Sponsored by

Thursday, March 11, 2010

asyik2 cinta..renungkan...


Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau kalbu
Bicaramu lembutnya mendamaikan
Lalu aku pun hilang dalam keindahan itu bersama rindu


Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.


Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula di bawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari terpaksa bertemu, kadang-kadang urusan rasmi kadang-kadang tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya. Ingin sekali aku ungkapi Isyarat jiwa dengan sempurna. Biar kau mengerti , Kau sedari Keadaanku yang memujamu Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap di hati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya. Hampir setiap ketika seperti terdengar gelak tawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat-saat tidak terduga. Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kenangan, hanyalah satu arca. Yang kabur dan tersisih. Bila impian tak tersurat. Bila rindu bertebaran. Dan bila luka kian melarat. Apa lagi yang tertinggal. Cuma sebuah pengalaman. Paling memilukan Amat meyakitkan Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal.

Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya, agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang dia amat-amat menghargainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...