Sponsored by

Saturday, February 5, 2011

perubatan cara islam -Ashraf Muslim

salam,
Dua hari lepas ,aku menemani mamaku pergi berubat secara perubatan islam.Sebelum aku menceritakan lebih lanjut ,apa itu perubatan secara islam?.Ia adalah perubatan yang dilakukan menggunakan ayat - ayat al-quran sebagai sumber rujukan utama bagi mengubat pesakit.Penyakitnya pula ,tidak dapat diubati secara moden ,kerana ia tidak dapat dikesan secara langsung,tetapi menggunakan secara spiritual kerana ia melibatkan makhluk-makhluk halus.Antaranya gangguan jin dan lain-lain yang sedia maklum.

Tapi biasanya ,kalau dikaitkan dengan rawatan moden ,satu istilah boleh dikaitkan dengannya,iaitu skizofrenia.Apa itu skizofrenia?


Skizofrenia- adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepadakognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang. 
                                                                                                                             sumber wiki.



Berbalik kepada cerita aku tadi ,aku menemani mamaku berjumpa dengan ustaz Ashraf ,atau sapa yang pernah menonton drama di tv3 ,pasti mengenali beliau dengan ustaz Amirul.Sebenarnya aku tak tahu menahu langsung tentang die mempunyai kebolehan mengubati penyakit mistik ini.Aku hanya mendengar kabar dari kakakku ,yang juga kawan kepada adik ashraf sendiri tentang kebolehan beliau.

Sebenarnya ,mamaku mengalami gangguan dari segi emosi ,sering mendengar suara yang bukan-bukan ,kadang-kadang mimpi ngeri sering menganggu fikiranya.Sebelum ini ,aku pernah menemani mamaku pergi berubat di sungai buloh.Kata ustaz disana ,adanya jin yang mendapingi mama,wallahualam.Jadi kali ini ,kami pergi berjumpa dengan ustaz ashraf bagi mengubati penyakit mamaku itu.

Kebolehan seseorang untuk mengubat ,biasanya seseorang itu mendapat qasaf ,iaitu kebolehan melihat makhluk2 halus.Membolehkan seseorang mengesan malah menghapuskan makhluk tersebut.Ia terletak dibawah kuasa ALLAH swt untuk memilih siapa yang dikehendakiNYA.


gamba mama dan ashraf muslim.


Tapi ,kalau sesiapa nak berubat dengan beliau ,perlu mengikut giliran .Nasib baik kami kenal adik beliau ,kalau tak lagi la lama.Nak menunggu masuk pon mengambil masa dua jam.Pelbagai jenis orang yang pergi mengubat dengan beliau,ade yang terlantar,ade yang duduk atas kerusi roda ,malah ade pak cik tu yang aku tengok siap pakai gas oksigen skali bawak pergi berubat.Astagfirrullah.Syukur padaMu ya Allah ,aku masih sihat sejahtera.Amin.

p/s:agaknya ,kalau sape tengok muka ashraf terus baik ek,kiddin :P

14 comments:

adila zulkifli said...

wah.ashraf pandai ubat org ke..?

Unknown said...

ari tu keluar paper.. tak silap die cakap sume orang boleh.. yg penting jgn tinggal solat 5 waktu

Anonymous said...

wah..asyraf muslim..suke dia =)

Unknown said...

wahhh terbaikla ustaz ashraf. hehehe

A.I said...

e2 ahh syukur kita sehat kan?

neway ustat nih comel la aku pon nak sakit jap boleh tak? haha!

mr delirium said...

amin..:D

CG said...

ehee..ustaz amirul lah.smart ashraf muslim neyh kan..pa2 pon hrap mama ko cpt pulih ek..amin, :)

Tieka Nadira said...

semoga mama kamu cepat sembuh.. =)

Miss Comot said...

wow...x sgka die btol2 leh obtkn org...bkn pndai blakon sje la gitu...
sg.buloh? dh dekat ni...hehe3
oh ye smoge mama imam cpt sembuh yek...

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

wah...pandainya dia...

Shira Afya Hashim said...

hurm kat syifa' darul hidayah kan? byr tak?

Tieka Nadira said...

semoga mama kamu cepat sembuh.. =)

nurulwaeda said...

wah..asyraf muslim..suke dia =)

~Dilazul~ said...

wah.ashraf pandai ubat org ke..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...