Sponsored by

Sunday, October 24, 2010

exam ,cuti ,life

dear jamban,
semalam dah selesai sudah dua paper yang hardcore calculus dan materials.Boleh jawap atau tidak ,susah nak diperkatakan ,tapi aku sudah berusaha yang terbaik ,yang lain hanya Allah yang tentukan.Tapi ,soalan yang diberi tidak lah seperti yang kami harapkan ,'hanya indah kabar dari rupa' cess.Walau kepala nie dah nak meletop sabar je la...




 wazzappp!memang da mereng time neh



 meje study aku da bersepah abis ,arh lantakla hehe


 ni jack geng study aku ,time neh malam sebelum exam ,jam 3 pagi.
ni la keje last minit ,duk sumbat2 sume data kat dalam otak yang kecil ini,
mau tak pecah kepala aku aduhai ...






akibat terlampau pening nak pikir jawapan ,rasa ngantuk yang amat ditambah kesejukan yang melampau ,
amat la sesuai jika aku tido je time tuh ,jadi nak hilang ngntuk punye pasal aku conteng je la kertas exam tuh ,
duk perah otak tak kuar2 idea...aduhai ..


oh ya sebelum final kami ade buat projek untuk subjek engineering design .Group aku buat pasal helicopter ,masa yang diberi 2 minggu ,tapi bese le ,smgu terakhir baru kami buat ,3 hari tak cukup tido lagi ,dan inilah hasilnya ,cool en hehe,thanks to syafiq ,nik(daus),efi,'uzair' menyiapkan tugasan ini..





senyem sampai nmpak gusi kau ,pewwh abis gak ..



hidup ini bukan senang ,
semua benda mesti ada harga yang perlu dibayar,
malah nak masuk tandas kadang2 dikenakan 20 posen,apalah sangat,
semua bende mesti ade perngorbanan dan usaha,
begitu juga dengan belajar ,exam
bagaimana susah macam mane pon ,ingat la matlamat kita ,
masa kecik dahulu kita penah susah ,
belajar untuk berdiri sendiri.
setiap kali jatuh mesti kita akan cuba untuk bangun kembali ,
dulu boleh ,kenapa tidak sekarang ,
yang penting doa dan tawakkal,


aku bukan seorang yang cerdik atau pandai,
aku seorang yang bodoh lagi hina disisiNya,
setiap hari aku cuba memperbaiki diri aku ,
mencari haluan hidup kejalan yang aku pilih ,
aku inginkan teman yang sering berada disisiku .....
cinta pasang surut,
itu aku ,jangan kisah.

lagi dua paper untuk diharungi....1.54 am

p/s;lepas exam ,aku akan cuti 3 minggu .Time cuti tak banyak la aku online ,boleh la berehat,tolong akak aku punya wedding ..
aku plan jugak nak tukar layout baru :)

aku lupa,aku malas ,aku nak berubah

lomo

malaya retro

Saturday, October 23, 2010

countless feelin.


truth is i have countless feeling right now,but i can't burst it all.i'm a loner.

Sunday, October 17, 2010

follow me

badut super gila.

aku bukan badut ,
hidung merah ,
main belon ,
make up tebal ,
buat lawak ...

aku bukan patung ,
ape orang suruh aku buat,
kalau disuruh jilat najis,
dijilatnya dia,
patung en..

aku ade satu benda yang lain daripada diorang,
"maruah"yang tersemat halus dalam diri ,
sb aku ada bende ini la buat aku memberontak ,
hey,jangan buat aku macam kuli batak ,
dah kecik buleh bagi gula2,dah besar takkan nak bagi gula2 jugak.
aku sibuk ,bukan ko sibuk pon.
aku benci bila tak dihargai,
at least terima kasih ok,
walau dalam hati da macam guruh tunggu nak sambar ko jek ,
aku pening ,byk hal lagi ,
tolong jangan buat benda sampah..
baunya melekat sampai bila2...

proE's project -helicopter by MONSTER GARAGE

Friday, October 15, 2010

musang dimana-mana puteriku.



