Sponsored by

Friday, December 31, 2010

light bulb 2



























last edit for 2010 :)

Thursday, December 30, 2010

harimau malaya mengaum makan garuda

Semalam adalah hari yang membanggakan buat rakyat malaysia.Pertama kali dalam sejarah malaysia menang Piala Suzuki yang sebelum ini telah didomenasi oleh thailand dan juga singapura ,,


TAHNIAH!!
888888888888888888

First time aku rasa bersemangat nak tengok bola team mesia.Tapi kali ni cam best ,sebab team mesia team mesia seolah2 nak pergi berperang.Mana tak nya,mereka terpaksa menaiki kete kebal ,takut kene belasah ngan penyokong psyco indonesia.Bapak seram maa..haha.

Kali ni isu yang paling best ialah pasal lazer.Dulu banyak kali jugak orang cite ade gangguan lazer dari penonton,tapi tak la gempak sampai jadi isu."aku tahu sebab ape,dah kalah banyak la sembangnya",herdik seorang mamat neh.

Biasalah,adat permainan ,dulu time mesia kalah kene 5 ngan diorang pon ,sebab ade kacau lazer gak ,"ape cer bro ,menggelabah abis ,cam budak2 kalah main guli ,merengek cari alasan ,tak leh belah"...sampuk sorang pakcik.


Tapi ape yang nak aku perkatakan ,team mesia kali nih mantap ,barisan pemain harus dikekal kan ,safee sali boleh diibaratkan DROGBA malaysia ..ok cantik..haha

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

komen dalam satu forum dari penyokong indon tentang kekalahan mereka hehe.
p.s;
pas abis je match ,budak2 pompuan duk ngaku player2 cam si fahmi ker safee ker die yang punye ahaks,glemer beb sape tak nak hehe,duit da masyuk usd 100,000.

ade plak sorang mamat ni wat lawak ,nak suluh lazer kat skrin tv sampai kepala marcus ...aiyoo

Tuesday, December 28, 2010

tukang kebun

aku mahu jadi seperti tukang kebun,
meneliti gerak geri tumbuh pokok,
menanti sabar hasil yang akan datang ,
gigih memerah keringat ,supaya hasilnya menjadi ,


kadang-kadang hari hujan,
kerja tidak menjadi terbengkalai,
kerja membenih buah terpaksa ditangguh ,
kadang-kadang jualan tidaklah memadai,
namun hati tetap sabar menanti moga-moga tercipta keajaiban.


hidup ibarat tukang kebun ,
apa yang kita hajati tidak semestinya menjadi.
namun istiqamah dan tawakkal ,serta sabar terhadap apa yang kita hajati ,
satu hari nanti akan menjadi kenyataan ,
jadi lah insan yang mempunyai hati sehebat tukang kebun.

Monday, December 27, 2010

once i felt this before.

              

hyprocitical

some people said that ,they are happy with no problems,but the reality is ,they suffered from stress and mental illnesses .They pretend to be ok ,but their heart are not..

kalau la ade ubat untuk penyakit hati kan bagus.

Sunday, December 26, 2010

hilang

"aku kehilangan hati ,aku hilang perasaan ,aku mahu cari itu,nilai diri ..."

tahniah malaysia

tahniah diucapkan buat Malaysia kerana berjaya membenam indonesia sebanyak 3 gol.

Aku jarang mengambil cakna ,tentang situasi bola sepak negara ,namun kali ini berlainan .Seakan -akan adanya revolusi dalam bola sepak negara kita untuk semakin maju ,tahniah diucapkan.Semoga ,pada 29 haribulan ini menjadi detik bersejarah bagi rakyat Malaysia ,kerana berjaya membawa pulang piala suzuki ,insyaallah.Safee ,pemain berbisa negara diharap mencipta lebih banyak kejutan di masa-masa akan datang.


Saturday, December 25, 2010

Friday, December 24, 2010

keje last minit lagi..padan muke

*kring kring ,jam loceng harga 5 ringgit memekik kuat memecah keheningan pagi indah ,yang rata-rata manusia masih enak dibuat mimpi indah di tambah lelehan air liur basi ,peta yang baru muncul di bantal busuk yang tak di basuh hampir setengah abad..

"man bangun weh ,dah kul 8 lebih neh ,ko buat ape lagi?"

,rakanku memukul pantas badanku menggunakan bantal goleknya dengan keringat seribu kuasa kuda.Namun ,aku masih kekal diatas tilam empuk itu,dengan muka dono sambil buat tak tahu..

asal weh ko buat ape kejut aku pagi-pagi neh?,hari ni cuti besday agung kang.!

aku menjerit ,kepanasan hati dek kerana mimpi indah berdating dengan lisa suri hani dikacau oleh mamat muka panjang neh aisey..

weh,cuti hotak hang ,esok baru la cuti samdol,hari ni dah kene anta report ,ko dah la buat last minit ,subuh terlepas ,bangun la weh!


