Sponsored by

Sunday, February 20, 2011

vblog bersama ben ashaari dan juga 1 tube~!

Semalam aku telah menghadiri satu event yang telah dianjurkan oleh blogger hebat ,sape dia ,sape tak kenal abang kita ben ashaari blogger yang banyak tips dan penuh komitmen .Pada awalnya aku diajak oleh si ery pergi ke sana.Katanya ada video shooting untuk 1tube yang dipanggil vblog.





time nak shoot video

Sebelum itu ape itu vblog?
vblog mengikut pandangan aku sendiri bukan pandangan orang lain beerti blog yang menggunakan video ada mesej yang ingin disampaikan.Tidak kira ape jua bentuk video yang ingin dipaparkan ,seperti rekod seorang mamat ni bangun tido mandi ,atau video aku makan ke ape,asal ade motif tak pun video tuh memberi impak kepada sesiapa yang melihat.Bagi aku vblog ni cam revolusi daripada blog ,sebab kalau blog kita tulis,tapi ni kita cakap.Apa yang bagusnya daripada vblog ni ,secara tak langsung kita boleh mengasah bakat kita dalam communication skills,dengan kata lain kita akan jadi lebih yakin untuk berkata-kata.

"Semalam adalah kali pertama aku vblog,malu sehh,tapi layan sudeyy haha."
kata orang ada peluang jangan dilepas kan ,"what kind of opportunity that occurs in ur life ,grab it ,or else u will regret it",itu yang selalu aku ingat.

Antara blogger yang hadir pada hari tersebut.

Bilangan yang hadir pada awalnya tak la ramai mana ,tapi lama-lama makin ramai ,dan semakin la meriah .Kalau tak silap seramai 30 orang blogger yang hadir antaranya ,ujang ,ben ashaari ,bro framestone ,yuyu dan pengacara pada hari tersebut adalah nisa kay.Tidak lupa juga sahabat blogger yang lain turut hadir memeriahkan event tersebut ,nak sebut sorang2 jenuh la weh haha.Tapi ,overall vblog ni adalah pengalaman baru buat aku ,dan aku rasa ia satu benda yang menarik untuk dicuba ,
                  "why not ,kita rekod vdeo jadi blog".
So ,next time kalau bleh ajak la lagi ya.Maaf lah kalau ade tersilap bahasa semasa event tu ,aku yang tersangat aktif tak dapat dihalang ,haha gurau jek ,perasan lebih.

                                                 
topek si sengal dengan kamera hebatnya haha


din dan topek secocok bersama 




Pada malamnya pula kami sempat la berkarok beramai2 di alamanda putrajaya .Memang jerit puas2 sampai hilang suara .Balik rumah terus pengsan adoi mak .Minggu neh dah stat study face ,exam dah dekat maa .Main blog slalu kang ,kene marah dengan abah plak .So ,paham2 yek .


p/s:
"hehe aku suka bebel ,sebab tu aku buat blog",ayat aku ketika ditemu ramah nisa ,erkk,aku pon tak perasan adeii.


ini v blog aku ,sila sengetkan kepala haha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...