lelaki yang hanya memandang kecantikan rupa paras sahaja, adalah lelaki yang bencikan kecantikan itu. dia akan rosakkan kecantikan itu sama ada dia sedari atau tak sedari. dia akan goda kecantikan itu dengan nafsu hingga sang pemilik rupa terkulai dalam kejahatan. hatta dia dah kahwin pun, dia akan sanggup tinggalkan kecantikan itu dan cari yang lebih cantik lagi.
sedarlah muslimah-muslimah sekalian, lelaki sebegitu di zaman ini terlalu banyak. selepas di goda-goda, di tinggal-tinggal. selepas habis manis tebu, hampas di buang.
inilah pesanan syeikh ali at-tontowi dalam buku kecilnya bertajuk puteriku. mari saya petik kata-katanya.
“tidaklah serigala itu mengingini kambing betina melainkan ingin meratah dagingnya sedangkan seseorang lelaki itu mengingini darimu sesuatu yang lebih mulia (kehormatan wanita), lebih dari daging kambing tadi. seburuk-buruk perkara adalah apabila kamu sendiri yang menyerahkan diri untuk dibaham. sesungguhnya kebaikanmu yang kau muliakan dan kau banggakan dan dengannya kau meneruskan kehidupan yang indah ini dan hidupmu wahai puteriku sebagai seorang perawan, amat mengesankan seorang lelaki dan menimbulkan kesakitan pada jiwanya dengan keperibadianmu yang tinggi dan kehalusan perilakumu malah seratus kali ganda lebih mulia berbanding serigala yang yang berkeinginan daging seekor kambing betina. demi allah! tiadalah seorang lelaki itu melihat kamu semua melainkan semata-mata mengkhayalkan kamu dengan pakaianmu lalu kemudian menggambarkanmu dalam keadaan tidak berpakaian!
demi allah! aku bersumpah sekali lagi. janganlah kamu wahai puteriku mempercayai apa yang dikatakan oleh sesetengah lelaki padamu. mereka mengatrakan mereka tidak melihat atau menilai seseorang perempuan itu melainkan pada akhlak dan budi pekertinya dan sesungguhnya mereka berinteraksi dengan perempuan dengan kata-kata yang lembut dan mereka berjanji dengannya dengan janji yang seolah-olah benar.
dusta! demi allah semuanya dusta! sekiranya kamu mendengar perbualan pemuda-pemuda ini ketika mereka sesama mereka maka kamu akan mendengar kepura-puraan mereka yang terselindung. sesungguhnya seorang lelaki tidak melemparkan senyum buat kamu, lemah lembut tutur katanya kepadamu, tidak menghulurkan bantuan kepadamu melainkan semuanya itu adalah muqaddimah kepada apa yang dihajatinya. ataupun perempuan itu masih ragu-ragu apakah dia menjadi objek sasaran, maka apa lagi? apa lagi yang mereka inginkan sebenarnya?”
petikan terjemahan buku ya binti oleh mohd najib b khasim dengan tajuk puteriku, cetakan maktabah ram, terbitan permata, mu’tah, jordan.
comel en ,takleh ngorat haha,
(from google)
aipetik drpd reen .

Thursday, October 14, 2010

cari pasal

penah tak tetibe korang duduk ,ade mamat mane tah atau pompuan mane tah datang tetibe hempuk kepala korang ,mesti panas habis en.Padahal hapa benda pon kita tak buat asal la.Tu la ,kata orang bile da bosan macam-macam benda nak dibuat ,tapi cuba la jangan carik masalah dengan menyakiti orang lain ,kang tak pasal -pasal diri merana habis.So ,boring mcam mana pon cari la aktiviti yang berfaedah dengan mengaji ke,tanye soalan kat formspring ke,tak pun tulis blog pasal orang yang dikasihi .

Kenkadang ,bukan cara fizikal sahaja ,bahkan menggunakan cara perkataan jugak agak merosakkan mood orang yang tak ada kaitan pon dengan dia.Sebagai contoh ,seorang kawan neh hanya mendiamkan diri sambil tengah mengunyah makanan,tetiba pencari pasal neh yang berada dihadapan mencari masalah dengan menprovoke mamat nih dengan cerita - cerita cinta die yang entah daripada mana datang sumbernya pon  tak tahu.Hey get ur own life la bro,toksah nak sibuk pasal hal orang okeh ,kesian kat kawan tuh aku tengok.

