Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…
Saturday, February 5, 2011
perubatan cara islam -Ashraf Muslim
salam,
Dua hari lepas ,aku menemani mamaku pergi berubat secara perubatan islam.Sebelum aku menceritakan lebih lanjut ,apa itu perubatan secara islam?.Ia adalah perubatan yang dilakukan menggunakan ayat - ayat al-quran sebagai sumber rujukan utama bagi mengubat pesakit.Penyakitnya pula ,tidak dapat diubati secara moden ,kerana ia tidak dapat dikesan secara langsung,tetapi menggunakan secara spiritual kerana ia melibatkan makhluk-makhluk halus.Antaranya gangguan jin dan lain-lain yang sedia maklum.
Tapi biasanya ,kalau dikaitkan dengan rawatan moden ,satu istilah boleh dikaitkan dengannya,iaitu skizofrenia.Apa itu skizofrenia?
Skizofrenia- adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepadakognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
sumber wiki.
Berbalik kepada cerita aku tadi ,aku menemani mamaku berjumpa dengan ustaz Ashraf ,atau sapa yang pernah menonton drama di tv3 ,pasti mengenali beliau dengan ustaz Amirul.Sebenarnya aku tak tahu menahu langsung tentang die mempunyai kebolehan mengubati penyakit mistik ini.Aku hanya mendengar kabar dari kakakku ,yang juga kawan kepada adik ashraf sendiri tentang kebolehan beliau.
Sebenarnya ,mamaku mengalami gangguan dari segi emosi ,sering mendengar suara yang bukan-bukan ,kadang-kadang mimpi ngeri sering menganggu fikiranya.Sebelum ini ,aku pernah menemani mamaku pergi berubat di sungai buloh.Kata ustaz disana ,adanya jin yang mendapingi mama,wallahualam.Jadi kali ini ,kami pergi berjumpa dengan ustaz ashraf bagi mengubati penyakit mamaku itu.
Kebolehan seseorang untuk mengubat ,biasanya seseorang itu mendapat qasaf ,iaitu kebolehan melihat makhluk2 halus.Membolehkan seseorang mengesan malah menghapuskan makhluk tersebut.Ia terletak dibawah kuasa ALLAH swt untuk memilih siapa yang dikehendakiNYA.
Tapi ,kalau sesiapa nak berubat dengan beliau ,perlu mengikut giliran .Nasib baik kami kenal adik beliau ,kalau tak lagi la lama.Nak menunggu masuk pon mengambil masa dua jam.Pelbagai jenis orang yang pergi mengubat dengan beliau,ade yang terlantar,ade yang duduk atas kerusi roda ,malah ade pak cik tu yang aku tengok siap pakai gas oksigen skali bawak pergi berubat.Astagfirrullah.Syukur padaMu ya Allah ,aku masih sihat sejahtera.Amin.
p/s:agaknya ,kalau sape tengok muka ashraf terus baik ek,kiddin :P

gamba mama dan ashraf muslim.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
bebel
(126)
pictures
(86)
karya jamban
(58)
event
(57)
articles
(27)
videos
(19)
doodles
(17)
wordless wednesday
(9)
cinta
(6)
contezz
(6)
header
(6)
vblogs
(5)
blog review
(4)
hack
(4)
tips
(4)
awards
(3)
kisah jamban
(3)
lyrics
(3)
photography
(3)
cerpen
(2)
funny pictures
(2)
parodi
(2)
#octtwtfest
(1)
200
(1)
Mengetahui jodoh kita
(1)
art
(1)
awek tudung
(1)
blog list
(1)
buncit
(1)
cara pakai tudung
(1)
catatan seorang pelajar
(1)
ebook
(1)
facts
(1)
gadgets .
(1)
gadis bertudung
(1)
gadis tudung
(1)
hari ibu
(1)
hikarimoji shutters uniten.
(1)
himawari
(1)
iklan
(1)
inspirations
(1)
jamban
(1)
jodoh
(1)
kucing
(1)
kuning telor
(1)
lawak
(1)
light graffiti
(1)
makan
(1)
new planet
(1)
noh hujan
(1)
page
(1)
promo
(1)
ramadhan
(1)
science
(1)
segmen
(1)
shutters
(1)
siapa jodoh kita
(1)
super earth
(1)
super saiya
(1)
tag
(1)
takdir
(1)
the band
(1)
tudung
(1)
tudung melayu
(1)
tumblr
(1)
tutorial
(1)
vblog
(1)