Sponsored by

Sunday, January 30, 2011

cuti rehat


akhirnya,dapat jugak aku cuti untuk seminggu,
rindu pulak nak pulang kerumah,
jumpe anak- anak buah ,
menyanyi bergurau sama-sama ya.

Ayah cakap ade bayak plan nak pegi jalan2 kowt,
best jugak ,
bleh buat trip family...hehe
lagi 2 minggu ade charity event kene masuk,
so duk umah kene practice gitar byak2 
feel free to come.:)

so Selamat bercuti bagi yang cuti ,jumpe lagi next week.

p/s; dalam perancangan nak tukar header dan layout..insyaallah. bye.


Saturday, January 29, 2011

picture of me

berjalan di bukit tinggi

Semalam adalah hari yang meletihkan bagi aku ,sebab dari pagi sampai malam aku jalan2 hehe.Semalam aku pergi ke bukit tinggi di bawah satu trip yang diadakan oleh shutter uniten.Perjalanan bermula pukul 9  dan kami sampai ke sana dalam pukul 11.Sepatut nya sampai lebih awal ,namun terdapat perkara yang tak dapat dielakkan .




Tempat Yang kami lawati :

Rabbit Farm
Sape yang suke rabbit @ arnab yang comel lote ,boleh datang ke sini ,sebab arnab die jinak habiss.Aku nak main lempar2 ,last2 kene sound dengan orang jage kat situ.Baru nak poyo2 sket aduhai.Tapi memang seryes ,arnab2 die sume cukup makan ,montel habiss.










Botanical Garden @ Japanese tea house
Kat sini memang best sebab ,taman die cantik gile.Ade upacara minum teh kalau sape yang berminat nak cuba hehe.Sepatutnya kalau hari cerah memang dapat scenery yang cantik ,tapi kebetulan sampai sane hujan ,jadi becak2.Bahaya jugak sebab kat sane batu die licin,ade sorang dari kawan aku dah jatuh,aduhai .Len kali kene hati2.Bagi yang sukakan suasana alam sekitar ,jugak boleh datang,banyak serangga2 dan pokok yang unik terdapat disini.Tidak lupa jugak terdapat tatami spa ,bagi yang nak mencantikkan badan ahaks.












Kawasan Resort bukit tinggi.
Aku tak dapat gambarkan sesuasana die cam mana sebab phone bateri habis ceit ,tapi bentuk design bangunan die macam fairy tail.Sangat la cantik .Tapi makanan kat sini mahal giler ,tak yah la nak makan kat sini haha.Ade menara yang tinggi sesuai untuk melihat pemandangan disini.Selain itu ,terdapat persembahan daripada artis luar negara,menari2 ke sana kemari hehe.Nanti aku upload gambar dari kawan2 aku hehe.


habis seharian di bukit tinggi ,kami singgah di restoran murni untuk singgah makan.Makanan die masyuk habiss ,dah la gelas air besar2.Thanks pada syafiq @ kamek sebab cadangkan tempat tuh,memang best.
Akibat terlampau letih ,sampai je kat bilik aku terus pengsan,Haha






Skang aku stat cuti seminggu ,nak balik kampung ,mungkin jarang2 online.Thanks semua .
 happy holiday.

p/s;bateri phone aku habis tetibe ,jadi tak ambik gamba byk ,tgu orang lain yang uploadkan hehe.

Wednesday, January 26, 2011

aku malas jawap call dan message

Salam ,
aku dah 2 3 hari tak update jamban ,semua pencuci dah abis jadi terpaksa la berehat panjang ya haha.Semua harpic ,ajax fabuloso dah abis digunakan tunggu barang baru sampai.*Ape yang dah aku merepek nih .

Baiklah ,sedang aku asyik menyanyi dalam jamban ,sambil tengah ahem ,bunyi fon aku berbunyi banyak kali ,tapi aku tengah sibuk dalam jamban tak dapat la nak angkat.

Lepas je aku selesai ahem,aku cek aku punye phone ,mak aih banyak gile miss call,rupenye dari akak aku suh ambik die haha

Tapi ,bagi yang selalu dengan aku or yang dah kenal aku memang tau ,aku ni jenis yang malas angkat dan balas message.Jadi sebagai alasan kalau orang tanye kenapa aku tak balas call or message ,aku senaraikan alasan aku haha.


Sunday, January 23, 2011

catatan seorang pelajar.

Baiklah ,satu label aku cipta untuk aku sendiri ,bagi menceritakan kisah aku seorang pelajar di Universiti,dan ape aku buat sepanjang tempoh aku belajar."Catatan seorang pelajar" label aku  sepanjang aku menjadi pelajar.Aku nak catitkan segala memori indah aku sebagai pelajar di dalam blog ini.

untuk apa?

Friday, January 21, 2011

Cinta Di Mata Remaja







Apa nak jadi dengan manusia,


semua benda nak kongsi bersama,


air segelas minum berdua,


konon setia katanya.


Yang lagi dahsyat,

perginya cikgu tersayang.

