Sponsored by

Thursday, July 22, 2010

diari seorang isteri

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....a

dipetik dari akaun fb kawan aku

Tuesday, July 20, 2010

hati muda


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:
”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”
(Muslim)


Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, ’rumah kata pergi, kubur kata mari’, masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati. Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.”

Sunday, July 18, 2010

aku dan segalanya

aku mahu pegang buku itu,
aku tak mau lepas,
aku tak mau anasir luar merosakkan keiinginan ku itu,
aku mahu jadi seperti dulu memegang buku hingga ke waktu tidur,


aku simpankan rahsia,
aku simpankan segala masalah,
aku simpan semua emosi,
agar aku menjadi seorang yang matang,

aku ingin menjadi pendita,
yang menganalisis segala ilmu alam,
mentelaah sepanjang masa,
dengan harapan mengenal lebih dekat tentang kehebatanNYA.


aku insan kerdil,
berdiri di satu kelompok,
melihat gelagat manusia bersuka ria,
meneliti segala emosi yang terpancar...
satu masa ,aku sedar siapa aku...



jellyboone;3.23 am

Friday, July 16, 2010

masa kecil


masa kecil dulu aku selalu impikan nak jadi ultraman,
ada satu masa aku sanggup habiskan duit saku aku demi memakai baju ultraman,
ada juga aku pecahkan duit tabung sendiri demi memuaskan hati membeli patung ultraman,
walau diherdik dihina namun aku tetap nak jadi ultraman,..:)

masa kecil ,basikal yang selalu diimpikan adalah jenis bmx,
hajat dihati agar dapat bersaing dengan rakan2 yang lain,
moga-moga terpikat juga si gadis idaman hati waktu dahulu
namun indah kabar dari rupa ,apa yang diharapkan hanyalah basikal nenekku..:),

masa kecil aku selalu mengumpul komik ,
antara terhebat dragon ball ,dewata raya ,shin can dan yang paling disukai doraemon,
kadang - kadang aku berjalan sambil membaca komik tatkala berjalan ke sekolah,
satu masa aku sanggup menggadaikan patung ultramanku demi menambah episod yang lepas,
nak buat macammana ,aku jenis yang degil,aku mahu jugak
dan mungkin sebab itu la minat aku terhadap jepun membuak2 sehingga aku mengambil masa dua tahun demi menguasai bahasa feveret ku..:)

masa kecil ,abah selalu menjanjikan aku hadiah jikalau aku mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran,
teringat aku first time dapat no satu ketika darjah satu,
abah ajak naik kapal terbang melancong ,namun dek kerana fikiran kanak2ku ,
kereta control la menjadi pilihan utama ku ..:D

masa kecil ,teringat aku masa tadika,
aku betul2 tidak mengenal dunia pada masa itu,
aku takut untuk bergaul,dek kerana itu ,mama terpaksa menunggu sehingga habis waktu pembelajaranku ,takut2 aku lari dari tadika itu haha,
namun aku tidak bertahan lama ,
setelah 4 bulan aku berhenti dari tadika ,
dan hanya bermain dirumah ,sedang rakan2 lain belajar di tadika,
jika difikirkan balik aku ketawa sendirian haha,
mungkin sebab itu aku masuk kelas paling akhir waktu sekolah rendah,
terima kasih mama..:)

masa kecil,
aku bukan lah seorang yang kacak atau hensem atau hot,
aku cuma kecil,tidak berpewatakan,
dan hanya sekadar pelengkap bagi kelas aku ,jika dibandingkan dengan rakan2 yang lain ,
tinggi hensem belaka ,dan amatlah susah gadis2 mendekatiku kerana watakku itu,
namun aku sangat bersyukur ,
aku suka pergi libry dan tidak menghabiskan masa mengorat seperti rakan2 yang lain,
teringat aku ,buku kegemaran utaman ku 'cerdas' jika aku tidak silap,
yang mengisarkan tentang sains dan kehidupan ,
dan pada masa itu la terdetik dalam hatiku nak jadi saintis...:)


masa kecil ,terlalu banyak ingin aku coretkan ,
kenangan bersama arwah,
menangkap ikan ,lastik burung ,
mandi lombong ,hampir lemas di pantai,
yang mungkin jarang dirasai kanak kecil masa kini ,
yang hanya sibuk dengan ps2 ,psp dan lain2
aku rindukan masa kecil ,
suci ,banyak persoalan ,
banyak harapan..
owh masa kecil

