Sponsored by

Monday, December 20, 2010

apa erti kebahagiaan-Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." (Surah Al-Mulk)
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.
Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang...
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan" hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".
Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah
1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)
Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).
Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).
Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:
"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:
"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)
Zikrullah Yang Membawa Bahagia
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk artikel Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

article dipetik dari iluvislam.com
blog beliau-www.genta-rasa.com

Saturday, December 18, 2010

satu malam di uptown setiawangsa

peace no war :P

perhatian kepada peminat pakaain ala2 vintage ,anda dijemput ke kedai kami iaitu DMU ,bertempat di uptown setiawangsa,Harga sangat-sangat berpatutan dan semua orang mampu membelinya :).

Semalam ,hujan sangat lebat niat hati ,ingin membatalkan jualan ,namun lama kelamaan ia kian reda ,jualan tetap diteruskan ,walaupun bilangan pengunjung agak tidak ramai dek kerana hujan.Jeans menjadi pilihan utama golongan lelaki ,manakala golongan permpuan pula memilih dress .





gaya dapat oder dari customer ,kiddin :P

jadi kalau sesiapa yang tinggal berdekatan dengan area setiawangsa wajib datang ,jangan tak datang ya ,jumpe disana :P

p/s;
disebabkan naik moto,baju basah habiss,padahal bleh je naik kete ,siot eis,siap sesat jalan lagi adeh,pagi tu kepala memusing jadinya hahaha ,but seronok :D

paranoid

when i said love,
everything become poison to me ,
everything looks to be hard ,
i don't know why ,
its like a taboo to me to say that word
my head spinning like crashing helicopter
i don't know the answer,
what ever i did become more worst ,
i'm afraid right know ,
scare the one who know me disappear,
the one who love me hates me ,
i become paranoid ,
for things that are not true..
may allah give his kindness ,
help me out of this darknesses..
ya allah ,
ampunkan dosa hambamu ini ,dari segala dosa-dosaku ..
permudahkan lah bagiku menghadapi ujian di hari-hari mendatang ..
amin.

jadilah diri mu.


Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga.
Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.
Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa.

Friday, December 17, 2010

jangan menyampuk bila orang bercakap

Aku tahu ,mesti masa kecik-kecik atuk - atuk ,nenek -nenek ,makcik2 korang cakap kan ,bila orang tua cakap jangan menyampuk.!

salah ke menyampuk?
tak ramai yang mempunyai sifat sedemikian ,dan biasanya yang menyampuk neh golongan yang mempunyai keyakinan yang tinggi ,hati kering muka tebal ,rela di maki habis habisan ,selalu kene kutuk.Jika anda tergolong dalam golongan di atas ,anda adalah orang yang sesuai jadi penyampuk.

berbalik kepada soalan diatas ,salah ker menyampuk?
tak salah kalau nak menyampuk dengan tujuaan memberi idea yang bernas atau yang bombastik,lagi senang nak dapat kerja,tapi lain la kalau menyampuk dengan kata2 yang memedihkan hati tatkala mendengarnya memang kene makan penumbuk panas la haha.




haruskah amalan menyampuk diteruskan?
jangan diamalkan selalu ,kerana kadang -kadang amat menjengkelkan hati ,tapi kne sampuk lain cite hehe


asal ko tulis pasal menyampuk?
aku bosan ,sebab aku seorang penyampuk ,tergolong di dalam golongan diatas ,entry takde idea sebab aku sibuk jadi aku tak post ape2 sangat dalam jambanku yang comel hehe ,jadi "lu pikir la sendiri"

Tuesday, December 14, 2010

internet ,apa tujuaannya??




Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :
Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.(insyaallah :),jadikan sebagai amalan)
Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, 'merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.(terasa jap hehe)
Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan  memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.(jgn dibuat!)

pengumuman!!!

kepada bloggers yang berminat dengan fesyen ala2 vintage ,anda dijemput melawat blog ini:


kedai kami terletak di uptown setiawangsa,sesiapa yang berminat ,sila la datang ,terdapat banyak koleksi pakaian  disediakan..jamban kadang2 ada disana jugak hoho...


Monday, December 13, 2010

Selamat pengantin baru-syukuriah & rafiq

*selamat pengantin baru dam dum dang,selamat berbahgia...lalalala*inilah antara lagu yang sering berkumandang tatkala acara perkahwinan dijalankan.Bagi aku amatla bertuah bagi pembuat lagu ini kerana ,lagu ini seakan menjadi tradisi diputarkan dimajlis perkahwinan.Entah berapa royalti yang dikumpulnya *fikir sejenak..

yep ,perkahwinan,iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki ,bersefahaman hidup bersama sepanjang hayat ,dengan hanya  satu lafaz "aku terima nikahnya (nama ) dengan mas kahwin (ikut negeri) tunai" dalam satu majlis iaitu akad nikah.Maka sah la kedua-duanya ,menjadi suami isteri.

