Sponsored by

Wednesday, November 21, 2012

insomnia

Aku ada satu masalah dalam hidup aku ,benda ni jarang berlaku sebenarnya .Insomnia,satu penyakit buat pesakit dia tak tido malam.Fyi ,aku tak tau la macam mana benda ni bleh berlaku,namun bagi aku pula kisahnya,selalunya jadi masa aku kat sekolah dulu.

Masa aku duduk asrama,dek kerana terlalu mentelaah Spm la katakan ,aku lupa nak tido .Ya ,sampai la dalam kelas mata aku cam berat gilos,dan masa waktu rehat la waktu yang best bagi aku nak tido ,sume orang pegi makan ,dan aku?,hanya melayan mimpi indah di atas meja study aku,berbantalkan lengan aku yang keding.Sampai tangan aku jadi kebas,cilake ..*rasa cam putus tangan woih.

Dan sejak dua menjak kebelakangan ni ,penyakit tu datang balik.Aku tak tau apa punca dia.standard aku kul 3 pagi da tido dah,tapi ni tak ,lepas subuh tu la baru aku tido .Even,aku lelapkan mata aku pon ,tak leh tido ,whats wrong with me mann,dan dua tiga hari lepas mimpi tah apa2 ,tak kelakar ok.Maybe bila kita tak cukup tido mimpi jadi ngarut eh? ,i guess so.But surely,insomnia boleh menggangu perjalanan hidup ko untuk siang harinya ,nasib baik kelas aku pagi tak banyak ,i can spent my time for evening class .lucky me eh.

so ,pernah korang kene insomnia?


p/s;

istanbul aku datang ,lisa berlakon comel ,tomok..herm aku tak kisah mana asal ada lisa ,dan beto ,walaweh ,feeling aku lak jadi dia ,kah3.

"xoxo dee publish" kata lisa sebelum post entry dalam blog dia .lulz.


Tuesday, October 9, 2012

Trip: Taman Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,anda semua apa kabar sihat atau tidak?,kalau tak sihat sila makan ubat mahupun pegi ke klinik ,kalau yang sihat, bersyukurlah atas anda di kurniakan kesihatan yang sihat,wallaahh..


Setelah sekian lama aku tak update sejak dari entry promo,sedikit kaget untuk aku menulis ,even nak tulis perenggan atas jadi awkward ,tak kelakar doh tak kelakar.Namun,put all that things aside,mai dekat sini nak habaq kat hangpa semua, menariknya Taman Negara Pahang, yang terletak di Pahang Malaysia.

soalan; "Anda semua pernah pergi ke sana?"

Aku agak mesti ada yang dah pergi en?,tapi aku tak.Ini kali pertama aku menjejak kaki ke Taman Negara Pahang.Kalau nak pergi dari KL kalau tak silap 2 jam sampai ke simpang temerloh.Dari sana, korang akan mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke jeti Tembeling,kalau tak silap mengikut kepandaikan akal fikiran aku.



Aku tinggal di Rain Forest resort, yang berdekatan dengan Jeti Sungai Tembeling kalau tak silap,yang aku rasa amat berbaloi dari segi harganya kalau tak silap 100+.Aku tinggal selama2 hari satu malam,bersama mak ayah aku ngan abang aku,totally heaven bak hang.

ni gambar - gambar budak jakun ,tak pernah pergi tempat camni la katakan,lulz






Aktiviti.


Hari pertama kitaorang sampai dalam pukul 12 camtu baru sampai,lepas puas di cerca oleh abah aku,suh bangun awal awal pagi , kalau di ikutkan nafsu tido,nah kau memang tak tersampai la kitaorang katakan haha nasib baik.Lepas tu,kami bergegas ke muara jeti sungai tembeling .

"Lepas ni kita akan melawat ,perkampungan orang Asli di sekitar sungai ini,jangan risau semua akan basah"
itu yang diperkatakan oleh tour guide kami,abang Farid (aku pon ingat-ingat lupa).Si Farid cakap "pasti akan basah",hak tu buat aku musykil.


"Basah jadahnya?,naik perahu panjang je bang oi",

maki hamun aku dalam hati,mempertikaikan statement yang di beri brader Farid neh,tidak munasabah bagiku.

sebelum kite orang naik sampan ,sekali lagi si Farid membebel 

"Siapa yang ada kamera,fon, benda-benda yang berelektronik,sila masukkan ke dalam beg plastik ini!"

"ahh mende pulak neh, lain macam neh",hati ku mencebik dengan kuat lagi.Dengan muka blur aku masukkan kamera olympus aku,fon bb aku dan dompet aku ke dalam plastik,tanpa memikirkan apa yang terjadi lepas ni.

"ok semua dah pakai jaket keselamatan?,bersiap sedia untuk basah yaa!"

*vroommmmm!! ,engine bot berkapasiti 70km/jam itu melenjan sekuat hati dia,si Brader Farid duk muncung depan bot,dengan muka poyo pegang pengayuh kat tangan dia.

aku duk tunggu la tang mana yang basah tu kan,jap agi si Farid menjerit 

"jaga2 air datang!!"

lalu *flashhhhhhhhhh! ,nah kau basah kuyup aku satu badan ,abis T shirt first time aku pakai ,dengan seluar kakis aku warna koko ni dibasahi air sungai tembeling,dengan tangan aku yang dibalut hasil pembedahan buang besi patah dulu (nanti aku up lagi satu entry pasal neh) ,abis basah .

rupanya ,bot sebelah memecut laju ke sebelah bot kami,di tahannya pengayuh itu di atas permukaan air,lalu memercik mercik la air mencurah curah ke atas badan kami .Aduhai,sabo je laa.

