Sponsored by

Saturday, August 20, 2011

pakai tudung bukan kerana trend ,tapi kerana niat

salam ,
aku nak menulis ,satu topik ,yang da lama aku duk fikir dan merasa sangsi tentang perkara ini .


tentang "tudung "



sumber dari google

kalu kita lihat pada hari ini ada macam -macam jenis pemakaian tudung yang telah diperkenalkan ,namun ape yang memusykilkan aku ,dari segi pemakaian tudung zaman sekarang .Sama ada secara betul atau tidak.



Bukan maksud aku nak kritik orang pompuan pakai tudung ke hape ,dak aih ,cuma kadang - kadang aku pelik ada segelintir yang memakai tudung ,namun tidak lengkap seperti yang di suruh syariat .

Pernah sekali aku tengok ,pakai tudung nya da elok ,namun baju memakai berlengan pendek .Malah ade yang pakai tudung  ,namun hanya menutup rambut ,tapi bahagian tengkuk di biarkan dedah camtuh je .Aku tak tahu la sebab trend ke ape ,namun ianya sesuatu yang tidak kene dari segi pemakaiaannya .


Bagi aku ,bagus lah ,niat mereka  ingin memakai tudung ,tetapi hendak lah dengan cara yang betul ,ibarat ,sebuah kereta yang dibina dengan teknologi yang moden dan bahan yang berkualiti tinggi dalam pembinaannya ,namun ,sayangnya tidak dicat dan tidak di hias dengan warna warna yang menarik .akibatnya semuanya jadi tidak lengkap dan tidak menarik  .

Begitu lah mereka ,sayangnya rupa cantik ,pakai tudung namun ,tidak lengkap dengan cara yang betul .:) 


" adakah kamu memakai tudung hanya kerana trend masa kini ?atau memang  niat anda  ikhlas ingin memakainya?"

Memang lah sangat bagus andai kata ,wanita itu berubah dari tidak memakai tudung ,terus memakainya ,tapi bukan lah kerana fesyen yang ada sekarang ,tapi dengan penuh ikhlas ingin memakainya sebagai hijab ,menutup aurat .itu yang kita harap kan.


"eh benda wajib pon nak kene tangguh-tangguh?"


"memang la ianya perkara yang wajib ,namun kalau si dia tidak ikhlas ,lain jadinya ,pahala tak dapat ,malah  dosa yang dapat "


"Dan jangalah mereka menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak darinya" [TMQ An -Nur (24);31]




Pemakaian tudung mengikut islam 
perlu di ingatkan ,aurat seorang wanita adalah pada paras muka dan tangannya sahaja ,tidak lebih daripada itu.Dari segi tudungnya pula biarlah menutupi dada.


"wahai Asma ,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini ,dan seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya . " [HR Abu Dawud ]

Jadi pakai tudung biarlah mengikut apa yang dilandaskan oleh islam ,baru la nampak comel .Bukan aku suh semua pakai tudung labuh ,tak semestinya ,cuma biarla mengikut tata tertib yang betul yep :).

Aku cuma menyampaikan pendapat aku jep ,kalau ada yang terguris hati ke apa ,maaf di ucapkan ,mari la saling nasihat menasihati ya.

"amboi da jadi ustaz naa "

"aku bukan ustaz ,dan aku masih kurang dari segi ilmu agama didada ,namun aku ada rasa prihatin ,dan aku ingin menyampaikan pendapat aku menerusi blog aku :)"

p/s;
bulan -bulan pose tak yah nak seksi sangat la ,nak beli makanan kat bazar pon nak vogue2 sampai dedah sane sini haa ,tak pasal - pasal dapat dosa free adei haha



 sumber dari google.

18 comments:

Wadi AR said...

betol. dan aku pon TAK pakai sekci

jambancomel said...

bagus la :)

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

topik yg kite pnah bincang kat johny.haha

jambancomel said...

haha yep ,da lama im buat ,cume tak post jep ,tunggu masa hee :)

Nazrul Ashraff said...

yang senang, pemakaian yang tidak menampakkan tubuh badan.

Takashi Manganji said...

sokong!

kaizen said...

elok post kat wall mbr2 yg buat cmni bg kesedaran...

Hazwan said...

mindset org perempuan ni yg perlu diubah..bagi diorg bertudung adalah cukup utk menutup aurat..sebenarnya salah.. yg sepaptutnya mereka perlu menutup aurat dgn sempurna, bkn sekadar bertudung..aurat kn banyak

PEAH said...

tp jgn sampai menuggu keikhlasan dtg, sehingga perkara wajib ditinggalkan

khryh said...

yaa..aku punn tk paham yg pakai tudung nampak batang leher tu..haishh =='

C i k P i p i T e m b a m said...

haa betul2 . xfhm betulla diorg yg pakai baju lengan pendek pastu nk pakai tdung -_-' tak rasa janggal ke

Etong said...

betul. setuju. baru ja haritu post entry yang sama. malu kaum wanita terpaksa di tegur oleh kaum lelaki mcmni. kerana trend, mcm2 jadi. niat utama menutup aurat di lupakan. minta2 di jauhkan dr menjadi golongan demikian. amin :)

Anonymous said...

ssh nk ckp..mge2 sy xtergolong dlm kalangan itu..

Indah Mulya said...

ni cam dari rentetan post maria elena pn ade jugak..bgs jugak ade org yg mnimbulkn isu isu cmni sbb salunya dalam tak sedar (ke kurang sedar), niat seseorg tu terbabas dari jln yg sebetulnye..termasuklah kes tudung ni..moga post2 cmni menjadi eye opener kepada gadis2 di luar sana..ceyh..skeme benor ayat sy..hehe

Janna Cuna said...

like like like like like like :))

riben putih said...

pernah jumpe golongan2 yg berpakaian mcm tuh..kepala ade tudung,tp bju lengan pendek, n pakai shawl tp nmpk leher n jambul. =_='

Urzain Hussain said...

perempuan sekarang tidak tahu aurat sebenar dalam pemakaian tudung..

Izzati Liyana Sabri said...

tak perlu lah nak terasa-terasa kan kalau baca. because that's the truth and awk cuba nak mengingatkan org lain. manusia ni kadang-kadang lupa. kalau ingat pon, dah terkeluar dari landasan, jadi kenalah saling ingat-mengingati.

sangat setuju lah dengan post ni. tutup aurat kena lengkap. bukan sekadar dengan memakai tudung je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...