Sponsored by

Monday, February 7, 2011

blog review -CG aka CIk GADIs

salam semua ,hari ni aku nak review satu blog ,yang juga salah seorang geng dalam BCR ,atau Blogger chat room.Sebenarnya dah lama tak review blog orang ,jadi ,tetibe cam mood baik ,dengan ini aku mempersembahkan



Ape yang bestnya ,blog die  PINK nampak comel :),check her at http://haticikgadis.blogspot.com/..:)

"hey!cik gadis itu nama saya, comel cantik itu bukan saya,paling penting IM a KPOP ADDICT!"

Sunday, February 6, 2011

sayang keluarga lebih,jangan sayang balak rxz.

Setiap orang mempunyai latar belakang yang berlainan,berbagai bangsa dan juga agama .Namun aku yakin ,setiap orang ada keluarga mereka sendiri .Tidak kira la 2 orang dalam satu keluarga atau 15 orang dalam satu keluarga ,mereka tetap keluarga anda.

Kadang - kadang ,kita asyik mengejar cinta pada orang lain ,sedangkan keluarga kita sendiri kita abaikan.Ada yang cinta pada wang ,dan ada cinta pada kereta ,terletak pada individu.Tetapi apa yang pasti ,ada yang sanggup meninggalkan keluarga sendiri demi cinta mereka itu.CInta yang tanpa ikatan murni.eceh.



tengok sape ajar aku yeah!!

Yep ,apa yang aku ingin fokuskan disini ,ialah mereka yang lari dari rumah dengan teman lelaki atau wanita mereka,dengan melupakan keluarga mereka sendiri.Sedangkan pada zahirnya ,keluarga adalah mereka yang sudi berada disisi kita tidak kira susah atau senang.Demi kebahagiaan sementara sanggup ,tinggalkan keluarga,itulah generasi zaman sekarang .Hilangnya perasaan sayang pada keluarga.Akibatnya ,banyak la bayi jalanan yang dibuang ,dari mereka-mereka ini lah."wei aku ade rxz katak ,aku bleh bawak ko jalan2 satu round area belah Damansara sane ,lepak minum jap arrh "..Lepas tuh hang pikir la ape jadik ,pil2 ke ape jenis benda haram ,campur dalam air pompuan tuh ,lanyak la die pasni...Astaga.

Akhirnya sesal tak sudah ,siapa yang mereka cari?teman lelaki?,"ahhh mamat tu awal2 dah pecut naik moto rxz tinggalkan ko la dol".lepas tuh kuarla berita 'METRO',"seorang gadis dirogol beramai2 oleh teman lelaki dan juga rakan -rakan"....malu tu satu hal ,macam mana la nak hadapi dunia kalau dah macam tuh.Nasi dah jadi bubur ,tak guna nak nangis air mata darah skali pon.

Sanggup kau tengok mak ayah kau menangis??aku tak sanggup ...kalau ko nak tengok ,maknanya anak derhaka la namanya..


pesanan dari

                 jamban comel

Saturday, February 5, 2011

cinta aku buat si dia

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi



Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…


Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

perubatan cara islam -Ashraf Muslim

salam,
Dua hari lepas ,aku menemani mamaku pergi berubat secara perubatan islam.Sebelum aku menceritakan lebih lanjut ,apa itu perubatan secara islam?.Ia adalah perubatan yang dilakukan menggunakan ayat - ayat al-quran sebagai sumber rujukan utama bagi mengubat pesakit.Penyakitnya pula ,tidak dapat diubati secara moden ,kerana ia tidak dapat dikesan secara langsung,tetapi menggunakan secara spiritual kerana ia melibatkan makhluk-makhluk halus.Antaranya gangguan jin dan lain-lain yang sedia maklum.

Tapi biasanya ,kalau dikaitkan dengan rawatan moden ,satu istilah boleh dikaitkan dengannya,iaitu skizofrenia.Apa itu skizofrenia?


Skizofrenia- adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepadakognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang. 
                                                                                                                             sumber wiki.



Berbalik kepada cerita aku tadi ,aku menemani mamaku berjumpa dengan ustaz Ashraf ,atau sapa yang pernah menonton drama di tv3 ,pasti mengenali beliau dengan ustaz Amirul.Sebenarnya aku tak tahu menahu langsung tentang die mempunyai kebolehan mengubati penyakit mistik ini.Aku hanya mendengar kabar dari kakakku ,yang juga kawan kepada adik ashraf sendiri tentang kebolehan beliau.