"woiiihh tangan aku laaa!!"
menjerit aku dalam hati ,nak maki tak bleh,bunyi deruman enjin terlampau kuat bak hang, namun terdiam sepi je la aku,tanpa kata kata.

Proses simbah menyimbah itu berlarutan,sehingga la kami sampai ke perkampungan orang asli,pheww
berbasah kuyup la kami,sambil melawat orang asli tuh lulz.

Perkampungan orang Asli
Kat sini bagi aku best, sebab kita dapat menghayati kehidupan orang - orang asli, yang hidup mereka tanpa menggunakan (tak semua la) peralatan elektronik,hatta rumah mereka pon di perbuat dari pohon nipah berlantaikan tanah.Syukur pada Allah atas apa yang kita ada.

Di sini,kami di ajar macam mana nak buat api dari pada hasil friction antara tali rotan dengan kayu cengal ke apa ntah lupa pula,macam Man vs Wild tuh, sangat hebat .Juga kami di ajar menyumpit menggunakan sumpitan orang asli,sangat hebat .Sebelum balik,mama sempat beli satu sumpit tu,katanya buat kenangan alang alang berada di situkan.Murah saja,harganya RM 20 ,setelah di tawar jadi 15 hehe.

Yang paling kelakar,aku cuba tanya orang asli yang jual tuh

"bleh cuba? try try ?"*sambil buat - buat gaya menyumpit kat orang Asli tuh.
lalu ...

"maaf bang,ini kawan saya punya barang,saya tolong jual saja,tapi boleh saja kalau abang nak cuba rasanyaa"

hoooohh!!pandai berbahasa rupanya diorang ,facepalm jap aku ,wadahel di situ kejap haha *gelak gelak dalam hati.
 lalu kami pulang ke jeti balik ,ya aktiviti simbah menyimbah masih ada, tapi aku dah imun, sebab dah satu badan dah basah haha,di lihat nya pada luka di tangan aku ,

"ya allah,asal dia membengkak tetibe neh?"..terdiam skejap,sampai bilik sambar ubat.

Malam harinya ,ada dinner juga cabutan bertuah yang di anjurkan pihak Ahli keluarga kilang abah aku.Banyak makanan best,banyak la jugak aku santap,yang paling best aku rasa "Rusa Panggang".Aku rasa last time aku makan rusa adalah time aku masa skolah rendah dulu abah aku bawak balik,skang baru bleh makan balik. NYUM NYUMM.

Jungle @Kanopy walk.

Hari kedua ,kami dah bangun awal awal pagi lagi,macam biasa lepas subuh ,abah aku dah bising.

"dah nak pergi tak neh?,kalau tak abah tak pergi,duk bilik je la tido lagi best"

ahh sudah dia dah bunyik,

"ye bah ye bah !",

aku bingkas bangun terus capai tuala,terus gi mandi ,tak sempat nak bersemayam enak di atas katil itu lepas solat subuh dengan sempurna aiyaa..

Sebab utamanya jugak ,nak bangun sarapan ,kalau tak sempat tak dapat la ,haha antara menunya? tgk sendiri ;p



pukul 9 kami naik jeep pegi ke jeti.Dari jeti kami naik bot lagi merentasi sungai tembeling, ke sebelah sana, untuk berjalan jalan di dalam taman negara.Tapi kali ni takde dah basah basah lencun bagai ,good thing haha


Lepas je briefing,kami pon berjalan selama 3 jam ke jambatan gantung taman negara,yang di katakan antara jambatan gantung tertinggi kat Malaysia kalau tak silap.Sepanjang perjalanan juga,tour guide kami sibuk membebel jenis jenis pokok kat dalam hutan,tongkat ali ada ,kacip fatimah ada specis rare laa.Dan aku?,aku sibuk nak amik gambar pokok dengan serangga,dan jugak abang aku

"ambik la gambar aku skali,ambik la gambar aku skali"

"yela yela aku memang photographer khas untuk mu pong,mu kang retis" haha,takpe seb baik dia ade amik gambar aku jugak lulz.



 so tak banyak aku nak huraikan pasal kat sini haha,jadi layan je la gambar aku ambik ya.Keseluruhan,sangat best bagi yang suka aktiviti outdoor,banyak benda bleh buat.Next time aku nak pergi panjat Gunung Tahan ,terbaik bebb!.ok Adios amigo,chow ,Jya nee,Assalamualaikum :),phewwh
selamat membaca!











menghirup udara segar pagi di atas menara jambatan,aha poyo sket la





"seronoknya dapat naik jambatannn!",
kata - kata manusia yang exited,dari abang aku *aku reka.



see tak takut pon,bleh berdiri di tengah tengah tu ok ,walawehh! lulz.


p/s; gambar akan di update dari semasa ke semasa,gua ngantuk ..


Tuesday, September 25, 2012

promo: Live HDR editing and HDR photography seminar.

   

  Merujuk kepada tajuk dia atas ,dengan kesempatan ini aku ingin mengajak semua orang tak kira bangsa ,agama pangkat darjat harta bagai ,jikalau anda sangat berminat tentang HDR iaitu High Dynamic Range ,yang menggunakan teknik imej dan photografi ,supanya jarak dynamic dia lebih baik dengan mengawal dari segi kegelapan dan kecerahan gambar tersebut ,this is what read from wikipedia ,u guys can refer here ,untuk hadir ke seminar ini.Seminar ini akan diadakan di Uniten ,*sila rujuk tempat dan masa di atas .