Semasa aku masih di tingkatan lima dulu ,aku selalu ingat ,subjek bio la yang paling aku susah nak belajar.Terdapat banyaknya formula yang memeningkan kepala ,term2 yang perlu diingat tentang badan manusia ,sistem otak amat memeningkan.Aku pon tak tahu ,kenapa la aku tak drop subjek tu awal2.

Namun ,walau subjek tu susah untuk dipelajari,cikgu aku masa itu cikgu yati,sudi memerah keringat memberi ilmu bagaimana ingin menguasai subjek tersebut.Teringat aku ,sebelum masuk kelas lagi,kami disarankan menghafal segenap formula yang terdapat didalam buku teks.Latihan - latihan yang terdapat di dalam buku juga ,disuruhnya buat hampir setiap hari.Setidak-tidak nya sehari sepuluh soalan ,supaya kami menguasai subjek tersebut.

Setiap kali kami di dalam kelas beliau ,mesti ade soalan2 yang akan diajukan kepada kami .Oleh yang demikian kami perlu bersedia setiap kali mahu masuk ke kelas beliau.Katanya ,itu la cara yang akan kami tempuhi di alam universiti.Kami perlu berusaha sendiri jika ingin berjaya.Berani bertanya soalan jika tidak tahu,itu nasihat yang selalu aku ingat.Disebabkan cara mengajar beliau,beliau diingati setiap pelajar ,malah pernah memenangi guru contoh.Kami amat berterima kasih kepada cikgu yati kerana banyak jasa ditaburkan sepanjang beliau mengajar kami.

Pagi tadi ,aku mendapat mesej dari rakan2ku ,mengatakan beliau sudah tiada lagi.Puncanya tidak aku ketahui.Aku rasa baru semalam belajar bio dengan nya.Astagfirullah,cikgu sudah pergi meninggalkan kami .

YA Allah tempatkanlah cikgu NUR HAYATI DIN dikalangan orang-orang beriman.Amin

Al- FATIHAH.

melting face



aku jadi rajin tetibe minggu nih nak beredit ,padahal minggu depan ade quiz ,kene siap report ,aduhai ape aku buat neh haha.Tapi tadi aku try ape yang tutorial kat page photoshop ajar ,ini hasilnya ,sape2 nak try boleh usha http://www.brushking.eu/ cari kat tutorial ek ,selamat mencuba :)

Thursday, January 20, 2011

edit gile2~


picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel






picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel




picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel






picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel





picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel






picture taken by ninja hamimo
edited by jamban comel.

aku masih belajar dalam edit mengedit neh ,padahal aku tak ambik it pon ,aku ambik engineer ,entah ,pokok pangkalnya ,aku masih noob nak belajar edit lagi ,insyaallah :)

Tuesday, January 18, 2011

manusia bercinta ngan heiwan ,eh!!

Kebelakangan ini ,otak aku dah jadi tak betul.Kadang -kadang ok ,kadang kadang tak .Jumlah merapuaan pon semakin bertambah.

"Ish ,ko kene jumpe pakar sakit jiwa mam".Sampuk sorang mamat neh.

Aku takde la teruk sangat ,sampai tahap nak jumpe doktor sakit jiwa kan ,aku masih waras  lagi ,makan nasi masih menggunakan tangan bukan guna kaki.Takde la jugak sampai bercakap dengan dinding "hai dinding warna pink ,awak nampak comel je hari ni ,terima kasih teman saya semalam ,jom kuar date",yang ni memang sah2 gila .Macam mana aku nak bawak dinding yang besar gedabak tuh bawak pegi date ,tak betul2 ~!.

Kadang kan tetibe je terlintas dalam hati aku ,macam mana dunia ni tanpa wanita??,yang ada manusia dengan binatang,eh macam mana tuh.Of coz mesti ade yang cakap "kompem ramai yang jadi Gay ,main laki sama laki",no no no ,yang tuh tak bleh belah ,cam siot .Tak pun ,ramai yang cakap zuriat atas dunia takde .Begitu juga sebalik nya ,bayangkan kalau wanita je atas dunia,semua bende jadi pink en ,eceh,tak nak ulas banyak haha.Bagi aku ,cuba bayangkan kalau manusia bercinta dengan binatang ,eh pelik2 ..tapi agak kelakar kowt.

Contoh ,manusia dengan lembu,"awk2 malam ni nak makan rumput sup lagi ker?" jawapannya ringkas "MOO!".

habis tuh !?

"MOO.."..

..:|

 HAHA

Bayang kan satu hari ,seorang manusia kuar date dengan kucing ,macam mana tuh?nak tengok camne ?camni lar~





mesti pelik yang amat sangat en haha,*gelak dengan kuat ,entah aku dah jadi tak betul,kadang2 terfikir cam comel jugak date ngan kucing..peace.

