Sponsored by

Friday, January 21, 2011

perginya cikgu tersayang.

Semasa aku masih di tingkatan lima dulu ,aku selalu ingat ,subjek bio la yang paling aku susah nak belajar.Terdapat banyaknya formula yang memeningkan kepala ,term2 yang perlu diingat tentang badan manusia ,sistem otak amat memeningkan.Aku pon tak tahu ,kenapa la aku tak drop subjek tu awal2.

Namun ,walau subjek tu susah untuk dipelajari,cikgu aku masa itu cikgu yati,sudi memerah keringat memberi ilmu bagaimana ingin menguasai subjek tersebut.Teringat aku ,sebelum masuk kelas lagi,kami disarankan menghafal segenap formula yang terdapat didalam buku teks.Latihan - latihan yang terdapat di dalam buku juga ,disuruhnya buat hampir setiap hari.Setidak-tidak nya sehari sepuluh soalan ,supaya kami menguasai subjek tersebut.

Setiap kali kami di dalam kelas beliau ,mesti ade soalan2 yang akan diajukan kepada kami .Oleh yang demikian kami perlu bersedia setiap kali mahu masuk ke kelas beliau.Katanya ,itu la cara yang akan kami tempuhi di alam universiti.Kami perlu berusaha sendiri jika ingin berjaya.Berani bertanya soalan jika tidak tahu,itu nasihat yang selalu aku ingat.Disebabkan cara mengajar beliau,beliau diingati setiap pelajar ,malah pernah memenangi guru contoh.Kami amat berterima kasih kepada cikgu yati kerana banyak jasa ditaburkan sepanjang beliau mengajar kami.

Pagi tadi ,aku mendapat mesej dari rakan2ku ,mengatakan beliau sudah tiada lagi.Puncanya tidak aku ketahui.Aku rasa baru semalam belajar bio dengan nya.Astagfirullah,cikgu sudah pergi meninggalkan kami .

YA Allah tempatkanlah cikgu NUR HAYATI DIN dikalangan orang-orang beriman.Amin

Al- FATIHAH.

1 comment:

CikRose said...

Gila....
Skema gila ayat jamban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...