   Seminar ini bukan calang - calang ,semua penceramah yang hadir terdiri daripada orang - orang yang ternama,Seperti Kabir Malek Niezham ishak dan ramai lagi.Jadi amatlah rugi bagi anda yang ingin mempelajari HDR ,jika tidak hadir ke seminar ini.Jadi jangan lepaskan peluang.

Jika anda berminat sila hubungi di no tertera ,dan anda boleh melakukan urusan pembayaran.Harga amat lah berpatutan :) ,jangan lepaskan peluang yaa!.Dan tempat adalah terhad untuk 200 orang je beb!

Bayaran boleh dibuat kepada :

Akaun Maybank : 155015191359 (Maddah Bazilah)
Akaun CIMB : 01060081444527 (Mohd Saifuddin)

Dianjurkan dan disponser oleh
1.HDR Legion
2.Sifoo.com
3.Frozen Lite
4.Shutters Uniten 

Friday, August 31, 2012

warkah buat mama.


hari itu aku pulang ke kampung ,
setelah sekian lama tidak pulang ,aku rindu akan suasana kampung halaman
aku rindu akan senyuman ayah dan mak aku ,
mereka sahaja lah yang aku ada dan yang aku sayang,
menjadi tulang belakang aku selama 23 tahun ,
tanpa henti tanpa putus asa,

Namun..
aku perasan mama tidak lagi seperti dahulu,
yang dahulunya seorang yang kuat ,sihat ,bertenaga hatta bersemangat sentiasa,
mama kelihatan kuyu,seolah - olah dalam keadaan yang lemah,
mama yang dahulunya berisi kelihatan susut,
aku perhatikan lebih banyak kedutan di bawah kelopak mata mama mahupun di dahinya,
mukanya kelihatan cekung dan tidak bermaya ,
tapi senyumannya tetap sama ,senyuman manis yang sentiasa ada di wajahnya ,

"mama dah tak sihat mana ,mama dah semakin tua"

itu lah jawapan mama setiap kali aku bertanya tentang kesihatannya,
penyakit misteri yang sering menghantuinya masih lagi ada,
namun kebelakangan ini semakin berkurang ,alhamdulillah
penyakitnya ,yang membuat dirinya kurang keyakinan ,sering lemah dan fikirannya kusut,
hatinya tidak tenteram sentiasa ,
katanya adanya gangguan pada mama ,menyebabkannya jadi sedemikian ,
katanya adanya seseorang yang menghantar benda itu pada mama,
katanya juga mama ada kencing manis menyebabkan dia jadi begitu ,

entah la ,sudah hampir 5 tahun mama sedemikian ,
pelbagai perubatan sudah kami usahakan ,
pakar sakit jiwa ,mahupon bomoh atau ustaz sekalipun ,
penyakit mama tetap misteri,
sesunggunya hanya Allah yang mengetahui

dalam 5 tahun itu juga ,beberapa kali aku menjaga mama,
pernah sekali juga , ketika abah OT ,
mama sakit ,aku yang menjaga mama ,kemas rumah ,belikan makanan untuk mama,

"mama tak sihat ,kalau mama sihat mama tak susahkan adik"

itu yang mama selalu cakap kat aku masa dia sakit,
mama memang tak nak susahkan orang lain bila dia sakit,
tapi aku memang tak sanggup biarkan mama jadi begitu,
semasa aku sakit mama sentiasa berada di sisi aku,
ketika aku patah tangan ,ketika aku dengi ,ketika aku pengsan jatuh pokok dan tangga ,
atau ketika kepala aku terhantuk besi sehingga berlubang ,mama sentiasa ada.

kali ini giliran aku ,sebagai anak ,aku perlu menjaganya,
itu yang aku mampu lakukan ,
aku cuma harap penyakitnya itu sembuh,
aku harap mama sihat seperti dahulu ,
tidak lagi murung ,dan senyum sentiasa,
sesungguhnya hati aku tak akan tenang jika aku tahu mama sakit,
sebab mama salah seorang insan yang betul - betul memahami aku,
cukup la dia seorang yang mampu membuatkan aku gembira.

ya Allah ya Rahman ya Rahim ,aku berdoa kepada Mu,berikan la kesihatan pada mama ,sembuhkanlah penyakit yang ada pada dirinya,ampunkan la dosa yang ada padanya,curahkan lah rahmat kau kepadanya ,agar dia tergolong dalam kalangan orang - orang beriman ,insyaallah. amin.

mama,i love you.

Wednesday, August 15, 2012

Antara Aku dan Raya


salam ramadhan ,dan salam buat semua.
Suka cita di maklumkan ,saat aku menulis entry ini ,raya sudah semakin hampir.Seperti mana tahun tahun yang lepas ,setiap kali raya ,semua orang sibuk nak membuat persiapan raya bukan?,
"baju raya dah beli belum?,kain langsir dah siap jahit belum?"
semua orang dah kelihatan sibuk tak kira budak kecik atau budak besar semua nampak sibuk je kan .



termasuklah aku ini,boleh dikatakan tahun ini bukan tahun beraya mana la bagi aku ni.Sebab apa? kebetulan ,raya tahun ni dah dekat ngan final .Jadi  semakin dekat nak final semakin bertambah la dari segi assigment dan juga projek perlu disiapkan.Mahu tak mahu ,bersabar saja la,sapa suruh buat kerja last minit kan? kah kah kah ,marah kat diri sendiri la jawapnya.

