Sponsored by

Monday, November 14, 2011

takdir dan jodoh




percayakah kamu pada takdir?,
Takdir dimana setiap kejadian yang terjadi dalam hidup ini telah di tentukan yang Maha Mengetahui?
Bila kita mati ,setiap saat yang kita lalui berkait rapat dengan takdir.

Jodoh ,jugak merupakan satu takdir.Kadang - kadang ,dua orang yang sering bertemu ,tetapi tidak kenal antara satu sama lain ,menaiki tren yang sama setiap hari ,tanpa mereka ketahui apa nasib mereka.Sehingga lah suatu hari ,dalam satu majlis mereka berkenalan

Mereka bercerita antara satu sama lain tentang perihal mereka ,tanpa mereka sedar ,rupa-rupanya mereka telah bertemu setiap hari tanpa mereka sedari,itu lah takdir.

Percayakah kamu?sebelum kita dilahirkan ,setiap manusia yang kita kenal semasa didunia ini ,telah ditemukan Allah ,di alam arasy.Roh kita telah pon bersama dengan orang tersayang ,dan bersama - sama mereka .hingga lah kita di lahirkan ,Allah melenyapkan kembali ingatan kita

Sebab itu la adanya Deja vuu ,perasaan seakan - akan pernah kita kenali ,sewaktu kita melihat wajah orang yang kita tidak kenali .

Malah ,takdir juga memacu hidup kita sejak dari kecil.Mungkin ada sesetengah tidak berjaya dalam ujian peperiksaan ,namun berjaya dia alam pekerjaan ,menjalankan bisness sendiri ,sehingga membina empayar,itu lah takdir mereka.

Malah soal cinta dan perasaan juga berkait rapat dengan takdir.Kadang - kadang ,seorang lelaki itu mempunyai ramai wanita yang ingin memilikinya ,namun semuanya di tolak .Model ,penyanyi sebut sahaja wanita yang cantik jelita ,semuanya di tolak mentah - mentah olehnya.Namun suatu hari ,si lelaki itu berjumpa dengan gadis kampung ,menjaja kuih di tepi jalan,lalu di belinya kuih itu .Dipandangnya wajah wanita itu ,namun tidak di endah oleh wanita tersebut .Lelaki itu pelik ,lalu setiap hari memerhatikannya setiap kali dia menjaja kuih .Hari makin hari ,si lelaki itu jatuh cinta dengan budi bicara gadis tersebut ,walhal gadis itu hanyalah menjaja kuih ,siapa sangka,itu gadis pilihannya ,itulah takdir.

Love is a blind ,its unpredictable ,

selalu pepatah ini diperdengarkan ,siapa tahu ..:)


sekian ,

jellyboone @jambancomel @emam.

9 comments:

Unknown said...

As salam, lama tak jengah adik ni....errr...cinta berputik ye?
Takdir juga menemukan akak dgn suami yg tiada langsong dlm list hidup akak.

Yumida said...

ni mesti ade kena mengena ngn penulis blog neh....takdir kn...ngn sesape kita jatuh cinta...ngn jodoh kta....indahnya alunan suratan bertulis itew...

AmyZana said...

oh..macam tuh rupenye....jadi semue kwn2 kite skang nih kite pena jumpe lah sblom ni? :o

sayA tonaH said...

takdir atau kebetulan da

Cik Bambam said...

kekadang org jatuh cinta ni kita tak dapat agak kan.. :)

Aina Mardiah said...

kononnya cinta tak perlu dicari sebab takdir dah menentukan siapa jodoh kita. ur opinion? :D

jambancomel said...

p/s: tak semestinya takdir itu tak boleh di ubah ,walau adanya qadaq dan qadar ,namun usaha yang kita lakukan juga mengubah takdir seseorang itu ,kerana hanya Allah yang mengetahui segalanya ,baik tenaga dan usaha malah itktizam seseorang itu,tak boleh serahkan pada takdir semata2 untuk menentukan sesuatu

"more effort ,better fortune."

setiap bibik2 ayat pasti megambarkan sesuatu :) .

Aina Mardiah said...

more effort, better fortune. thankss! :)

Anonymous said...

ya,takdir.
aku percaya.
takdir bahawasanya aku di putuskan dan di tinggalkan oleh org yg sama buat kali ke-4 dlm tempoh hubungan selama 3bulan bersama.

3bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...