Thursday, July 15, 2010

angel by jellyboone


life is so cruel,
life is so hard ,
i just dont wanna be scare,
i hope u were here,

chorus,
coz you are my angel,
i want to start over again,
please dont let me feel alone
you are my angel,
i gonna star it over again,
please let me be the one

my heart in a pain,
i dont know when is the time,
till the day i die,
i just wanna see u,
the angel in my dream

repeat chorus,

before i go ,i hope i can see you and start it again..my angel

Monday, July 12, 2010

tahniah spain..

ni la gambar budak2 yang riang ria gembira tatkala spain menang ,aku pon masuk skali hak3,tahniah spain,holland hebat tapi ,si iniesta pulak wat gol saat akhir aduh.hehe,anyway,pagi tuh havoc habis,walau mata ngantuk nak mam,namun ku gagahkan diri jua haha..see u 4 years later gheghe..wakawaka ey2

Sunday, July 11, 2010

malam neh holland lawan spain

malam neh akan diadakan tayangan perdana antara holland dan spain ,jam 10 malam.Walaupun pasukan feveret aku tak dapat meneruskan perjalanan mereka ,iaitu jerman,namun aku harap holland menang hehe..jangan marah .Program itu diadakan di dewan sarjana di uniten ,tiket free haha,bawak ar badan dan juga sedikit makanan.Banyak bende aku nak nak update untuk sem nih,namun ,byk bende perlu diuruskan.Oh ya,uniten akan mengadakan battle of the band ,insyaallah jellyboone akan masuk pertandingan tuh..pakai mai datang ,nnt aku ulas pasal tuh...sekian

Friday, July 2, 2010

pic


bukak sem rambut baru?

Kisah bermula,aku duduk bersembang makan bersama mak dan ayah aku ,sedang asyik mengunyah rakus ayam ditangan ,tetiba rasa macam ade mata sedang memerhatikan aku ,"ish kenapa neh ,nak makan pon rasa macam tak sedap hati je",bisik aku.Rupa-rupanya ,ayah aku sedang asyik memerhatikan aku,tetibe die kate,"panjang rambut ?,dah mcam mop lantai je abah nampak ,macam rambut orang lepas cerai pon ade,nak suh abah tolong kerat ker?gunting ade dah kat depan sane tuh,tungguh tuan hulur kepala jek nak?",sapa ayahku."aiyaa,terkantoi sudah ,habis la macam neh ",bisik aku lagi lam benak hati."mampuih kalau abah kerat,harus macam helmet apollo jiran sebelah".
Teringat aku time si eis kene kerat rambut ngan abah,die ambik tempurung letak atas kepala ,lepas tuh ikut betul2 baik punya potongan jadi bentuk cam tempurung tuh.ARGHH! tidak ,naya aku kene gelakkan oleh rakan2 sejiwa di kampus nanti.Mahu tak mahu ,terpaksa la aku cakap,"ala nanti kita pegi bandar ,kita potong la kat kedai gunting rambut.hehe".,Sebijik muka sposen diberikan pada abah agar dengan harapan ,ditangguh la niat untuk memotong rambutku.
Namun ,harapan nak tangguh berkecai ,tatkala abah kata ,"elokla tuh meh iku abah pegi potong rambut .Lame dah tak potong neh,rasa2 nak buat gaya FLAT TOP."..... HAH!,lalu dengan berat hati ,aku ikut la abah pegi potong rambut skali ..ADEI..baru nak simpan sampai sem depan haha...hasilnya?tgk gamba atas.Jangan termuntah da la hehe.Tapi ,aku rase cam ringan pulak kepala lepas potong .Malas nak fikir nak "BOJENG" kate orang ganu.haha...