Baju raya.

Dalam hidup aku ,aku bleh kira aku ade berapa ja pon baju raya kalau diikutkan yang pernah aku beli.Warna yang aku ada , ungu ,putih ,merah ,biru cerah (baju asrama dulu) ,koko, silver je kot.Selain warna tu aku tak pernah ada.Lagi pun aku bukan jenis pakai baju melayu ,entahlah bagi aku ia amat merimaskan sebab satu hari kene pakai baju melayu ,nak nak kain satin ,kene air sikit ,nah kau abis bertompok tompok la jawapnya aduhai.Aku rasa yang aku ada sekarang ialah baju melayu merah dengan silver itu pon sebab akak aku yang beli sebab time dia nak kawen dulu kene pakai sedondong katanya ,awh good things about marriage i guess ,baju sponsor eh? lulz.


baju melayu merah ,kegemaran gua ,ada majlis apa apa ka ,hak ni ja aku pakai haha.



warna putih (silver sket),juga warna kegemaran bagi baju melayu,seingat aku masa nak beli baju ni ,dah banyak habis .Katanya tuan kedai ,dah habis sebab tema warna baju ni orang selalu cari 
"ahh ye la tuh !"

so seperti yang sedia maklum ,tahun ini kerana terlalu banyak kerja (bajet sket la kan) ,aku dah takde mood nak beli baju raya mana .Mungkin tahun ni aku pakai je jubah yang mama beli kat mekah dulu ,tak pun pakai je baju melayu yang dah ada ni haa.Membazir itu amalan syaitan tau ,so jangan la membazir .haha.

Mercun?

Setiap kali raya ,mesti tak sah kalau takde mercun kan? yepp totally!.Hampir setiap tahun ,mesti ade je stok mercun kat umah aku.Kalau bukan ayah aku yang beli,kite orang pau je kat jiran umah ,haha budak budak selalunya cepat je bab mercun ni kan ewah.Tapi seryesly ,tanpa mercun cam bunga api ,raya cam tak meriah sangat.Tapi bukan suruh main mercun yang merbahaya sampai putus tangan bagai ,bodo la namanya .Main mercun bawang sudeyh 

"alah macam kau tak pernah main mercun buluh kan?"

"shh rahsia!"


see the face of innesen boy yang curik bunga api dari anak jiran dia ,kah kah kah ,awhh tak sabar nak main bunga api weh ,bak mai la sposor satu kat aku laa!


Aku ada banyak benda nak tulis ,tapi tu la kan ,kalau terlampau banyak benda letak jadi serabut .Sekarang pon dah serabut dengan projek ,ahh mampuslah .Bukak je raya terus final ,mati mati mati .Apa nak dibuat itula lumrah jadi pelajar kan?haha. Wish me luck on final exam

kalau ada siapa nak singgah umah raya mari la.Raya pertama kedua ketiga mungkin aku takde kat umah sebab aku balik kg atau kuar meronggeng,hari lain boleh sajo.Jangan lupa bawak anpau bagi kat aku yep kah kah kah!.

juga ini video ucapan raya khas aku buat ,rasa bajet macam retis la kan buat video bagai .Tapi control la jugak,kononya .Apa Apa pon ,Selamat Hari Raya!





  









Monday, August 13, 2012

kawin?

Entri ni lama aku simpan ,tapi aku tak post.Di sebabkan itu aku mengambil keputusan post la jugak.Namun entri ini cam tak kene dengan suasana skang ,iaitu bulan puasa.Tapi ,harapla anda semua menghayati penulisan aku.Insyaallah.



Mama Saya mahu kawen 

"oh mama saya mahu kawen ,kawen dengan siapa? ,kawen dengan dot dot dot"

lagu ni la yang femes satu ketika dulu ,kisah seorang budak lelaki yang meroyan nak kawen ,lagend gila lagu ni sampai skang aku layan lagi .

"dah kau menyanyi lagu ni pasai apa??,meroyan nak kawen?"

memang la nak kawen ,siapa tak nak ?.Cuba kau tanya semua lelaki atas dunia nak kawen ke tak? ,hatta gay atau lebian pon nak kawen tau tak? ,tapi yang tu kene laknat la dari Allah , haram .

Yep nak kawen tu memang la menjadi harapan bagi semua manusia ,bahkan ia menjadi sunnah bagi nabi muhammad supaya umatnya berkahwin ,antara laki dengan wanita ,demi menambah umatnya.Namun ,pokok pangkalnya ,tepuk dada tanya selera ,adakah anda mampu atau tidak? termasuk dalam syarat wajib mahupun haram berkahwin?.


"engkau ,kalau setakat 10 ringgit dalam tangan ,jangan bermimpi la nak berkawin dol"

Ya duit adalah segalanya.Hampir semua benda di atas dunia ini memerlukan duit ,yang paling mudah ,nak masuk jamban pon kene bayar duit beb ,tu pon tengok la tandas jenis mende .Kalau tandas yang macam kat KLCC tu harus la kene sampai 5 ringgit (andaian) ,kalau paling cikai pon ,yang tandas awan tu pon dah kene 30 sen ,tapi servis dia macam haram ,taik bersepah bagai jadahnya.Bayangkan la ,30 sen satu kepala ,kalau dah 100 orang sehari  dah dapat 300 ringgit,takkan la tak dapat nak bersihkan tandas tu yep.

"simpan duit pegi date ngn pakwe agaknya? ,kah kah kah".

back to the point.



