Friday, August 31, 2012
warkah buat mama.
hari itu aku pulang ke kampung ,
setelah sekian lama tidak pulang ,aku rindu akan suasana kampung halaman
aku rindu akan senyuman ayah dan mak aku ,
mereka sahaja lah yang aku ada dan yang aku sayang,
menjadi tulang belakang aku selama 23 tahun ,
tanpa henti tanpa putus asa,
Namun..
aku perasan mama tidak lagi seperti dahulu,
yang dahulunya seorang yang kuat ,sihat ,bertenaga hatta bersemangat sentiasa,
mama kelihatan kuyu,seolah - olah dalam keadaan yang lemah,
mama yang dahulunya berisi kelihatan susut,
aku perhatikan lebih banyak kedutan di bawah kelopak mata mama mahupun di dahinya,
mukanya kelihatan cekung dan tidak bermaya ,
tapi senyumannya tetap sama ,senyuman manis yang sentiasa ada di wajahnya ,
"mama dah tak sihat mana ,mama dah semakin tua"
itu lah jawapan mama setiap kali aku bertanya tentang kesihatannya,
penyakit misteri yang sering menghantuinya masih lagi ada,
namun kebelakangan ini semakin berkurang ,alhamdulillah
penyakitnya ,yang membuat dirinya kurang keyakinan ,sering lemah dan fikirannya kusut,
hatinya tidak tenteram sentiasa ,
katanya adanya gangguan pada mama ,menyebabkannya jadi sedemikian ,
katanya adanya seseorang yang menghantar benda itu pada mama,
katanya juga mama ada kencing manis menyebabkan dia jadi begitu ,
entah la ,sudah hampir 5 tahun mama sedemikian ,
pelbagai perubatan sudah kami usahakan ,
pakar sakit jiwa ,mahupon bomoh atau ustaz sekalipun ,
penyakit mama tetap misteri,
sesunggunya hanya Allah yang mengetahui
dalam 5 tahun itu juga ,beberapa kali aku menjaga mama,
pernah sekali juga , ketika abah OT ,
mama sakit ,aku yang menjaga mama ,kemas rumah ,belikan makanan untuk mama,
"mama tak sihat ,kalau mama sihat mama tak susahkan adik"
itu yang mama selalu cakap kat aku masa dia sakit,
mama memang tak nak susahkan orang lain bila dia sakit,
tapi aku memang tak sanggup biarkan mama jadi begitu,
semasa aku sakit mama sentiasa berada di sisi aku,
ketika aku patah tangan ,ketika aku dengi ,ketika aku pengsan jatuh pokok dan tangga ,
atau ketika kepala aku terhantuk besi sehingga berlubang ,mama sentiasa ada.
kali ini giliran aku ,sebagai anak ,aku perlu menjaganya,
itu yang aku mampu lakukan ,
aku cuma harap penyakitnya itu sembuh,
aku harap mama sihat seperti dahulu ,
tidak lagi murung ,dan senyum sentiasa,
sesungguhnya hati aku tak akan tenang jika aku tahu mama sakit,
sebab mama salah seorang insan yang betul - betul memahami aku,
cukup la dia seorang yang mampu membuatkan aku gembira.
ya Allah ya Rahman ya Rahim ,aku berdoa kepada Mu,berikan la kesihatan pada mama ,sembuhkanlah penyakit yang ada pada dirinya,ampunkan la dosa yang ada padanya,curahkan lah rahmat kau kepadanya ,agar dia tergolong dalam kalangan orang - orang beriman ,insyaallah. amin.
mama,i love you.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
bebel
(126)
pictures
(86)
karya jamban
(58)
event
(57)
articles
(27)
videos
(19)
doodles
(17)
wordless wednesday
(9)
cinta
(6)
contezz
(6)
header
(6)
vblogs
(5)
blog review
(4)
hack
(4)
tips
(4)
awards
(3)
kisah jamban
(3)
lyrics
(3)
photography
(3)
cerpen
(2)
funny pictures
(2)
parodi
(2)
#octtwtfest
(1)
200
(1)
Mengetahui jodoh kita
(1)
art
(1)
awek tudung
(1)
blog list
(1)
buncit
(1)
cara pakai tudung
(1)
catatan seorang pelajar
(1)
ebook
(1)
facts
(1)
gadgets .
(1)
gadis bertudung
(1)
gadis tudung
(1)
hari ibu
(1)
hikarimoji shutters uniten.
(1)
himawari
(1)
iklan
(1)
inspirations
(1)
jamban
(1)
jodoh
(1)
kucing
(1)
kuning telor
(1)
lawak
(1)
light graffiti
(1)
makan
(1)
new planet
(1)
noh hujan
(1)
page
(1)
promo
(1)
ramadhan
(1)
science
(1)
segmen
(1)
shutters
(1)
siapa jodoh kita
(1)
super earth
(1)
super saiya
(1)
tag
(1)
takdir
(1)
the band
(1)
tudung
(1)
tudung melayu
(1)
tumblr
(1)
tutorial
(1)
vblog
(1)
2 comments:
Sebagai anak, terutama lelaki, menjaga kedua ibubapa adalah tugas wajib sekalipun telah berumahtangga. Mungkin mama adik perlukan kata semangat dari anak-anaknya. Insyaallah, bnykkan berdoa, ini semua dugaan Allah terhadap kita sbg manusia.
sedih.. :'(
semoag kita mampu menjadi anak yg soleh/solehah..kita juga akan tua..
Post a Comment