Sponsored by

Wednesday, January 5, 2011

artis bulan ini


i dont know the song ,but enjoy it 

features;haris(guitar),Danial(the red one),Izham(ikat rambut),atif(playing with the phone),....cameraman (me haha)

pesanan si ayah untuk si anak

Anakku ,dengarlah ayah berbicara.Tentang dunia ,tentang alam sekeliling.Ayah harap ,dengarlah nasihat ayah,dan ingat lah perkara ini sampai bila-bila;

  1. Buatlah pilihan dengan naluri sendiri,belajar melalui kesilapan
  2. Pilih lah kawan yang benar-benar boleh dipercayai
  3. Belajar dengan rajin demi masa depan akan datang
  4. Usah takut pada kegagalan,kejayaan menunggu dihadapan
  5. Jangan getar pada pandangan orang ,yakin pada diri sendiri 
  6. Buat lah sesuatu kerana minat ,bukan kerana paksaan
  7. Jaga batas dalam pergaulan dan tahu benar dan salah
  8. Jangan mudah percaya pada sandiwara dunia
  9. Jangan putus asa dalam sesuatu perkara
  10. Cinta hanya kerana allah ,bukan kerana nafsu
  11. Jika mencintai seorang wanita,jaga dirinya dari lalai ,kerana tugas kamu sebagai lelaki
  12. Bagi perempuan ,jangan biar lelaki mudah mengodai kamu,kerana ianya hanya mainan sementara
  13. Percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya
  14. Jangan lalai dari Allah ,kerana Dia yang maha mengetahui
  15. Jangan terburu-buru ,fikir impak yang mendatang.

Tuesday, January 4, 2011

pelangi di pagi hari

seleksi sementara

kebelakangan ini banyak benar orang sakit ..kawan2 aku ramai demam,aku pon da nak terkene..
"Musim hujan biasa la ,sejuk panas sejuk panas kene la demam"..


oleh itu ,anda dinasihat kan berjaga2 dari terkena demam ,atau selesema atau batuk...
kalau dah sakit jangan makan jamu ,atau makan makanan jeruk ke ape,makan ubat ,jangan degil,kalau tak merana di kemudian hari ...



Utamakan Kesihatan Anda

pesanan kemanusian daripada:
                                             '  Jamban Comel '

jage diri hehe

Monday, January 3, 2011

photo shoot -new year 2011






























photographer :syafiqjay photofibre
model:imamuddin bin idrus
edit : imamuddin bin idrus

terima kasih diucapkan kepada saudara syafiq jay sebagai photographer untuk blog ini,promote sket hehe

kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja beliau ,bleh check flickr beliau syafiqphotofibre

Sunday, January 2, 2011

sistem code di fb


semuanya bermula apabila ......


yep ,bagi sape yg tak mengerti ,haha ,anda boleh pilih no 1 hingga 5000 sebagai no anda ,dan inboxkan no tersebut dalam rakan anda yg wat ststus ni,dan mereka akan tulis tentang anda di status mereka..
aku pnye code 711 ..
apa kata mereka tentang aku ek hak3


 owh ya awal2 aku gne 0888 ,but then 711 

















sebernarnya banyak lagi ulasan ,tapi aku ambik yang ini je ,terima kasih atas kesudiaan anda tulis tentang 711,
tapi sronok tau sebab orang tak tau sape yang diorang maksudkan ,aku ngan die2 je tahu cool beb,sape nak try bleh tulis seperti ayat yang paling awal skali ...


tapi yang paling menariknya yang neh ha,akak aku siap oder gune fb ,takleh belah hak3 ,we have dinner tonight together adik beradik hehe ,laparr...

ini aku

aku insan penuh retorik,
aku memandang mereka,
di balas dengan pandangan hina benci,
aku tahu siapa aku insan perosak ,pembunuh jiwa..

namun aku ada hati,
hati yang ingin berubah ,
layu diherdik dicaci,
namun aku masih ingin kental
meredah lautan makian.

siapa mereka?
berani memberi konklusi sendiri,
tentang siapanya aku ,
hipotesis murahan ,
hebat ?!
hanya sampah dipandangan mataku

kelak ,
mereka akan sedar
ya..fitrah
manusia akan kembali kepada asal
kepada kebenaran pada yang esa

namun ...hati ini musykil
sampai bila?
masih dengan pandangan hambar,
pandangan benci antara satu sama lain
wahai kawan dengarlah luahan hati kecil ini
kerana syg ,
relaku dicaci di maki di hina
demi cahaya yang bersinar di kemudian hari...

ini aku ,
hanya metofera hati yang dusta..

Saturday, January 1, 2011

Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque ( with lyrics)



really like this song ,very cute :)

malam2

happy new year 2011!