Kawen zaman dulu dan kawen zaman sekarang

zaman dulu.
Apa perbezaan kawen dahulu dengan sekarang? .Banyak bezanya ,terutamanya dari segi kos.Dulu ,abah aku cerita ,nasi lemak dapat 50 sen ,lauk penuh sampai melimpah ruah .Gula - gula pon paling cikai 5 sen ,jangan terkejut ,ya semurah itu .Sebab taraf hidup dahulu berbeza.

Dulu kalau budak laki ,yang capai umur 18 tahun keatas ,dah berkerja tak kira la kerja apa ,cakap kat mak ayah nak kawen ,tup tap tup tap mak ayah dah carikan calon,senang.

Sebab zaman dulu tak mcam zaman sekarang ,nak tekel awek malu - malu ,nyorok belakang pokok ,usha awek mandi kat sungai bersama rakan - rakan ,pandang dari jauh ,oppss.Ya ,betapa mereka jaganya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Teringat kisah mak aku cerita ,atuk aku dulu memang seorang yang garang .Ye la ,tok imam kat masjid kampung ,memang seorang yang tegas.Ada satu hari tu ,ade sekumpulan lelaki nak mengorat mak aku dan mak cik- mak cik aku .Masa tu kebetulan,atok aku balik dari masjid ,ternampak kejadian tersebut.Lalu dikejarnya lelaki-lelaki tadi ,sampai diorang  lari lintang pukang .

"pak mail mari woih ,naya ,mu nok mapuh??"
kata salah sorang dari laki tersebut.

"kalau nak sangat dengan anak - anak aku ,mari sini jumpa aku ,masuk meminang kalau mu orang jantan"

terus kene maki hebat dari atok aku ,sampai tak berani kacau dah.

Tapi sekarang ,amboi bukan main lebat lagi .Sekarang nak mengorat terlalu mudah ,Facebook ,Twitter ,Google+ ,blog Skype banyak saluran sosial yang boleh digunakan oleh anak muda untuk mengorat .Bahkan ,jiran aku umur baru 9 tahun dah ada akaun Facebook dan twitter ,gile tangkas dan hebat.Hari - hari mereka duk sibuk cerita ,komen komen di Facebook,kisah relationship sesama budak kelas mereka ,owh kamon ,baru 9 tahun kot .Kids your journey  still far away .


Akibatnya,diorang tak pandai bergaul in real life,ye la asyik bermain Facebook je macam takde life ,kalau aku dulu pon petting - petting main bola ,melastik burring ,mandi lambing bagai ,i bet my life so meaningful ,and i'm proud who i am.

So ,thats the difference between elders and young generations.Mereka sangat menghargai hubungan masing - masing .Bahkan kebanyakannya ,kawen mengikut aturan keluarga mereka .Sebagai contoh ,mak aku dan ayah aku masing - masing kawen atas dasar pilihan keluarga.Total stranger,tak tau apa-apa ,cuma sekali pandang muka camtu je.Lepas kawen baru bercinta ,sangat indah .

Tapi sekarang dah tak sama,sebelum kawen lagi dah kene tau perangai.What do you expect ?,kebanyakan wanita hari ini adalah wanita yang baik?,ermm susah aku nak perkatakannya kerana ia terlalu subjektif.Kadang - kadang ,dari luar nampak baik ,namun bila dah kenal ,lain pula perangainya.

"dah kawen ,kita kene menerima segala kebaikan dan keburukan mereka"

yep its totally correct,but if you can bear it go on ,sebab kawen ni bukan sehari dua ,tapi sampai ke akhir hayat.What do you expect?.

Kos kini bertambah.

Pernah keluar dalam harian metro ,mas kawen setiap gadis mengikut kelayakan diorang ,Kecoh budak - budak Facebook bimbang ,tidak mampu nak kawen kerana kos nak kawen terlampau tinggi ,terutamanya kaum lelaki .

"abis la aku man ,awek aku belajar sampai master mampus aku ,mampus aku!".. 

ye la mana taknya ,sekurang - kurangnya dalam kocek kene la ada RM 15K ,baru la boleh kawen.Itu yang di tetapkan masyarakat zaman sekarang berkenaan hantaran kawen la.

Kalau setakat ada motor kapcai je ,dalam simpanan ada 2 3 ratus ,fikir panjang la bang oi ,UPSR pon sekurang - kurangnya kene ade RM 2000 dalam tangan ,kau hado?

"Perlu kah nilai hantaran yang tinggi dalam perkahwinan??"

Pada hemat aku ,jika di konsider dengan kondisi zaman sekarang ,mahu tak mahu ,aku rasakan ia adalah wajar.Cuba kita fikir dari sudut ibu bapa mereka sendiri.Mendidik anak - anak hingga besar bukan la sesuatu yang mudah.Dari kecil ,hingga besar untuk menyara hidup seorang anak ,mengambil kos yang tidak terkira ,terutamanya  jika anak beliau ,sambung belajar hingga ke peringkat master atau phd mahu pun hingga ke luar negara,kosnya adalah amat tinggi.

