Sponsored by

Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru 2012


Tepat jam 12.01 malam ni ,maka berakhirlah tahun 2011 ,dan selamat datang tahun 2011.Macam biasa ,masuknya tahun baru ni la ,masing - masing sibuk membuat senarai list ,azam tahun baru.Ada yang cecah sampai puluh-puluh azamnya ,last - last yang di buatnya dua tiga empat kerat jek.

"biasa la ,manusia hangat - hangat tahi lembu "

Sama macam aku jugak ,kehangatan tahi lembu pon ada pada diri aku ,cam tahun lepas nak kata beli gitar baru la ,nak jadi budak baik dan hensem la ,*ok yang ni tengah mencapai .Namun itu perkara biasa ,sebab itu kita panggil azam ,maknanya apa yang kita ingin capai akan datang ,tak bermakna perlu di capai dengan kadar segera . Tak dapat tahun ni ,tahun depan bleh sambung lagi apa ada hal?

"jangan jadi NATO dah la beb ,no action talk only~"

jadi kalau nak berazam kene la ada semangat dan daya fokus yang tinggi ,ye dak?.

"Ikut suka hati kau la ,janji jadi"

"erkkk....*terdiam"


begitu juga seperti orang lain ,aku jugak ada buat list azam tahun depan ,panduan bagi aku menjadi lebih baik mungkin LOL

list azam 2012

  1.  macam tahun - tahun lepas .
  2. jadi budak yang baik taat budi bahasa dan tata tertib *look skema
  3. result tahun hadapan lebih baik ,tambahkan kudrat lebih sikit
  4. beli gitar baru ,(dari tahun lepas lagi)
  5. simpan rambut panjang dari skang 
  6. khatam quran
  7. tak tinggal solat ,especially subuh =_=
  8. beli kasut baru ,sebab kasut lama koyak usha kat converse 
  9. jaga hubungan baik dengan allah dan orang yang tersayang ,family dan sahabat andai
  10. kuruskan badan *yang ni paling penting LOL 
  11. upgrade motor ,tukar spesifikasi dari segi ezoz ke ape ker ,agar tahan lama 
  12. melancong ke luar ,bandung atau phuket *kalau la dapat 
  13. cari kamera ,asal ada spect yang cukup untuk aku edit gambar .
  14. improvekan segala skill - skill ,belajar memasak ,belajar main gitar ,belajar bercakap ,belajar menyanyi ,belajar menaip blog ,ubah blog .
  15. tido lebih awal,*yang ni part paling susah ,kerana telah menjadi kebiasaan bagi aku ,punah.

ok ,cukup la 15 list yang aku buat untuk tahun hadapan .Kalau dah buat list ,jangan di biarkan sahaja ,kene la ada istiqamah dan kofiden dalam mengerjakannya,kalau tak sembang kosong je la namanya .



Sebenarnya ,azam baru tak akan pernah putus,sampai ke tua nanti pon ,kita masih ada azam ,namun berbeza mengikut keperluan kita masa itu .

SELAMAT TAHUN BARU pada semua komrat jambancomel .peace .

p.s; sambutlah tahun baru dengan bende yang berfaedah ,contohnya tido LOL .






Sunday, December 18, 2011

proposed by a stranger

Ini adalah video yang bagi aku amat jarang dilakukan sesetengah orang masa kini .Dilamar lelaki pilihan keluarga dan tidak tahu menahu langsung tentang perihal lelaki tersebut,namun terpaksa menerimanya .Kisah ini atau video ini telah dikongsikan oleh kawan aku ,afyka tentang sahabat baik dia yang telah dilamar lelaki pilihan keluarganya.Tetapi pada awalnya tidak dipersetujuinya ,namun keikhlasan hatinya membuka minatnya.

Apa yang menariknya ,bagaimana the way si lelaki tersebut memikat hati si dia ,dengan kata lain ,cara dia propose amat menarik minat semua pihak .Siapa sangka seorang lelaki sanggup berbuat demikian ,demi mengambil hati si dia.

cuba hayati video ini ada kisah yang menarik untuk di pelajari ,dan ucapan terima kasih pada afyka dan dena sebab bagi aku keizinan post video ini.



Semoga mereka berdua bahagia sepanjang hayat ,benda yang baik tuhan akan tolong ,semoga sampai ke jinjang pelamin insyaallah.Gud luck!. btw selamat bertunang .

p/s;
seryesly ,masih banyakkah lelaki seikhlas lelaki nih? aku salute habis beb.Kalau aku pon nak jadi cam lelaki tuh ,insyaallah ,niat hati mesti ikhlas ,niat kerana Allah bukan saje - saje beb.

Wednesday, December 14, 2011

tumblr untuk jambancomel

Dulu aku pernah buat tumblr ,namun aku tidak la bergiat dengan sepenuhnya dengan tumblr tuh.Tapi ,kebelakangan ni ,aku try main - main cam best jugak ,sebab yang best nya ,aku boleh post gambar - gambar atau artwork aku .Sape - sape yang nak share senang la sket ,sebab dia boleh reblog ,cam RT versi twitter laa.Maaf ,sebab aku masih baru ,agak exited la sikit .Namun ,kalau sapa nak follow ,sila la klik "jambancomel.tumblr.com" .

HA HA HA .

gelaknya aku ini menandakan ,satu lagi medium untuk aku merepek ,how cools is that?.Blog jamban comel masih berjalan seperti biasa ,tunggu aku ada masa nak menulis banyak sikit ,aku buat la entry ,stay with me ,padu!.


some artwork dari tumblr aku .


Thursday, December 8, 2011

Planet Baru :Super Bumi di jumpai .



Baru- baru ini aku telah baca satu article di internet berkenaan satu telescope yang di cipta pihak NASA iaitu Kepler Telescope telah menemui satu planet yang menyerupai bumi  .Mereka menamakan planet tersebut sebagai "Super Earth" selain nama saintifiknya Kepler-22b kerana atmosferanya hampir menyerupai bumi ,namun saiznya adalah2.4 kali ganda besar berbanding planet bumi .

Dari segi suhunya juga hampir menyerupai bumi ,namun tidak di ketahui sama ada wujudnya hidupan di atas planet tersebut .

"It's right in the middle of habitable zone" , kata Natale Batahla ,saintis Kepler

Satu tahun di sana ,adalah bersamaan 290 hari ,juga hampir sama dengan bumi .Hampir keseluruhan planet tersebut di kelilingi air dan batu sehingga ada yang menggelarnya "the ocean's planet" .Siapa tahu kebenaranya ,melainkan Allah swt sahaja .

untuk gambaran lanjut klik disini






p/s; bayangkan bumi yang bersaiz 2.4 kali ganda ,apa yang korang nak buat? haha.

