Kenapa manusia ini mesti beremosi?.Benci ,menyampah ,suka semua itu emosi.Namun kalau kalau diikutkan emosi naya.Teringat aku ketika menghadiri Kem naqaubah hari tuh,kata sorang instruktor tuh,asalnya sesuatu perkara adalah elok ,namun apabila emosi memainkan peranan,plan yang sekian lama kita aturkan akan terbengkalai.Dek kerana Emosi,last jadi malas ,cerewet,ade rosak sket dah "emo",padahal sikit jek, last2 plan yang kita buat rosak begitu sahaja.
Ingin aku ceritakan pengalamanku sebentar tadi,aku dah plan elok hari nih nak baiki moto,ade masalah pasal brek ,selepas tuh ,aku singgah kat dua buah kedai motor ,dua-dua taukeh kedai kata ,"sory aaa,waa talak boleh baiki itu macam maa,lu punya brek kene modify sket maa"..Haiyaa uncle ,nak modify apenye,dah memang motor tuh elok dah camtuh ,buat ape nak tukar2nya.Ni yang buat aku EMOSI.ceit.Aku pikir dah malas dah nak baiki ,len kali lar kalau camni .Namun nasib baik ade sorang kawan aku kate "lek lu ade kedai depan sana satu lagi."Lepas tu , kite orang pegi la ,last2 tokey kedai tu kate boleh,tak perlu modify pon..haa~ camni la."Kalau aku ikut emosi tadi dah memang aku biar je la moto aku tuh .Tapi sayang beb,x cident kan naya.hehe
Kata instructor kat kem tu lagi,seharusnya kita elakkan emosi yang mengawal pemikiran kita ,sebaliknya biar akal yang mengawal.Dari akal,terus ke hati lalu kejasad yang melaksanakan.
Owh emosi...