Selain itu ,kalau dah belajar sampai peringkat Phd ,of kos gajinya pon kene la tinggi .Jadi sebagai lelaki , mesti la kene yang mampu dari segi hartanya ,maksud aku gajinya harusla juga lebih tinggi dari si isteri.Bukan apa ,bimbang timbulnya isu perbezaan taraf antara bini dan suami ,ia akan menimbulkan satu masalah kelak.Sebab itu adalah bagus cari orang yang sama taraf dan bersefahaman.

so no wonderla kos nak kawen itu mahal ,mengikut taraf pendidikan seseorang itu .Bagi aku ia nampak legit ,kalau di ikutkan la.Tapi hal itu terletak pada pasangan itu sendiri.Sebenarnya
"lagi rendah kos kawen tuh ,kehidupan rumah tangga itu akan lebih bahagia",sebab kawin bukan bersandarkan wang semata - mata ,bukan nak gah ,

"eh anak aku kawen ,mas kawen dia berjuta - juta "

timbul la pulak isu riak bagai ,mengundang pada dosa .Itu nabi larang ,sebab berbangga apa yang kita ada.Adalah lebih bagus berserdahana saja dari segi hal pengurusannya.


 secara tuntasnya ,tepuk dada tanya iman tanya diri sendiri ,tanya kemampuan .Kalau nak kawin dengan anak raja ,takkan la nak buat majlis makan biskut meri ,jadi kene la usaha bersungguh - sungguh ,kumpul wang sebanyak mungkin .Tapi kalau perempuan tu betul betul ikhlas ,tak kisah la laki tu kerja apa ,kalau dah cinta ,dia terima seadanya .Ye dak?
Tapi sebagai lelaki jugak tak rasa malu ke ,bila perempuan yang sara kita pulak? duduk umah tak buat apa -apa ,malu kot.


Perihal jodoh?





Yang ni kalau difikirkan amat rumit dan kalau aku huraikan satu persatu ,mengambil masa yang amat panjang.Jadi dipendekkan,jodoh kita memang dah tertulis di arasy allah .Cuma usaha itu kita perlu ada.Cara terbaik menambah rakan lebih ramai,kenal lebih ramai orang ,sehingga satu tahap.Kita akan tahu si dia yang sememangnya teman hidup kita ,dari segi perangai ,minat semua seolah olah kene dengan diri kita .Pada saat itu, boleh la di isyaratkan ,sememangnya dia jodoh kita.

Ingat ,ikan di laut itu banyak ,ya memang banyak .Tapi tak semua ikan itu sesuai dengan cita rasa kita.Akhirnya ,satu ikan yang kita bela di dalam akuarium rumah juga menjadi pilihan kita.Banyakkan solat istiqarah ,insyaallah sesungguhnya ia amat membantu .Amin.




p/s ; aku harap future wife aku ,takde la nak demand lebih - lebih ,harapla ikut kemampuan aku.Ini kalau nak kawen nak berhutang bagai ,rasanya nak mendirikan rumah tangga tu ,sempat roboh dulu sebab kene roboh dengan ah long haha ,wallahualam .

juga kepada kawan - kawan aku yang dah nak berkawen ,mus nadhirah ,yana ,semoga kalian berbahagia bersama pasangan masing -masing sehingga ke akhir hayat insyaallah .:)

Selamat berpuasa dan berhari raya :)

Tuesday, July 3, 2012

WW: Neko neko

Salam satu blog,

aku tak tau masih wujudkah sistem wordless wednesday ni ,namun its ok lantak pi la .Sapa suka kucing? ,kalau kau suka means ,kita satu bumbung.Kucing makhluk yang dianggap super cute ,kalau tak suka tu pelik la ,haha.Namun sesetengah orang ada alahan ,dimaafkan.



So ,aku memperkenalkan dua ekor kucing ,yang aku sempat tangkap , still belajar ambik gambar secara lebih baik ,ini hasilnya.





yang ni namanya jinggo ,tak tau nape tuan dia bagi nama camni ,randomly taken.





yang ni pula aku assume nama dia "shiro" ,maknanya putih dalam bahasa jepun ,sebab aku tak tau nama dia sebenar.Bulu dia sangat putih melepak ,nak je aku curi ,namun orang punya nak wat cane deym.


Sebenarnya ,aku baru je nak aktifkan flickr aku .Selama ni aku biarkan camtu je .Jadi skang ,aku cuba isikan flickr aku dengan gambar - gambar yang akan aku ambil ,insyaallah,i will do my best.Mean time ,baik la layan je gambar yang ada. Klik sini  .terima kasih :)



adik beradik shiro :)

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalam .
Setelah sekian lama aku tak update blog ini ,aku rasa macam kesian buat blog sendiri .Sebelum ini sibuk dengan exam dan juga projek yang ada mungkin aku jadi malas sikit nak update.Namun aku gagahkan diri aku jugak nak update blog aku ni ,ya aku masih sayang blog aku walau apa pon terjadi

"dah kenapa kau neh"

"kah kah kah"

to the point

13 may adalah Hari Ibu Sedunia ,di sambut seluruh warga dunia .Selamat HAri ibu aku ucapkan kepada ibu terasayang Fanizah binti Ismail juga kepada ibu yang berada di seluruh dunia ,juga ibu yang sedang membaca blog ini .

Tidak lupa juga ,kepada ibu jari ,ibu ayam dan segala benda yang berkaitan dengan ibu ,selamat hari ibu aku ucapkan .


Sesungguhnya keperitan ibu tidak dapat dibayangkan ,tatkala melahirkan kita ,mejaga kerenah kita ,terutamanya jenis yang nakal tak reti bahasa neh orang suruh tak dengar cakap ,namun ibu2 masih sabar dengan anaknya .

