Sponsored by

Friday, October 1, 2010

edisi raya (lambat)

kehadapan jamban,
Selamat hari raya ,hari yang bersuka ria ,setahun hanya sekali .Hari ni baru nak update pasal raya ,sangat la lambat,tapi masih syawal en ,so tak mengapa.





pelita ,dan tanglung (chinese new year punye (-__-"))



Raya,
pukul 6 dah kene bangun ,mama duk jerit ,suh mesin kan buah kelapa,
katanya nak buat sayur lodeh.Aku bingkas bangun ,lalu ke dapur ,menghentak kelapa dengan parang dengan rakus(aduhai malasnya).Mana taknya,malam harinya ,aku duk seronok bermain mercun bersama anak2 buah ,sambil memasang pelita di sekeliling umah (raya setahun sekali oiii).Maka ,malam itu jugak ,banyak la bunyi2 ala2 perang dunia kedua berkumandang haha.(abah yang belikan mercun tahun neh ,mercun telo pulak tuh ,pantas)







Raya,
lepas je buat persiapan didapur ,jam 8 pagi ,aku da sibuk2 nak gosok baju .Berebut la kami empat beradik sape yang gosok dulu ,aduhai .Tahun ini ,tema baju raya kami warna putih .Asalnya idea nih daripada akak aku sendiri .Putih+cepat kotor+aku yang agak2 selekeh sedikit=kotor kang baju tuh.Jadi ,bila masa nak makan je ,mahu kat umah sendiri atau umah orang lain ,terpaksala aku mencover baju aku daripada kotor.adoii.Untuk pengetahuan ,baju melayu yang berwarna perak ,putih dan hitam antara colour of the year pada tahun ini.(sumber daripada taukeh kat Jalan TAR).
                                                    tak payah beli baju kawen da,haha

 
             budak gemuk nak beraya jugak.
                                                     anak buah ,sedondon habis.

Raya,
Tak banyak rumah yang aku singgah tahun ini berbanding tahun2 lepas,rumah cikgu ,ramai yang aku tak pergi .Hanya ,rumah rakan2 yang rapat sahaja,haha.MALAS NAK JALAN.Sebab assignment berlambak tak siap,terpaksa la.Taun nih jugak ,tak banyak duit raya yang aku dapat ,haha( da besar mahu lagi kah?,rezeki ada ambik je).Tapi cukup la aku beli top up untuk 5 ,6 bulan .Tahun ni jugak ,aku hanya pergi umah nenek jek,umah maksu dah takde ,pindah .Sungguh tak best ,tak dapat jumpe mak sedara yang lain ,aduhai.

 
Raya,
MAKAN ,MAKAN ,MAKAN,je kejenye.Open house dimana2 ,tapi satu pon tak dapat pergi..Tapi ,raya jugak dapat jumpe kawan2 lama,siap buat reunion ,sungguh seronok.Ada yang da kawen ,(mungkin) ,tapi ramai yang dah berkerja.(cepat betul masa berlalu ).Aku pulak dah makin tua..haih~







tidak terlambat aku nak ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA,maaf salah silap aku pada tahun2 yang lepas,kita bukak buku baru .sekian









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...