Sponsored by

Showing posts with label articles. Show all posts
Showing posts with label articles. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Planet Baru :Super Bumi di jumpai .



Baru- baru ini aku telah baca satu article di internet berkenaan satu telescope yang di cipta pihak NASA iaitu Kepler Telescope telah menemui satu planet yang menyerupai bumi  .Mereka menamakan planet tersebut sebagai "Super Earth" selain nama saintifiknya Kepler-22b kerana atmosferanya hampir menyerupai bumi ,namun saiznya adalah2.4 kali ganda besar berbanding planet bumi .

Dari segi suhunya juga hampir menyerupai bumi ,namun tidak di ketahui sama ada wujudnya hidupan di atas planet tersebut .

"It's right in the middle of habitable zone" , kata Natale Batahla ,saintis Kepler

Satu tahun di sana ,adalah bersamaan 290 hari ,juga hampir sama dengan bumi .Hampir keseluruhan planet tersebut di kelilingi air dan batu sehingga ada yang menggelarnya "the ocean's planet" .Siapa tahu kebenaranya ,melainkan Allah swt sahaja .

untuk gambaran lanjut klik disini






p/s; bayangkan bumi yang bersaiz 2.4 kali ganda ,apa yang korang nak buat? haha.

Monday, November 14, 2011

takdir dan jodoh




percayakah kamu pada takdir?,
Takdir dimana setiap kejadian yang terjadi dalam hidup ini telah di tentukan yang Maha Mengetahui?
Bila kita mati ,setiap saat yang kita lalui berkait rapat dengan takdir.

Jodoh ,jugak merupakan satu takdir.Kadang - kadang ,dua orang yang sering bertemu ,tetapi tidak kenal antara satu sama lain ,menaiki tren yang sama setiap hari ,tanpa mereka ketahui apa nasib mereka.Sehingga lah suatu hari ,dalam satu majlis mereka berkenalan

Mereka bercerita antara satu sama lain tentang perihal mereka ,tanpa mereka sedar ,rupa-rupanya mereka telah bertemu setiap hari tanpa mereka sedari,itu lah takdir.

Percayakah kamu?sebelum kita dilahirkan ,setiap manusia yang kita kenal semasa didunia ini ,telah ditemukan Allah ,di alam arasy.Roh kita telah pon bersama dengan orang tersayang ,dan bersama - sama mereka .hingga lah kita di lahirkan ,Allah melenyapkan kembali ingatan kita

Sebab itu la adanya Deja vuu ,perasaan seakan - akan pernah kita kenali ,sewaktu kita melihat wajah orang yang kita tidak kenali .

Malah ,takdir juga memacu hidup kita sejak dari kecil.Mungkin ada sesetengah tidak berjaya dalam ujian peperiksaan ,namun berjaya dia alam pekerjaan ,menjalankan bisness sendiri ,sehingga membina empayar,itu lah takdir mereka.

Malah soal cinta dan perasaan juga berkait rapat dengan takdir.Kadang - kadang ,seorang lelaki itu mempunyai ramai wanita yang ingin memilikinya ,namun semuanya di tolak .Model ,penyanyi sebut sahaja wanita yang cantik jelita ,semuanya di tolak mentah - mentah olehnya.Namun suatu hari ,si lelaki itu berjumpa dengan gadis kampung ,menjaja kuih di tepi jalan,lalu di belinya kuih itu .Dipandangnya wajah wanita itu ,namun tidak di endah oleh wanita tersebut .Lelaki itu pelik ,lalu setiap hari memerhatikannya setiap kali dia menjaja kuih .Hari makin hari ,si lelaki itu jatuh cinta dengan budi bicara gadis tersebut ,walhal gadis itu hanyalah menjaja kuih ,siapa sangka,itu gadis pilihannya ,itulah takdir.

Love is a blind ,its unpredictable ,

selalu pepatah ini diperdengarkan ,siapa tahu ..:)


sekian ,

jellyboone @jambancomel @emam.

Tuesday, August 23, 2011

berjaya kerana entry bukan kerana follower

hampir setiap hari kalau aku pegi mana - mana blog pasti ada yang merungut pasal neh


"i da follow u ,nanti u follow i "

tak pun kalau jenis gangster sket ,

"wa da follow lu der ,nnt lu follow gua lak der ,ade paham?!"

"cilawei!"

yang sopan sket

"saya da follow awak ,nanti awak follow saya ya "

sebenarnya da jenuh aku tulis pasal ni dulu ,tentang sebab kenapa aku follow dan kenapa aku tak follow sesuatu blog..tengok sini

aku tau masing - masing sibuk mencari follower kan ? ,namun

"kenapa mesti gila kan follower??"

ya ,satu sebab
banyak follower menunjukkan betapa hebatnya seorang blogger itu ,atau betapa glemernya seorang blogger itu.