Thursday, November 17, 2011

photography : LIGHT GRAFFITI .

Light Graffiti bermaksud ,teknik fotografi yang menggunakan kamera ,dan menggunakan setting pada kamera anda membolehkan anda seolah melukis ketika kamera di ambil.Sejak kebelakangan ini ,Light Graffiti semakin popular di malaysia ,kerana bertambahnya bilangan individu yang mempunyai Kamera Dslr ,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ,satu perkembangan yang baik.Sekaligus ,lebih ramai yang berminat light graffiti.

Antara team light graffiti yang terkenal di negara kita adalah team "hikarimoji" ,bermaksud ,tulisan cahaya di translate kan dari Jepun ke Malayu.Kalau sape yang nak tengok ,atau jadi bahan rujukan ,bleh usha Facebook mereka disini ,dan mereka juga mengadakan bengkel ,bagi mereka yang berminat ,lebih lanjut layari facebook mereka.

                           
                 hasil karya daripada team hikarimoji ,dalam tulisan khat ,sangat hebat.

Juga ,ada satu blog ni tetibe aku terjumpa ,dia punya design light grafitti sangat cantik ,sape nak tengok usha  blog bizsign
                 

kolaberasi beliau dengan altimate ,semat .



Justeru itu ,satu "sharing class" telah diadakan oleh pihak shutters Uniten ,bagi mereka yang berminat atau ingin belajar Light graffiti ini ,berkongsi antara satu sama lain ,tanpa mengira pro atau tak pro.Jadi tak ada la rasa gap antara satu sama lain .

Berikut merupakan ,hasil daripada usaha kami pada malam tersebut.Team rumah aku ,padil ,syafiq waseem,ashwan dan aku sendiri ,merupakan individu yang terlibat bagi men"design"kan atau membuat light graffiti itu sendiri .Kami masih noob lagi ,tapi boleh la jugak buat profile pic kat FB tuh ,orait usha gambar di bawah .














semua gambar di kreditkan pada Syafiqjay Photography ,dan uniten shutters.

kalau lihat gambar diatas ,ade part yang wujud bayang2 kaki orang ,dan kadang-kadang ada kabur .Ini merupakan perkara baru bagi kami ,lepas ni boleh buat lagi baik insyaallah .

Monday, November 14, 2011

takdir dan jodoh




percayakah kamu pada takdir?,
Takdir dimana setiap kejadian yang terjadi dalam hidup ini telah di tentukan yang Maha Mengetahui?
Bila kita mati ,setiap saat yang kita lalui berkait rapat dengan takdir.

Jodoh ,jugak merupakan satu takdir.Kadang - kadang ,dua orang yang sering bertemu ,tetapi tidak kenal antara satu sama lain ,menaiki tren yang sama setiap hari ,tanpa mereka ketahui apa nasib mereka.Sehingga lah suatu hari ,dalam satu majlis mereka berkenalan

Mereka bercerita antara satu sama lain tentang perihal mereka ,tanpa mereka sedar ,rupa-rupanya mereka telah bertemu setiap hari tanpa mereka sedari,itu lah takdir.

Percayakah kamu?sebelum kita dilahirkan ,setiap manusia yang kita kenal semasa didunia ini ,telah ditemukan Allah ,di alam arasy.Roh kita telah pon bersama dengan orang tersayang ,dan bersama - sama mereka .hingga lah kita di lahirkan ,Allah melenyapkan kembali ingatan kita

Sebab itu la adanya Deja vuu ,perasaan seakan - akan pernah kita kenali ,sewaktu kita melihat wajah orang yang kita tidak kenali .

Malah ,takdir juga memacu hidup kita sejak dari kecil.Mungkin ada sesetengah tidak berjaya dalam ujian peperiksaan ,namun berjaya dia alam pekerjaan ,menjalankan bisness sendiri ,sehingga membina empayar,itu lah takdir mereka.

Malah soal cinta dan perasaan juga berkait rapat dengan takdir.Kadang - kadang ,seorang lelaki itu mempunyai ramai wanita yang ingin memilikinya ,namun semuanya di tolak .Model ,penyanyi sebut sahaja wanita yang cantik jelita ,semuanya di tolak mentah - mentah olehnya.Namun suatu hari ,si lelaki itu berjumpa dengan gadis kampung ,menjaja kuih di tepi jalan,lalu di belinya kuih itu .Dipandangnya wajah wanita itu ,namun tidak di endah oleh wanita tersebut .Lelaki itu pelik ,lalu setiap hari memerhatikannya setiap kali dia menjaja kuih .Hari makin hari ,si lelaki itu jatuh cinta dengan budi bicara gadis tersebut ,walhal gadis itu hanyalah menjaja kuih ,siapa sangka,itu gadis pilihannya ,itulah takdir.

Love is a blind ,its unpredictable ,

selalu pepatah ini diperdengarkan ,siapa tahu ..:)


sekian ,

jellyboone @jambancomel @emam.

Thursday, November 10, 2011

new header 2011

Kali ni aku nak tukar mood ,kalau perasan header sebelum ni agak simple dan biasa jep.Jadi adanya sedikit masa yang terluang ,aku cipta lagi satu header ,sebab header sebelum ni dah nak setahun tak tukar .Biasanya setiap tahun pasti aku akan buat perubahan pada blog ni ,ubah selera sket kadang - kadang ,tak la bosan sangat kan?,haha. Jadi ini lah hasil usaha aku satu jam setengah,





sedikit diskripsi tentang header ini ,nape aku design camtuh hehe:

gambar muka: gambaran kepada "comel"
logo jamban : menyerlahkan lagi "jamban"
tulisan tepi kepala : kandungan yang ada dalam blog ini

moto jugak aku tambah sket "don't forget to flush" .
So ,apa pendapat korang ,ok dak? ,komen di alu alu kan ,atau sebarang cadangan bleh jek komen kat aku ,ok.Jasa anda amat dihargai .Aku cuba improve blog ni dari masa ke semasa haha.

p/s;kalau nak usha header sebelum ni ,klik sini

Monday, November 7, 2011

imam bukan zukarnain.








