Sponsored by

Thursday, February 2, 2012

susahnya nak menulis blog .




 Salam maulidul rasul dan thaipusam ~..
Aku fikir ,sudah berapa lama aku tinggalkan dunia blog ,maksud aku tanpa ada apa - apa entri yang bertulis yang cuma ada sedikit gambar dan juga satu video bagi tahun ini sahaja.Kalau ko nak tahu ,nak tulis blog ni bukan senang sangat pon ,kalau mood dia takde tak guna jugak.Puas dipujuk tak keluar jugak ,tu yang menjadi masalah tuh .

"sebenarnya ko malas kan?"

*tediam sambil menggigit kuku yang sememangnya tiada kuku

berikut aku senaraikan nape susah sangat bagi aku nak update blog :

1.Sebab memang takde idea  
Susah kot kalau takde idea ,ibarat anak kecil tersesat di tengah lautan manusia ,menangis teresak-esak ,buntut macam mana nak buat.Lepas tu pulak ,kalau entri yang berkaitan dengan fakta pulak ,kene buat research kalau tak mahu kene maki beb ,sebagai blogger kita yang memainkan peranan dalam menyampai maklumat yang tepat pada orang lain ,kalau tak dosa.




2.Sebab Takut Kene maki 
Sebab itu ,sape cakap tulis blog ni senang ,tipu je tuh ~ ,kurang - kurang ambik sedikit tenaga gak kerah keringat memikirkan apa yang di tulis.Tulis pasal orang lain kang ,memang best ,ngumpat - ngum pat ,cakap si polan ni muke rabak ,si polan ni bohsia la, tapi buat apa ,dosa pon dapat maki pon dapat beb.Jadi penah kawan aku cakap ,nak jadi blogger berjaya bleh ,hati kene kering ,kental tak kisah kalau kene maki pon haha.Mungkin ada benarnya.

3.Sebab Malas giles
Sebenarnya ni la sebab utama aku malas nak update blog senang cita ,dengan dah masuk sem - sem akhir ,aku akan menjadi lebih sibuk ,ditambah projek - projek yang akan mendatang ,bertambah kurang la aku nak update ,blog ,haihh..*mengeluh panjang





4.Sebab Twitterholic
Twitter dengan kata lain microblog ni bleh menjadi addicted ,disebab kan stailnya yang tak sama dengan facebook ,bukan post satu biar dua tiga hari ,tapi kalau ko nak membebel sesuka hati pon boleh .LOL ,jadi sebelum aku nak update blog pon ,dah aku tulis kat twitter ,kejadahnya ,menjadi semakin bebal otak aku nak tulis blog

"sedang berfikir nak kurang kan tweet "

"ahhh kau ,cakap jep ,jap agi penuh gak TL aku ~!"

"errk"

aku cuba ..*nada sedih .

yela aku cuba tingkatkan lagi mutu penulisan blog dari masa ke semasa :)





Wednesday, February 1, 2012

my name is himawari (video)

salam februari .
ini adalah salah satu projek aku masa cuti dahulu .Lama dah aku fikir nak wat vblog kucing aku ,jadi dikumpulkan segala video yang aku rekod guna fon ,di kompilasikan dalam video ini .Ini hanya video selingan jek ,nanti akan ada video full ,check it out ,:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...