Sponsored by

Monday, July 18, 2011

masuk tv part 2 -bersama Nuraizudin and the making


 
aku rasa macam kelakar pulak bile tengok video aku kat atas neh.Walhal aku dah ulang banyak kali kot hak3.
"bangga beb masuk tv !!,dah jadi retiss!!"
"bangga haaa ,haha !"
tapi kire cam best la jugak tak la aku jakun tatkala masuk studio hak3,
ape ape pon ,maafkan aku atas ketidak stabilan minda aku time dalam video aku.
"ape bengap sangat ko dalam tuh ,cam ber*** makyeh! "
"no komen." hak3


ni gambar tyme kiteorang duk seronok - seronok :
p/s: ni je gamba dalam phone aku ,hehe 






Friday, July 15, 2011

muke aku masuk tv -promo graduan aspire 2011

Malam tiga hari lepas ,aku secara kebetulan ,menjadi salah seorang pelakon dalam iklan  promo :

Graduan Aspire 2011,
16-17 Julai 2011
Kuala Lumpur Convention Centre Malaysia

turut bersama aku dalam video ini ialah ,Taufiq Helios dan Keyrul.Kalau di ikut kan ,dah berapa shot dah kiteorang ambik ,dan semuanye tak jadi sekerat jalan ,sebab tengah dah jadi elok jek ,kiteorang gelak ,hak3.Jadi bedal je la yang mana jadi hehe .

Wednesday, July 13, 2011

cara mengatasi zina ,ngan kawen pria lombok


pernah suatu ketika dulu ,aku dapat komen dari anon ,berkenaan entri aku yang neh "hilangnya melayu ,diganti melayu lucah".Tak silap aku la ,dari segi penulisan die ,aku rasa die dari seberang sumatera.









di terjemahkan secara pandai oleh aku ,kalau nak elak dari pada zina ke ,elakkan anak perempuan kita dari lari ikut pria kacak Lombok ker,elok jangan di halang si anak dari kawen .Mungkin dari pandangan brader anon nih  ,ibu bapa cam bleh bagi sokongan kat anak ,cam sangap sangat nak kawen en?.Kira dapat restu seratus peratus ,dari ibu bapa ,tak ada la masalah zina ker ,lari pergi lombok ker.ye dak?

Ada benarnya kata - kata brader nih ,namun ,kalau dibiar kan si anak kawen sesuka hati ,lain macam jadinya dol.Yela ,andai kata tetibe si anak umur 15 tahun ,nak kawen dengan si gf die secara tetibe?tak ke gila sewel si bapa jadinya?.hak3

Mungkin bagi aku la ,kalau si anak dah cukup syarat baru la di benarkan kawen ,maksudnya ,kalau si anak dah jumpa ngan lelaki atau perempuan pilihan dia ,restu daripada mak dan ayah diperlukan .

Namun ,si anak pulak jangan la cari bakal isteri atau suami yang entah apa - apa ,kang rosak jadinya .Senang cerita ,kalau dah ada kerja baru la mintak nak kawen ,kalau masih  belajar ,fokus la belajar dulu ,janganla nak sangap sangat ok ..hak3

"senang cita ,cukup syarat ,masuk minang ,cenggitula!"

"calon tak de bang ~"



p/s;
ape kurangnya jejaka melayu di malaysia berbanding di lombok ?,tak paham den
"ayat die power kowt~!"

"erkk ,no komen ."

Saturday, July 9, 2011

Opps kuning tamat ,gua kene tahan .

Setelah tamatnya perhimpunan bersih jam 5.30 petang hari sabtu tadi ,semuanya kembali tenang .Polis dah mula kebanyakannya dah bersurai .Dua tiga hari sebelum perhimpunan diadakan ,pak polis sibuk membuat "road block " sana sini ,mencari sape yang pakai baju kuning.Salah seorang mangsa kene ..."aku la ".

Satu road block telah dibuat di kawasan umah aku ,area bangi ,untuk mencari sape yang pakai baju kuning .
"gelabah betul~~:
pagi jumaat,time aku nak pegi kelas ,tetibe aku kene tahan ....

"dik berhenti!",aku buat dono

"dik berhenti ,berhenti berhenti!!"

"amboi brader ,chillex la!"  ,aku mane tau kau  panggil aku ..


"bak ic ngn lesen "

aku bagi dengan muke sposen ,dengan muke yakin ,takde ape2...

"asal roadblock pepagi ni bang ?,saya  lewat nak pegi kelas ni!" *konon buat2 ramah baik punye.

"nak cari baju kuning !,ha kau kenapa pakai baju kuning!??" sambil tunjuk2 jari die  kat aku.

"saya peminat harimau malaya bang ,saya pakai jersi jek,x salah kan?"

"tak bleh tak bleh ,try la pakai sabtu nih ,abang tahan!"

"pulak dahh!" ,jerit aku lam hati dengan panas....

namun aku still maintain senyuman kambing aku ,dengan yakin ,aku bleh lepas ,namun time aku nak chow2..