Dam dum ,dam dum ,bunyi bunga api di udara menandakan tahun baru kian tiba.2010 kini menjadi satu kenangan ,2011 menjadi masa depan ,tahun yang baru mesti la azam yang baru kan ?.Bese la tuh,haha..baiklah dibawah mungkin azam baru aku yang aku sambung dari tahun - tahun yang lepas..haha


  1. belajar dengan lebih fokus ,tak lambat datang ke kelas,bangun awal pagi
  2. solat tak tinggal 5 waktu cukup insyaallah
  3. cari efek2 baru untuk design photoshop dan upgrade skill edit
  4. buat lebih banyak lagu baru
  5. upgrade skill gitar
  6. kurangkan cakap bende takde pekdah
  7. hubungan baik antara manusia
  8. blog walking dengan lebih rajin
  9. siapkan report dengan lebih awal ,begitu juga assgment
  10. Dslr harap dapat beli 
  11. Selalu balik umah hehe
  12. kurangkan parut dibadan.
  13. kurangkan lemak diperut 
  14. rajin tanye soalan




SELAMAT TAHUN BARU 

p/s;bler dah tahun baru ,stail pon kene baru la ,up to date la konon haha,peace

Friday, December 31, 2010

Thursday, December 30, 2010

harimau malaya mengaum makan garuda

Semalam adalah hari yang membanggakan buat rakyat malaysia.Pertama kali dalam sejarah malaysia menang Piala Suzuki yang sebelum ini telah didomenasi oleh thailand dan juga singapura ,,


TAHNIAH!!
888888888888888888

First time aku rasa bersemangat nak tengok bola team mesia.Tapi kali ni cam best ,sebab team mesia team mesia seolah2 nak pergi berperang.Mana tak nya,mereka terpaksa menaiki kete kebal ,takut kene belasah ngan penyokong psyco indonesia.Bapak seram maa..haha.

Kali ni isu yang paling best ialah pasal lazer.Dulu banyak kali jugak orang cite ade gangguan lazer dari penonton,tapi tak la gempak sampai jadi isu."aku tahu sebab ape,dah kalah banyak la sembangnya",herdik seorang mamat neh.

Biasalah,adat permainan ,dulu time mesia kalah kene 5 ngan diorang pon ,sebab ade kacau lazer gak ,"ape cer bro ,menggelabah abis ,cam budak2 kalah main guli ,merengek cari alasan ,tak leh belah"...sampuk sorang pakcik.


Tapi ape yang nak aku perkatakan ,team mesia kali nih mantap ,barisan pemain harus dikekal kan ,safee sali boleh diibaratkan DROGBA malaysia ..ok cantik..haha

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

komen dalam satu forum dari penyokong indon tentang kekalahan mereka hehe.
p.s;
pas abis je match ,budak2 pompuan duk ngaku player2 cam si fahmi ker safee ker die yang punye ahaks,glemer beb sape tak nak hehe,duit da masyuk usd 100,000.

ade plak sorang mamat ni wat lawak ,nak suluh lazer kat skrin tv sampai kepala marcus ...aiyoo

Tuesday, December 28, 2010

tukang kebun

aku mahu jadi seperti tukang kebun,
meneliti gerak geri tumbuh pokok,
menanti sabar hasil yang akan datang ,
gigih memerah keringat ,supaya hasilnya menjadi ,


kadang-kadang hari hujan,
kerja tidak menjadi terbengkalai,
kerja membenih buah terpaksa ditangguh ,
kadang-kadang jualan tidaklah memadai,
namun hati tetap sabar menanti moga-moga tercipta keajaiban.


hidup ibarat tukang kebun ,
apa yang kita hajati tidak semestinya menjadi.
namun istiqamah dan tawakkal ,serta sabar terhadap apa yang kita hajati ,
satu hari nanti akan menjadi kenyataan ,
jadi lah insan yang mempunyai hati sehebat tukang kebun.

Monday, December 27, 2010

once i felt this before.

              

hyprocitical

some people said that ,they are happy with no problems,but the reality is ,they suffered from stress and mental illnesses .They pretend to be ok ,but their heart are not..

kalau la ade ubat untuk penyakit hati kan bagus.

Sunday, December 26, 2010

hilang

"aku kehilangan hati ,aku hilang perasaan ,aku mahu cari itu,nilai diri ..."

tahniah malaysia

tahniah diucapkan buat Malaysia kerana berjaya membenam indonesia sebanyak 3 gol.

Aku jarang mengambil cakna ,tentang situasi bola sepak negara ,namun kali ini berlainan .Seakan -akan adanya revolusi dalam bola sepak negara kita untuk semakin maju ,tahniah diucapkan.Semoga ,pada 29 haribulan ini menjadi detik bersejarah bagi rakyat Malaysia ,kerana berjaya membawa pulang piala suzuki ,insyaallah.Safee ,pemain berbisa negara diharap mencipta lebih banyak kejutan di masa-masa akan datang.