Teringat lagi time aku kecil ,masa aku berumur 6 tahun ,masa tadika.Aku jenis memang liat nak ke tadika sampai mak aku kne teman aku belajar di tadika sampai la aku balik ,malu sungguh waktu itu .Sampai , aku menangis bila mak aku menghilangkan diri ,walhal mak aku pegi tandas kejap je .Ya manja sungguh aku pada waktu itu ,malu lak rasanya .biasa la budak.

aku pernah buat entri rasanya lihat sini .




Namun ,sejak kebelakangan ini ,banyak isu yang di timbulkan berkaitan dengan ibu .Pernah dengar pasal ibu pukul anak sendiri tuh?.Ya ,rasa cam nak sepak je mak budak tuh ,sampai pukul ngn bantal sampai cubit2 siap lagi .Sedangkan allah ciptakan anak sebagai bonus bagi mereka supaya lebih bahagia ,dengan anak mereka akan jadi lebih gembira.Namun mereka tidak bersyukur ,jadikan anak tempat lepas geram mereka .Sedangkan ibu kucing ibu lembu pon sayang anak mereka sendiri ,ini kan manusia berakal ,makhluk yang di cipta allah jadi khalifah atas dunia nih

manusia manusia manusia .

next ,

Juga ,ada satu kemusykilan bagi aku ,yang kian di sebut - sebut orang skang,

"menyambut hari ibu  adalah haram "

sama macam hari valentine ,majlis fatwa memang dah mengharamkannya ,dan aku sendiri tak berapa nak suka sambut hari valentine sume tuh , tapi hari ibu aku sambut

sedikit bingkisan yang aku baca kenapa ia diharamkan .

"Sejarah hari ibu telah di kenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang - orang Greece , sebagai penghormatan terhadap Rhea , ibu kepada tuhan mreka.Pada tahun 1600 orang-orang england mereayakan hari yang mereka namakan sebagai "mothering sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent.Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan februari atau Mac.Dalam tempoh ini ,sebahagian orang-raong kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu dengan alasan agama.Amalan tersebut adlah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary .Mother Mary adalah Maryam ,ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mreka anggap sebagai tuhan " via maahadsas 

Ya ia berkaitan dengan kristian, So its not good for muslims to celebrate that day .Sebab ia berkaitan dengan mother of Jesus.Sebelum ni aku pernah dengar , tapi isu ini baru timbul skang ,terima kasih bagi yang share info ni ,baru aku tau dengan lebih lanjut

Namun, bagi pendapat aku , ia terletak pada niat kita.Mungkin tarikh itu meraikan ibu jesus,Mary ,namun aku sambut dengan niat demi menghargai ibu aku sendiri ,sebab itu je tarikh orang guna sebagai menyambut hari ibu .Tapi kalau boleh di tukarkan tarikh tersebut adalah baik ,but we can't change the fact ,13 may is the Mothers Day .Harap tak salah faham ,kita serahkan pada majlis fatwa menentukan ya.


p/s;
mungkin timbul pula isu ,hari guru haram ,hari buruh haram mane tau ? i'm always have faith in Allah ,yang penting adalah niat , semua benda yang kita buat terletak pada niat tak begitu?,jangan lebel aku sekular atau liberal dah la .







Aku dan mak aku ,like mother like son ,mak comel anak hensem tengok la datang dari mana ,ayah aku pon hensem gak haha *marah lak kang kalau tak puji .Senakal nakal aku ,takde la mak aku nak pukul ngn bantal bagai ,cubit pipi bagai masa kecik ,tapi biasanya lebih kepada nasihat ,sampai terasa pedasnya dalam hati haha ,selamat hari ibu mamal. :)

Thursday, April 19, 2012

Secrets of world.


Dalam minggu ni ,aku mula rajin download ebook ,dalam list aku masih belum semua aku baca ,walau download banyak-banyak , tapi disebabkan masa aku x sempat baca semua.

So ,aku ingin sharekan satu ebook ni yang agak menarik bagi aku ,u can see the cover of the book below.


The book entitled ,"an encyclopedia best-kept secrets" ,memaparkan kisah-kisah dan fakta-fakta yang rare yang ade atas dunia.Juga terdapat konspirasi yang tak dapat di ungkaikan di atas dunia ni .

Tuesday, April 17, 2012

cover FB's TL for april

Memang dah lama aku fikir nak buat cover untuk TL facebook aku . kalau tengok skang dah macam - macam stail orang buat dengan cover TL mereka .

Lepas dah download brushes ngn gradient baru ,aku dapat idea nak wat TL cover untuk Fb aku .Yep , masih dalam belajar camne nak design bende alah ni ,namun ini hasilnya.

Sedikit elemen berapi2,menggunakan brushes api , ditambah gradient harmonic ,spectrum tadaa,be free to comment :)



p/s; aky takde banyak gambar , biasanya gambar ni jugak jadi pilihan haha

Sunday, April 8, 2012

dunia kecil ku

Baru  baru ni tempat ayah aku kerja ada mengadakan pertandingan ambil gambar di area sungai lembing  .Walaupun hanya menggunakan kamera jenis compact ,aku cuba yang terbaik .Alhamdunillah ,aku berjaya merangkul tempat kedua kategori compact .

Ini gambar "sang bulu" aku namakan ulat bulu ni ,sebab tidak ketahui spesisnya ,terima kasih pada mama sebab ternampak ulat bulu neh, gambar ni berjaya dapat no 2 .alhamdulillah.




                                                                    sang bulu (second prize)



                                             
                                                                     team work 

                patutnya mula - mula nak antar gambar kerengga nih ,tapi di sebabkan gambar ulat bulu tu lagi unik ,jadi tak jadi la.




