Sponsored by

Wednesday, February 23, 2011

exam ,last minit.

seryesly ,hidup seorang pelajar banyak cabarannya ,exam datang bertubi2 ,study pon last minit ,sape yang salah?aku jugak.Sekarang tengah genting mengejar kejayaan ,aku nak rehat dari blog jap,nnt update balik.Skang dah kurang tdo malam aduhai ,nnt insomnia jadi balik susah plak.Time malam je mesti aku bosan ,yela sorang2 ,ape aku buat ,aku edit gamba ,aku sendiri punye la ,kalau orang lain jap agi orang cakap lain plak haha,wish me luck ..

Ganbatte ore..jya ne.

segmen-puitiskan diri anda (jambancomel)

 Baik ,hari ni aku terlihat sesuatu yang menarik kat sb ,iaitu segmen puisikan diri anda dianjurkan oleh atiq saleh ,jadi dengan berbesar hati aku nak join,ini puisi aku









hari ini aku berjalan,
menyusuri tasik,
menyusuri bangunan-bangunan indah serba moden,
menyusuri lautan manusia.
di satu sudut ku terlihat,
ramai anak2 muda menjerit keriangan,
seolah2 kanak2 mendapat seketul gula2,
satu sudut lagi ku lihat pasangan muda asyik bermain2 tangan,
tiba2 hati ini kecil ini terdetik,
tidak takutkah mereka?,
tidak takutkah mereka kepada yang maha mengetahui?,
tidak malukah mereka padaNya?
aku pasti yang mereka tahu dunia ini sementara,
namun apa yang mereka kejarkan?,
bagi yang merancang kearah kebaikan ,
syukurku ucapkan,

aku sedih,
kenapa manusia alpa,
alpa apa tujuan mereka lahir didunia?,
manusia dinamakan insan kerana sifatnya pelupa,
namun sampai bila kita harus lupa?,
sehingga turunnya satu bala yang besar baru kita ingat padaNya?

aku hanya insan yang lemah,
diri ini juga seorang pelupa,
diri ini juga banyak melakukan kesilapan,
diri ini juga banyak berdosa,
namun disudut hati ini juga,
muncul rasa keinsafan dalam diri,

perubahan memerlukan masa,
bukan masa yang singkat ,
ada yang mengambil masa hingga berdekad,
namun hati yang ikhlas nescaya yang maha esa akan membantu..


if i can draw a world ,how would it be?

jamban comel;7.oopm,rabu...ini puisi aku penah buat dulu ,so aku kongsi balik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...