Sebenarnya ,mamaku mengalami gangguan dari segi emosi ,sering mendengar suara yang bukan-bukan ,kadang-kadang mimpi ngeri sering menganggu fikiranya.Sebelum ini ,aku pernah menemani mamaku pergi berubat di sungai buloh.Kata ustaz disana ,adanya jin yang mendapingi mama,wallahualam.Jadi kali ini ,kami pergi berjumpa dengan ustaz ashraf bagi mengubati penyakit mamaku itu.

Kebolehan seseorang untuk mengubat ,biasanya seseorang itu mendapat qasaf ,iaitu kebolehan melihat makhluk2 halus.Membolehkan seseorang mengesan malah menghapuskan makhluk tersebut.Ia terletak dibawah kuasa ALLAH swt untuk memilih siapa yang dikehendakiNYA.


gamba mama dan ashraf muslim.


Tapi ,kalau sesiapa nak berubat dengan beliau ,perlu mengikut giliran .Nasib baik kami kenal adik beliau ,kalau tak lagi la lama.Nak menunggu masuk pon mengambil masa dua jam.Pelbagai jenis orang yang pergi mengubat dengan beliau,ade yang terlantar,ade yang duduk atas kerusi roda ,malah ade pak cik tu yang aku tengok siap pakai gas oksigen skali bawak pergi berubat.Astagfirrullah.Syukur padaMu ya Allah ,aku masih sihat sejahtera.Amin.

p/s:agaknya ,kalau sape tengok muka ashraf terus baik ek,kiddin :P

speak to myself

Friday, February 4, 2011

tabiat masa kecik

Salam semua.
Lama dah aku tak buat entri bertulis panjang dan lebar.Semua entri sebelum ni hanya bertumpu kepada gambar semata-mata.Kurangnya entri bertulis.Kenapa?sebab utamanya,aku bukan gemar sangat menulis panjang2,last-last nant entri akan jadi kelaut.Aku pon tak tahu ape yang aku tulis .Haha.

Tabiat,
Ape yang dimaksudkan dengan tabiat?.Mengikut fahaman yang aku belajar dari guru bahasa melayu time aku sekolah rendah dahulu ,tabiat dimaksud kan ,perbuatan yang dilakukan seseorang tanpa mereka sedari secara berterusan sama ada sedar atau tidak sedar ,suka atau tidak suka .

Jadi ,aku yakin ,setiap orang pasti ada yang mempunyai tabiat sendiri,
-suka gigit kuku ker,
-tidak suka mandi ker,
-suke call orang lama2 agar dengan harapan si dia yang dicall jadi meluat
-atau tabiat marah orang dengan tiba2 (yang ni memang kene makan penumbuk hehe)

Baiklah ,bagi aku pula ,aku ada tabiat sendiri.Ia berlaku tyme aku masih kecil lagi tanpa aku sedari.Tabiat itu tak lain tak bukan ,aku dulu gemar mengorek hidung.Bile bosan je korek ,bile takde buat ape2 je korek.Tapi cover mesti baik punye sampai orang lain tak  perasan.

Perbuatanku itu berlanjutan sampai lah aku darjah lima.Nak dikatakan ,habis semua ahem dalam hidungku dibuang tau.Mesti ade orang cakap "ala normal la korek hidung,macam sampah jugak ,dah penuh mesti kene buang kan".Tapi kes ni berlainan,ade ke takde mesti nak check selalu ,entah macam seronok jek.Lama kelamaan bende ni diperasan oleh mak aku.Die tegur aku "kenapa korek hidung je neh ?,lama2 luka lar dalam hidung tuh asyik kene belasah je dengan jari kamu",mama membentak.Aku diam sambil mengetip gigi.Aku memang tak tau apa2 pada masa itu ye la "budak kecik".Lama -lama tabiat itu dihentikan.Malu weh dah besar2 masih nak buat lagi haha.