Friday, December 24, 2010

keje last minit lagi..padan muke

*kring kring ,jam loceng harga 5 ringgit memekik kuat memecah keheningan pagi indah ,yang rata-rata manusia masih enak dibuat mimpi indah di tambah lelehan air liur basi ,peta yang baru muncul di bantal busuk yang tak di basuh hampir setengah abad..

"man bangun weh ,dah kul 8 lebih neh ,ko buat ape lagi?"

,rakanku memukul pantas badanku menggunakan bantal goleknya dengan keringat seribu kuasa kuda.Namun ,aku masih kekal diatas tilam empuk itu,dengan muka dono sambil buat tak tahu..

asal weh ko buat ape kejut aku pagi-pagi neh?,hari ni cuti besday agung kang.!

aku menjerit ,kepanasan hati dek kerana mimpi indah berdating dengan lisa suri hani dikacau oleh mamat muka panjang neh aisey..

weh,cuti hotak hang ,esok baru la cuti samdol,hari ni dah kene anta report ,ko dah la buat last minit ,subuh terlepas ,bangun la weh!


Si mat menunjukkan muke bengisnya ,yang tak penah aku lihat seumur hidupku.Menandakan pendiriannya adalah benar dan aku orta yang lebih .Rupa -rupanya hari ini bukan hari cuti,aisey dah la tido lambat semalam chatting je memanjang ,sampai terlupa hari ni hari penting,cila!@# ....mencarut aku dalam hati.

Aku bingkas bangun dengan sepantas bugatti veyron gear 5 ,terus meluru kearah bilik air.Si wan ketika itu ,dengan muka sposennya membuka pintu bilik air dengan harapan hari ini berlalu dengan indah ,telah ku tolaknya ke tepi dengan rakus dan damm!!aku tutup dengan pantas pintu bilik air itu.Maka ,bermula la hari malang bagi wan ,dek kerana aku ..*ketawa kecil


Selepas mandi ala - ala kerbau ,aku terus menyauut baju yang tersimpan elok diatas katil yang dah aku pakai sebelum ini,dek kerana baju yang lain telah ku basuh ,dan hanya yang tinggal ada diatas katil aku sahaja.Dengan baju yang berbau ala-ala bangla yang mengambil oder di kedai mamak yang slalu aku makan sambil menonton perlawanan bola chelsea,aku pantas ke bangunan kejuteraan ,sambil membawa report yang aku ambil masa selama satu jam setengah ,berbanding rakanku yang lain mengambil masa hampir satu hari untuk menyiapkannya."tiru beb senang cita".


Dengan berlari-lari anak aku menuju ke arah bilik Ir Dr x,sesampai je kat sane ,tetiba aku terlihat nota kecil yang tergantung elok di atas pintu biliknya.


perhatiaan ,report untuk section 4a boleh dihantar pada minggu hadapan ,saya ade tugas luar ,dan saya tiada,sila baca email anda.!

What the fish!!,dengan semena-menanya aku call si mat untuk mendapatkan kepastiaan..

"weh tu la ko tak baca email ,smalam aku da jerit da kat hang ,bukak la email tu ,hang tak dengar ,duk sibuk chatting je ,padan la muka hang "dengan gelak ketawa kedengaran di corong speaker handphone ku .

aisey lisa suri hani....terlepas mimpi semalam..


p/s;cerita ini ada separuh rekaan semata -mata,nama dalam cerita ini adalah direka ,tiada kaitan yang hidup atau meninggal dunia..peace

kecik2 kene la berdikari





"Berdikari",itu la perkataan yang selalu aku dengar sejak kecik lagi.Abah selalu cakap kat aku,"kalau da besar sket ,cuba la belajar berdikari ,jangan duk manja sangat ngan abah.Kalau nak beli buku sekolah ke ,nak beli  pensil jenis faber castel yang tahan lasak ,jika ditulis tak penah patah carbon die ker ,abah boleh beli.Tapi ,kalau semua bende nak guna duit abah je semua ,no no no ,dame da!".

                                        ***************************

Yep ,itu la pesanan abah .Belajar berdikari ,dengan kata lain belajar untuk hidup tanpa bergantung harap pada orang yang lain.Itulah yang ingin disemai abah sejak aku kecil.Aku adalah anak ke-empat dari empat ,dengan kata lain ,aku la yang paling bongsu.."mesti anak manja ,selalu rapat ngn ayah,atau mak ,nak ape-ape je mesti boleh en",itulah sindiran yang sering dilontarkan padaku.Anak bongsu mesti manja ,itulah klise yang disemat didalam otak masyarakat.Padahal ,realitinya bagi kondisi aku ,amatlah berlainan.Abah biarkan aku membuat pilihan sendiri tanpa memaksa aku untuk membuat keputusan dalam sesuatu hal.Matang,itu yang dia ingin aku jadi..

