Sponsored by

Wednesday, June 29, 2011

tips mengambil hati wanita

Entry kali ni aku nak berkongsi tips tengtang bagaimana mengambil hati wanita .Tips ini khas buat jejaka - jejaka di luar sana ,dan juga untuk aku sendiri hak3. Tips2 ni aku ambil dari pengalaman kawan - kawan aku sendiri ,dan juga daripada sumber - sumber yang boleh dipercayai .
"jangan cop aku kaki ngorat dah ".Entri yang agak panjang ,jadi selamat membaca .



                            ************************************************





1.Jadi seorang pendengar yang baik.



memang menjadi lumrah seorang wanita ,mereka lebih beremosi berbanding dengan lelaki .Hormon yang ada pada mereka berubah setiap kali mereka didatangai bulan .Dalam tempoh itu lah ,jika mereka ada masalah ,mereka memerlukan seseorang disamping mereka untuk mendengar masalah atau coleteh mereka .Kadang - kadang lelaki ni suka menjadi "Mr fix man" ,biasanya mereka lebih suka menawarkan kaedah atau langkah ,yang bagi pendapat mereka akan membantu wanita .Walhal bukan itu yang dimahukan oleh mereka ,tetapi cuma

"menadah telinga ,dan fokus dengan apa yang mereka katakan sudah memadai bagi mereka".




2.berserdahana "jangan telalu show off"




biasanya ,naluri si lelaki akan melakukan sesuatu yang membuktikan mereka hebat .Sebagai contoh ,bila time naik motosikal ,ada dua tiga orang awek yang lalu berjalan ,pasti terdetik dalam hati mereka "aku mesti buat sesuatu yang hebat ".Jadi ,berlaku la edegan mat rempit murahan ,"wikang" sana sini atau "willy" (padahal first time buat bende tuh ,ikut gaya rempit V3).Pada pendapat mereka ,pasti dalam hati awek2 yang lalu tu akan berkata "wooww gila hebat mamat neh ,terpegun i".Namun ,biasanya perkara sebaliknya akan berlaku

"ewwww,bajet hebat la congek2 sana sini ,kalau jatuh padan muke! ,so anoyying!poyo jek!".

Jadi tak perlu la nak berlagak poyo tapi dimaki berbanding ,berlagak rendah diri tapi dipuji.







3.Berpakaian kemas





Ini agak susah bagi kebanyakan lelaki ,kerana bagi mereka "simple is better".Macam aku jugak ,selekeh ,pakai t-shirt je dah ok ,atau rambut tak bersikat ,mencerminkan identiti negatif bagi pendapat segelintir wanita.Bagi mereka ,lelaki yang kemas biasanya ,mempunyai daya konfiden yang tinggi ,dan lebih dipercayai.Sebab kalau lelaki yang kemas biasanya ,jenis yang kerja polis ,atau askar ,mereka tampak lebih hebat .Tapi kalau terlampau kemas ,tak bleh jugak takut kang di cop sebagai "nerd" atau "skema".Pakai baju atas pusat ,sikat belah tepi ,pakai spek tebal.Tapi ade pendapat wanita jugak ,mereka ini lagi la boleh dipercayai ,sebab mereka kebanyakannya jenis yang setia.Ye dak?.
"kemas biar bertempat".



4.menjadi seorang yang "gentleman"





Semakin gentle seorang lelaki itu ,semakin memikat si dia .Sebagai contoh ,kalau anda pergi menonton wayang bersama si dia ,andai kata si dia terlupa membawa baju sejuk ,dan pada waktu itu anda sedang memakai baju sejuk ,anda boleh menunjukkan ke"gentle"an anda dengan menawarkan baju sejuk anda

"walaupun mati dek kerana sejuk sekalipun,asal gentle kah?"
kalau tak nak perkara tersebut terjadi ,ambil la langkah awal ,dengan membawa baju sejuk yang lebih ,

"takpe abang ade bawa baju sejuk lebih,ambik la guna",

sekaligus anda mendapat bonus markah ,sebagai seorang yang bersedia hak3.





5.kawal ego sebagai lelaki




Memang fitrah seorang lelaki mempunyai ego tersendiri ,jikalau tidak pandai mengawalnya ,pasti akan mengundang padah.Lelaki agak susah ditegur malah kadang - kadang ,ada yang tidak pandai memujuk wanita ,kerana terdorong oleh rasa ego mereka.Kadang - kadang ,kerana ego juga lah ,menyebabkan krisis yang ada dalam hubungan akan berlanjutan .Oleh itu ,nak selamat ,kurang-kurang kan ego anda ,kerana lelaki yang mempunyai ego yang tinggi kurang digemari wanita ,tapi jangan la sampai pulak takda ego langsung ,sampai jadi "pak turut " pulak yep.Cuba kawalnya.Jadi la seorang lelaki yang boleh dibawa berbincang.