Skang ,aku lebih berhati -hati .Takde la nak korek hidung setiap hari ,kene la cover.Tapi bimbang gak ,secara tak sedar tetibe tengah ramai2 orang ,jadi pulak kan,"malu beb"..Bayangkan sebelah anda ada seorang awek cun atau mamat hensem ,tanpa anda sedari ,si dia melihat perbuatan tidak senonoh anda itu ,pasti anda terkedu,dan malu amat en.Atau tetibe ke die tegur "awak nak korek ,cover la sket ishh".Ternyata ,waktu itu maruah anda jatuh bagai WTC dihempap kapal terbang ,hancur berkecai .

Jangan diamalkan tabiat yang tak baik ,kawal tabiat anda ya.
"ini tabiat aku masa kecil ,anda pula bagaimana?." hehe

header on the run 2









thanks untuk entri sebelum ni ,sebenarnya masih ade kurang lagi bagi header sebelum neh,jadi aku bertapa skejap ,mencari idea .Maka terhasil 4 header yang lain :).

feel free to comment ,thanks
jamban.

pose of the year


aku bertapa 2 ,3 hari ,ape yang aku buat ?haha ,nantikan :P,ni hasil dari tapaan .Dari tak buat ape2 ,aku main2 ngan photoshop kadang2,nak upgrade sket ,insyaallah.

Wednesday, February 2, 2011

header on the run





aku baru buat tiga header ,aku plan nak buat  perubahan pada header ,tapi cam tak menjadi je tiga2 ape komen anda,tolong2,ingat nak tambah lagi ,aduh.

Sunday, January 30, 2011

cuti rehat


akhirnya,dapat jugak aku cuti untuk seminggu,
rindu pulak nak pulang kerumah,
jumpe anak- anak buah ,
menyanyi bergurau sama-sama ya.

Ayah cakap ade bayak plan nak pegi jalan2 kowt,
best jugak ,
bleh buat trip family...hehe
lagi 2 minggu ade charity event kene masuk,
so duk umah kene practice gitar byak2 
feel free to come.:)

so Selamat bercuti bagi yang cuti ,jumpe lagi next week.

p/s; dalam perancangan nak tukar header dan layout..insyaallah. bye.


Saturday, January 29, 2011

picture of me

berjalan di bukit tinggi

Semalam adalah hari yang meletihkan bagi aku ,sebab dari pagi sampai malam aku jalan2 hehe.Semalam aku pergi ke bukit tinggi di bawah satu trip yang diadakan oleh shutter uniten.Perjalanan bermula pukul 9  dan kami sampai ke sana dalam pukul 11.Sepatut nya sampai lebih awal ,namun terdapat perkara yang tak dapat dielakkan .




Tempat Yang kami lawati :

Rabbit Farm
Sape yang suke rabbit @ arnab yang comel lote ,boleh datang ke sini ,sebab arnab die jinak habiss.Aku nak main lempar2 ,last2 kene sound dengan orang jage kat situ.Baru nak poyo2 sket aduhai.Tapi memang seryes ,arnab2 die sume cukup makan ,montel habiss.










Botanical Garden @ Japanese tea house
Kat sini memang best sebab ,taman die cantik gile.Ade upacara minum teh kalau sape yang berminat nak cuba hehe.Sepatutnya kalau hari cerah memang dapat scenery yang cantik ,tapi kebetulan sampai sane hujan ,jadi becak2.Bahaya jugak sebab kat sane batu die licin,ade sorang dari kawan aku dah jatuh,aduhai .Len kali kene hati2.Bagi yang sukakan suasana alam sekitar ,jugak boleh datang,banyak serangga2 dan pokok yang unik terdapat disini.Tidak lupa jugak terdapat tatami spa ,bagi yang nak mencantikkan badan ahaks.












Kawasan Resort bukit tinggi.
Aku tak dapat gambarkan sesuasana die cam mana sebab phone bateri habis ceit ,tapi bentuk design bangunan die macam fairy tail.Sangat la cantik .Tapi makanan kat sini mahal giler ,tak yah la nak makan kat sini haha.Ade menara yang tinggi sesuai untuk melihat pemandangan disini.Selain itu ,terdapat persembahan daripada artis luar negara,menari2 ke sana kemari hehe.Nanti aku upload gambar dari kawan2 aku hehe.


habis seharian di bukit tinggi ,kami singgah di restoran murni untuk singgah makan.Makanan die masyuk habiss ,dah la gelas air besar2.Thanks pada syafiq @ kamek sebab cadangkan tempat tuh,memang best.
Akibat terlampau letih ,sampai je kat bilik aku terus pengsan,Haha






Skang aku stat cuti seminggu ,nak balik kampung ,mungkin jarang2 online.Thanks semua .
 happy holiday.

p/s;bateri phone aku habis tetibe ,jadi tak ambik gamba byk ,tgu orang lain yang uploadkan hehe.