Namun perlu diingatkan glemernye mereka itu atas dasar apa?? "follower " atau "entry" yang ada dalam post mereka tuh sendiri?


"ala ko follower da ramai ,takpe la"

Ya memang aku akui ,sebagai blogger ,follower itu penting juga ,namun bukan semua yang follow ,akan baca satu - satu entri pun .Kalau la andai kata ,follower cecah 20 ribu pon ,tapi takde siapa yang baca pasal entry yang kita buat ,ianya sebagai "failure" jugak .

Bagi aku ,aku lebih suka orang baca blog aku sebab entri yang aku tulis ,datang dari penulisan aku sendiri ,bukan nak "mencapup" dari penulisan orang lain atau hak orang lain .Bukan semua orang boleh dipercayai ,sebab manusia itu ada nafsu ,ada tamak haloba ,dan ada kepentingan mereka sendiri .

"buat baik perpada - pada ,buat jahat jangan sekali"

Kalau terlalu mengharapkan orang lain susah ,nanti bakal termakan budi kita yang kena.

"berpijak atas kaki sendiri ,bukan di bahu orang lain".

aku pon harap orang kenal aku sebab atas usha sendiri ,bukan atas nama orang lain :) .



 


p/s;
hanya cakap - cakap jep ,ini bagi pendapat aku ya ,jangan nak serang aku da la ,respect each other :),bukan semua orang berani bersuara ,kadang - kadang ada yang diam berlagak hipokrit ,satu hari nanti baru lah tau susahnya.

Saturday, August 20, 2011

pakai tudung bukan kerana trend ,tapi kerana niat

salam ,
aku nak menulis ,satu topik ,yang da lama aku duk fikir dan merasa sangsi tentang perkara ini .


tentang "tudung "



sumber dari google

kalu kita lihat pada hari ini ada macam -macam jenis pemakaian tudung yang telah diperkenalkan ,namun ape yang memusykilkan aku ,dari segi pemakaian tudung zaman sekarang .Sama ada secara betul atau tidak.



Bukan maksud aku nak kritik orang pompuan pakai tudung ke hape ,dak aih ,cuma kadang - kadang aku pelik ada segelintir yang memakai tudung ,namun tidak lengkap seperti yang di suruh syariat .

Pernah sekali aku tengok ,pakai tudung nya da elok ,namun baju memakai berlengan pendek .Malah ade yang pakai tudung  ,namun hanya menutup rambut ,tapi bahagian tengkuk di biarkan dedah camtuh je .Aku tak tahu la sebab trend ke ape ,namun ianya sesuatu yang tidak kene dari segi pemakaiaannya .


Bagi aku ,bagus lah ,niat mereka  ingin memakai tudung ,tetapi hendak lah dengan cara yang betul ,ibarat ,sebuah kereta yang dibina dengan teknologi yang moden dan bahan yang berkualiti tinggi dalam pembinaannya ,namun ,sayangnya tidak dicat dan tidak di hias dengan warna warna yang menarik .akibatnya semuanya jadi tidak lengkap dan tidak menarik  .

Begitu lah mereka ,sayangnya rupa cantik ,pakai tudung namun ,tidak lengkap dengan cara yang betul .:) 


" adakah kamu memakai tudung hanya kerana trend masa kini ?atau memang  niat anda  ikhlas ingin memakainya?"

Memang lah sangat bagus andai kata ,wanita itu berubah dari tidak memakai tudung ,terus memakainya ,tapi bukan lah kerana fesyen yang ada sekarang ,tapi dengan penuh ikhlas ingin memakainya sebagai hijab ,menutup aurat .itu yang kita harap kan.


"eh benda wajib pon nak kene tangguh-tangguh?"


"memang la ianya perkara yang wajib ,namun kalau si dia tidak ikhlas ,lain jadinya ,pahala tak dapat ,malah  dosa yang dapat "


"Dan jangalah mereka menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak darinya" [TMQ An -Nur (24);31]




Pemakaian tudung mengikut islam 
perlu di ingatkan ,aurat seorang wanita adalah pada paras muka dan tangannya sahaja ,tidak lebih daripada itu.Dari segi tudungnya pula biarlah menutupi dada.


"wahai Asma ,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini ,dan seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya . " [HR Abu Dawud ]

Jadi pakai tudung biarlah mengikut apa yang dilandaskan oleh islam ,baru la nampak comel .Bukan aku suh semua pakai tudung labuh ,tak semestinya ,cuma biarla mengikut tata tertib yang betul yep :).