Thursday, July 1, 2010

ape neh

hari nih aku men futsal balik kul 3 pagi then lepak2 sampai la kul 4.Padahal pagi tuh nak pergi uniten ambik offer letter.Sampai la aku tertido hingga pukul 3 petang haha.(subuh sempat ).Pastu lpas bangun baru teringat nak ambik surat tuh ,seb baik pejabat tutup pukul 5.Jadi bergegas la ku dengan bergayanya memakai baju dan jaket berserta seluar jeans yang baru dibeli dua tiga hari lepas rasanya.Pantas aku menaiki kereta dan memcut laju ke jalan raya.


Namun,dalam perjalanan antara cheras ke sungai beli ,tetibe jalan jam pulak dah ,agak2 45 minit stuck dekat sane,alahai,dalam pukul 415 baru la sampai uniten.Sampai je disana ,aku berlari anak ke pejabat registrar .Sampai je "akak bleh ambik offer letter ,kata satu hari bulan kan?",soal aku."dik ,sorry la ,adik kene ambik 5 hari bulan sebab registrar dah tukar pagi tadi .Diorang suruh akak cakap macam tuh."jawap akak yang jage kaunter tuh.Nasib baik akak tuh ayu ,redup jap hati aku yang membara."apa ?,nape tetibe tukar last minit ,aduyai !,abis tuh ramai tak yang datang ambik?"tye aku lagi ."tadi ade sorang budak dari serawak datang ambik"...perghh,bapak kesian ..haih uniten .Sebelum pulang sempat beli nasi arab ,seb baik ,berbaloi sket aku datang haha.sekian

Monday, June 28, 2010

permulaan :)

welcome back to me.
actually i have not much word to say ,
but this holiday ,i had more time to rest ,
then hanging out with my friends ,
its totally fun..but why this holiday ends so early wth, althought it was 3 weeks haha..
anyway gud luck to all my friends for our upcoming sem hehe,
keep it up until the end,
ok stop babling ...

pengumuman!!!sapa berminat mai datang !

An experimental play in poems by The Actor's Studio.
Watch poetry of both, originally written as well as iconic ones being presented in new fresh ways!
Experience poetry like never before!

The Road Not Taken is written, devised and performed by Ayunni Ayub, Sally Ann, Bill Curtis, Adlan Ramly and Syafiq using well known and original poems.


TICKETS: Entry by minimum donation of RM10.00 at the door
TELEPHONE: (03) 2142 2009 / 2143 2009, 10am – 6.30pm (Mon ~ Sun)
WEBSITE: www.theactorsstudio.com.my
For media inquiries please contact Ayunni at ayunni@theactorsstudio.com.my or *(017-3246770)

for more details and information log on to:


http://www.theactorsstudio.com.my/

Friday, June 18, 2010

lastly

malam neh pulang ke kg,
masih ade saki baki kerja perlu buat ahaks,
balik cari ilham ,
buat lagu ker..:D
Selamat bercuti

Tuesday, June 15, 2010

asal lambat kawen?


sElamat pagi,

lupe nak gosok gigi,

bangun tengahari ,

pastu terus makan maggi


haha,

aku suka lagi


entah la nak update ape ,tapi nak tulis la jugak .Hari ini dah masuk 5 hari duduk umah eis ,lagi dua hari aku balik kampung.:).Tadi aku bangun pagi ,aku bukak tv,tetiba terbukak wanita hari ini,tajuk perbualan ,'kenapa kawen lambat?'.Macam best je,aku follow la sampai habis..:D.Kata salah seorang panel pada hari itu ,kebanyakan 'WANITA' zaman sekarang cenderung kawen lambat berbanding lelaki.Eh ,benarkah?.Sambungnya lagi ,ia seakan -akan trent zaman sekarang .Hal ini kerana ,kebanyakan wanita zaman sekarang sibuk mencari kerja ,sehingga tidak mempunyai masa mencari pasangan masing - masing .Selain itu juga,ramai antara mereka lebih rela memfokuskan pada hal keluarga mereka ,daripada memikirkan hal perkahwinan.


Mungkin dalam sudut hati mereka ,ingin berkahwin ,namun melihat keaadaan negara kita sekarang ,amat lah susah mencari suami yang betul2 boleh diharapkan ,dah bukannya menjadi pak turut isteri semata - mata,tambahnya lagi.