Wednesday, January 26, 2011

aku malas jawap call dan message

Salam ,
aku dah 2 3 hari tak update jamban ,semua pencuci dah abis jadi terpaksa la berehat panjang ya haha.Semua harpic ,ajax fabuloso dah abis digunakan tunggu barang baru sampai.*Ape yang dah aku merepek nih .

Baiklah ,sedang aku asyik menyanyi dalam jamban ,sambil tengah ahem ,bunyi fon aku berbunyi banyak kali ,tapi aku tengah sibuk dalam jamban tak dapat la nak angkat.

Lepas je aku selesai ahem,aku cek aku punye phone ,mak aih banyak gile miss call,rupenye dari akak aku suh ambik die haha

Tapi ,bagi yang selalu dengan aku or yang dah kenal aku memang tau ,aku ni jenis yang malas angkat dan balas message.Jadi sebagai alasan kalau orang tanye kenapa aku tak balas call or message ,aku senaraikan alasan aku haha.


Sunday, January 23, 2011

catatan seorang pelajar.

Baiklah ,satu label aku cipta untuk aku sendiri ,bagi menceritakan kisah aku seorang pelajar di Universiti,dan ape aku buat sepanjang tempoh aku belajar."Catatan seorang pelajar" label aku  sepanjang aku menjadi pelajar.Aku nak catitkan segala memori indah aku sebagai pelajar di dalam blog ini.

untuk apa?

Friday, January 21, 2011

Cinta Di Mata Remaja







Apa nak jadi dengan manusia,


semua benda nak kongsi bersama,


air segelas minum berdua,


konon setia katanya.


Yang lagi dahsyat,

perginya cikgu tersayang.

Semasa aku masih di tingkatan lima dulu ,aku selalu ingat ,subjek bio la yang paling aku susah nak belajar.Terdapat banyaknya formula yang memeningkan kepala ,term2 yang perlu diingat tentang badan manusia ,sistem otak amat memeningkan.Aku pon tak tahu ,kenapa la aku tak drop subjek tu awal2.

Namun ,walau subjek tu susah untuk dipelajari,cikgu aku masa itu cikgu yati,sudi memerah keringat memberi ilmu bagaimana ingin menguasai subjek tersebut.Teringat aku ,sebelum masuk kelas lagi,kami disarankan menghafal segenap formula yang terdapat didalam buku teks.Latihan - latihan yang terdapat di dalam buku juga ,disuruhnya buat hampir setiap hari.Setidak-tidak nya sehari sepuluh soalan ,supaya kami menguasai subjek tersebut.

Setiap kali kami di dalam kelas beliau ,mesti ade soalan2 yang akan diajukan kepada kami .Oleh yang demikian kami perlu bersedia setiap kali mahu masuk ke kelas beliau.Katanya ,itu la cara yang akan kami tempuhi di alam universiti.Kami perlu berusaha sendiri jika ingin berjaya.Berani bertanya soalan jika tidak tahu,itu nasihat yang selalu aku ingat.Disebabkan cara mengajar beliau,beliau diingati setiap pelajar ,malah pernah memenangi guru contoh.Kami amat berterima kasih kepada cikgu yati kerana banyak jasa ditaburkan sepanjang beliau mengajar kami.

Pagi tadi ,aku mendapat mesej dari rakan2ku ,mengatakan beliau sudah tiada lagi.Puncanya tidak aku ketahui.Aku rasa baru semalam belajar bio dengan nya.Astagfirullah,cikgu sudah pergi meninggalkan kami .

