lelaki yang hanya memandang kecantikan rupa paras sahaja, adalah lelaki yang bencikan kecantikan itu. dia akan rosakkan kecantikan itu sama ada dia sedari atau tak sedari. dia akan goda kecantikan itu dengan nafsu hingga sang pemilik rupa terkulai dalam kejahatan. hatta dia dah kahwin pun, dia akan sanggup tinggalkan kecantikan itu dan cari yang lebih cantik lagi.
sedarlah muslimah-muslimah sekalian, lelaki sebegitu di zaman ini terlalu banyak. selepas di goda-goda, di tinggal-tinggal. selepas habis manis tebu, hampas di buang.
inilah pesanan syeikh ali at-tontowi dalam buku kecilnya bertajuk puteriku. mari saya petik kata-katanya.
“tidaklah serigala itu mengingini kambing betina melainkan ingin meratah dagingnya sedangkan seseorang lelaki itu mengingini darimu sesuatu yang lebih mulia (kehormatan wanita), lebih dari daging kambing tadi. seburuk-buruk perkara adalah apabila kamu sendiri yang menyerahkan diri untuk dibaham. sesungguhnya kebaikanmu yang kau muliakan dan kau banggakan dan dengannya kau meneruskan kehidupan yang indah ini dan hidupmu wahai puteriku sebagai seorang perawan, amat mengesankan seorang lelaki dan menimbulkan kesakitan pada jiwanya dengan keperibadianmu yang tinggi dan kehalusan perilakumu malah seratus kali ganda lebih mulia berbanding serigala yang yang berkeinginan daging seekor kambing betina. demi allah! tiadalah seorang lelaki itu melihat kamu semua melainkan semata-mata mengkhayalkan kamu dengan pakaianmu lalu kemudian menggambarkanmu dalam keadaan tidak berpakaian!
demi allah! aku bersumpah sekali lagi. janganlah kamu wahai puteriku mempercayai apa yang dikatakan oleh sesetengah lelaki padamu. mereka mengatrakan mereka tidak melihat atau menilai seseorang perempuan itu melainkan pada akhlak dan budi pekertinya dan sesungguhnya mereka berinteraksi dengan perempuan dengan kata-kata yang lembut dan mereka berjanji dengannya dengan janji yang seolah-olah benar.
dusta! demi allah semuanya dusta! sekiranya kamu mendengar perbualan pemuda-pemuda ini ketika mereka sesama mereka maka kamu akan mendengar kepura-puraan mereka yang terselindung. sesungguhnya seorang lelaki tidak melemparkan senyum buat kamu, lemah lembut tutur katanya kepadamu, tidak menghulurkan bantuan kepadamu melainkan semuanya itu adalah muqaddimah kepada apa yang dihajatinya. ataupun perempuan itu masih ragu-ragu apakah dia menjadi objek sasaran, maka apa lagi? apa lagi yang mereka inginkan sebenarnya?”
petikan terjemahan buku ya binti oleh mohd najib b khasim dengan tajuk puteriku, cetakan maktabah ram, terbitan permata, mu’tah, jordan.
comel en ,takleh ngorat haha,
(from google)
(from google)
aipetik drpd reen .
No comments:
Post a Comment