Aku teringat zaman sekolah dulu ,ade sorang kawan aku cakap,kalau nak bercinta ,biarlah kat universiti nanti.Aku fikir sampai universiti ,lagi lar sibuk berbanding ,disekolah mungkin tiada masa mencari pasangan .haha.Namun ,jodoh ditangan tuhan .Siapa sangka kan,mungkin hari ini kita akan barkahwin.(gatal tetibe).Tapi ,bagi aku sebagai lelaki ,aku lebih cenderung mengahabiskan masa bujang aku dengan mencapai impian aku.Habis belajar,dapat kerja baru la kawen.Tapi ,kene ada calon jugak.Tu yang susah ..:D

p/s;entry tak berkaitan dengan gambar diatas ,gambar orang tak mandi ha3

Monday, June 14, 2010

the truth is,
i hate to be hipocrite.
i'm sorry ,
i'm not suppose be like that,
babling for nothing,
i'll change ,
i'ts time to be more serious ,
thats the way i am...

Friday, June 11, 2010

camping time









suka suki becmping ,

riang ria gelak ketawa menyanyi,

ditambah pula jamuan bbq dimalam hari,

mandi - manda pada keesokannya,

walau letih bagai nak mam,

namun hati gembira tidak terkata..:D

terima kasih diucapkan.
jumpa lagi sem depan








walaupun kiteorang budak lelaki sampai lambat,tapi nasib baik sempat untuk bbq.Sepatutnya dijangka tiba awal ,sebab ade jam kat kawasan kem tuh ,yang satu jam jadi la 2 jam adeh.


sampai ;7.16pm


bbq;8.09pm



tdo ;2.30

bangun ;6.00

sarapan;8.35am

mandi terjun ;9.00am

balik ;11.ooam


antara tentatif progam..hehe,
ape-ape pon kem ni best ,yeah!,walau ade perkara tak dijangka ,namun nasib baik sampai,....
(tak cukup tdo )seb baik ajax ngn akram bwk..:D

miss ya all...len kli buat lagi,,:)






~FaRe Well AjAx~

Wednesday, June 9, 2010

oh prince persia ,kaku aku dibuatnya haha


kisah ni bermula..

tadi,lepas kiteorang (aku ,hadi ,ajax) pi tengok wayang cite prince of persia,hak3.Tapi bukan pasal movie aku nak cite ,tapi psal lepas kiteorg abis tengok wayang ,time kiteorang nak balik dari tengok wayang ke parking lot..

tiba - tiba datang dari mana tah ,datang sore garau ."Ahem ,excuse me sir ,do you know wheres the exit is?" .........hah!?...la ade pak arab tetiba sesat pulak dah adoi,tetiba die tanya aku..aku dah la tengah melalut teringat kat awek prince of persia tu tadi aleh2 die tanye..ermm actually~.............................#&@$#@....ahh sudah ,asal takde sore kuar nih..aku pon tak tau ape aku nak cakap..omg wth...

seb baik ajax dan hadi dengan machonya dan back up aku .."you go straight and turn left then u will find it" .CEH asal aku tak dapat sebut ape2!,mungkin minda aku duk pikir je aksi mamat dalam cite persia tuh tadi duk lompat - lompat keliling bangunan ....haha..

aku bayangkan gak kalau aku dapat pisau cam lam cite tuh ,leh turn back masa ,kalau aku bleh blek time aku exam tuh dan repeat ape yang aku dah buat kan bagus hahaha....


disebabkan itulah pak arab tuh buat muke..(apahal mamat neih tanya mane nak kuar je pon leh kalut ape dahh!!)...


moral cite neh?takde moral2 aku nak cakap cite tuh best sampai bleh wat aku berangan..hoho
(da stat merapu dah..ok sambung packing)

war is over




yeah war is over people,hehe
exam aku yang abis ,
perang selama 3 hari tamat !
aku bleh sambung tido
haha


owh ya , pas abis exam ade plan baik punya ,
skali buat farewell ngan kawan aku sorang neh,

sape?
nanti ar aku cakap tak suprise ar der,
lek lu ,
hehe
nanti aku update pic 'setelah' aku pergi kat ahem..>.<
dah2 ,isnin jumpa dengan dia ,
insyaallah