Pernah tak aku cerita yang aku ada dua nama ,rasanya tak kan? ,mungkin yang tau pon rakan - rakan yang satu sekolah rendah dan satu taman tempat aku tinggal dahulu.Yep memang aku ada dua nama haha,


Al-kisah,
Tahun 1989 ,telah lahirnya seorang bayi yang agak2 sangat comel ,dan mempunyai berat badan bayi pada ketika itu 1.5 kg  ,dikatakan paling berat dalam ahli keluarganya.*tidak diketahui butiran nya dengan lebih jelas ,tapi itu la faktanya.Pada tahun itu juga ,pihak hospital menjadi riuh rendah menyambut kehadiran bayi yang telah lama di tunggu -tunggu oleh mereka selama ini.7 November ,adalah tarikh keramat bagi bayi ini kerana ,pada tahun itu juga la ,tahun ular bagi bangsa cina berkenaan perihal tahun ular bagi mereka .






``Tahun ular,merupakan tahun yang paling grand antara semua tahun yang ada" ,bilang Pak Derus yang juga ayah kepada anak yang telah di lahirkan itu.Setelah di lahirkan ,di azannya anak itu ,di basuhnya segala darah dan juga sisa - sisa uri yang ada pada badan si comel itu .

terus diangkatnya Pak derus bayi yang comel itu ,dan di tanya pada isterinya .
"doh nok bagi name mende ke budok nih " ,dengan slang terengganu ,pak Derus bertanya pada Kak Dah .

"apa kata bagi dia nama zukarnain?,sebab dengar jiran kita si Jamelah panggil anak die Naim tuh " ,dan pada jam 2.30 pagi ,7 november 1989 ,zukarnain bin idrus ,diberikan pada bayi yang kiut itu.

  Masing - masing sibuk memegang bayi itu ,"nak pegang naim ,nak pegang naim " ,kerana waktu itu tiada bayi yang secomel si naim itu.
"bang bile besar ,abang harap si naim nok jadi mende?" ,tanya Kak dah pada Pak Derus .
"saya harap ,besor2 kekgi ,bleh la jadi ustaz ker ,jadi alim ulama ke ,tak pun jadi pak imam " ,besar hajat pak derus terhadap Naim .


   Pada waktu kecil ,Naim ni seorang bayi yang tak bape banyak bunyi .Bila dia lapar baru la die merengek - rengek menagis ,baik budak itu,tapi ada jugak sifat tak baiknya ,suka rosakkan mainan yang diberikan padanya.


        Dipendekkan cerita ,setelah naim berusia empat bulan ,satu kejadian telah terjadi ,dimana mengubah terus nasib Naim dan Pak Derus sekeluarga.Satu hari ,sedang Pak Derus mendengar khutbah Jumaat di masjid Kampung beliau ,dan tajuk yang dikhutbah kan waktu itu ialah "Iskandar zukarnain".Tajuk itu benar- benar sangat berkaitan dengan Pak Derus ,dimana kedua - dua anak beliau di beri nama Iskandar dan adiknya Zukarinain.


      Pada waktu itu lah khatib membicarakan perihal nama Iskandar Zukarnain itu sendiri .Dimana ,iskandar itu bermaksud maharaja atau raja ,mana kala zukarnain itu adalah dua tanduk.Di ringkaskan juga ,Iskandar Zukarnain itu bermaksud ,raja yang menguasai dua wilayah .*sumber yang tak bape nak betul jugak :).


     Jadi teramat terkejut la Pak Derus mendengar khutbah Jumaat pada hari tersebut,lalu pulangnya beliau ke rumah ,dengan hati gusar.

"dua tanduk?? zukarnain ? betulkah?,takkan nak bagi anak nama maksud dua tanduk" bisik pak Derus dalam hatinya.


lalu dibincangkan soal tersebut dengan isterinya Kak dah 


"saya rasa kita patut tukar la nama anak kita tuh ,maksud nama dia tak berapa sesuai la" bilang pak Derus pada Kak Dah.


"saya pon rasa camtuh ,jadi apa nama kita nak bagi?" tambah kak dah lagi.


"saya dah bincang ngan ustaz tadi ,apa kata kita namakan anak kita imamuddin,dengar kata adanya seorang ulama tersohor yang mempunyai nama demikian"


"alhamdulillah ,bagus jugak tuh ,ketua segala imam maksudnya kan? sesuai sangat ,saya harap anak kita jadi imam pada suatu hari nanti"


Pada usia empat bulan ,takdir naim berubah ,kini dia tak dipanggil naim lagi ,kini dia mempunyai nama baru imamuddin,nama yang sudah ditakdirkan Allah untuk diberi beliau .Alhamdulillah ,selepas seminggu urusan penukaran nama berjalan lancar ,dan tercatit la di belakang surat beranak beliau ,


"zukarnain telah di tukarkan nama kepada imamuddin bin idrus".


 Dan kekal la nama itu sampai sekarang ,saat ini dan ketika ini beliau sedang menulis ,dan saat ini juga dia telah menjangkau umur 22 tahun .Selama 22 tahun itu lah beliau membawa nama ini kemana mana.


Teringat lagi pada waktu sekolah ,kawan - kawan selalu  mengejek beliau pak imam pak imam ,dah kesan daripada itu ,beliau sering dipanggil menjadi imam ,berkat dari nama beliau.*ketawa kecil ,disebabkan itula ,dia memaksa diri untuk menghafal segala doa yang ada ,menghabiskan surah2 dalam al quran, supaya tidak lah kaget ketika di suruh nya menjadi imam ,alhamdulillah :) .


 Jugak pernah sekali ,suatu hari ,guru kelas bahasa inggeris meminta surat beranak ,bertujuaan untuk buku rekod, diberinya surat beranak beliau ,terus di makinya oleh madam pada waktu itu ,


"ni sapa punya ni haa imam? adik awk punya eh? sape zukarnain"


Pada waktu itu la nama zukarnain dipersalahkan walhal ,


"cikgu lupa tgk belakang kertas tuh cikgu ,telah tercatit satu nota kecil yang memberitahu nama telah ditukar " 


terus ,madam tersipu - sipu malu ,kerana tersalah sentap dengan hal yang tidak patut.*ketawa kecil.


bersambung...




kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi siapa yang sanggup wish besday aku dari Fb sampai la ke twitter dan sedikit di phone *sebab aku jarang pakai phone.Di sebabkan itu jugalah ,handphone aku hilang pada besday aku .Phone yang aku beli dengan duit sendiri ,"htc touch two" nama yang gah ,bagi dua tahun lepas ,tapi tak sehebat iphone atau blackberry sekarang ,namun cukup bagi aku untuk mesej dan menelefon keluarga dan rakan - rakan .


