Sponsored by

Monday, September 6, 2010

salam aidifitri


salam aidilfitri buat semua rakan2 bloggers ,
disini aku ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan tatabahasa atau mungkin teriris hati anda semua harap dimaafkan .Jemput la datang beraya ke rumah aku ,bawak kuih skali ,duit raya? konpem takde hehe...;)

down town cheras

kepada sesiapa yang tinggal atau berada di cheras atau bersekolah di cheras pasti tahu "Down Town Cheras yang betul2 berada berdekatan dengan sekolah sains Alam Shah cheras.Pasar ini dibuka pada pukul 9 malam hinggalah pada pukul 3 pagi .Menurut eis,pasar ini tidak lekang dengan kehadiran manusia dari serata malaysia ,malah pelancong asing juga ada.Tetapi ,apa yang istimewanya pada pasar ini bukanlah kerana bilangan pengunjungnya yang ramai,tetapi "Steam Boat "nya yang sangat2 lah sedap sehingga tidak puas tatkala memakannya.Dengan hanya satu ringgit setiap satu batang ,pengunjung boleh pilih jenis steam boat yang mereka mahu.Bukan hanya satu dua jenis sahaja bahkan hampir 50 jenis steam boat yang dijual disini .




lihat ,beratus cucuk steamboat boleh dipilih membuatkan mataku rambang :)








ummh sedap wa cakap sama lu .Namun ,yang paling aku gemari adalah peparu lembu.Elastik wa cakap sama lu ..:)






Lepas makan ,kami bersiar ke deretan kedai disana.Pelbagai barangan dijual disana ,kasut ,baju ,jam dan banyak lagi.Tetapi yang paling menjadi perhatian aku adalah t-shirt yang amat rare ,ada di jual disini .Sesiapa yang pernah menonton cerita crow zero ,pasti mengenali watak genji.Untuk pengetahuan peminat2 cerita tuh,baju yang genji pakai iaitu pakaian seragam sekolah mereka turut ada dijual disini.Tetapi ,harganya pon amat la mahal hingga mencecah 180 hinggit.Disini juga,terdapat artis-artis yang mencari duit lebih dengan menjual barangan mereka ,seperti kak rosnah mat aris yang menjual kuih raya.Turut serta pelakon enot ,yang membuka gerai bersebelahan dengannya.(gambar tidak sempat diambil).Jadi kepada sesiapa yang berminat sila la datang ke sini ,bleh belanja aku sekali ya :)..



baju melayu indah

dear jamban ,
semalam round2 satu kl demi mencari baju raya .Tapak mula dari jalan TAR hinggalah ke klcc ..pergh penat amat ,macam nak tercabut kaki neh.Tapi ,jalan TAR sangatlah sesak dengan orang yang duk sibuk cari baju raya masing2,sampai habis baju melayu yang aku nak carik iaitu baju melayu silver saiz m.Namun aku hanyalah sempat beli baju untuk abah je.Nasib baik aku ade jugak beli kasut sbijik kalau tak sesia je penat lelah en..:) gambar2 kami


kat klcc ade buat pameran seni bakat muda petronas ,jadik singgah jap

kedai kasut

kat jalan TAR







time dalam train :D,siot eis aku tak sempat posing ;p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...