Lafaz nikah ,ayatnya punya la senang disebut ,namun masih ramai yang sangkut2,malah ada yang sampai terkucil dalam seluar dek kerana terlampau panik dan gementar tatkala di soal oleh tok imam .Ia berlaku ,dan setiap terjadi ada hikmahnya .:)

27 november 2010 ,adalah tarikh yang bermakna bagi kedua-dua mempelai iaitu Syukuriah binti Idrus dan Mohd Rafiq bin Mahboob,kerana tarikh tersebut merupakan tarikh mereka diijabkabulkan dan sah sebagai suami ister*TAHNIAH!!.

Sebenarnya ,mungkin agak lama aku tak update tentang perkara neh ,jangan salahkan aku ,salahkan photographer yang lambat tag gambar aku ,supaya aku bleh letak dalam blog neh :)(my brother) .,..haha.
Seminggu sebelum perkahwinan ,merupakan hari hari perit bagi aku ,ya la ,pelbagai bende perlu diuruskan ,dan terpaksa la aku ulang alik dari umahku (cherating ) ke kuantan (tempat perkahwinan berlangsung).Namun ,semuanya berbaloi bagi aku tatkala melihat senyuman daripada kedua-dua mempelai.Nanti korang kene tolong aku biler kawen pulak ek *berangan hoho

Gamba belah pompuan





 tetamu yg hadir ,miss nisa ngn noni thanks a lot ya :)


 pengantin lelaki


 bende yang aku buat hari tuh *door gift


 flower girls




 da pengantin perempuan 



kawan masa kecik, izi

ini hanya gambar belah pompuan sahaja ,belah laki nanti aku tambah balik :P


p/s:
memakai baju melayu sepanjang hari amat merimaskan ,disebabkan cuaca panas ,dan tugas yang pelbagai ,amat enak bau badan aku waktu itu haha...

award

i got animatic award this time ,thanks a lot http://fiqasaila.blogspot.com coz giving me this award ,appreciate that :)

Sunday, December 12, 2010

ujian

dalam hidup ini mesti,seseorang akan menempuh ujian.
ujian terawal bagi manusia adalah ,ujian ketika nak kuar dari kandungan emak ,hidup 50-50,kalau tak kuar maka tak dapat la kita lihat dunia seperti hari ini.

Yep ujian.,hari - hari mesti ada.ujian di rumah ,ujian di sekolah ,bahkan ujian diatas jalan raya.Ujian bercinta ker ek eceh,pendek kata,manusia tidak lekang daripada ujian la.Tapi bagaimana kita menghadapinya.Bagaimana kita menjadikan ujian itu sebagai peluang bagi diri kita untuk menghadapi hari mendatang .Mungkin.


If something can be remedied
Why be unhappy about it?
And if there is no remedy for it,
There is still no point in being unhappy.



Kadang-kadang disebabkan kita gagal menghadapi ujian itulah menyebabkan kita menjadi stress dan semua benda akan jadi tidak kena.Mungkin sesetengah orang ada cara mereka sendiri menghadapi masalah ini .Bagi jamban la ,aku tidak la sehebat mana nak hadapi  ujian neh,tapi bleh la bagi tips sket



    1. jadi positif-contohnya tiba2 anda fail dalam test,anda dapat 20% dalam test.POsitif,masih ada orang yang lagi teruk daripada anda .Sekurangnya2 anda pegi sekolah ,masih ada yang kurang bertuah tak dapat ke sekolah ,patutnya anda bersyukur mak bapak anta ke skolah.Tapi ,tanam dalam diri anda ,yang anda boleh buat lebih baik daripada orang lain ,tapi disebabkan main dota terlampau pada malam hari exam anda mengantuk                                   
    2. terima seadanya-anda menerima ujian itu sebagai satu pengalama baru.Contohnya ,anda tersesat ketika  memandu ,sekurang2nya anda dapat melihat suasana baru ,tak pun dapat tahu tempat futsal baru ker,tempat kedai alat solek murah ke camtu la
    3. ambil peluang-kalau anda menerima ujian ,datang tetiba ,anda cari peluang yang ada dari ujian tuh .Jgn stress ,kalau tak semua jadi tak kena.Sebagai contoh ,tetiba kete anda rosak di tepi jalan ,tetibe ada mamat yang kacak datang menolong ,itu adalah peluang bagi anda untuk berkenalan dengan mamat tuh hehe.
    4. percaya Qadak dan Qadar-allah maha mengetahui ,diturunkan ujian kepada kita supaya kita mengambil ikhtibar dengan apa yang terjadi ,setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya ,percayalah.Ujian,menambahkan keimanan kita pada Allah.Sekaligus jugak mematangkan kita menhadapi hari mendatang.
kerana dah biasa menghadapi ujian dan cabaran ,hati kita jadi rilek dan tenang ,jatuh taik burung atas kepala ker,clash ngn awek ker...,dompet hilang ker ,kunci motor tertinggal dalam bilek ,kita akan tetap positif .Kata orang alah bisa tegal biasa.......sekian..:D



life is like a puzzle,once u solve it ,u learn something..

