Assalamualaikum dan salam sejahtera,anda semua apa kabar sihat atau tidak?,kalau tak sihat sila makan ubat mahupun pegi ke klinik ,kalau yang sihat, bersyukurlah atas anda di kurniakan kesihatan yang sihat,wallaahh..
Setelah sekian lama aku tak update sejak dari entry promo,sedikit kaget untuk aku menulis ,even nak tulis perenggan atas jadi awkward ,tak kelakar doh tak kelakar.Namun,put all that things aside,mai dekat sini nak habaq kat hangpa semua, menariknya Taman Negara Pahang, yang terletak di Pahang Malaysia.
soalan; "Anda semua pernah pergi ke sana?"
Aku agak mesti ada yang dah pergi en?,tapi aku tak.Ini kali pertama aku menjejak kaki ke Taman Negara Pahang.Kalau nak pergi dari KL kalau tak silap 2 jam sampai ke simpang temerloh.Dari sana, korang akan mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke jeti Tembeling,kalau tak silap mengikut kepandaikan akal fikiran aku.
Aku tinggal di Rain Forest resort, yang berdekatan dengan Jeti Sungai Tembeling kalau tak silap,yang aku rasa amat berbaloi dari segi harganya kalau tak silap 100+.Aku tinggal selama2 hari satu malam,bersama mak ayah aku ngan abang aku,totally heaven bak hang.
ni gambar - gambar budak jakun ,tak pernah pergi tempat camni la katakan,lulz
Aktiviti.
Hari pertama kitaorang sampai dalam pukul 12 camtu baru sampai,lepas puas di cerca oleh abah aku,suh bangun awal awal pagi , kalau di ikutkan nafsu tido,nah kau memang tak tersampai la kitaorang katakan haha nasib baik.Lepas tu,kami bergegas ke muara jeti sungai tembeling .
"Lepas ni kita akan melawat ,perkampungan orang Asli di sekitar sungai ini,jangan risau semua akan basah"
itu yang diperkatakan oleh tour guide kami,abang Farid (aku pon ingat-ingat lupa).Si Farid cakap "pasti akan basah",hak tu buat aku musykil.
"Basah jadahnya?,naik perahu panjang je bang oi",
maki hamun aku dalam hati,mempertikaikan statement yang di beri brader Farid neh,tidak munasabah bagiku.
sebelum kite orang naik sampan ,sekali lagi si Farid membebel
"Siapa yang ada kamera,fon, benda-benda yang berelektronik,sila masukkan ke dalam beg plastik ini!"
"ahh mende pulak neh, lain macam neh",hati ku mencebik dengan kuat lagi.Dengan muka blur aku masukkan kamera olympus aku,fon bb aku dan dompet aku ke dalam plastik,tanpa memikirkan apa yang terjadi lepas ni.
"ok semua dah pakai jaket keselamatan?,bersiap sedia untuk basah yaa!"
*vroommmmm!! ,engine bot berkapasiti 70km/jam itu melenjan sekuat hati dia,si Brader Farid duk muncung depan bot,dengan muka poyo pegang pengayuh kat tangan dia.
aku duk tunggu la tang mana yang basah tu kan,jap agi si Farid menjerit
"jaga2 air datang!!"
lalu *flashhhhhhhhhh! ,nah kau basah kuyup aku satu badan ,abis T shirt first time aku pakai ,dengan seluar kakis aku warna koko ni dibasahi air sungai tembeling,dengan tangan aku yang dibalut hasil pembedahan buang besi patah dulu (nanti aku up lagi satu entry pasal neh) ,abis basah .
rupanya ,bot sebelah memecut laju ke sebelah bot kami,di tahannya pengayuh itu di atas permukaan air,lalu memercik mercik la air mencurah curah ke atas badan kami .Aduhai,sabo je laa.
"woiiihh tangan aku laaa!!"
menjerit aku dalam hati ,nak maki tak bleh,bunyi deruman enjin terlampau kuat bak hang, namun terdiam sepi je la aku,tanpa kata kata.
Proses simbah menyimbah itu berlarutan,sehingga la kami sampai ke perkampungan orang asli,pheww
berbasah kuyup la kami,sambil melawat orang asli tuh lulz.