Entah la tetibe aku tulis pasal neh ,cuma hati tak sedap jek ,my advise ,beware that kind of person ,haih ,they will ruin ur day.


cut the crap please .


p/s;carimark tak memuaskan ,jadi usaha lebih la doi.......

mirror mirror







huhhh,lame tak edit ,tetibe rajin ,so inila hasilnya :)

Wednesday, October 6, 2010

talk

dear jamban,
kebelakangan ni badan da rasa macam tak sihat,
kejap pening ,kejap rasa nak panas,aduhai
em,sebenarnya aku ade satu penyakit,susah nak tdo malam ,
agak-agak macam kelawar,diorang cakap insomnia,tapi bukan selalu jugak ,
kadang - kadang.Harap - harap lah final ni aku sihat ,ya allah.
kadang - kadang juga aku keliru ,apakah aku buat ini benar atau tidak ,
Moga - moga dipermudahkkan untukku bertemu ke jalan mu ya Allah. amin.



"who cares,i'm on my own.i used to be that ."..see ya Jamban.

Monday, October 4, 2010

jangan baca ini rahsia!

nih aku nak bagitau sesuatu ,ko jangan cakap kat orang lain ,aku - aku kau kau jek,kalau ko cakap kat orang lain ,kene tulah selama satu tahun,ingat neh~..aku nak cakap neh, ko diam!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|






FINAL EXAM DAH NAK DEKAT,
APE KO BUAT?!!
haha,lagi seminggu dah nak final,so aku kurang update dah.ingat nih,rahsia .chow.

Friday, October 1, 2010

edisi raya (lambat)

kehadapan jamban,
Selamat hari raya ,hari yang bersuka ria ,setahun hanya sekali .Hari ni baru nak update pasal raya ,sangat la lambat,tapi masih syawal en ,so tak mengapa.





pelita ,dan tanglung (chinese new year punye (-__-"))



Raya,
pukul 6 dah kene bangun ,mama duk jerit ,suh mesin kan buah kelapa,
katanya nak buat sayur lodeh.Aku bingkas bangun ,lalu ke dapur ,menghentak kelapa dengan parang dengan rakus(aduhai malasnya).Mana taknya,malam harinya ,aku duk seronok bermain mercun bersama anak2 buah ,sambil memasang pelita di sekeliling umah (raya setahun sekali oiii).Maka ,malam itu jugak ,banyak la bunyi2 ala2 perang dunia kedua berkumandang haha.(abah yang belikan mercun tahun neh ,mercun telo pulak tuh ,pantas)







Raya,
lepas je buat persiapan didapur ,jam 8 pagi ,aku da sibuk2 nak gosok baju .Berebut la kami empat beradik sape yang gosok dulu ,aduhai .Tahun ini ,tema baju raya kami warna putih .Asalnya idea nih daripada akak aku sendiri .Putih+cepat kotor+aku yang agak2 selekeh sedikit=kotor kang baju tuh.Jadi ,bila masa nak makan je ,mahu kat umah sendiri atau umah orang lain ,terpaksala aku mencover baju aku daripada kotor.adoii.Untuk pengetahuan ,baju melayu yang berwarna perak ,putih dan hitam antara colour of the year pada tahun ini.(sumber daripada taukeh kat Jalan TAR).
                                                    tak payah beli baju kawen da,haha

 
             budak gemuk nak beraya jugak.
                                                     anak buah ,sedondon habis.

Raya,
Tak banyak rumah yang aku singgah tahun ini berbanding tahun2 lepas,rumah cikgu ,ramai yang aku tak pergi .Hanya ,rumah rakan2 yang rapat sahaja,haha.MALAS NAK JALAN.Sebab assignment berlambak tak siap,terpaksa la.Taun nih jugak ,tak banyak duit raya yang aku dapat ,haha( da besar mahu lagi kah?,rezeki ada ambik je).Tapi cukup la aku beli top up untuk 5 ,6 bulan .Tahun ni jugak ,aku hanya pergi umah nenek jek,umah maksu dah takde ,pindah .Sungguh tak best ,tak dapat jumpe mak sedara yang lain ,aduhai.

