Sponsored by

Wednesday, July 6, 2011

video project jamban comel

Pernah satu ketika dulu ,time aku cuti aku ada terfikir ,macam mana aku buat video tentang blog sendiri "agak poyo en ",namun ,disebabkan banyak masa yang terluang dulu ,jadi aku buat la beberapa biji video ,menggunakan perakam video handfon aku .Projek ni terbengkalai sebab ,aku tak dapat edit masuk dalam video editor .Jadi ,sayang aku nak delete ,aku letak la dalam blog.

Mungkin akan datang aku buat video jamban comel secara betul - betul,tunggu aku beli video cam dulu la ,hak3. Selamat menonton.

Saturday, July 2, 2011

Wednesday, June 29, 2011

tips mengambil hati wanita

Entry kali ni aku nak berkongsi tips tengtang bagaimana mengambil hati wanita .Tips ini khas buat jejaka - jejaka di luar sana ,dan juga untuk aku sendiri hak3. Tips2 ni aku ambil dari pengalaman kawan - kawan aku sendiri ,dan juga daripada sumber - sumber yang boleh dipercayai .
"jangan cop aku kaki ngorat dah ".Entri yang agak panjang ,jadi selamat membaca .



                            ************************************************


wordless wednesday- challenge accepted

Monday, June 27, 2011

A perfect Moment of nachos

Minggu ni aku adalah minggu yang sangat pack ,dengan exam ,quiz ,projek assigment ,dan macam - macam lagi.Namun begitu ,aku buat tak tahu dengan bersuka ria di janda baik dan jugak di bukit tinggi .Entri kali ni ,cuma aku letak gamba yang dah di edit .Lepas ini akan menyusul satu lagi entri ,adios amigo :)



model  wanna be


Friday, June 24, 2011

kacau bilau



Dua tiga hari lepas ,aku terpaksa offkan aku punye blog jadi private di sebabkan berlakunya kerosakan dari segi layout @ templete blog aku.Jadi ,dengan internet yang ciput ,aku terpaksa mengambil masa nak membaiki kerosakan yang sedia ada.

Setelah jenuh berhempas pulas.Akhirnya ,jadi balik .Namun ade part2 yang hilang terpaksa aku recover balik .Tak lama lagi aku akan update entri - entri yang baru insyaallah.Selamat berblog .:)

p/s;jangan memandai nak kacau templete sedia ada ,menyusahkan diri nak jadi perfect balik .,adei....kalau sape faham angkat tangan.hak3.




Tuesday, June 14, 2011

wordless wednesday- when i was young


Maksud Wordless Wednesday : setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa - apa kenyataan untuk menerangkan gambar tesebut.Let a picture tells a story.

Saturday, June 11, 2011

Steak Ala2 Malaysia-Austin Steak House


Salam ,
Entri kali ni aku nak promot bagi sesiapa yang berminat nak makan ,atau terlintas nak makan ,atau memang suka makan "steak " ,mari la ramai - ramai datang ke Austin Steak House .Walaupun steak bukanlah suatu makanan yang "rutin" bagi rakyat di malaysia ,namun bagi yang ingin menukar selera ,pasti mencari dimana restoran yang menyediakan sajian tersebut.Tambahan ,harga steak biasanya ada yang mencecah ratusan ringgit ,agak sukar mencari tempat yang berpatutan.

Apa yang berbezanya Austin Steakhouse ini ialah ,dari segi penyediaan makanan itu sendiri yang terdiri gabungan makanan barat dan juga makanan tempatan.Bagi yang ingin pekene nasi dengan steak pon boleh terdapat disini.Tanpak membebel banyak ,cuba usha gambar di bawah:



teman - teman aku yang lapar dan dahaga pada hari tersebut hak3



susunan botol dan gambar menyerlahkan gaya - gaya ala restoran barat,tambahan rumah kecik kat bumbung amat menarik perhatian.



antara menu makanan dan minuman yang di sediakan di Austin Steakhouse



menu lain dari yang lain ,air buah naga juga boleh terdapat di sini 


lapor benor nampak dari gaya budak nih hak3


kalau di lihat dari gambar diatas ,ia bukan suatu penipuan ,beliau berjaya menghabiskan 3 biji pinggang stik ,serta 3 gelas minuman bersaiz agak- agak besar ,tahniah buat beliau hak3.