YA Allah tempatkanlah cikgu NUR HAYATI DIN dikalangan orang-orang beriman.Amin

Al- FATIHAH.

melting face



aku jadi rajin tetibe minggu nih nak beredit ,padahal minggu depan ade quiz ,kene siap report ,aduhai ape aku buat neh haha.Tapi tadi aku try ape yang tutorial kat page photoshop ajar ,ini hasilnya ,sape2 nak try boleh usha http://www.brushking.eu/ cari kat tutorial ek ,selamat mencuba :)

Thursday, January 20, 2011

edit gile2~


picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel






picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel




picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel






picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel





picture taken by syafiq photofibre
edited by jamban comel






picture taken by ninja hamimo
edited by jamban comel.

aku masih belajar dalam edit mengedit neh ,padahal aku tak ambik it pon ,aku ambik engineer ,entah ,pokok pangkalnya ,aku masih noob nak belajar edit lagi ,insyaallah :)

Tuesday, January 18, 2011

manusia bercinta ngan heiwan ,eh!!

Kebelakangan ini ,otak aku dah jadi tak betul.Kadang -kadang ok ,kadang kadang tak .Jumlah merapuaan pon semakin bertambah.

"Ish ,ko kene jumpe pakar sakit jiwa mam".Sampuk sorang mamat neh.

Aku takde la teruk sangat ,sampai tahap nak jumpe doktor sakit jiwa kan ,aku masih waras  lagi ,makan nasi masih menggunakan tangan bukan guna kaki.Takde la jugak sampai bercakap dengan dinding "hai dinding warna pink ,awak nampak comel je hari ni ,terima kasih teman saya semalam ,jom kuar date",yang ni memang sah2 gila .Macam mana aku nak bawak dinding yang besar gedabak tuh bawak pegi date ,tak betul2 ~!.

Kadang kan tetibe je terlintas dalam hati aku ,macam mana dunia ni tanpa wanita??,yang ada manusia dengan binatang,eh macam mana tuh.Of coz mesti ade yang cakap "kompem ramai yang jadi Gay ,main laki sama laki",no no no ,yang tuh tak bleh belah ,cam siot .Tak pun ,ramai yang cakap zuriat atas dunia takde .Begitu juga sebalik nya ,bayangkan kalau wanita je atas dunia,semua bende jadi pink en ,eceh,tak nak ulas banyak haha.Bagi aku ,cuba bayangkan kalau manusia bercinta dengan binatang ,eh pelik2 ..tapi agak kelakar kowt.

Contoh ,manusia dengan lembu,"awk2 malam ni nak makan rumput sup lagi ker?" jawapannya ringkas "MOO!".

habis tuh !?

"MOO.."..

..:|

 HAHA

Bayang kan satu hari ,seorang manusia kuar date dengan kucing ,macam mana tuh?nak tengok camne ?camni lar~





mesti pelik yang amat sangat en haha,*gelak dengan kuat ,entah aku dah jadi tak betul,kadang2 terfikir cam comel jugak date ngan kucing..peace.

Sunday, January 16, 2011

emotions

picture taken by syafiq
edited by jamban comel.

photoshoot putrajaya -15 january 2011

Semalam ,15 januari 2011 ,aku dan rakan2 universiti buat photoshoot kat putrajaya .Tempat adalah dikawasan bukit di area putrajaya.Aku tak tahu sangat.Yang amat segan sekali ,kali pertama aku jadi photoshoot untuk diorang ,ehh malu amat lar."Gua kaku der ,dah la buat muke emo",rengek aku tak henti2.Tetibe kawan aku si syafiq mencebik,
 "ni lar first time aku jumpe model yang mulut laju cam ko mam haha,tak duduk diam2 ish",aku ketawa kecil.Tema yang digunakan kali ni adalah emo gothic.Aku tak tahu menjadi  ke tak ,tapi layan je lar.Tema tu aku yang pilih sendiri haha.Model-model adalah teman satu uniten .Satu hari nanti jadi model berjaya jangan lupa aku ek yeah.Antara pic2 yang di ambil pada hari tersebut yang aku cilok dari fb diorang ahaks.Sory ek ,hehe aku tolong promote untuk korang yeah ..hoho
 terima kasih buat photographer:syafiq ,faris,ariff,hamim dan model2 terlibat ,yus,lisma ,reen ,efi ,dan qila.Len kli bleh outing lagi ,aku nak ambik gambar ,tapi takde kamera huhu..thanks guys :)



























picture taken and edited by Ariff Nasir

nanti aku upload untuk gambar2 yang lain :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...