Salam sejahtera,hari minggu sudah tiba,ape yang anda semua buat?.Ade yang pergi melancong kesana sesini,seperti rakanku si akram yang seronok bermandian di penang sana.Ada jugak yang keluar menonton wayang ,dengar cerita ,animasi 3d terbaru despicable me macam best.Aku nak pergi tengok ,andai kata duit loan aku masuk ,namun ibarat anjing menyalak bukit ahaks.Jadi ,disebabkan itu ,aku tidak kemana .Aku hanyalah melepet di tilam yang empuk di hostel aku ,sambil menonton movie2 dan anime yang terperap basi dalam desktop ku.Aduhai ,bosan sungguh minggu ini ya.Kadang - kadang aku berblog walking sambil makan choki2 ,lama benar tidak berbuat begitu.
Pelbagai blog aku pergi,kebanyakannya aku lihat ,ramai yang berblog nih perempuan.Kenapa ya?aku terfikir jugak.Adakah lelaki kelu untuk menulis .Mungkin ,lelaki lebih gemar aktiviti fizikal seperti futsal,bermain games (dota) ,daripada berblog berbanding wanita.Tidak hairan la ,rata - rata yang menulis blog wanita.Selain itu,kebanyakan yang menulis blog(khususnya wanita) gemar menulis tentang kisah cinta mereka wah.Sememangnya tidak salah untuk menulis hal2 perkara tersebut,tapi berpada lah.Jangan la sehingga satu cekerawala ingin dikeberkan tentang hal percintaan anda ya..:).
Ada jugak blog yang menulis entry yang berunsurkan emosi.Dikatakan hampir semua entrynya berbaur benci dan jugak perasaan down melampau.Ade jugak yang perihatin .Setiap kali entry ditulis ,mereka akan memberi semngat.Namun ,sampai bila?.Kalau si dia asyik nak emosi tidak kira masa,dan last2 mungkin mereka akan fed up.Emosi ,emosi jugak tapi jangan la sampai slalu ya.Sekian
Selamat berehat di hujung minggu.