Kalau di lihat dari segi harga dan makanan ,mungkin ada yang terkejut ,kerana harga yang disediakan amatlah berpatutan ,jadi kepada sesiapa yang berminat untuk makan steak ,boleh la pergi ke  Austin Steak House yang terletak di bangi ,berdekatan dengan Redwok Steam Boat .Ittadakimasu! jya ne. :)

p/s:internet dah masuk sebulan ,baru nak pasang ,lembab tol ! ,redha je la. aduhai.

Sunday, June 5, 2011

macam macam

muka kucing neh dah macam aku skang dah .....macam-macam

Monday, May 30, 2011

tenet punya pasal.

 


kalau sape perasan dah lama aku tak update blog dari entri sebelum ni ,skang dah cecah hampir dua minggu .Hampir kering hati aku sebab tak dapat update.

So 'whats the problem ?' .Jawapannya sebab tenet kat umah aku belum dipasang lagi.Kata mereka,

"dik lagi dua minggu ,kita pasang la ".

Tapi skang dah cecah 2 minggu ,apa cita?.Mau kena saman ka?aiyaaa,manyak langsi maa.

"sabo man sabo"
jadi menjawap persoalan dari teman - teman baik sekalian ,sebab ape gua tak update ,tu la dia ,tunggu tenet umah aku pasang ,pastu aku update laju2.

"kisah pulak~"

no komen.

p/s;
orang kita berjanji pom pang pom pang ,buatnye tidak ,ye dak?,aduhai.Terpaksa aku cari kawasan tenet free nak main tenet punye pasal...-_-" hak3

Saturday, May 21, 2011

tutorial psd -muka cair


 salam ,
setelah berkali - kali di soal oleh manusia - manusia yang berhati kering tentang gambar - gambar yang telah aku edit sebelum ini ,cara- cara atau tutorial penggunaan psd .Aku dengan rasa rendah diri ,tergerak hati nak buat entry macam mana nak edit gambar .Sebenarnya ,bukan aku tak nak buat tutorial psd ni ,cuma aku masih amatur dan tak berapa layak nak ajar - ajar orang ,kata orang "noob" lagi .Jadi , 
"maafkan aku kalau tak menjadi ya " hehe.

"no komen".

Kalau ,korang lihat kat gambar - gambar fb ,atau kat gambar tepi - tepi blog aku ,aku selalu guna percikkan air kat gambar aku .Di dalam dunia fotografi ,kaedah ini di panggil fotomanipulasi ,dengan kata lain ,kita mengubah gambar yang sedia ada menjadi bentuk surreal atau bermacam lagi.Sebagai contoh ,otai yang selalu guna kaedah ini ialah ,team kuku besi manipulasi. Semua gambar die gempak- gempak beb.Tak rugi kalau tengok.


ok cukup dengan membebel.Jadi macam mana nak buat macam gambar diatas?.Sila ikuti tutorial dibawah:
 fokus dengan hati yang girang~

Wednesday, May 18, 2011

Pemilik Blog telur dibasuh telah pergi ...

Salam ,
ini adalah entry yang ringkas dan cepat.Baru tadi aku terbaca kat blog fakhrul ,pemilik blog Telor dibasuh @akim telah pergi ke rahmatullah .Beliau dikatakan mengidap penyakit asma dan telah berada di icu sejak beberapa hari .





sape yang slalu baca blog die pasti akan merindui gambar - gambar yang sengal2 yang selalu beliau post.Aku sendiri salah seorang peminat beliau .Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang - orang beriman .


al - fatihah...

Saturday, May 14, 2011

selamat hari ibu dan guru

salam ,
baik setelah sekian lama aku tak update,hari ni tergerak hati jugak nak update sempene hari ibu dan hari guru.Aku harap tak ketinggalan untuk aku nak buat entri ni ya ,sebab aku usha blog lain sume dah update .Yela ,"bloggers" mesti kene up to date en? hak3.

Dengan itu ,aku dengan rendah diri ingin mengucapkan

"Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru di seluruh dunia."

Kedua - dua insan ini memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan kita selain bapa kita ,jasa mereka tidak dapat diganti dan akan dikenang sampai bila-bila .

sempena hari ibu aku hadiahkan something yang special buat mama aku ,ni gambar beliau siap posing dengan hadiah hehe


sebelum bawak balik umah ,pose dulu kat kedai haha,caya kan hadiah aku ?one day i will ....insyaallah


"I remember my mother's prayers and they have always followed me. They have clung to me all my life." Abraham Lincoln

"love ya mama " ..by your lovely son.

p/s:aku dah pindah umah sewa ,tunggu nak pasang wifi baru bleh update laju-laju haha.