"perasaan diri ini sekarang ibarat ,aku kehilangan kekasih yang telah lama aku cintai ,sayangnya aku pada handphone aku yang itu " aduhai.







    

Wednesday, October 26, 2011

Episod : #octtwtfest pecah rekod

Assalam ,
Dua tiga hari lepas ,aku menghadiri event yang bakal memecah rekod dunia ,"world Guiness Record".Seperti mana ,yang anda tahu ,kalau dah masuk rekod tersebut dikira sangat hebat dan anda adalah yang terbaik di dalam dunia.



sebelum bertolak .

sedikit penerangan ,
Sebelum ini acara yang sama telah di adakan di Amerika ,yang telah mencecah 1000+ orang yang hadir pada acara tersebut .Oleh itu ,#octtwtfest , mensasarkan sermaai 2000 orang hadir dan sekaligus memecah rekod puak Amerika ,sekaligus masuk world rekod.Ini adalah pertama kali bagi geng - geng Twitter Malaysia berkumpul secara ramai - ramai dan berjumpe antara satu sama lain ,yang sebelum ini hanya menggunakan Twitter untuk berbual antara satu sama lain.Melalui acara tersebut ,boleh la kita jumpe secara live ,sapa yang kita tweet selama ni ,contoh ,

"budak lelaki  yang letak DP muke monyet padahal Realiti nya sangat kacak ,atau Letak Dp muke doremon ,realitinya  comel cam shizuka" . #merepek

*DP=Default Picture
Tapi banyak jugak kes Indah kabar dari rupa ,dalam Twitter bukan main rancak ,tapi bile jumpe live,pemalu mengalahkan kucing .Biasala tuh.

Banyak benda yang best di sediakan di acara tersebut ,karaoke ,tayangan filem , bleh main twitter kat sana dan kuar kat skrin besar *bila anda letak #octtwtfest di tweet anda ,turut disertakan balang2 syisya untuk kaki syisya ,malah terdapat juga artis -artis yang hadir ,antaranya Lisa Surihani *ofcoz ,Natasha Hudson ,dan banyak lagi .Dari pukul 3 sampai la pukul 12 ,sapa yang tegar stay sampai habis ,haha .

Aku tak banyak ambik gambar artis ke apa ,teringin jugak nak ambik gambar dengan lisa Surihani ,namun akibat aku terlewat sedikit ,aku terlepas nak bergambar ngn dia .Kalau tak ,aku dah "gebang" kat Twitter ,Fb ,blog ,orang - orang kampung aku dah haha.

Namun aku sempat bergambar dengan Obefiend , pemilik blog yang femes BlogSerius .Malah ,gambar aku dengan dia di letakkan skali dalam blog dia ,

"untungla muke dia masuk blog serius ,pasni jadi serius la dia ! "
"nasib badan ,ekekkeke "

"aku tak makan orang ,jangan takut ngn aku " ,kata si obe ,janggal aku jadinya haha.



eman dengan obe ,exited lebih LOL 


kalau nak tengok entri pasal #octtwtfest dari blogserius ,lihat sini.Satu penghargaan buat aku ,sebab gambar di atas turut dimuatkan dalam blog beliau,sumpah terharu sampai mati ,jutaan terima kasih di ucapkan :)

Tahniah buat #octtwtfest dan jugak Kru - kru yang terlibat menjayakan acara tersebut ,sebab penyertaan mencecah 2615 orang ,melebihi target .Kalau boleh acara tersebut bleh dibuat lagi ,baru masyuk haha.


antara yang blogger hadir pada hari tersebut 

p/s:
tak pernah jumpe manusia - manusia yang pelik melainkan hanya di #octtwtfest sahaja haha


owh lupa plak nak cakap ,aku sempat jugak karok seround haha ,sangat memalukan diri sendiri pada waktu itu .Namun ,siapa kisah ,asalkan aku dapat nyanyi *sangat tak bertamadun haha.


Saturday, October 15, 2011

doodle :Ini kisah cinta Jakpo

Salam ,
ini adalah dooodle aku pada bulan ini ,setelah sekian lama aku tak menghapdet blog aku ,*last time aku wat draf jek ,ok hari ni aku dapat ilham ,dan tetibe aku rasa nak post.

Doodle cinta?
"wah da stat jiwang da mamat ni~"
aisey ,ekceli aku tak pandai nak buat kisah kisah cinta nih haha ,sebab aku tak tau pon nak cerita pasai apa.Namun ,terima kasih pada teman teman aku ,aku buat la jugak doodle cinta.Diorang bagi ilham kat aku keh3 .

"kisah ini hanyalah rekaan semata - mata ,takde kene mengene yang hidup atau mati dan takde kene mengene ngn penulis ,di ulangi PENULIS"

jadi dengan sepenuh hati aku mencoret , tercipta la doodle ini dan cerpen ini. :)





Bermula la satu kisah ,satu hari Mustafa ,atau dengan panggil glemernye "Jakpo" ,menjalankan rutin hariannya sebagai pelajar ,iaitu pergi ke kuliah bersama kawan- kawannya yang lain .Seperti hari biasa ,dia membawa buku "Mechanics of materials" bersamanya ,atau dengan bahasa Melayunya ,ermm mekanik bahan ,bersama beg sandang unsangnya ,dengan malas nya ke kuliah .

"haih ,malas betul pi kelas ,kan best ada awek cun yang teman aku pi kuliah " ,
keluh Jakpo.

"ko jangan nak berangan la ,ko tuh da la noob ,main game je keje ko,bajet ade la awek nak usha ko??,ekekkekekek! ",

tambah kawan baik  Jakpo ,Ismail ,atau nama glemer nye ,"Mail gelak".

"cilake Mail ,padahal die same je ngn aku ,cakap mat rempit ,padahal ,bawak moto pakai gear satu je ,tak tukar-tukar ,gile sewel punye budak!". 

Jakpo meneruskan rengetannya ,sehinggalah ,tetibe die terhidu bau yang wangi .Bauan yang tak pernah die bau selama ini ,sehingga  menangkap kalbunya .Tibe - tibe nun jauh di sana ,die ternampak sekumpulan "gegurl" duk ketawa kecil bersama - sama mereka .Jakpo mencari punca bauan menusuk kalbunya itu .