Si mat menunjukkan muke bengisnya ,yang tak penah aku lihat seumur hidupku.Menandakan pendiriannya adalah benar dan aku orta yang lebih .Rupa -rupanya hari ini bukan hari cuti,aisey dah la tido lambat semalam chatting je memanjang ,sampai terlupa hari ni hari penting,cila!@# ....mencarut aku dalam hati.

Aku bingkas bangun dengan sepantas bugatti veyron gear 5 ,terus meluru kearah bilik air.Si wan ketika itu ,dengan muka sposennya membuka pintu bilik air dengan harapan hari ini berlalu dengan indah ,telah ku tolaknya ke tepi dengan rakus dan damm!!aku tutup dengan pantas pintu bilik air itu.Maka ,bermula la hari malang bagi wan ,dek kerana aku ..*ketawa kecil


Selepas mandi ala - ala kerbau ,aku terus menyauut baju yang tersimpan elok diatas katil yang dah aku pakai sebelum ini,dek kerana baju yang lain telah ku basuh ,dan hanya yang tinggal ada diatas katil aku sahaja.Dengan baju yang berbau ala-ala bangla yang mengambil oder di kedai mamak yang slalu aku makan sambil menonton perlawanan bola chelsea,aku pantas ke bangunan kejuteraan ,sambil membawa report yang aku ambil masa selama satu jam setengah ,berbanding rakanku yang lain mengambil masa hampir satu hari untuk menyiapkannya."tiru beb senang cita".


Dengan berlari-lari anak aku menuju ke arah bilik Ir Dr x,sesampai je kat sane ,tetiba aku terlihat nota kecil yang tergantung elok di atas pintu biliknya.


perhatiaan ,report untuk section 4a boleh dihantar pada minggu hadapan ,saya ade tugas luar ,dan saya tiada,sila baca email anda.!

What the fish!!,dengan semena-menanya aku call si mat untuk mendapatkan kepastiaan..

"weh tu la ko tak baca email ,smalam aku da jerit da kat hang ,bukak la email tu ,hang tak dengar ,duk sibuk chatting je ,padan la muka hang "dengan gelak ketawa kedengaran di corong speaker handphone ku .

aisey lisa suri hani....terlepas mimpi semalam..


p/s;cerita ini ada separuh rekaan semata -mata,nama dalam cerita ini adalah direka ,tiada kaitan yang hidup atau meninggal dunia..peace

kecik2 kene la berdikari





"Berdikari",itu la perkataan yang selalu aku dengar sejak kecik lagi.Abah selalu cakap kat aku,"kalau da besar sket ,cuba la belajar berdikari ,jangan duk manja sangat ngan abah.Kalau nak beli buku sekolah ke ,nak beli  pensil jenis faber castel yang tahan lasak ,jika ditulis tak penah patah carbon die ker ,abah boleh beli.Tapi ,kalau semua bende nak guna duit abah je semua ,no no no ,dame da!".

                                        ***************************

Yep ,itu la pesanan abah .Belajar berdikari ,dengan kata lain belajar untuk hidup tanpa bergantung harap pada orang yang lain.Itulah yang ingin disemai abah sejak aku kecil.Aku adalah anak ke-empat dari empat ,dengan kata lain ,aku la yang paling bongsu.."mesti anak manja ,selalu rapat ngn ayah,atau mak ,nak ape-ape je mesti boleh en",itulah sindiran yang sering dilontarkan padaku.Anak bongsu mesti manja ,itulah klise yang disemat didalam otak masyarakat.Padahal ,realitinya bagi kondisi aku ,amatlah berlainan.Abah biarkan aku membuat pilihan sendiri tanpa memaksa aku untuk membuat keputusan dalam sesuatu hal.Matang,itu yang dia ingin aku jadi..

Teringat aku masa aku dapat result pmr,keputusannya tidak lah membanggakan ,tapi diikut bilangan abjad A ,boleh la diri ini tersenyum sinis ,tanda bangga ,apa yang diusaha menjadi..Ketika itu ,aku mendapat tawaran ke sekolah teknik yang terletak di Bentung.Abah kata "eloklah adik pegi sane ,ambik course electrical ,bleh dapat kerja senang ,kawan-kawan abah ramai cakap bagus pegi sana".Namun ,aku berkeras,aku tetap mahu belajar di sekolah yang sama ,sekolah yang aku  belajar selama tiga tahun ,sejak dari tingkatan satu lagi.Aku susah nak meninggalkan rakan-rakan yang lama .Sama-sama main game di cyber cafe ,main mainan telor  yang di masukkan syiling 50 sen.Aku takut kehilangan mereka ,itulah yang berputar didalam fikiran aku pada waktu itu."abah ikut cakap kawan -kawan abah jek ,kawan abah belajar sane ker"......aku membalas ganas*..