6.menjadi seorang  pelawak



Menjadi seorang pelawak ni ,tidak memerlukan anda menjadi seolah - olah salah seorang peserta dalam maharaja lawak ,cuba anda terapkan nilai "humor" pada diri anda ,pandai berjenaka .Bila si dia ,sedang bersedih ,mereka memerlukan seseorang yang dapat menceriakan dia.Biasanya ,lelaki yang pandai berjenaka ni ,lebih digemari pihak wanita ,kerana bagi mereka lelaki "pelawak" akan membawa kebahagian dalam hidup mereka ,kata orang menjadi pengubat time berduka.

Jadi ,cepat- cepat la cari buku- buku jenaka ,tak pun download maharaja lawak banyak- banyak yep hak3 .

"gelak banyak sangat tak bagus jugak"

"erkk!!"




7.memahami situasi






Seorang lelaki yang dapat memahami perasaan dan hati si wanita ,biasanya lebih dihormati atau lebih disenangi oleh wanita.Bila mereka sedih atau bila mereka bermasaalah ,pandai-pandai la ambil hati mereka dengan memberi kata- kata semangat atau nasihat yang bernas.Jangan la time sedih ,bleh gelak berdekah - dekah pulak ,tak pasal - pasal bakal kene penangan penampar atas muka .Jadi kene la faham bila masa bleh buat lawak ,atau bila masanya kene seryes.




8.Jangan terlampau cepat melatah



Jangan cepat melatah bermaksud ,jangan jadi seorang yang panas baran.Pantang ada silap sikit ,dah kene maki atau dah kene cepuk.Biasanya ,lelaki yang berperangai sebegini ,awal- awal dah kene "kick" dari wanita ,berbanding seorang yang jenis yang cool ,mereka lebih disengangi.Kalau tengok dalam drama jepun ,biasanya lelaki yang "cool' ni menjadi tarikan wanita.Sebab  ,time ada masalah ,die relaks jek ,jadi lebih dipercayai ,berbanding yang jenis gelabah puyuh .
"OMG OMG OMG !!"

"tapi kalau terlampau cool ,susah jugak ,nyampah jadinya "

"no komen "









9.Jangan guna ayat - ayat yang lame @ membosankan ,lebihkan pujian.



Kalau kat fb ,ayat2 yang dikatakan lame biasanya berbunyi "hai boleh berkenalan?" ,atau "awak sangat cantik ,sila la kawen dengan saya" atau "jom kawen ".Kalau anda menggunakan ayat sebegini rupa ,kompem pastu anda akan "didelete" dari senarai rakan si dia secara terang - terangan.

"erk"

"no komen".

biasanya wanita lebih suka dipuji ,kerana bila mereka dipuji ,maknanya mereka diberi perhatian ,nak- nak bila budak lelaki yang puji ,terus di awan - awangan ya.hehe,Jangan puji lebih -lebih dah la ,lain macam jadinya kang.





10.Jadi "misteri guy"




Kadang - kadang ,elemen misteri ini akan membuatkan anda menjadi lebih menarik.Sebagai contoh ,dalam satu geng- geng anda ,tetibe ade seorang gadis cun yang lalu di hadapan geng-geng anda ,semua kawan anda cuba men "pewiit" gadis tersebut ,tetapi anda seorang je  tidak buat demikian.Ini akan menjadi persoalan bagi gadis tersebut "asal mamat ni tak pewiit aku?",dengan itu si dia lebih cenderung untuk mengenali anda kerana anda adalah "mistery guy".





11.Jadi Diri sendiri







sebernarnya ,untuk mengabil hati seorang wanita ni ,tak memerlukan anda menjadi seorang yang "copy cat" atau cuba jadi seolah - olah "seth tan junior" atau jadi macam "justin bieber junior ker" hak3 ,kerana ini menunjukkan anda seorang yang tidak yakin dengan diri sendiri,seolah - olah anda seorang yang hipokrit.Anda tidak menunjukkan diri anda yang sebenar .Walau anda hensem bak rain atau aron aziz sekalipun ,tetapi cuma meniru gaya mereka buat ape.Jadi la diri sendiri tak perlu berlagak jadi orang lain ,kerana jadi diri sendiri lebih baik kerana itu la aset anda.Pasti si dia akan terpikat pada diri anda.

