Sponsored by

Friday, July 16, 2010

masa kecil


masa kecil dulu aku selalu impikan nak jadi ultraman,
ada satu masa aku sanggup habiskan duit saku aku demi memakai baju ultraman,
ada juga aku pecahkan duit tabung sendiri demi memuaskan hati membeli patung ultraman,
walau diherdik dihina namun aku tetap nak jadi ultraman,..:)

masa kecil ,basikal yang selalu diimpikan adalah jenis bmx,
hajat dihati agar dapat bersaing dengan rakan2 yang lain,
moga-moga terpikat juga si gadis idaman hati waktu dahulu
namun indah kabar dari rupa ,apa yang diharapkan hanyalah basikal nenekku..:),

masa kecil aku selalu mengumpul komik ,
antara terhebat dragon ball ,dewata raya ,shin can dan yang paling disukai doraemon,
kadang - kadang aku berjalan sambil membaca komik tatkala berjalan ke sekolah,
satu masa aku sanggup menggadaikan patung ultramanku demi menambah episod yang lepas,
nak buat macammana ,aku jenis yang degil,aku mahu jugak
dan mungkin sebab itu la minat aku terhadap jepun membuak2 sehingga aku mengambil masa dua tahun demi menguasai bahasa feveret ku..:)

masa kecil ,abah selalu menjanjikan aku hadiah jikalau aku mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran,
teringat aku first time dapat no satu ketika darjah satu,
abah ajak naik kapal terbang melancong ,namun dek kerana fikiran kanak2ku ,
kereta control la menjadi pilihan utama ku ..:D

masa kecil ,teringat aku masa tadika,
aku betul2 tidak mengenal dunia pada masa itu,
aku takut untuk bergaul,dek kerana itu ,mama terpaksa menunggu sehingga habis waktu pembelajaranku ,takut2 aku lari dari tadika itu haha,
namun aku tidak bertahan lama ,
setelah 4 bulan aku berhenti dari tadika ,
dan hanya bermain dirumah ,sedang rakan2 lain belajar di tadika,
jika difikirkan balik aku ketawa sendirian haha,
mungkin sebab itu aku masuk kelas paling akhir waktu sekolah rendah,
terima kasih mama..:)

masa kecil,
aku bukan lah seorang yang kacak atau hensem atau hot,
aku cuma kecil,tidak berpewatakan,
dan hanya sekadar pelengkap bagi kelas aku ,jika dibandingkan dengan rakan2 yang lain ,
tinggi hensem belaka ,dan amatlah susah gadis2 mendekatiku kerana watakku itu,
namun aku sangat bersyukur ,
aku suka pergi libry dan tidak menghabiskan masa mengorat seperti rakan2 yang lain,
teringat aku ,buku kegemaran utaman ku 'cerdas' jika aku tidak silap,
yang mengisarkan tentang sains dan kehidupan ,
dan pada masa itu la terdetik dalam hatiku nak jadi saintis...:)


masa kecil ,terlalu banyak ingin aku coretkan ,
kenangan bersama arwah,
menangkap ikan ,lastik burung ,
mandi lombong ,hampir lemas di pantai,
yang mungkin jarang dirasai kanak kecil masa kini ,
yang hanya sibuk dengan ps2 ,psp dan lain2
aku rindukan masa kecil ,
suci ,banyak persoalan ,
banyak harapan..
owh masa kecil

5 comments:

Verdict said...

masa kicik dulo.. aku brangan mau jadi sailor moon! dengan kuasa bulan.....bertukar...!

jambancomel said...

lepas tuh ade sorang mamat yang pakai baju hitam slalu bawak bunga ros merah ,'dengan kuasa bulan akan menghukummu'..wah nostalgik gler ..:D

Nur Suaidah Bachok said...

horrite! :D

jambancomel said...

ko da tukar name pulak haha

conbellydiobeterisme said...

ko da tukar name pulak haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...