                              ***************************

Aku memang jenis yang degil,apa yang aku nak mesti aku buat.Sebab tu abah biarkan aku membuat keputusan sendiri.Tinggal diasrama,rasanya setiap budak2 yang baru nak up enggan tinggal diasrama.Kata mereka "asrama tak best ,banyak raging,banyak nyamuk ,makanan tak sedap ,baju kene basuh setiap hari ,petang2 ade prep tak bleh tido",itulah antara rengetan yang sering aku dengar dulu oleh rakan2ku yang liat nak tinggal di asrama.Aku?,tidak ,aku sendiri ingin tinggal diasrama.Yep,kononnya boleh bergerak bebas dengan rakan-rakan yang ada ,ade cabaran ,hidup dalam satu kumpulan yang besar ,yang penting aku mahu berdikari..

*bulan disember ,musim hujan,pukul 5.20 petang,kilat sabung menyambung diluar tingkap.(ketika entri ditulis)

Semakin lama ,semakin aku membesar,aku sudah 20 an .Sudah semakin tinggi ,semakin putih ,tapi tak seputih mak salleh ,bese -bese je ,orang cakap sawo matang ,tapi tak la hensem sangat ,enak dipandang mungkin.*ketawa kecil.Banyak bende yang aku buat berdasarkan pilihan aku sendiri.Persediaan ke jepun,belajar di uniten semua kehendak aku sendiri.Bahkan ,tajaan dan part2 mengisi borang aku sendiri yang buat.Aku akan meminta bantuaan abah bila aku tiada wang ,atau pon hal-hal yang tak dapat aku buat ,aku serah pada abah untuk uruskan .Dengan kata lain ,70% aku yang usahakan.Jadi aku lebih menghargainya...sebab aku usaha sendir.
*terima kasih abah.

                                               ***************************

Aku banyak kali hidup susah ,masuk hospital ,hilang duit ,sesat ,kadang -kadang aku tertinggal barang yang penting menyebabkan aku hilang saat-saat yang hebat...*berfikir jauh.
Berdikari ,mungkin apa yang abah ajar dulu menyebabkan hati aku lebih tenang menghadapi situasi -situasi yang kritikal.Panik ,amatlah merbahaya bahkan menambahkan lagi masalah dalam diri ..

Law of attraction -positive mind create a new dimension.

Itulah yang aku percaya ,jadi positif ,peluang akan datang secara tidak sengaja tanpa kita sedari .Aku percaya ,hidup ini sangat lah indah..Banyak bende yang perlu dipelajari .insyaallah.

Abah selalu cerita tentang dia masa kecil dahulu ,bersusah payah mencari duit ,terpaksa melayan kerenah nenek ibarat singa buas mengaum kelaparan mengarah ke sana sini.Pergi kesawah membantu atuk mengusahakan tanam padi di kampung.Amatlah perit..Namun ,hari ini hidup tak sepahit dahulu ,semuanya manis belaka ,apa yang anak-anak mahu ,diberi sahaja."X-box ,psp ,ps3?cakap je ayah boleh belikan" .Akhirnya lahirla generasi golongan makan tuan....




abah tidak memanjakan aku sangat ,agar aku berdikari ,memilih jalan hidup sendiri ,hidup sebagai lelaki sejati       ......*lagu tema cerita  GTO kedengaran.....

sekian.


p/s;
orang yang merasakan dirinya sempurana ,sebenarnya langsung tidak sempurna ,berbanding orang yang merasakan dirinya kurang sempurna,sebenarnya mendekati kesempurnaan.

Wednesday, December 22, 2010

only this time

"i will smile ,for the sake of happiness".

Tuesday, December 21, 2010

layang-layang terbang riang.



hari ini semalam ,
ia berlalu dengan indah,
segala kisah duka terungkai semua,
hati yang disisih terubat kembali,
hati sekeras berlian ,
dihancur musnah oleh tangan yang lemah lembut,
membuka satu lembaran baru ,
mencari makna yang satu ,
satu fenomena luar biasa .
hati kecil kian ketawa riang ,
melenyapkan segala kesepian ,
walau dilihat kasar luarannya ,
tetapi lembut dalam hatinya,
membuatku terpikat lagi ,
senyuman dibibir jelas terpapar..


bisikan duniawi tidak ku endah ,
mencari hanya yang satu ,
ALLAH yang maha esa.

Monday, December 20, 2010

ONCE upon A TIME in Setiawangsa






















apa erti kebahagiaan-Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." (Surah Al-Mulk)
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.
Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang...
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan" hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".
Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah
1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)
Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).
Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).
Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:
"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:
"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)
Zikrullah Yang Membawa Bahagia
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk artikel Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

article dipetik dari iluvislam.com
blog beliau-www.genta-rasa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...