"jap dik ,ni lesen dah mati neh ,dah satu bulan neh"...amboi ,tak puas ati lagi.

aku check ,tengok ,aha laa ,cilaweii!!,dah abiss tempoh ,bulan 6 dah expired......
jadi dengan bangga pak polis mintak aku punye tanda tangan ,

"nah kau,kene saman 30 ringgit!!" ..........aduhai..

dalam ubi ada isi jugak yerkk!
"takde kene mengene~"



























                        *************************************************************
Namun ,bagi aku ,tamatnya opps kuning ni akan menggembirakan sesetengah pihak ,terutamanya ,mamat-mamat kuning di bawah nih



"sronok bleh wat keje balik hak3!" jerit salah sorang .....

tidak lupa jugak ,ada pulak yang bleh promo suit khas sempene bersih ,tak leh blah betul..




kalau ada camni ,aku pon nak tempah! hak3 ,takde la gurau jek...jap agi tahan aku lagi tak pasal-pasal deym.


p/s;manusia bila dieorang sihat memang alpa ,dah sakit nanti baru la nak sedar....*pikir2 sendiri.

Perhimpunan Bersih - KTM Kuala Lumpur

Wednesday, July 6, 2011

video project jamban comel

Pernah satu ketika dulu ,time aku cuti aku ada terfikir ,macam mana aku buat video tentang blog sendiri "agak poyo en ",namun ,disebabkan banyak masa yang terluang dulu ,jadi aku buat la beberapa biji video ,menggunakan perakam video handfon aku .Projek ni terbengkalai sebab ,aku tak dapat edit masuk dalam video editor .Jadi ,sayang aku nak delete ,aku letak la dalam blog.

Mungkin akan datang aku buat video jamban comel secara betul - betul,tunggu aku beli video cam dulu la ,hak3. Selamat menonton.

Saturday, July 2, 2011

Wednesday, June 29, 2011

tips mengambil hati wanita

Entry kali ni aku nak berkongsi tips tengtang bagaimana mengambil hati wanita .Tips ini khas buat jejaka - jejaka di luar sana ,dan juga untuk aku sendiri hak3. Tips2 ni aku ambil dari pengalaman kawan - kawan aku sendiri ,dan juga daripada sumber - sumber yang boleh dipercayai .
"jangan cop aku kaki ngorat dah ".Entri yang agak panjang ,jadi selamat membaca .



                            ************************************************


wordless wednesday- challenge accepted

Monday, June 27, 2011

A perfect Moment of nachos

Minggu ni aku adalah minggu yang sangat pack ,dengan exam ,quiz ,projek assigment ,dan macam - macam lagi.Namun begitu ,aku buat tak tahu dengan bersuka ria di janda baik dan jugak di bukit tinggi .Entri kali ni ,cuma aku letak gamba yang dah di edit .Lepas ini akan menyusul satu lagi entri ,adios amigo :)



model  wanna be


Friday, June 24, 2011

kacau bilau



Dua tiga hari lepas ,aku terpaksa offkan aku punye blog jadi private di sebabkan berlakunya kerosakan dari segi layout @ templete blog aku.Jadi ,dengan internet yang ciput ,aku terpaksa mengambil masa nak membaiki kerosakan yang sedia ada.

Setelah jenuh berhempas pulas.Akhirnya ,jadi balik .Namun ade part2 yang hilang terpaksa aku recover balik .Tak lama lagi aku akan update entri - entri yang baru insyaallah.Selamat berblog .:)

p/s;jangan memandai nak kacau templete sedia ada ,menyusahkan diri nak jadi perfect balik .,adei....kalau sape faham angkat tangan.hak3.




Tuesday, June 14, 2011

wordless wednesday- when i was young


Maksud Wordless Wednesday : setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa - apa kenyataan untuk menerangkan gambar tesebut.Let a picture tells a story.

Saturday, June 11, 2011

Steak Ala2 Malaysia-Austin Steak House


Salam ,
Entri kali ni aku nak promot bagi sesiapa yang berminat nak makan ,atau terlintas nak makan ,atau memang suka makan "steak " ,mari la ramai - ramai datang ke Austin Steak House .Walaupun steak bukanlah suatu makanan yang "rutin" bagi rakyat di malaysia ,namun bagi yang ingin menukar selera ,pasti mencari dimana restoran yang menyediakan sajian tersebut.Tambahan ,harga steak biasanya ada yang mencecah ratusan ringgit ,agak sukar mencari tempat yang berpatutan.

Apa yang berbezanya Austin Steakhouse ini ialah ,dari segi penyediaan makanan itu sendiri yang terdiri gabungan makanan barat dan juga makanan tempatan.Bagi yang ingin pekene nasi dengan steak pon boleh terdapat disini.Tanpak membebel banyak ,cuba usha gambar di bawah:



teman - teman aku yang lapar dan dahaga pada hari tersebut hak3



susunan botol dan gambar menyerlahkan gaya - gaya ala restoran barat,tambahan rumah kecik kat bumbung amat menarik perhatian.



antara menu makanan dan minuman yang di sediakan di Austin Steakhouse



menu lain dari yang lain ,air buah naga juga boleh terdapat di sini 


lapor benor nampak dari gaya budak nih hak3


kalau di lihat dari gambar diatas ,ia bukan suatu penipuan ,beliau berjaya menghabiskan 3 biji pinggang stik ,serta 3 gelas minuman bersaiz agak- agak besar ,tahniah buat beliau hak3.