Teringat aku masa aku dapat result pmr,keputusannya tidak lah membanggakan ,tapi diikut bilangan abjad A ,boleh la diri ini tersenyum sinis ,tanda bangga ,apa yang diusaha menjadi..Ketika itu ,aku mendapat tawaran ke sekolah teknik yang terletak di Bentung.Abah kata "eloklah adik pegi sane ,ambik course electrical ,bleh dapat kerja senang ,kawan-kawan abah ramai cakap bagus pegi sana".Namun ,aku berkeras,aku tetap mahu belajar di sekolah yang sama ,sekolah yang aku  belajar selama tiga tahun ,sejak dari tingkatan satu lagi.Aku susah nak meninggalkan rakan-rakan yang lama .Sama-sama main game di cyber cafe ,main mainan telor  yang di masukkan syiling 50 sen.Aku takut kehilangan mereka ,itulah yang berputar didalam fikiran aku pada waktu itu."abah ikut cakap kawan -kawan abah jek ,kawan abah belajar sane ker"......aku membalas ganas*..

                              ***************************

Aku memang jenis yang degil,apa yang aku nak mesti aku buat.Sebab tu abah biarkan aku membuat keputusan sendiri.Tinggal diasrama,rasanya setiap budak2 yang baru nak up enggan tinggal diasrama.Kata mereka "asrama tak best ,banyak raging,banyak nyamuk ,makanan tak sedap ,baju kene basuh setiap hari ,petang2 ade prep tak bleh tido",itulah antara rengetan yang sering aku dengar dulu oleh rakan2ku yang liat nak tinggal di asrama.Aku?,tidak ,aku sendiri ingin tinggal diasrama.Yep,kononnya boleh bergerak bebas dengan rakan-rakan yang ada ,ade cabaran ,hidup dalam satu kumpulan yang besar ,yang penting aku mahu berdikari..

*bulan disember ,musim hujan,pukul 5.20 petang,kilat sabung menyambung diluar tingkap.(ketika entri ditulis)

Semakin lama ,semakin aku membesar,aku sudah 20 an .Sudah semakin tinggi ,semakin putih ,tapi tak seputih mak salleh ,bese -bese je ,orang cakap sawo matang ,tapi tak la hensem sangat ,enak dipandang mungkin.*ketawa kecil.Banyak bende yang aku buat berdasarkan pilihan aku sendiri.Persediaan ke jepun,belajar di uniten semua kehendak aku sendiri.Bahkan ,tajaan dan part2 mengisi borang aku sendiri yang buat.Aku akan meminta bantuaan abah bila aku tiada wang ,atau pon hal-hal yang tak dapat aku buat ,aku serah pada abah untuk uruskan .Dengan kata lain ,70% aku yang usahakan.Jadi aku lebih menghargainya...sebab aku usaha sendir.
*terima kasih abah.

                                               ***************************

Aku banyak kali hidup susah ,masuk hospital ,hilang duit ,sesat ,kadang -kadang aku tertinggal barang yang penting menyebabkan aku hilang saat-saat yang hebat...*berfikir jauh.
Berdikari ,mungkin apa yang abah ajar dulu menyebabkan hati aku lebih tenang menghadapi situasi -situasi yang kritikal.Panik ,amatlah merbahaya bahkan menambahkan lagi masalah dalam diri ..

Law of attraction -positive mind create a new dimension.

Itulah yang aku percaya ,jadi positif ,peluang akan datang secara tidak sengaja tanpa kita sedari .Aku percaya ,hidup ini sangat lah indah..Banyak bende yang perlu dipelajari .insyaallah.

Abah selalu cerita tentang dia masa kecil dahulu ,bersusah payah mencari duit ,terpaksa melayan kerenah nenek ibarat singa buas mengaum kelaparan mengarah ke sana sini.Pergi kesawah membantu atuk mengusahakan tanam padi di kampung.Amatlah perit..Namun ,hari ini hidup tak sepahit dahulu ,semuanya manis belaka ,apa yang anak-anak mahu ,diberi sahaja."X-box ,psp ,ps3?cakap je ayah boleh belikan" .Akhirnya lahirla generasi golongan makan tuan....




abah tidak memanjakan aku sangat ,agar aku berdikari ,memilih jalan hidup sendiri ,hidup sebagai lelaki sejati       ......*lagu tema cerita  GTO kedengaran.....

sekian.


p/s;
orang yang merasakan dirinya sempurana ,sebenarnya langsung tidak sempurna ,berbanding orang yang merasakan dirinya kurang sempurna,sebenarnya mendekati kesempurnaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...