Perkampungan orang Asli
Kat sini bagi aku best, sebab kita dapat menghayati kehidupan orang - orang asli, yang hidup mereka tanpa menggunakan (tak semua la) peralatan elektronik,hatta rumah mereka pon di perbuat dari pohon nipah berlantaikan tanah.Syukur pada Allah atas apa yang kita ada.
Di sini,kami di ajar macam mana nak buat api dari pada hasil friction antara tali rotan dengan kayu cengal ke apa ntah lupa pula,macam Man vs Wild tuh, sangat hebat .Juga kami di ajar menyumpit menggunakan sumpitan orang asli,sangat hebat .Sebelum balik,mama sempat beli satu sumpit tu,katanya buat kenangan alang alang berada di situkan.Murah saja,harganya RM 20 ,setelah di tawar jadi 15 hehe.
Yang paling kelakar,aku cuba tanya orang asli yang jual tuh
"bleh cuba? try try ?"*sambil buat - buat gaya menyumpit kat orang Asli tuh.
lalu ...
"maaf bang,ini kawan saya punya barang,saya tolong jual saja,tapi boleh saja kalau abang nak cuba rasanyaa"
hoooohh!!pandai berbahasa rupanya diorang ,facepalm jap aku ,wadahel di situ kejap haha *gelak gelak dalam hati.
lalu kami pulang ke jeti balik ,ya aktiviti simbah menyimbah masih ada, tapi aku dah imun, sebab dah satu badan dah basah haha,di lihat nya pada luka di tangan aku ,
"ya allah,asal dia membengkak tetibe neh?"..terdiam skejap,sampai bilik sambar ubat.
Malam harinya ,ada dinner juga cabutan bertuah yang di anjurkan pihak Ahli keluarga kilang abah aku.Banyak makanan best,banyak la jugak aku santap,yang paling best aku rasa "Rusa Panggang".Aku rasa last time aku makan rusa adalah time aku masa skolah rendah dulu abah aku bawak balik,skang baru bleh makan balik. NYUM NYUMM.
Jungle @Kanopy walk.
Hari kedua ,kami dah bangun awal awal pagi lagi,macam biasa lepas subuh ,abah aku dah bising.
"dah nak pergi tak neh?,kalau tak abah tak pergi,duk bilik je la tido lagi best"
ahh sudah dia dah bunyik,
"ye bah ye bah !",
aku bingkas bangun terus capai tuala,terus gi mandi ,tak sempat nak bersemayam enak di atas katil itu lepas solat subuh dengan sempurna aiyaa..
Sebab utamanya jugak ,nak bangun sarapan ,kalau tak sempat tak dapat la ,haha antara menunya? tgk sendiri ;p
pukul 9 kami naik jeep pegi ke jeti.Dari jeti kami naik bot lagi merentasi sungai tembeling, ke sebelah sana, untuk berjalan jalan di dalam taman negara.Tapi kali ni takde dah basah basah lencun bagai ,good thing haha
Lepas je briefing,kami pon berjalan selama 3 jam ke jambatan gantung taman negara,yang di katakan antara jambatan gantung tertinggi kat Malaysia kalau tak silap.Sepanjang perjalanan juga,tour guide kami sibuk membebel jenis jenis pokok kat dalam hutan,tongkat ali ada ,kacip fatimah ada specis rare laa.Dan aku?,aku sibuk nak amik gambar pokok dengan serangga,dan jugak abang aku
"ambik la gambar aku skali,ambik la gambar aku skali"
"yela yela aku memang photographer khas untuk mu pong,mu kang retis" haha,takpe seb baik dia ade amik gambar aku jugak lulz.
so tak banyak aku nak huraikan pasal kat sini haha,jadi layan je la gambar aku ambik ya.Keseluruhan,sangat best bagi yang suka aktiviti outdoor,banyak benda bleh buat.Next time aku nak pergi panjat Gunung Tahan ,terbaik bebb!.ok Adios amigo,chow ,Jya nee,Assalamualaikum :),phewwh
selamat membaca!
menghirup udara segar pagi di atas menara jambatan,aha poyo sket la
"seronoknya dapat naik jambatannn!",
kata - kata manusia yang exited,dari abang aku *aku reka.
see tak takut pon,bleh berdiri di tengah tengah tu ok ,walawehh! lulz.
p/s; gambar akan di update dari semasa ke semasa,gua ngantuk ..