Tuesday, June 8, 2010

a message


and if i had something to say to you i'd whisper it softly,
kiss you on your rosy lips and never let you off me.
shiver on your roof and see your face lit by starlight,
hold you through the night and watch that colorado sunrise.

and as long as it's okay with you i think i'll stay right here.
i got no where to go cause where to go is up to you, dear.
happy as a clam i see the glimmer in your eyes.
hold you through the night and watch that colorado sunrise.


i really don't know what i'm doing right now..haih~..
why this words keep coming..

waiting


waiting to finish it all,
while afraid of losing.
i can't doing nothing ,
its your faith,
i'm will pray for ya..

Monday, June 7, 2010

hey kau

hey2 kau !



ape dia?

tu budak tuh ,ko nampak tak yang belakang tiang tuh yang tengah garu2

aha,abis tuh ape kene dengan dia,

cuba kau kenyit,

eh malas aku asal aku pulak,

budak tu nampak comel,

abis tuh ade aku kesah,

aku minat kat dia,kau rase dia minat kat aku tak?

hah?ape kau merepek neh .....-_-'
kalau kau minat pegi la tegur dia




tapi aku malu......



adohai...aku tengah makan daa~
exam ar der!esok lagi dua paper,
jangan kasi gua sumbat ayam dalam tengkuk kau...


hehe,(sambil tersengeh nampak bulu hidung)

dialog dua rakan tiada kene mengena antara yang hidup dan mati....stress physic membara jap...haih~

Sunday, June 6, 2010

exam week


hey whats up,what u doing,
herm just playing around ,with my bud,deyym!!

haha main hotak kau,
mampus kepala aku duk pikir
aduhai




exam tinggal lagi sehari,
aku da stat mula sakit2 belakang ,kenkadang tetiba tertido,
mata dah lebam tahap panda ,
lepas habis exam aku nak tdo puas2,
adoi banyak lagi kene stdy ,
pening2


ya allah permudahkan lah hambamu ini menjawap soalan esok,
selamat maju jaya wahai aku

p/s;nescaffe dah nak abis kene beli baru,smlam aku tambah milo ngn nescaffe ,ade ummh!!

Monday, May 31, 2010

bilangan mangsa meningkat,ya Allah ,bantulah mereka..


sehingga kini dikhabarkan bilangan ahli yang mati adalah 16 orang daripada 30 orang.Askar israel dengan rakusnya merampas dan membunuh hampir separuh ahli mereka.Ya allah ,Selamatkan lah hamba hamba mu ini yang berjihat demi membantu warga palestin.Moga - moga diselamatkanlah baki mereka yang ada.Pembetulan ,seramai 8 orang rakyat malaysia berada diatas kapal tersebut..Allahuakbar!!,sama2lah kita doakan agar mereka yang masih ada selamat...


mungkin implikasi daripada insiden ini demonstrasi besar besaran akan dibuat bagi menghalang lahanat israel dari terus menzalimi rakyat palestin dan kerana ego mereka....
Sesungguhnya manusia hanya merancang ,Tuhan yang menentukan..
Misi Mereka Hanya Satu ,membantu rakyat palestin..sesungguhnya mati mereka adalah mati syahid..

lebih lanjut sila lihat sini

Saturday, May 29, 2010

riadah bersama mereka.

kau nak tau ape aku buat petang-petang apabila aku duk umah,hah inilah.Bosan punya pasal aku slalu la duk lepak ngan anak2 jiran aku nih,men bola,lastik burung ,skodeng(haha gurau jek).Dulu aku penah ngajar diorang math ngan sains ,so diorang rapat la ngan aku.Lame tol tak balik ,alang2 kamera ditangan aku snap la gambar diorang banyak2.Comel2 sume budak2 nih,besar jgan wat lupe aku dah ar..haha

menyibuk sket..:)

nak buat peace ,tapi malu2 pulak haha


yeah ,beckham mengambil sepakan percuma,tendangan lencong ke arah gol..:D


bakal pemain bola harapan negara pada masa hadapan



ehhhh!!(tanpa motif)


aku balik kg sempena besday mama selama 2 3 hari ,esok baliklar,then sambung struggle tuk final.\(-____-)/

