagi mengurang kan lemak yang terkumpul enak di perutnya.Hingga lah suatu hari ,time  searh kat google mencari kaedah yang bernas bagi menenteramkan hatinya ,die ternampak sesuatu ,yang mengubah terus minda asalnya

“kelebihan orang yang mempunyai perut buncit”

"wahhh"



Kelebihan jejaka buncit

1.Tak payah risau di ngorat 
Di sebab kan perutnya buncit, dia tak perlu risau kalau - kalau ada awek nak mengorat die ,dan dia pasti kekal setia dengan si dia ,sebab si dia tahu si lelaki takkan lari punye .
*sumber : kawan - kawan

2.Mempunyai daya seksual tinggi  
Menurut satu artikel ,lelaki yang buncit mempunyai daya seksual yang tinggi .Satu kajian telah dijalankan di negara Turki ,Mereka mampu bertahan 7 hingga 8 minit lebih daripada lelaki biasa .Tambahan pula ,saintis mengatakan ,bahagian perut merembeskan lebih banyak hormon  estradiol   ,hormon seks wanita ,meningkat kan orgasme . 
*sumber : VivaNews

3.Sangat seksi
 sebab keseksiannya terserlah ,tak kira die pakai baju apa pon ,pasti terlihat buncitnya itu.Kadang - kadang sampai bleh terangkat baju *sebab tak muat ,menunjukkan keseksian mereka dengan lebih jelas
*sumber : teori akal.

4.Senang nak di ajak makan 
Mereka tak kisah pasal makanan ,tak kira apa yang dihidang ,mereka ngap jek ,asal kenyang .Namun ,tak seperti golongan yang menjaga badan ,mereka perlu berhati - hati dalam pengambilan makanan .Malah ada yang mengambil makanan tambahan lain ,seperti tablet dan vitamin,supaya nampak taff.
*sumber : teori akal 

5.Lebih penyayang 
Mereka ada kelebihan sebagai buncit ,kerana perutnya yang buncit itu memainkan peranan sebagai alas kepala tatkala si dia sedang bersedih ,bahkan lebih selesa berbanding bantal di rumah mereka .
"so sweeyytt~"
Ini menunjukkan betapa mereka seorang yang penyayang .
*sumber: tenet  dan logik



Jadi ,tak payah risau kita buncit ke ape .Setiap orang ada kelebihan sendiri ,kalau kita fikir kita teruk ,ada lagi yang lebih teruk daripada kita.

"aku buncit aku ok !!"

jadi la lelaki yang macam ni  ,

"gua tak kisah jadi lelaki buncit ,tapi gua tak nak jadi  lelaki yang membuncitkan orang "  by JC.

p/s;bulan ni aku paling malas update ,tak tau la haha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...