Biasanya setiap orang mempunyai "taste" yang tersendiri ,minat setiap orang berbeza mengikut individu.Jadi ,bukan semua tips diatas akan diterima setiap orang .Kalau berguna ,dengan senang hati sila la pratikkan ,kalau tak berguna tolak tepi simpang jauh-jauh. hehe :),aku pon nak cuba jugak tips ni kalau la menjadi yep hak3.


p/s:
tips ni aku cuma share dari apa yang aku dengar dan baca ,bukan dari aku sendiri jugak ,aku noob jek hak3

"kisah pulak "

"arghhhh!"
Kalau nak tambah silakan yea.

Lepas ni aku buat entri ,tips mengambil hati lelaki pulak .

37 comments:

miho amyra said...

oky !
paling setuju yang no. 9 ! =)

Anonymous said...

aku plak paling suka no 10. haha.

sailaaf said...

saya tunggu tips menjaga hati lelaki.hehe

blog-tips-kurus said...

kaum lelaki sangatlah disyorkan agar menjaga egonya.. :-)

Indah Mulya said...

pewittttt..siap bg tips ni im..hehe..ade tektik yg bjya tak? =D

Anonymous said...

suka semua sekali...tapi pasal berpakaian kemas tu tak semestinye harus,,yg penting jgn baju seluar koyak and berkaki ayam sudah laa..AHAHA!!jd diri sendiri jeeekk...tak mengusotkan kepale hotak.

Nadia said...

:)

Halusinasi said...

menyampah dengan lelaki yg ego dan panas baran...

feninzz_LALAT said...

aku ase yang paling tepat no 1 5 6 laaaa...yang laen2..no comment..

Farah Farhana said...

tersangatlah setujuuuuuuuuuuuuuuuuu

FarhanahAdzlan said...

stuju dngan semua statement kat sini..tp bagi sya paling pnting ialah jadi diri sndiri..=)

aslann said...

untunglahhhhhh...ade awekk..

afro said...

pompuan akan anggap tips no10 ko sbg "the mystery gay".. haha
btw farah kem salam syg.

Syazwan said...

nak cuba try test la..
ekeke

CeritaSekupang said...

banyaknya perkara nak kena buat...hohoho...

Unknown said...

haha. bole ke ni jamban ? :zas

tetaufiq said...

argh ko, futsal aku ajk 100x memanjang ade hal, grr

surianisiti said...

sgt tak suke lelaki yg ego. haha


^__________^

http://misssabrinaa.blogspot.com/2011/07/facebook-baik-ke-tak-baik.html

sjaa64 said...

feeeeeeeeewitt!!!suka post nih!!hahahahaah..lelaki mcm nilah yg aku carik =D

fyy mokhtar said...

wakkakakakkaa. JADI DIRI SENDIRI!!

alyachan said...

best entry :) baek jadi diri sniri kn..

APi said...

banyak lagi ni kena menuntut dengan kau ni.. =)

Anonymous said...

saya nk smua laki baca nieeeee..sbb memg btol..cuke..cuke..cuke

Unknown said...

i love this. mmg betol. kene jadi diri sndiri, jgn semata2 nak ngort jadi org len pastu bile da dpt baru tau perangai

chukie chukie said...

ha ! ade ag 1 jangan nak pakai perfume bertan tan klaw nak ayat pompuan.. kene kat yg idong sesitip mmg free kene reject opss ! ckap je.. hehe

lyaidma said...

yang penting pompuan sangadddddd memerlukan PERHATIAN . ngee . (=

Haikal Blank said...

pandai beri perhatian dan hebat melawak dengan gaya tersendiri...pergh, dah boleh pergi jauh dah.


*taktik paling mudah : muncul ketika perempuan tu baru clash. keh3

Aesya Zealous said...

setuju semua.haha

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

like sgttttttt!!
nak suruh bf i bace laa entry neh. hehe

Namee Roslan said...

wahahha..semua point tu aku setuju. tp kalau mystery tu xnak ah. paling best pelawak! :D aku salu ckp bestnya kalau johan bf aku. wahahah.

kau ni tulis ikut pengalaman kawan ke, pengalaman kau?wawawa...tpi aku benci lelaki yg suka ngurat peewiiitttt.

mira samin said...

.berkate lah sejujur nye. even kate2 itu mungkin akan menyakitan hati wanita tersebut..

Anonymous said...

Number 10 Hahaha

KasehZulaikha said...

yang no 10 tue mmg betul sgt. pernah rasa cam tu haha

Len Inouie said...

Cish!!! Cam jamban jer tips ni. Semua yg confirm buat diriku yg single ini cair. X boleh jadi betul. Skrg dah tau itu semua strategy, kena develope strategy baru. Tp aku tak minta lelaki kemas sangat. kang dia lagi cantik dari aku. hahaha

hafiz said...

Nk test skli jdi kew tak....

Anonymous said...

Perghh mnjdy.!! mmg korng ptot try skill c jamban ni..

Anonymous said...

Mmg mnjadi..korang ptot ekot skill jamban ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...