Saturday, May 7, 2011

rambut pendek cam budak skolah

kowt kowt la macam dewasa.

penah skali aku tanye kawan aku ,macam mana nak jadi macam orang dewasa .Die cakap "ko simpan rambut panjang - panjang ,simpan janggut sket ,nampak la dewasanya.Yang pasti itu yang aku praktik kan ,nampak cam dewasa sket beb .Cam gambar di atas.

Tapi itu cerita semalam .Hari ni rambut gua dah kene potong derr,tertekan derr,tak nampak macam dewasa derr.Nak tau jadi macam mana ,jadi la macam neh :



ni aku yang dulu ,nampak gengster dan hebat,
p/s;jangan ambil gamba time aku makan lain jadinya.

yep ,aku dah jadi budak skolah balik ,sebab rambut aku dah kene pendek .Takde dewasa - dewasanye.Budak skolah ade lah .

Takde la ,aku tipu je ,tu gambar aku time aku form 3 .Nampak gengster kan?tau dah .Aku sangat mengagumi aku yang dulu.

"ko asal man ?,rambut lu kene potong nak bising~"

"no komen".

p/s:  kredit kat luffy sebab ambik gambar post kat fb

Saturday, April 30, 2011

awk tak cun tak nak kawan

Dalam hidup neh mesti ade kawan kan?.Ade kawan baik kawan jahat ,kawan kurang jahat ,kawan tikam ,kawan belanja aiskrim dan macam - macam lagi .Kata orang kalau nak berkawan tak kira tempat .Tapi persoalannya.Kalau nak berkawan perlu ker kita pilih kasih?dengan kata lain,



"aku tak nak kawan dengan die sebab die bodo "



,atau

"aku tak nak kawan die sebab die tak lawa dan hensem "


atau atau

 "aku tak nak kawan dengan die sebab mulut dia macam sialan ,mencarut tak kira tempat,selalu maki aku ,selalu kondem aku ,selalu letak gam atas kerusi bile aku nak duduk, ahem aku melekat ,semua orang gelak" *ok  yang ni memang awal-awal kene rejek hehe












Jadi nak berkawan kene memilih kah?

                                                       ***************************************************

Sunday, April 24, 2011

i feel rainbow upon my hand


ni keje aku time cuti ,aku try apply gradient ngan photomanipulasi ,the result ,jeng - jeng ,feel free to critic :)

Thursday, April 21, 2011

bahagia di rumah weh!

Cuti sebulan seakan - akan habis ,lagi seminggu aku dah kene balik universiti.Ape yang aku buat duduk kat umah?mkan tido makan tido ,langsung tak bersenam ,lemak semakin banyak aduhai.

Apa yang pasti ,sebagaimana spesis yang suke duduk kat umah ,tiap - tiap hari mesti rasa lapar .Yela ,semua makanan free mane daknye .Bangun pagi dah ade orang hidang makanan .Bahagia weh
bahagia.!haha tq mama :)


TIdak lupa jugak ,dekat umah aku dah ade family baru .Kucing aku beranak dengan banyaknya.Macam musim ,semua nak beranak ,pening aku dibuatnya.Jangan kencing atas katil aku sudah .....aku cabut misai kang,..kurang asam! .ok happy holiday..



p.s:update gune tenet pinjaman.

Saturday, April 9, 2011

lu langsi ,lu matii!

satu petang aku naik train pergi ke satu destinasi .Sedang elok aku duduk merenung ke arah tingkap sambil duk fikir dalam otak

"bile aku nak sampai neh ,Ktm neh dah la macam siput ,bile la nak upgrade jadi kuda pulak aih"

Tengah elok aku termenung ,tetibe bunyi kecoh belah blakang sane.Tetibe aku dengar sorang amoi duk bebel kat seorang laki tu dengan muke bengis.

"u ape hal tolak-tolak neh ,u tau ka tempat ini sempit"

"tau ,aiyoo train neh memang dah sempit ,i mane ade tolak2"

"i nampak u tolak tadi ,u jangan nak tipu ,tangan u letak mane haa?!"

"i mane tolak ,tangan i letak dalam kocek la ,macam la i gatal sangat"

gaduh punye gaduh ,sampai la destinasi si amoi tuh .Sebelum die kuar die cakap

"kalau i tgok muke u skali lagi ,siap u!"



then mamat tadi balas ,

"macam la aku nak tengok muke ko lagi"

aku gelak - gelak je dalam hati..haha
erkk,len kali naik train kene hati hati .....haha hari yang pelik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...