Sehingga la die ternampak seorang gadis yang memakai baju kurung hijau ,mempunyai kulit putih sawo matang ,dan yang mempunyai rambut lurus panjang bak maya karin ,tersenyum indah bagai bidadari yang berada dalam kumpulan "gegurl" tersebut.

Pada saat itu ,detik itu juga la ,panahan cinta terus menusuk ke dalam jatung Jakpo .

"aku da  jumpe bidadari yang aku cari selama ini".

bisik Jakpo dalam hatinya.Hari itu ,Jakpo telah mengubah tabiatnya tatkala di dalam kuliah.Hari itu ,Jakpo tersenyum sendirian sepanjang berada di dalam kuliah ,sehingga lah ,die di kritik kawan baiknya sendiri ,Mail Gelak .

"ko ni kenapa ,da macam beruk makyeh da aku tengok ,tersenyum -senyum ,ceihhh ,ekekekeke! "

kritik Mail ,di tambah gelakannya yang sangat menjengkelkan orang yang mendengar nya ,yang juga selalunya membuat si Jakpo tersentap .Namun hari itu aneh ,Jakpo buat dek ,sambil meroyan sambil tersengih -sengih ,ala beruk makyehnya itu.











Setiap malam ,Jakpo sering bermimpi tentang pompuan tersebut .Kadang - kadang sambil mengigau ngigau ,menjerit,

"owh bidadariku ,jangan kau tinggalkan aku ,marila bersama ku " ,

sambil air liur yang berada di mulutnya meleleh ,di atas bantal busuknya itu.Jakpo jadi celaru ,kerana asyik mengenangkan wajah pompuan yang dilihatnya sewaktu pergi ke kuliah dulu.Tido tak lena sampai ngigau ,makan tak cukup sampai makan megi ,mandi tak basah sampai mandi kerbau .Perlakuan Jakpo menimbulkan kesangsian pada kawan baiknya Mail Gelak ,sehingga la die pernah bercadang nak bawa si Jakpo pergi jumpe pakar sakit jiwa .Sangat baik si Mail Gelak ni ,sambil ketawa ekekekeke. Namun ,ditolak keras si Jakpo ,

" aku tak gila la cipaannnnnn!!"




Akibat tak tertahan ,sangap dan perasaan ingin tahu  si Jakpo ,dia mengambil inisiatif ,menyiasat perihal perempuan tersebut .FaceBiik ,Twotter ,blog sebut je apa jua laman sosial yang ada di muka bumi ini ,di stalknya ,demi mencari siapakah gerangan pompuan yang dilihatnya sebelum ini.

Sehinggalah satu hari die bertanya pada juniornya ,Shila ,berkenaan si bidadari hatinya itu.

"owh budak yang slalu pakai baju kurung hijau tu ker?,yang rambut ala iklan pantene tuh eh? haha , tu Sofia ,anak kepada dean ,yang baru masuk 2 bulan lepas.Intake baru ,baik budaknya hehe ".

Mendengar jawapan yang diberikan shila ,membuatkan hati Jakpo membuak2 ,kegembiraan.Dengan ,pantas die mencari Sofia binti proffessor Halim "harimau" ,iaitu anak kepada "dean" di universitinya itu ,yang terkenal dengan sikap seperti harimau ."Garang nak mampuih!! " penah sekali si Mail merengek ,akibat kene tengking time die tak pakai Id pegi kelas.








Dan ,pada tanggal 12 oktober 20xx ,Jakpo dengan berani nya berjumpe dengan Sofia ,yang ketika itu berseorangan di taman di dalam universitinya ,sambil membaca novel "Twukluk" novel kegemarannya ,disebabkan watak utamanya ,pontianak yang kacak ,Dewak,menjadi teman waktu jiwangnya.Ditambah ,lagu Justin Bubur  ,"i need somebody to hate " menjadi lagu feveretnya ketika membaca novel tersebut.

Jakpo mendekati Sofia , dan menyapanya ,

"hai Sofia ,saya Mustafa ,orang panggil saya Jakpo ,saya tahun 2 ,ambik kos kejuteraan .Saya nak cakap sesuatu ,saya da lama minat Sofia ,boleh tak saya berkenalan dengan awak?"

Dengan muke tebal dan hati yang kering ,Jakpo menyampaikan rasa hatinya itu pada Sofia ,walau ketika itu dia diketawakan berdekah - dekah oleh Mail Gelak dan rakan - rakan yang lain yang turut menemaninya di waktu itu.

Namun Sofia hanya tersenyum ,dan memberi jawapan ,

"boleh ,jadi bila kita boleh dating?".

Jawapan yang diberikan Sofia itu ,memberikan kejutan yang amat pada Jakpo ,sehingga dikabarkan pada waktu itu dia hampir pengsan ,sehingga dipapah Mail Gelak dan rakan  - rakan nya yang lain .Namun ,senyuman lebar terpancar di wajah Jakpo ,hari itu hari yang paling gembira bagi Jakpo.Cakap je apa ,semua bende dia buat ,malah disuruhnya si Mail basuh boxernya pon ,dengan hati yang gembira ,di basuhnya si Jakpo boxer usang si Mail itu

"cinta itu buta ,ekekkekeke! " ,Mail Gelak  mencelah.


Sejak dari itu ,bibik - bibik percintaan muncul antara Sofia dan Jakpo .Malah ,Jakpo diibarat sebagai Dewak ,yang merupakan watak utama dalam novel feveretnya itu, juga ibarat Justin Bubur ,yang sering mendendang kan lagu "i need somebody to hate " buat Sofia setiap hari .

Kehidupan Jakpo juga bertambah bagus ,hari - hari nya di dalam kuliah semakin baik .Setiap soalan yang diberikan oleh lecturenya di jawap dengan yakin dan bijak ,walau setiap kali jawapan yang diberikannya ,terpesong dari soalan dan salah 100%.Malahan ,hubungannya dengan si bapak Sofia ,Halim Harimau semakin rapat ,walau sering di maki kerana memakai t shirt ke kelas.

Setiap hari ,mereka mengedate di taman universitinya sehingga malam ,sambil memegang tangan ,berjalan di sekitar taman tersebut ,dengan hati yang girang ,sehingga maghrib ,tanpa risau di kantoikan oleh bapaknya sendiri ,mahupun pihak Jabatan agama Islam .Malah mereka di cop ,sebagai couple of the year di universitinya.Mereka sering menjadi perbualan hangat di kalangan siswa -siswi di universitinya .Jakpo satu - satunya ,lelaki yang berhati kering ,sanggup mengorat anak "Halim Harimau",sehingga menjadi lagenda di universitinya.

