aku nak menulis ,satu topik ,yang da lama aku duk fikir dan merasa sangsi tentang perkara ini .
tentang "tudung "
sumber dari google
Bukan maksud aku nak kritik orang pompuan pakai tudung ke hape ,dak aih ,cuma kadang - kadang aku pelik ada segelintir yang memakai tudung ,namun tidak lengkap seperti yang di suruh syariat .
Pernah sekali aku tengok ,pakai tudung nya da elok ,namun baju memakai berlengan pendek .Malah ade yang pakai tudung ,namun hanya menutup rambut ,tapi bahagian tengkuk di biarkan dedah camtuh je .Aku tak tahu la sebab trend ke ape ,namun ianya sesuatu yang tidak kene dari segi pemakaiaannya .
Bagi aku ,bagus lah ,niat mereka ingin memakai tudung ,tetapi hendak lah dengan cara yang betul ,ibarat ,sebuah kereta yang dibina dengan teknologi yang moden dan bahan yang berkualiti tinggi dalam pembinaannya ,namun ,sayangnya tidak dicat dan tidak di hias dengan warna warna yang menarik .akibatnya semuanya jadi tidak lengkap dan tidak menarik .
Begitu lah mereka ,sayangnya rupa cantik ,pakai tudung namun ,tidak lengkap dengan cara yang betul .:)
" adakah kamu memakai tudung hanya kerana trend masa kini ?atau memang niat anda ikhlas ingin memakainya?"
Memang lah sangat bagus andai kata ,wanita itu berubah dari tidak memakai tudung ,terus memakainya ,tapi bukan lah kerana fesyen yang ada sekarang ,tapi dengan penuh ikhlas ingin memakainya sebagai hijab ,menutup aurat .itu yang kita harap kan.
"eh benda wajib pon nak kene tangguh-tangguh?"
"memang la ianya perkara yang wajib ,namun kalau si dia tidak ikhlas ,lain jadinya ,pahala tak dapat ,malah dosa yang dapat "
"Dan jangalah mereka menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak darinya" [TMQ An -Nur (24);31]
Pemakaian tudung mengikut islam
perlu di ingatkan ,aurat seorang wanita adalah pada paras muka dan tangannya sahaja ,tidak lebih daripada itu.Dari segi tudungnya pula biarlah menutupi dada.
"wahai Asma ,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini ,dan seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya . " [HR Abu Dawud ]
Jadi pakai tudung biarlah mengikut apa yang dilandaskan oleh islam ,baru la nampak comel .Bukan aku suh semua pakai tudung labuh ,tak semestinya ,cuma biarla mengikut tata tertib yang betul yep :).
Aku cuma menyampaikan pendapat aku jep ,kalau ada yang terguris hati ke apa ,maaf di ucapkan ,mari la saling nasihat menasihati ya.
"amboi da jadi ustaz naa "
"aku bukan ustaz ,dan aku masih kurang dari segi ilmu agama didada ,namun aku ada rasa prihatin ,dan aku ingin menyampaikan pendapat aku menerusi blog aku :)"
p/s;
bulan -bulan pose tak yah nak seksi sangat la ,nak beli makanan kat bazar pon nak vogue2 sampai dedah sane sini haa ,tak pasal - pasal dapat dosa free adei haha
sumber dari google.