hari ini aku berjalan,
menyusuri tasik,
menyusuri bangunan-bangunan indah serba moden,
menyusuri lautan manusia.
di satu sudut ku terlihat,
ramai anak2 muda menjerit keriangan,
seolah2 kanak2 mendapat seketul gula2,
satu sudut lagi ku lihat pasangan muda asyik bermain2 tangan,
tiba2 hati ini kecil ini terdetik,
tidak takutkah mereka?,
tidak takutkah mereka kepada yang maha mengetahui?,
tidak malukah mereka padaNya?
aku pasti yang mereka tahu dunia ini sementara,
namun apa yang mereka kejarkan?,
bagi yang merancang kearah kebaikan ,
syukurku ucapkan,
aku sedih,
kenapa manusia alpa,
alpa apa tujuan mereka lahir didunia?,
manusia dinamakan insan kerana sifatnya pelupa,
namun sampai bila kita harus lupa?,
sehingga turunnya satu bala yang besar baru kita ingat padaNya?
aku hanya insan yang lemah,
diri ini juga seorang pelupa,
diri ini juga banyak melakukan kesilapan,
diri ini juga banyak berdosa,
namun disudut hati ini juga,
muncul rasa keinsafan dalam diri,
perubahan memerlukan masa,
bukan masa yang singkat ,
ada yang mengambil masa hingga berdekad,
namun hati yang ikhlas nescaya yang maha esa akan membantu..
jamban comel;7.oopm,rabu...ini puisi aku penah buat dulu ,so aku kongsi balik