Friday, May 28, 2010

ya allah selamatkanlah mereka

Kapal yang mengandungi pelbagai bekalan makanan ini dalam perjalanan ke Gaza ,dan dikepung oleh askar israel.Untuk pengetahuan anda,seramai sebelas orang rakyat malaysia turut berada dalam kapal tersebut.Ya allah selamatkanlah mereka dari ancaman zionis.
segala maklumat lanjurt sila lihat sini:
lifeline 4 gaza

doakan mereka..(ya allah)

kapal kemanusiaan Gaza telah dikepung oleh pihak israel,

Tuesday, May 25, 2010

happy besday mama

Selamat hari jadi buat mama tersayang ,Fanizah binti Ismail,25/5/1954.Maka genap lar umur mama 56 tahun ya.Terima kasih mama kerana membesarkan emam sehingga kini,maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa.Maaf kerana jarang balik ,kerana mengejar ilmu di perantauaan :) .Maklumlar 1 bulan atau 2 bulan baru la ade muke nih kat umah.Aduhai.Lagi 2 minggu ade final ,lepas tuh cuti panjang ,bleh la lepak kat umah.Nanti kene bersihkan halaman belakang ,majlis kawen kokyah da dekat.(merapu dah ..:P).Ape - ape pon kitorang adik beradik ade hadiah suprise buat mama,nntkan kepulangan kami.insyaallah


gambar time besday mama taun lepas,diedit oleh syukurriah binti idrus..hehe











p/s;lagi dua minggu final..struggle as much as you can.

Monday, May 24, 2010

dear god by 7 years old child(video)






aku suke tgk budak dua orang nih main lagu dear god..comel jek..:D

Sunday, May 23, 2010

selamat pengantin baru

dari kiri hadi ,aku ,aka ipar ajax,abg ajax,ajax...hehe

selamat pengantin baru buat abg ajax..semoga bahagia hingga ke akhir hayat...:)

p/s;smat plak gaye ko jax...jeles jap hehe

Thursday, May 20, 2010

pilihan di tangan anda


Salam ,


Semalam telah diadakan satu forum bekenaan hal ehwal pemuda pemudi zaman sekarang yang bertajuk "pilihan di tangan anda".Apa yang ingin dikisarkan dalam forum ini ,apa pilihan yang ingin dibincangkan?Sama - sama kita renungkan..


Sejak kecil lagi kita diajar untuk memilih samaada dari segi pakaian ,sekolah ,bahkan mainan sendiri pon kita diberi hak untuk memilih,oleh ibu bapa kita sendiri.Memilih untuk tinggal disasrama atau memasuki kos sains atau akaun ,dan bermacam - macam lagi.Namun ,semakin kita meningkat dewasa ,pilihan yang ada pada kita semakin menjadi rumit,semakin kompleks dan mungkin pilihan yang kita buat itu memberi kesan yang mendalam bagi mase depan kita.Dan kita sebagai remaja,apa yang pilihan yang sepatutnya kita lakukan.


Berbalik kepada forum itu tadi ,penceramah yang terdiri daripada ustaz yang berkaliber dari upm,dan juga seorang ustazah dari jabatan agama islam menegaskanbahawa remaja zaman sekarang seharusnya menggunakan akal mereka untuk memilih pilihan yang benar dan mengelak dari memilih pilihan yang salah.Jika tidak bahana bakal mengundang diri mereka.


Dipetik dari kata - kata ustaz lagi,"bilangan kes sosial semakin meninggkat saban hari dek kerana remaja zaman sekarang buntu untuk memilih pilihan yang benar yang berlandaskan syarak".Disebabkkan itulah ,mereka terjerumus kelembah yang gelap,yang merosakkan jiwa mereka.Benarkah?