 
Raya,
MAKAN ,MAKAN ,MAKAN,je kejenye.Open house dimana2 ,tapi satu pon tak dapat pergi..Tapi ,raya jugak dapat jumpe kawan2 lama,siap buat reunion ,sungguh seronok.Ada yang da kawen ,(mungkin) ,tapi ramai yang dah berkerja.(cepat betul masa berlalu ).Aku pulak dah makin tua..haih~







tidak terlambat aku nak ucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA,maaf salah silap aku pada tahun2 yang lepas,kita bukak buku baru .sekian









Thursday, September 23, 2010

my garfield
















masa ni aku tengah seronok tengok tv kat umah akak aku,tetibe aku terpandang si gemuk cam tak gerak kat dapur,aku ingat da mati da,padahal tdo rupenye .ceit

dilusions of her


She loves me, She loves me not
She hates me, She doesn't hate me...
She needs me! She doesn't need me...
But I need her...

I LOVE HER!

Tuesday, September 21, 2010

sintetik

manusia sintetik ,
semua benda mahu ,itu ini sana,
walhal , tidak tahu langsung perihal tentang benda itu,
"saya sangat suka itu ,saya sangat suka ini"
tapi tidak tahu baik buruk benda itu
pakat redah main suka suki ,
haih itulah manusia....

loving someone is like u love for the whole part of him / her ,
dark side or bright side thats he/she is..
don't judge so easily ,or else u will fall down.....
world of puzzle.

baulu saya!


poster.jpeg










flayers.jpeg

esok akan ade perbentangan bm ,masing-masing kene promote barangan sendiri.Dulu aku pernah jual baulu ,part time.BAULU SAYA adalah nama label baulu aku ,gambar diatas adalah poster yang akan dipamerkan esok ,wish me luck.

Friday, September 17, 2010

Jalur HItam

ini la logo kumpulan kami JALUR HITAM,ditubuhkan dibawah subjek MAL113.Aku diamnahkan mencipta satu logo ,inilah hasilnya.
p/s;lepas ni nak update program masa cuti ,lame da tak update,hv fun .

biskut dan coklat

aku suka biskut ,

dan aku juga suka coklat,

biskut kalau dimakan begitu sahaja ,kurang rasanya ,

begitu juga coklat ,sekali dimakan amatla enak ,

namun bila acap kali dimakan menjadi muak,

namun jika biskut dan coklat dimakan bersama ,

rasanya menjadi lain ,amatlah sedap.



mulai sekarang ,aku akan buka lembaran baru ,

manusia baru,harapan baru ,

aku tidak boleh menjadi biskut semata-mata,

aku perlukan coklat untuk menjadi yang lebih baik ,

owh biskut ,owh coklat ,

inpirasi dahulu ingin ku jadikan kenyataan .

walau sejuta manusia menghukum aku sekalipun ,

aku tetap sama,owh coklat owh biskut

aku ketawa setiap kali memakan mu ..:)



Monday, September 6, 2010

salam aidifitri


salam aidilfitri buat semua rakan2 bloggers ,
disini aku ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan tatabahasa atau mungkin teriris hati anda semua harap dimaafkan .Jemput la datang beraya ke rumah aku ,bawak kuih skali ,duit raya? konpem takde hehe...;)

down town cheras

kepada sesiapa yang tinggal atau berada di cheras atau bersekolah di cheras pasti tahu "Down Town Cheras yang betul2 berada berdekatan dengan sekolah sains Alam Shah cheras.Pasar ini dibuka pada pukul 9 malam hinggalah pada pukul 3 pagi .Menurut eis,pasar ini tidak lekang dengan kehadiran manusia dari serata malaysia ,malah pelancong asing juga ada.Tetapi ,apa yang istimewanya pada pasar ini bukanlah kerana bilangan pengunjungnya yang ramai,tetapi "Steam Boat "nya yang sangat2 lah sedap sehingga tidak puas tatkala memakannya.Dengan hanya satu ringgit setiap satu batang ,pengunjung boleh pilih jenis steam boat yang mereka mahu.Bukan hanya satu dua jenis sahaja bahkan hampir 50 jenis steam boat yang dijual disini .




lihat ,beratus cucuk steamboat boleh dipilih membuatkan mataku rambang :)








ummh sedap wa cakap sama lu .Namun ,yang paling aku gemari adalah peparu lembu.Elastik wa cakap sama lu ..:)