Namun ,kegembiraan Jakpo tidak berpanjangan .Satu hari ,Sofia terpaksa meninggalkan nya .Sofia terpaksa melanjutkan pelajaran ke Bangladesh demi menimba ilmu di sana ,berkenaan  kajiaannya tentang kehidupan di Bangladesh.Malah dia adalah ,pelajar pertama di Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran disana ,disebabkan ramai yang menolak tawaran tersebut.

Hati Jakpo hancur luluh .Jakpo bakal kehilangan bidadari idaman hatinya.Yang menjadi teman ketika duka dan bencinya atau ketika dia gagal dalam examnya.

"Jakpo jangan sedih ,satu hari nanti Sofia akan balik jumpe Jakpo ,Sofia tak akan tersangkut dengan mamat disana ,Sofia janji ",

itu lah kata - kata Sofia ,tatkala Jakpo menhantarnya ke lapangan terbang ,sebelum Sofia berlepas ke Bangladesh.

Jakpo kelu dan tak berkata  apa - apa sambil tunduk melihat lantai,dan memuncungkan mulutnya tanda protes atas tindakan Sofia melanjutkan pelajaran ke sana.


Akhirnya ,Sofia meninggalkan Jakpo ,dan menyambung pelajarannya 10 tahun di sana ,dan meninggalkan Jakpo di Malaysia.


Prof Halim Harimau mendekati Jakpo ,sambil menepuk di belakang Jakpo ,

"love needs sacrifice ,if you love her ,leave her .Orang muda ,kalau u betul-betul sayangkan si Sofia nih ,pi belajar bersungguh-sungguh ,habiskan degree u tu ,yang da kene extend bape lama sampai i da naik meluat tengok muke you tu kat sane.Don't make me regret ,what i expect about you " ,

nasihat prof Halim Harimau dengan slang bahasa inggeris Britain di tambah Melayu rojak .

"baik doktor ,saya akan berusaha bersungguh - sungguh !" tegas si Jakpo dengan muke sposennye .




TAMAT...


Begitu lah kisah cinta si Jakpo yang walaupun singkat , namun  memberikan impak yang besar padanya.Maaf kalau ada kecelaruan dari segi jalan penceritaannya ,sebab aku tulis secara spontan dan one shot.Aku malas nak taip leret - leret sangat .Jadi ,komen anda di alu alukan ,kalau sedap tak sedap ,suka hati hangpa la , asal korang baca .







Yang teramat kiut ,
"jambancomel"
masa : 3.42 pagi
first masterpice aku dalam bidang penulisan ,dan aku sangat terkejut.hahaha!,btw makan megi sedap woh malam2 :)

Friday, October 7, 2011

kuning telor -the trip

 Kuning telor ni group yang aku tubuh kan time aku kat skolah dulu ,yang terdiri dari budak- budak batch aku sendiri.*sedikit ringkasan bagi siapa yang baru tau.Hari tu kami pergi trip ,dan tempat yang kami lawati -bukit tinggi ,gengting highland dan putrajaya .Antara gambar trip yang dah aku edit ;

 







p/s; seryes ,sangat best trip tuh ,nanti aku nak kene update full pasal kisah tuh hek3

Wednesday, October 5, 2011

new iphone 4s official videos






 khas bagi peminat iphone atau apple atau i pad dan sebagainya .Pihak apple telah mengeluarkan siri baru phonenya iaitu iphone 4s ,yang mempunyai ciri yang tinggi

 yang paling kagum bagi aku ,yang telah di tambah dalam siri  i phone kali ini adalah ,kebolehan phone menulis mesej dengan hanya bercakap ,dengan kata lain ,anda tak perlu susah -susah taip ,tapi hanya menggunakan suara anda .

SElain itu juga ,kebolehan kameranya yang mempunyai tahap HD ,iaitu kebolehan mengambil gambar cam Dslr dan kemahiran merekod video yang jelas ,mengagumkan .

berikut adalah video demo iphone 4s

















p/s : .
ada ura2 megatakan ada lagi siri iphone akan di umumkan ,mungkin iphone 5 ,*hanya kabar angin .Teknologi zaman skang da semakin maju ,tak mustahil apa yang ditonjolkan dalam siri - siri si-fi movie seperti i robot ker jadi kenyataan :)

Sunday, October 2, 2011

creative picture-shutters uniten.

Mungkin dah agak lama aku tak gambar dalam blog aku .Dengan kekreatifan ahli - ahli shutters ,mereka membuat frame sendiri ,takpa edit guna psd ke ape ,sangat cool .Ok ,big boss shutter mintak aku post gambar gune frame .Terima kasih buat hamim hehe.




                                               
                                        kreatif kan? ,come join us shutters uniten

ni video shutters time bazar uniten 2011 ,check this out guys :)

Sunday, September 25, 2011

kisah jamban : lelaki buncit




 Al kisah ada seorang budak ,yang asyik makan tido ,tengok cite sambil baring ,nak di kata kan itu je keje die setiap hari ,blognya sendiri pon terabai .Dalam tempoh itu die  tersedar suatu perubahan yang telah berlaku pada dirinya .Dia perasan yang bahagian perut semakin membesar hampir setiap hari.

Namun....
Die buat tak endah ,dia masih meneruskan tabiatnya jahatnya  itu .Sehingga lah pada suatu hari ,perutnya membesar ibarat tayar kereta .Masa tu la ,die dah meraban ,kusut dan celaru :

“camne ,camne ,perut dah berlapis nih ,aiseyyhhh!” *sambil membelek-belek perutnya sendiri

Setiap hari – hari nya ,tak jadi menentu ,perut yang dulunya 8 pax ,dah jadi 1 pax ,
“muat  untuk jadi stor barang ,agak celaka“ ,bisik hatinya .