Monday, January 17, 2011

Sunday, January 16, 2011

emotions

picture taken by syafiq
edited by jamban comel.

photoshoot putrajaya -15 january 2011

Semalam ,15 januari 2011 ,aku dan rakan2 universiti buat photoshoot kat putrajaya .Tempat adalah dikawasan bukit di area putrajaya.Aku tak tahu sangat.Yang amat segan sekali ,kali pertama aku jadi photoshoot untuk diorang ,ehh malu amat lar."Gua kaku der ,dah la buat muke emo",rengek aku tak henti2.Tetibe kawan aku si syafiq mencebik,
 "ni lar first time aku jumpe model yang mulut laju cam ko mam haha,tak duduk diam2 ish",aku ketawa kecil.Tema yang digunakan kali ni adalah emo gothic.Aku tak tahu menjadi  ke tak ,tapi layan je lar.Tema tu aku yang pilih sendiri haha.Model-model adalah teman satu uniten .Satu hari nanti jadi model berjaya jangan lupa aku ek yeah.Antara pic2 yang di ambil pada hari tersebut yang aku cilok dari fb diorang ahaks.Sory ek ,hehe aku tolong promote untuk korang yeah ..hoho
 terima kasih buat photographer:syafiq ,faris,ariff,hamim dan model2 terlibat ,yus,lisma ,reen ,efi ,dan qila.Len kli bleh outing lagi ,aku nak ambik gambar ,tapi takde kamera huhu..thanks guys :)



























picture taken and edited by Ariff Nasir

nanti aku upload untuk gambar2 yang lain :)

Wednesday, January 12, 2011

Monday, January 10, 2011

the 300

Alhamdulillah ,follower untuk blog jamban meningkat hari demi hari ,jadi siapa plak yang jadi followers yang ke 300 ...

Terima kasih pada cik aina nadirah menjadi follower yang ke seratus ek ,entry ini untuk anda hehe

header beliau 

check her blog for more details

p/s ;lagu dalam blog anda menusuk kalbu ek ,malam2 bleh layan ;)

The Band -jam 2011

Setelah sekian lama menyepi tanpa kami berkampung dalam studio,hari ini kami jam kat studio untuk pertama kali buat tahun 2011.Hari ini prektis lagu baru dan lagu lama ,amat berpuas hati buat line up baru bonbon .Jadi bleh la jugak aku jerit puas - puas buat sekian lama en .



nampak pendek ..-_-'



















hopefully we can make recording sooner ..
music fills my soul..

Tinggal kenangan -cover

this video i recorded it a long time ago ,haha my mouth pointing like "itik punye mulut ",haha tak perasan plak adoi.

Sunday, January 9, 2011

aku single

hari ini aku berjalan sendiri,
menoleh ke arah langit ,
indahnya ciptaan tuhan ya,
tanpa teman disisi melihat kearah sisi,

orang cakap jangan dambakan cinta sangat
kelak hati binasa ,
yep cinta yang tak pasti kenapa masih percaya,
entah ,kata hati bilang cinta itu buta sebab itu ada yang mabuk cinta,

namun ,aku tidak boleh kebelakang lagi,
cita-cita aku masih diteruskan
demi anak-anak dan masa depan ,
aku sentiasa percaya sidia yangku impi berada disisi,
hanya takdir dan siDia yang tahu.

yep mabuk cinta,
semuanya indah ,
semua yang harum menjadi wangi mekar
apa yang buruk menjadi indah
siapa tahu nilai hati itu sendiri

kini aku nekad
tidak berfikir kisah jodoh
bukan masanya,
biarlah aku habiskan apa yang aku hajati.
aku serahkan semuanya pada takdir,
pada ketentuan ibu dan bapaku untuk memilih
sidia disana yang setia menunggu,:)
maafkan aku atas salah dan silap,
hina dina yang aku sendiri tidak sanggup ingat
aku sering mencaci diri
perlakuan yang tidak harus aku lakukan
yep cinta itu buta,dadah ...
hati aku telah padam semuanya .
teruskan hidup dengan mengejar cita-cita dahulu ...

maaf. i'm not perfect,dumb and silly ,but i alway smile for ur happiness :')

super busy

minggu neh ade banyak quiz ,ade banyak test ,jadi aku tak leh kuar kemana2 ,berkurung dalam bilik sentiasa .Lagipun duit bleh jimat .Minggu neh jugak aku tak teman abang aku berniaga,nnt letih tak cukup tido naya.Kebelakangan nih jugak badan cam tak sihat ,kejap deman ,kejap ok tambah selesema plak "eh manjanya die ,ala buchuk2"...lantak la ,blog ini teman aku sentiasa ,aku nak bebel dalam blog neh lah haha..Dah 2 tahun lebih jamban comel teman aku hehe,its like my alter ego,i kept everything that i feel in here...Doakan jamban untuk exam minggu neh..GAMBARUZOOO~ ..





nak jimat wang dan masa,makan megi sudey ,aku malas nak bergerak lepas nih.


candid by syafiq.





aku carik2 gamba2 lame tetibe terjumpe aku wat rambut botak no dua (mata alat mesin potong rambut) haha

gambar 2 tahun lepas,suci je muke haha

tangkap2 gambar

acap & tiara ahem2 






 
stail en haha

 control sket hehe







banyak giler jalan2 sampai letih kaki aku neh haha,muke orang2 yang letih :







 cam nobita 






jutaan trima kasih pada syafiq yang ambik gambar,nnt aku letak gambar ko hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...