Saturday, December 11, 2010

200 followers

sedar tak sedar dah hampir 2 tahun aku mencipta blog .Semua bermula sebab kawan2 yang buat dlu.Aku ,pada mulanya kurnag berminat nak berblog nih ,ya lah ,byk kene taip bebel2 dan lain lagi.Tapi bila dipaksa2 dan di provoke oleh rakan2 yang lain sebab aku ni jenis yang membebel byk sangat ,elok aku buat blog ,kata mereka hehe.

Sedar tak sedar jugak ,aku sudah mengumpul 200 followers,namun bilangannya tak gah seperti bloggers yang lain yang ada mencecah ribuaan followers  ,aku bersyukur kerana masih ada yang sudi follow blog aku yang tak seberapa.:)

kepada yang sudi komen blog aku jutaan terima kasih diucapkan kepada anda sekalian ,salah dan silap harap dimaafkan ,aku hanya insan biasa digelar manusia :)

kepada saudari akubuddies,ucapan tahniah di ucapkan kerana menjadi follower yang ke 200,entry ini khas untuk anda ya :) ,ini la blog die :D


Thursday, December 9, 2010

taman shah alam photoshoot















mencari konklusi kebahagiaan





setiap hariku belalu dengan sama ,
tiada perubahan ,
ianya kekal di takut yang lama
aku bangun pagi ,mengadap jam loceng yang memekik memanggil tuannya supaya bingkas bangun,
macam biasa aku hempaskan jam ,nak hapuskan gelombang bunyinya yang melebihi pekikan anak jiran menangis,
 bukan diatas lantai ,tapi diatas tilam yang empuk elok yang aku bermain mimpi setiap hari.
yep ,aku sayang jam loceng aku itu yang aku beli di pasar malam dek kerana kasihankan gadis yang menjual jam tuh membuat muka 5 sen ,menagih simpatiku supaya membeli jam itu .Maka ,jadilah jam loceng itu mangsa hempasan ku setiap hari..:D

macam biasa juga ,
aku bingkas bangun dan meluru kearah bilik air dengan harapan menjadi orang pertama yang hadir masuk kedalam bilik air,
namun macam biasa jugak ,aku menjadi orang terakhir yang akan mandi ,dek kerana malas yang terbuku dalam diri ini untuk bangun ...dengan sebab itulah aku antara orang yang lambat masuk kelas..

ouhhh,tabiat manusia ,sifat malas ,tangguh tuh memang ada ,aku tidak mensasarkan pada lain ,tapi pada diri sendiri...

yep ,aku usang ,penuh dengan jiwa hitam..


kebahagiaan ...
itulah yang aku cari ,
sudah lama hati ini meronta-ronta merajuk ,
mana hilangnya kebahagiaan..
hari berganti hari ,perkara serupa berlaku..
jiwa aku kosong ....menanti kebahagiaan ..

sehinggalah suatu hari ,
aku bermimpi ...
aku mendapat sinar cahaya ..
kebahagiaan semakin hampir..
semakin mendekati diriku tanpa ku sedari..

namun ,
aku runsing ,aku risau jika ianya mimpi semata2
tetapi ,tatkala hadirnya cahaya itu ,
aku menjadi yakin ,
aku menjadi semangat ...
ya itulah kebahagiaan...dan itulah MAYA..


walau timbulnya duka dan nestapa,
hati aku masih tenang ,
bahkan semuanya menjadi senang ..
aku lebih bersemangat ,dikuliah ,dipadang mahupun diiinternet ..:P
yep ,persaan yang tak pernah aku alami seumur hidupku

terima kasih cahaya ,MAYA...:)
biarlah aku jiwang sendirian ,hakikatnya aku manusia biasa ada persaan jugak ....

Saturday, December 4, 2010

malam menanti kau berbicara



setiap detik dan malam ku menunggu ,
saat dikau titah bicara,
tentang dirimu yang indah ,
bagai seribu bintang di langit

mimpi malamku kian berubah,
saat aku mengenali dikau.
mimpi indah kian terjadi
membuatkanku terlena sampai bila-bila

kau pujaan ku ,
yang ku tunggu sekian lama,
yang seringku harapkan
inginku kenalimu dengan lebih dekat,

setiap memori bersama mu,
akanku kumpul kesemuanya
dan kan ku semadikan dalam kotak memoriku 
agar aku takkan lupa sampai bila2,

wajah berseri2 yang terukir diwajahmu,
melusuhkan semua resah dihati,
menghancurkan segala unak duri,
yang terbenih dalam hatiku,

bagai bulan dipagar bintang,
setiap masa ku ingin disamping padamu..

hanya untuk mu ...
jamban,3.58 am

mana satu pilihan anda


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
antara jodoh dan cinta ,apakah pilihan anda??fikirkan lah,cinta hanya kerana allah dan hanya kepadaNYA.
p/s;jamban in jiwang mode :),dipetik daripada iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...