Aku cuma menyampaikan pendapat aku jep ,kalau ada yang terguris hati ke apa ,maaf di ucapkan ,mari la saling nasihat menasihati ya.

"amboi da jadi ustaz naa "

"aku bukan ustaz ,dan aku masih kurang dari segi ilmu agama didada ,namun aku ada rasa prihatin ,dan aku ingin menyampaikan pendapat aku menerusi blog aku :)"

p/s;
bulan -bulan pose tak yah nak seksi sangat la ,nak beli makanan kat bazar pon nak vogue2 sampai dedah sane sini haa ,tak pasal - pasal dapat dosa free adei haha



 sumber dari google.

Tuesday, March 29, 2011

hilangnya melayu ,diganti melayu lucah.

 Harian metro muka hadapan .
 "seorang gadis merelakan diri diperkosa hanya kerana 10 ringgit" atau :



 isu sosial dikalangan pelajar "melayu " kian menjadi-jadi aduhai..Salah siapa?

isu ini seakan akan menjadi lumrah dalam negara kita .Setiap hari pasti ade isu gadis yang dirogol ,lari dari rumah ,nak2 timbul isu baru ,seorang gadis cuba membunuh diri di Kelantan kerana putus cinta. Ape jadahnya?? Semua orang hebat memperkatakan isu ini en?.Bagi aku ini la  petanda ,betapa teruknya kes sosial di negara kita ,ditambah dengan isu  bayi dibuang semakin berlambak .Siapa yang terlibat? "bangsa kita sendiri".
                                   

Tuesday, March 15, 2011

impak dari gempa bumi japan -masa dipendekkan?

Setiap yang terjadi pasti ada impaknya ,begitu juga apa yang terjadi di japan .Lepas je gempa bumi timbul isu lain ,iaitu kesan radioaktif akibat meletupnya loji nuklear disana.Walau kerajaan jepun sendiri telah mengedarkan iodin bagi mengelakkan barah dikalangan penduduk sekitar loji tersebut ,tapi ia tidak menjamin seratus peratus keselamatan penduduk.


Sunday, March 13, 2011

malaysian newspaper makes fun of japan's tsunami


Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.-source CNN


p/s :i don't know what to say ,but one word "shame" to be one of the Malaysian citizen ,its not a thing that we can make play with.People died man ,they starve for food and drinks .The whole world read about this ,oh my..We Malaysian are concern about this ,and condolence to  those affected.We felt sorry for them.This newspaper's editor should feel ashamed coz creating this kind of cartoon.Remember this ,our national policy is ,LOOK EAST POLICY ,and that shows how we respect japan ,our economic  are relying on them..

Thursday, March 10, 2011

apa beza otak lelaki atau otak perempuan? *mesti baca




satu kisah yang pernah aku baca ,beza antara otak lelaki dan wanita ,bile memilih warna ,

si isteri ,"abang kite nak cat bilek warna ape?saya rasa warna hijau cantik ,sesuai dengan warna langsir ,dan cadar bilek kan?"

si suami , "ala ,beli warna kuning pon ok ,kasi terang sket ,bilek tuh da cukup gelap dah haa"

si isteri "ish abang neh tak paham betul ",sambil mengetip gigi.....

konklusinya,lelaki lebih memikirkan fungsi ,atau dengan kata lain lebih memfokuskan penyelesaian ,tak kisah la cantik atau tidak ,janji bende tu berguna .Berbanding dengan wanita ,mereka lebih berfikiran ,subjektif atau lebih fokus kepada stail sesuatu bende . Macam la nak pergi dating kan bila si dia tanya

"awk2 ,nnt nak kuar sy pakai baju kurung warna merah ,dengan shawl ok tak?"

si lelaki pujaan hati jawap "alah awk pakai apa2 pon dah cantik "..

"nyesal sy tanya awk tauu!"

sebab itu la lelaki ni hidup die lebih simple ,tak yah nak pikir nak pakai ape ker ,nak pakai kasut warna apa ker bak kata orang "simple je sudeh ,asall bergaya".Tapi bagi wanita neh lain ,memang fitrah diorang ,nampak cantik dan bergaya (bukan semua jugak ),sebab itu aset diorang .Sebab tuh ,kalau kita lihat ,bile time sales je mesti ramai ,golongan wanita datang berpusu - pusu ke shopping complex sebab diskaun sampai 70% tuhhh ,rugi tak pergi .