Namun macam – macam kaedah di buat bagi mengurang kan lemak yang terkumpul enak di perutnya.Hingga lah suatu hari ,time  searh kat google mencari kaedah yang bernas bagi menenteramkan hatinya ,die ternampak sesuatu ,yang mengubah terus minda asalnya

“kelebihan orang yang mempunyai perut buncit”

"wahhh"



Kelebihan jejaka buncit

1.Tak payah risau di ngorat 
Di sebab kan perutnya buncit, dia tak perlu risau kalau - kalau ada awek nak mengorat die ,dan dia pasti kekal setia dengan si dia ,sebab si dia tahu si lelaki takkan lari punye .
*sumber : kawan - kawan

2.Mempunyai daya seksual tinggi  
Menurut satu artikel ,lelaki yang buncit mempunyai daya seksual yang tinggi .Satu kajian telah dijalankan di negara Turki ,Mereka mampu bertahan 7 hingga 8 minit lebih daripada lelaki biasa .Tambahan pula ,saintis mengatakan ,bahagian perut merembeskan lebih banyak hormon  estradiol   ,hormon seks wanita ,meningkat kan orgasme . 
*sumber : VivaNews

3.Sangat seksi
 sebab keseksiannya terserlah ,tak kira die pakai baju apa pon ,pasti terlihat buncitnya itu.Kadang - kadang sampai bleh terangkat baju *sebab tak muat ,menunjukkan keseksian mereka dengan lebih jelas
*sumber : teori akal.

4.Senang nak di ajak makan 
Mereka tak kisah pasal makanan ,tak kira apa yang dihidang ,mereka ngap jek ,asal kenyang .Namun ,tak seperti golongan yang menjaga badan ,mereka perlu berhati - hati dalam pengambilan makanan .Malah ada yang mengambil makanan tambahan lain ,seperti tablet dan vitamin,supaya nampak taff.
*sumber : teori akal 

5.Lebih penyayang 
Mereka ada kelebihan sebagai buncit ,kerana perutnya yang buncit itu memainkan peranan sebagai alas kepala tatkala si dia sedang bersedih ,bahkan lebih selesa berbanding bantal di rumah mereka .
"so sweeyytt~"
Ini menunjukkan betapa mereka seorang yang penyayang .
*sumber: tenet  dan logik



Jadi ,tak payah risau kita buncit ke ape .Setiap orang ada kelebihan sendiri ,kalau kita fikir kita teruk ,ada lagi yang lebih teruk daripada kita.

"aku buncit aku ok !!"

jadi la lelaki yang macam ni  ,

"gua tak kisah jadi lelaki buncit ,tapi gua tak nak jadi  lelaki yang membuncitkan orang "  by JC.

p/s;bulan ni aku paling malas update ,tak tau la haha.



Wednesday, September 21, 2011

temuramah bersama rooney



suatu hari rooney di temu ramah dari pak cik yang entah dari mana .Rooney di tanya soalan bertubi - tubi sehingga beliau terpaku diam.Tapi yang menariknya ,rooney tetibe pandai bertutur dalam bahasa melayu.
saksikan hak hak hak!!

khas untuk peminat Man U. 

"boleh tak kamu tak payah senyum ,sebab senyuman kamu mengganggu fikiran saya " 




p/s; masih mood berehat dari berblog ,lama sket aku update lagi .:)

Wednesday, September 7, 2011

rabu dok cakak -main ngecung!

 peringatan: entry ini khas untuk warga terengganu .

hari ni aku nok cakak ganu sambil ngajo sek sek mu main ngecun ,
nok kabo ,hari ni hari rabu ,oleh itu ,dok leh la nok cakak2 banyok ngat jap agi dok jadi ahh .
aku boh gambo ,pah tuh panda panda ar sek sek mu!

"gura jek "




mule mule ambik ngecun ,kut anda ar tupak ker ,bola ker ibu keluang ker ,janji sek sek mu ade ngecun ,bereh doh .Kalo mu nok sedak ,ambik ar ngecun telo, "ngecun telo" ,ingat molek!.


pahtu tetapkan jarak mu ngn ngecun,hok mu tengok lam gambo tuh ,kemah keming doh jarok die ,supe pro!


 bile mu nok main ngecung ,mu kene ingat ,pakai sarong tangan ,kut anda ar mu nok sarung tangan mek si ker ,sarong tangan pok gak ker janji sarung tangan ,sebak  mat salleh kabo "safety always first",ker guane??


nok semak agi ,jangan lupe pakai spek atau topeng ,sarung kaki mok mu ker asal ,mu tutop muke ,sebab ,bimbang la kene ngecung atah muke mu ,rosok boh!! ,ilang kehenseman ,badan kecai dakpe asal muke jage ,dok gitu?


 p/s ; polis kedah

lain kali ,mu kene ingat ,nok main tu kene ar cover line sket ,usha2 la ,kowt2 polis ade kat daeroh mu main tuh , kalo dok, rohok la sek kite ,mapuh kerah!! ,bang tagak masuk jare ,siang pulok , ok .

"hok mane dok pahang mende aku tuleh ,mu kene tanye kawang mu hok budok ganu ,kelah molek haha"



p/s;
disebabkan aku tau korang ade yang tak paham mende yang aku tulis ,jadi ibarat gamba yang ada tu cukup la menceritakan apa yang ada .
"main mercun dengan cara yang betul hak hak hak!"

Wednesday, August 24, 2011

aku seorang newbie





ini kisah aku seorang newbie ,takde kene mengene yang hidup atau yang mati. :)

p/s;
gua sentiasa newbie ,sebab bagi gua tiada yang lama tiada yang baru ,hidup sentiasa menjadi newbie ,sebab masih banyak untuk di pelajari ,ilmu ini tiada batasan "infiniti" ,jadi jangan la nak berlagak sebagai otai atau pon pak cik tua ,sebab bukan semua benda kita tahu.

Salam Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin daripada JC .

Tuesday, August 23, 2011

berjaya kerana entry bukan kerana follower

hampir setiap hari kalau aku pegi mana - mana blog pasti ada yang merungut pasal neh


"i da follow u ,nanti u follow i "

tak pun kalau jenis gangster sket ,

"wa da follow lu der ,nnt lu follow gua lak der ,ade paham?!"

"cilawei!"

yang sopan sket

"saya da follow awak ,nanti awak follow saya ya "

sebenarnya da jenuh aku tulis pasal ni dulu ,tentang sebab kenapa aku follow dan kenapa aku tak follow sesuatu blog..tengok sini

aku tau masing - masing sibuk mencari follower kan ? ,namun

"kenapa mesti gila kan follower??"

ya ,satu sebab
banyak follower menunjukkan betapa hebatnya seorang blogger itu ,atau betapa glemernya seorang blogger itu.

Namun perlu diingatkan glemernye mereka itu atas dasar apa?? "follower " atau "entry" yang ada dalam post mereka tuh sendiri?


"ala ko follower da ramai ,takpe la"

Ya memang aku akui ,sebagai blogger ,follower itu penting juga ,namun bukan semua yang follow ,akan baca satu - satu entri pun .Kalau la andai kata ,follower cecah 20 ribu pon ,tapi takde siapa yang baca pasal entry yang kita buat ,ianya sebagai "failure" jugak .