Lepas makan ,kami bersiar ke deretan kedai disana.Pelbagai barangan dijual disana ,kasut ,baju ,jam dan banyak lagi.Tetapi yang paling menjadi perhatian aku adalah t-shirt yang amat rare ,ada di jual disini .Sesiapa yang pernah menonton cerita crow zero ,pasti mengenali watak genji.Untuk pengetahuan peminat2 cerita tuh,baju yang genji pakai iaitu pakaian seragam sekolah mereka turut ada dijual disini.Tetapi ,harganya pon amat la mahal hingga mencecah 180 hinggit.Disini juga,terdapat artis-artis yang mencari duit lebih dengan menjual barangan mereka ,seperti kak rosnah mat aris yang menjual kuih raya.Turut serta pelakon enot ,yang membuka gerai bersebelahan dengannya.(gambar tidak sempat diambil).Jadi kepada sesiapa yang berminat sila la datang ke sini ,bleh belanja aku sekali ya :)..



baju melayu indah

dear jamban ,
semalam round2 satu kl demi mencari baju raya .Tapak mula dari jalan TAR hinggalah ke klcc ..pergh penat amat ,macam nak tercabut kaki neh.Tapi ,jalan TAR sangatlah sesak dengan orang yang duk sibuk cari baju raya masing2,sampai habis baju melayu yang aku nak carik iaitu baju melayu silver saiz m.Namun aku hanyalah sempat beli baju untuk abah je.Nasib baik aku ade jugak beli kasut sbijik kalau tak sesia je penat lelah en..:) gambar2 kami


kat klcc ade buat pameran seni bakat muda petronas ,jadik singgah jap

kedai kasut

kat jalan TAR







time dalam train :D,siot eis aku tak sempat posing ;p




Friday, September 3, 2010

memperkenalkan kicap aka artis jalanan :D

kali nih aku nak kenalkan acap @ kicap @ diyaul acap .Beliau merupakan salah seorang lead guitar dalam jellyboone .Beliau bukan sahaja mempunyai jari yang tangkas ,bahkan mempunyai bakat yang lain iaitu kemahiran menconteng dinding bilik hahaha (-_-")





katanya disebabkan telampau bosan (mungkin otak bercelaru entah kemana) ,die mengambil jalan mudah menghilangkan kebosanannya itu dengan menconteng dinding biliknya ...(apa punya orang daa hehe).Namun ,lukisannya bukan stakat ala2 shinchan melukis dinding rumahnya tetapi gempak habis !(bangga sekejap).Kebetulan waktu itu aku lalulalang di biliknya mencari sejemput nasi ,dan terkantoi dengan aktiviti menconteng dindingnya itu.Nasib baik aku ade bawa phone aku ,jadi aku tak lepaskan peluang ,sebagai orang yang jujur amat ,aku snap gambar die conteng dinding sebagai bukti hahahaha....CHECK IT OUT!










tgk ,duk kusyuk lukis punya pasal ,tak nmpak aku kat situ hehe..:D


katanya lagi ,itu gambaran die masa hadapan sebagai gitaris terkenal wah.Kebetulan die ambik bahagian design graphic ,jadi sape2 nak suh design baju ker,buat iklan ker ,bleh mintak die buat ,bukan sekarang ,tapi masa hadapan kua2..pada wanita2 diluar sana ...dia masih single agaknya ,sape mahu kenal lebih dekat check out his blog
p/s;acap aku da promo habis2 neh bak belanja gcb ok jugak ;p





Thursday, September 2, 2010

awak harap awak dengar

awak ..saya nak bagitau something kat awak..
ermm :)
saya dah lama nak cakap kat awak tapi sya malu...

kenapa nak malu?

nanti kalau saya cakap awak akan benci saya mungkin awak takkan suka saya...

takla saya tak tak marahnya.:-).

janji tak marah?janji awak tak lempang saya?

betul saya janji ..:)

ermm awak ...sebenarnya saya nak bagitau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
maafkan saya kalau saya buat silap pada awak,saya susun sepuluh jari saya tunjuk kat awak,saya tahu saya banyak buat silap,tak pandai buat lawak ,selalu marah ,selalu tdo tak layan awak ,selalu mandi lambat sebab tuh saya nampak busuk ,jadi hari ini hari mulia ,ikhlas dari hati yang tulus...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...