Bagi laki pulak ,"asal bundle je sudeyy,branded jugak " erkk,haha .

sebab itu ada orang cakap ,perempuan neh complikated sebab nafsu dieorang 9 ,lelaki satu jek ,semua bende kene ambik kira .Sebab tu la jugak ,ada perempuan yang sanggup habiskan ratusan ringgit demi tampak bergaya tatkala dinner berbanding si lelaki hanya guna kot pegawas time skolah dulu bawak pergi dinner ,kata mereka "jimat2 ".hehe.Itulah lelaki




p/s:
nak bergaya tuh boleh ,tapi biar berpada .Ini pendapat aku jek ,salah silap ,jangan dihentam yerkk ,ok minggu ni dah nak exam ,sibuk ,rehat dari update jap.

Thursday, March 3, 2011

i pollow u ,u pollow i

aku tahu sebenarnya isu ini dah lama dipertengahkan ramai blogger.Isu apabila ,si follow akan cakap "saya dah follow awak ,jadi sila follow saya ok".erkk *serba salah

aku faham ,ape tujuan diorang cakap camtu,kita da follow die ,jadi kite nak balasan jugak ,follow blog kite plak.Sebenarnya tiada paksaan kalau anda nak follow atau tidak ,mengikut keselesaan masing-masing minat atau tak pada blog tuh.

Bagi aku lar,tiada masalah kalau aku nak follow balik ,tapi cuma ade beberapa point jugak aku ambik kira kalau aku nak follow seseorang ,lain orang lain taste en .Aku suka follow ,blog yang:

Simple,
Simple disini bukan dari segi penulisannya ,tapi dari segi blog itu sendiri .Kemas ,tidak terlalu banyak widget ,tak byak blink2 gitu .Biasanya ,blog2 pompuan slalu ade en.Kalau blog tu ,hanya untuk individu ,cam untuk bacaan sendiri ,tiada masalah.Teruskan usaha anda itu.Tapi ,kalau open readers,ia agak menggangu time nak bace entri sebab banyak sangat widget yang keluar.adehss.


Ade Shoutbox or cbox
Cbox atau shout box ni penting sebab ,senang nak tinggalkan tanda yang kita hadir di belog tersebut.Ade je cara lain ,iaitu mengomen ,tapi lagi mudah ikut shoutbox ,bagi pandangan aku lar,sebab terus pergi ke link .

Entri Milik sendiri
Entrii tu nukilan diri sendiri ,tiada copy2 dari mana2 orang atau pihak .Senang cita ,semua entri mengikut padangan die sendiri ,seperti Teh Tarik Gelas Besar ,Adib Muaidib ,mereka melontarkan pandangan mereka sendiri .Tak pun cerita tentang pengalaman sendiri jugak best.

Entri tidak banyak berunsurkan emosi
Sebenarnya aku kurang gemar baca bab2 emosi nih,kisah putus cinta ker ,kisah marah entah tetibe ker,kalau skali skala tak kisah la,kalau hampir setiap entri ,lain macam la .Mau aku plak jadi emosi lebih kang nanti susah plak adehh.

Gambar sopan
Maksudnya ,takde la gambar yang banyak SX camtu ,seksi2 ehehe ,jap agi gelap hati aku yang membacanya ,tak pun gambar yang tidak senonoh seperti bercumbuaan ker,memang aku tolak tepi awal2 eceh.

TIADA LAGU
 Nak pasang lagu tu teletak pada individu itu sendiri ,sebab blog tu hak milik mereka ,samaada mereka jadikan blog sebagai bacaan sendiri ,tak kisah la ,tapi kalau nak menarik pembaca yang lain ,lagu tu elok tiada ,sebab mengganggu konsentrasi jugak kadang2,satu lagi susah nak blog walking ,ramai blogger yang lain merungut pasal neh.'Sebenarnya aku pon sama awal2 dlu excited nak pasang ini nak pasang itu kat blog sendiri en '.Tapi andai kata ,nak pasang jugak ,bleh jek ,buat la satu player yek :)


Aku rasa itu je kowt ,butir2 blog yang aku suke follow ,atau singgah .Semua ini adalah pandangan aku sendiri ,setiap orang lain pulak cita rasanya ,ade jek yang nampak awek cun atau laki jambu punye blog terus follow laju .

"eleh ko pun same "

"erkk,no komen " haha


Thursday, February 10, 2011

paris hilton masuk islam?

Aku terbaca satu akbar uk ,yang paris hilton masuk islam benar atau tidak tuhan je tau

Friday, January 21, 2011

Cinta Di Mata Remaja







Apa nak jadi dengan manusia,


semua benda nak kongsi bersama,


air segelas minum berdua,


konon setia katanya.


Yang lagi dahsyat,

Monday, December 20, 2010

apa erti kebahagiaan-Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." (Surah Al-Mulk)
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.
Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang...
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan" hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".
Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah
1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)
Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).
Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).
Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:
"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:
"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)
Zikrullah Yang Membawa Bahagia
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk artikel Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

article dipetik dari iluvislam.com
blog beliau-www.genta-rasa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...