Sponsored by

Thursday, March 11, 2010

asyik2 cinta..renungkan...


Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau kalbu
Bicaramu lembutnya mendamaikan
Lalu aku pun hilang dalam keindahan itu bersama rindu


Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.


Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula di bawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari terpaksa bertemu, kadang-kadang urusan rasmi kadang-kadang tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya. Ingin sekali aku ungkapi Isyarat jiwa dengan sempurna. Biar kau mengerti , Kau sedari Keadaanku yang memujamu Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap di hati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya. Hampir setiap ketika seperti terdengar gelak tawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat-saat tidak terduga. Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kenangan, hanyalah satu arca. Yang kabur dan tersisih. Bila impian tak tersurat. Bila rindu bertebaran. Dan bila luka kian melarat. Apa lagi yang tertinggal. Cuma sebuah pengalaman. Paling memilukan Amat meyakitkan Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal.

Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya, agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang dia amat-amat menghargainya.

18 comments:

Sesumpah said...

yah, mahalkan harga cinta agar dihargai kelak nanti, itu aku setuju :)

cik Tya said...

mendalamnye.

Anonymous said...

cinta 2 xder ape2 klu penuh dgn dose..
kadg org sgup lepaskan cinta sb nk tgok org bhagia...

jambancomel said...

betul..cinta hanya untuk berfoya setakat gembira sementara tiada makna..kalau sidia lebih bahagia dengan orang lain berbanding kita ,adalah lebih baik kita lepaskanya,kate orang kalau sidia gembira,kita pon akan gembira..:)

Anonymous said...

tpi desakan kuarge jugok yg akan jdi lebih penting dari cinta...
doa mak ari2 cakap cerai ngan bini lme2 cerai jugok...

jambancomel said...

betul,cuba fikir macammana perkara sebegini boleh terjadi?pernahkan mereka merujuk pada kounseling atau ahli agama tentang hal ini.masalah dengan mak mertua pon kenkadang berlaku ..dan juga.bersama terlalu lama menimbulkan konflik dalaman bosan tak sporting macam tuh la,oleh itu pasangan kene pandai mencari jalan supaya rumah tangga mereka lebih menarik..:)...p/s;single lame2 kene sound ngn mak bapak ,bler ko nak kawen...camne tuh?antara sunnah rasullah yang kita kne jalankan..kalau mampu..:P

Anonymous said...

emmm...btul arr 2...
hahahaha...tpi 1 thing yg mmg yg x leh tahan...
men nowadays mmg x leh pkai...
sh*t....pompuan lebih b'tgugjwab dri laki...
mende kawin ni susoh larr nak cakap...
mak pun ckap kawin nti tau lar camner...
hemmm.....

jambancomel said...

yep..dah nak akhir zaman ..pompuan lagi ramai ,berjaya pulak tuh,so ambik kesempatan ar(bukan sume la,itu cume steorotype)..hehe..kahwin tiada masalah kalau dibincangkan kalau ia dapat membantu perkahwinan akan datang ,bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan,sekarang ni,khusus kawen boleh disertai bukan sahaja pasangan yang baru nak kawen bahkan yang yang single pon bleh tau

Anonymous said...

dah 2 pegi ah...

jambancomel said...

erk..nak jek..byk kali lagi bagus..hehe.:P

Anonymous said...

jahat jahat...
blajo lu arr wei...

jambancomel said...

holoh,lagi byk pegi cepat pham..:P..aku gurau je ler..hehe

Anonymous said...

hishh..x bek mak mntua doa camtu..musnah rumahtangga anok,patutnya doakn kbahagian anok,owk?kawin bukn pkara main2 ikut suke nk cerai owk?ni anonymous lain lak ni,hehe~

jambancomel said...

tau jek..care tulis pon lain...pandai2 la ambik ati mak mertua yek hehe..:P

Halusinasi said...

banyaknya cik Anon yang komen...
cinta itu susah nak dijangka. ia datang tanpa notis...

p/s : takde bf pun mak bising, adeh...

cik aja said...

cinta pertama mmg susah nak lupa..
lg2 bila dia pergi tanpa tinggal sebarang sebab..

cik aja said...

cinta pertama mmg susah nak lupa..
lg2 bila dia pergi tanpa tinggal sebarang sebab..

conbellydiobeterisme said...

tau jek..care tulis pon lain...pandai2 la ambik ati mak mertua yek hehe..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...