Kalau di lihat dari segi harga dan makanan ,mungkin ada yang terkejut ,kerana harga yang disediakan amatlah berpatutan ,jadi kepada sesiapa yang berminat untuk makan steak ,boleh la pergi ke  Austin Steak House yang terletak di bangi ,berdekatan dengan Redwok Steam Boat .Ittadakimasu! jya ne. :)

p/s:internet dah masuk sebulan ,baru nak pasang ,lembab tol ! ,redha je la. aduhai.

Sunday, June 5, 2011

macam macam

muka kucing neh dah macam aku skang dah .....macam-macam

Monday, May 30, 2011

tenet punya pasal.

 


kalau sape perasan dah lama aku tak update blog dari entri sebelum ni ,skang dah cecah hampir dua minggu .Hampir kering hati aku sebab tak dapat update.

So 'whats the problem ?' .Jawapannya sebab tenet kat umah aku belum dipasang lagi.Kata mereka,

"dik lagi dua minggu ,kita pasang la ".

Tapi skang dah cecah 2 minggu ,apa cita?.Mau kena saman ka?aiyaaa,manyak langsi maa.

"sabo man sabo"
jadi menjawap persoalan dari teman - teman baik sekalian ,sebab ape gua tak update ,tu la dia ,tunggu tenet umah aku pasang ,pastu aku update laju2.

"kisah pulak~"

no komen.

p/s;
orang kita berjanji pom pang pom pang ,buatnye tidak ,ye dak?,aduhai.Terpaksa aku cari kawasan tenet free nak main tenet punye pasal...-_-" hak3

Saturday, May 21, 2011

tutorial psd -muka cair


 salam ,
setelah berkali - kali di soal oleh manusia - manusia yang berhati kering tentang gambar - gambar yang telah aku edit sebelum ini ,cara- cara atau tutorial penggunaan psd .Aku dengan rasa rendah diri ,tergerak hati nak buat entry macam mana nak edit gambar .Sebenarnya ,bukan aku tak nak buat tutorial psd ni ,cuma aku masih amatur dan tak berapa layak nak ajar - ajar orang ,kata orang "noob" lagi .Jadi , 
"maafkan aku kalau tak menjadi ya " hehe.

"no komen".

Kalau ,korang lihat kat gambar - gambar fb ,atau kat gambar tepi - tepi blog aku ,aku selalu guna percikkan air kat gambar aku .Di dalam dunia fotografi ,kaedah ini di panggil fotomanipulasi ,dengan kata lain ,kita mengubah gambar yang sedia ada menjadi bentuk surreal atau bermacam lagi.Sebagai contoh ,otai yang selalu guna kaedah ini ialah ,team kuku besi manipulasi. Semua gambar die gempak- gempak beb.Tak rugi kalau tengok.


ok cukup dengan membebel.Jadi macam mana nak buat macam gambar diatas?.Sila ikuti tutorial dibawah:
 fokus dengan hati yang girang~

Wednesday, May 18, 2011

Pemilik Blog telur dibasuh telah pergi ...

Salam ,
ini adalah entry yang ringkas dan cepat.Baru tadi aku terbaca kat blog fakhrul ,pemilik blog Telor dibasuh @akim telah pergi ke rahmatullah .Beliau dikatakan mengidap penyakit asma dan telah berada di icu sejak beberapa hari .





sape yang slalu baca blog die pasti akan merindui gambar - gambar yang sengal2 yang selalu beliau post.Aku sendiri salah seorang peminat beliau .Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang - orang beriman .


al - fatihah...

Saturday, May 14, 2011

selamat hari ibu dan guru

salam ,
baik setelah sekian lama aku tak update,hari ni tergerak hati jugak nak update sempene hari ibu dan hari guru.Aku harap tak ketinggalan untuk aku nak buat entri ni ya ,sebab aku usha blog lain sume dah update .Yela ,"bloggers" mesti kene up to date en? hak3.

Dengan itu ,aku dengan rendah diri ingin mengucapkan

"Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru di seluruh dunia."

Kedua - dua insan ini memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan kita selain bapa kita ,jasa mereka tidak dapat diganti dan akan dikenang sampai bila-bila .

sempena hari ibu aku hadiahkan something yang special buat mama aku ,ni gambar beliau siap posing dengan hadiah hehe


sebelum bawak balik umah ,pose dulu kat kedai haha,caya kan hadiah aku ?one day i will ....insyaallah


"I remember my mother's prayers and they have always followed me. They have clung to me all my life." Abraham Lincoln

"love ya mama " ..by your lovely son.

p/s:aku dah pindah umah sewa ,tunggu nak pasang wifi baru bleh update laju-laju haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...