Banyak pilihan yang perlu kita buat sebagai remaja ,mungkin dari segi pembelajaran ,pembahagian masa dan lain - lain.Namun ,antara pilihan yang paling menarik perhatian saya ,adalah pilihan memilih calon suami atau isteri.(ahem).Mungkin ada sesetengah masyarakat memandang enteng perkara ini,walhal punca berlakunya keruntuhan akhlak dalam masyarakat pilihan mereka sendiri dari segi pemilihan pasangan .Sebagai contoh ,seorang wanita memilih untuk bercinta dengan seorang lelaki tanpa memikirkan samaada lelaki itu adalah yang baik atau tidak ,tetapi hanya bersandarkan kepada perasaan diri,perasaan ingin mencuba dengan kata lain ingin bercinta sehingga memakan diri sendiri,tergadai maruah sehingga menangis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi.


"orang yang pandai memikirkan apa pilihan yang ada".Golongan ini juga membuat senarai lengkap tentang apa keburukan ,dan apa kebaikan setiap pilihan yang telah mereka buat"kata ustaz.Jadi ,jika remaja zaman sekarang pandai membuat pilihan ,tahu apa yang positif dan negatif tentang pilihan mereka ,maka saya yakin tiadanya masalah sosial dalam negara kita.Islam juga menegaskan ,majunya sebuah negara itu adalah pilihan rakyatnya sendiri.Kalau kita memilih pemimpin yang bagus,maka baguslah sesebuah negara itu.Dan jikalau kita memilih pemimpin yang tidak berguna ,maka hancurlah negara itu.Oleh itu kita yang membuat pilihan yang baik untuk diri kita bukan ibu bapa atau orang lain.


Tambah ustazah lagi,"jikalau kita mahu calon isteri atau suami ,atau dengan kata lain pasangan kita itu baik,diri kita sendiri hendaklah menjadi seorang yang baik atau soleh".Dengan kata lain ,perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya.Kalau kita sendiri yang 'hancus' maka tidak mustahil pasangan kita juga setimpal dengan apa yang kita ada.Allah taala telah menetapkan jodoh berdasarkan perangai kita sendiri .Sesungguhnya ,Dialah yang maha mengetahui.Wallahhuallam.

akibatnya jikalau anda memilih jalan yang salah,inilah jadinya... lihat sini....maruah tergadai ,kene buang ,hilang matlamat diri astaga..Kata nabil 'lu pikir la sendiri '


p/s;jadi aku sendiri kene berubah kalau inginkan bakal isteri seorang yang baik..hehe.Banyak lagi yang dibincangkan dalam forum tersebut ,namun ini sahaja yang dapat aku coretkan..:D

Wednesday, May 19, 2010

first song

yep this is my first song i think,
still noob as usual haha ,
but i put some chord ,
so u can try to sing it....have fun...
-jellyboone-




The Rainbow by jellyboone

F Am
when i look up in the sky
F
i see your face,your inner heart
Am
theres a cloud around you
C G
making you gorgeos among all
E
i see you...

Am
when you smile
F
you see me through
C G
keeping the secret away..
Am
thou the rain ,
F
keeps you away..
C G
but you still..my rainbow



corus:
C
you are my rainbow
Am
falling from the sky
F G
turn out everything become colourful
C
you are my rainbow
Am
falling from the sky
F G
you are my only rainbow that i know..



verse:
Am F
never forget our promise
Am F
never keep the distance away
C G
because you are my rainbow
Am F
i look at you when i see it
G
the calourful rainbow



*repeat chorus


bridge:
Am F
nakushita kotoba wa itsudemo kawarane
Am F
bokuwa hontou ni kimi no koto ga wasurenai yo
G C
sorewa kimiwa boku no nijida..

borink..:P


"habits,the only reason they persist is that they are offering some satisfaction...you allow them to persist by not seeking any other ,better form of satisfying the same needs .Every habit,good or bad ,is acquired and learned in the same way"

-juliene Berk

Tuesday, May 18, 2010

bola merahku..:D


'jangan main bola ku'..haha,pantang si gemuk nih bile tgk bola merah nih.Kalau aku gerak sikit mula lar nak mengamuk si himawari nih.Pastu duk kejar ,silap hari bulan ,tangan aku yang kene gigit ..adeh..Ni antara photo yang sempat dirakam time die sangap nak men bola merah die.haha..amacam macho en?nak ngorat ?tak bleh..:P(die dah nak kene kasi ,asyik kencing je ..adoyai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...