Bagi aku ,aku lebih suka orang baca blog aku sebab entri yang aku tulis ,datang dari penulisan aku sendiri ,bukan nak "mencapup" dari penulisan orang lain atau hak orang lain .Bukan semua orang boleh dipercayai ,sebab manusia itu ada nafsu ,ada tamak haloba ,dan ada kepentingan mereka sendiri .

"buat baik perpada - pada ,buat jahat jangan sekali"

Kalau terlalu mengharapkan orang lain susah ,nanti bakal termakan budi kita yang kena.

"berpijak atas kaki sendiri ,bukan di bahu orang lain".

aku pon harap orang kenal aku sebab atas usha sendiri ,bukan atas nama orang lain :) .



 


p/s;
hanya cakap - cakap jep ,ini bagi pendapat aku ya ,jangan nak serang aku da la ,respect each other :),bukan semua orang berani bersuara ,kadang - kadang ada yang diam berlagak hipokrit ,satu hari nanti baru lah tau susahnya.

The espraza -cinta cover by flop poppy




ini lagu first kami cover ,lagu cinta daripada flop poppy.Amal yang nyanyi ,sambil- sambil aku masuk sket sambil main gitar.Kalau sedap ,bleh la like kat you tube tuh ,nak komen skali pon bleh ,kalau nak subcribe lagi la elok hahaha.banyak lagi video cover dari kite orang akan datang.peace,

ini link youtube kami the espraza

Saturday, August 20, 2011

pakai tudung bukan kerana trend ,tapi kerana niat

salam ,
aku nak menulis ,satu topik ,yang da lama aku duk fikir dan merasa sangsi tentang perkara ini .


tentang "tudung "



sumber dari google

kalu kita lihat pada hari ini ada macam -macam jenis pemakaian tudung yang telah diperkenalkan ,namun ape yang memusykilkan aku ,dari segi pemakaian tudung zaman sekarang .Sama ada secara betul atau tidak.



Bukan maksud aku nak kritik orang pompuan pakai tudung ke hape ,dak aih ,cuma kadang - kadang aku pelik ada segelintir yang memakai tudung ,namun tidak lengkap seperti yang di suruh syariat .

Pernah sekali aku tengok ,pakai tudung nya da elok ,namun baju memakai berlengan pendek .Malah ade yang pakai tudung  ,namun hanya menutup rambut ,tapi bahagian tengkuk di biarkan dedah camtuh je .Aku tak tahu la sebab trend ke ape ,namun ianya sesuatu yang tidak kene dari segi pemakaiaannya .


Bagi aku ,bagus lah ,niat mereka  ingin memakai tudung ,tetapi hendak lah dengan cara yang betul ,ibarat ,sebuah kereta yang dibina dengan teknologi yang moden dan bahan yang berkualiti tinggi dalam pembinaannya ,namun ,sayangnya tidak dicat dan tidak di hias dengan warna warna yang menarik .akibatnya semuanya jadi tidak lengkap dan tidak menarik  .

Begitu lah mereka ,sayangnya rupa cantik ,pakai tudung namun ,tidak lengkap dengan cara yang betul .:) 


" adakah kamu memakai tudung hanya kerana trend masa kini ?atau memang  niat anda  ikhlas ingin memakainya?"

Memang lah sangat bagus andai kata ,wanita itu berubah dari tidak memakai tudung ,terus memakainya ,tapi bukan lah kerana fesyen yang ada sekarang ,tapi dengan penuh ikhlas ingin memakainya sebagai hijab ,menutup aurat .itu yang kita harap kan.


"eh benda wajib pon nak kene tangguh-tangguh?"


"memang la ianya perkara yang wajib ,namun kalau si dia tidak ikhlas ,lain jadinya ,pahala tak dapat ,malah  dosa yang dapat "


"Dan jangalah mereka menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak darinya" [TMQ An -Nur (24);31]




Pemakaian tudung mengikut islam 
perlu di ingatkan ,aurat seorang wanita adalah pada paras muka dan tangannya sahaja ,tidak lebih daripada itu.Dari segi tudungnya pula biarlah menutupi dada.


"wahai Asma ,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini ,dan seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya . " [HR Abu Dawud ]

Jadi pakai tudung biarlah mengikut apa yang dilandaskan oleh islam ,baru la nampak comel .Bukan aku suh semua pakai tudung labuh ,tak semestinya ,cuma biarla mengikut tata tertib yang betul yep :).

Aku cuma menyampaikan pendapat aku jep ,kalau ada yang terguris hati ke apa ,maaf di ucapkan ,mari la saling nasihat menasihati ya.

"amboi da jadi ustaz naa "

"aku bukan ustaz ,dan aku masih kurang dari segi ilmu agama didada ,namun aku ada rasa prihatin ,dan aku ingin menyampaikan pendapat aku menerusi blog aku :)"

p/s;
bulan -bulan pose tak yah nak seksi sangat la ,nak beli makanan kat bazar pon nak vogue2 sampai dedah sane sini haa ,tak pasal - pasal dapat dosa free adei haha



 sumber dari google.

Friday, August 19, 2011

yeahhhh!

video

aku bosan aku nyanyi.tu jep hak3 !!!
P/s;muke nak makan penyepak ,apa pedulik kah kah kah !

Wednesday, August 17, 2011

kadang kadang kite selalu tertipu


 kadang - kadang kite selalu tertipu dengan kecantikan ,
cantik bukan terhad pada wanita sahaja ,tapi ada golongan lain ingin kelihatan cantik ,
dan tidak mustahil ,kita akan tergoda dengan golongan ini ,kerana teknologi bertambah maju ,
semua nya menjadi kenyataan bagi mereka ,haha ,

"wah cantiknya die ,lengkap satu pakej beb ,woot woot "

tetapi ,indah khabar dari rupa bila

...."hai abang *suara gharau"
waktu itu.....
dengan sekelip mata ,imaginasi indah kita ,musnah bak"WTC di hempap kapal terbang ".....aduhai.
suatu hari nanti tidak mustahil ....



"ape ko nak cakap nih ???"

ko pikir la sendiri ,potong stim betul!!...adios.

layan nih ,mangsa kecantikan yang bukan asli hak hak hak !!!





P/s: jangan tertipu dengan kecantikan ,pesanan ikhlas dari JC :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...