Dan ,ya dalam setiap tempat aku pergi ,pasti ada part posing2 gambar haha,jadi dapat gak snap gambar aku kat sana ,feeling macam edward cullen bagai ,kah3 ,boleh laa.




p/s; kene angkat dslr gak baru dapat gambar yang kualitinya optimum insyaallah.

Saturday, March 17, 2012

THINK


masih kurang dengan entri bertulis ,tunggu mood datang ,feel free to comment . :)

Monday, March 12, 2012

The Red and Black Jellyboone

sape tau Jenama Obey? rasanya semua tahu kan? kombinasi yang selalu digunakan dalam artworknya merah dan hitam . Berilhamkan dari karya obey ,aku cuba try buat artwork yang paperprint hitam merah yang lebih kurang obey juga ,cuma masih ada cam tak kene lagi ,need to improve more,and this is my final artwork.Dp yang digunakan kat twitter skang LOL


sila komen kalau berani haha

p/s; merah dan hitam warna faveret aku ,sebab tu aku guna layout blog warna merah hitam Tee Hee.

Friday, March 9, 2012

Super Saiya itu wujud

Seryesly dari kecik lagi aku suka baca komik dragon ball.Aku kumpul hampir kebanyakan episod komik dragon ball sampai la episod terakhir ,yang goku ajar Uub tuh .Sangat nostalgia bagi aku bila aku baca balik dragon ball

Pernah jugak terdetik dalam hati aku ,nak jadi super saiya ,ya rambuk pacak2 badan jadi beraura kekuningan ,pehh hebat sungguh .Kadang - kadang bila duk tengah - tengah jalan kat bandar , terbayang aku buat kame hame ha ke arah bangunan ,hancur ,aku hanya berimaginasi je la,tu pon masa tengah die hard dulu ,skang dah tak berapa sangat.

Tapi ,masih ada orang yang berfikiran sama macam aku dlu ,cita- cita nak jadi super saiya.

"ya ia sememangnya wujud"

tak percaya ,saksikan video super saiya ini ,LOL



credit to ash sebab tunjukkan video nih :)

Thursday, February 2, 2012

susahnya nak menulis blog .




 Salam maulidul rasul dan thaipusam ~..
Aku fikir ,sudah berapa lama aku tinggalkan dunia blog ,maksud aku tanpa ada apa - apa entri yang bertulis yang cuma ada sedikit gambar dan juga satu video bagi tahun ini sahaja.Kalau ko nak tahu ,nak tulis blog ni bukan senang sangat pon ,kalau mood dia takde tak guna jugak.Puas dipujuk tak keluar jugak ,tu yang menjadi masalah tuh .

"sebenarnya ko malas kan?"

*tediam sambil menggigit kuku yang sememangnya tiada kuku

berikut aku senaraikan nape susah sangat bagi aku nak update blog :

1.Sebab memang takde idea  
Susah kot kalau takde idea ,ibarat anak kecil tersesat di tengah lautan manusia ,menangis teresak-esak ,buntut macam mana nak buat.Lepas tu pulak ,kalau entri yang berkaitan dengan fakta pulak ,kene buat research kalau tak mahu kene maki beb ,sebagai blogger kita yang memainkan peranan dalam menyampai maklumat yang tepat pada orang lain ,kalau tak dosa.




2.Sebab Takut Kene maki 
Sebab itu ,sape cakap tulis blog ni senang ,tipu je tuh ~ ,kurang - kurang ambik sedikit tenaga gak kerah keringat memikirkan apa yang di tulis.Tulis pasal orang lain kang ,memang best ,ngumpat - ngum pat ,cakap si polan ni muke rabak ,si polan ni bohsia la, tapi buat apa ,dosa pon dapat maki pon dapat beb.Jadi penah kawan aku cakap ,nak jadi blogger berjaya bleh ,hati kene kering ,kental tak kisah kalau kene maki pon haha.Mungkin ada benarnya.

3.Sebab Malas giles
Sebenarnya ni la sebab utama aku malas nak update blog senang cita ,dengan dah masuk sem - sem akhir ,aku akan menjadi lebih sibuk ,ditambah projek - projek yang akan mendatang ,bertambah kurang la aku nak update ,blog ,haihh..*mengeluh panjang





4.Sebab Twitterholic
Twitter dengan kata lain microblog ni bleh menjadi addicted ,disebab kan stailnya yang tak sama dengan facebook ,bukan post satu biar dua tiga hari ,tapi kalau ko nak membebel sesuka hati pon boleh .LOL ,jadi sebelum aku nak update blog pon ,dah aku tulis kat twitter ,kejadahnya ,menjadi semakin bebal otak aku nak tulis blog

"sedang berfikir nak kurang kan tweet "

"ahhh kau ,cakap jep ,jap agi penuh gak TL aku ~!"

"errk"

aku cuba ..*nada sedih .

yela aku cuba tingkatkan lagi mutu penulisan blog dari masa ke semasa :)





Wednesday, February 1, 2012

my name is himawari (video)

salam februari .
ini adalah salah satu projek aku masa cuti dahulu .Lama dah aku fikir nak wat vblog kucing aku ,jadi dikumpulkan segala video yang aku rekod guna fon ,di kompilasikan dalam video ini .Ini hanya video selingan jek ,nanti akan ada video full ,check it out ,:)



Wednesday, January 11, 2012

wordless wednesday : hey i'm lost


kita mulakan tahun 2012 dengan satu gambar ini dulu ,dan lepas ni ,akan ada update yang lain ,stay tune. tq.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...