Sponsored by

Wednesday, January 20, 2010

gempa bumi di haiti....





disini serba sedikit tentang gempa bumi di haiti....bumi yang kita kenali dah tak larat dah...SAVE THE EARTH

GENEVA: Lebih 90 orang berjaya diselamatkan dari bawah timbunan runtuhan bangunan sejak pasukan penyelamat antarabangsa memulakan operasi di Port-au-Prince, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

“Ia memang berita baik. Operasi menyelamat dan bantuan kemanusiaan kini ditumpukan di luar Port-au-Prince,” kata jurucakap Pejabat Penyelarasan dan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Elisabeth Byrs.


Sehingga Sabtu, kata PBB, lebih 70 orang ditarik keluar dari runtuhan bangunan yang ranap akibat gempa bumi melanda Haiti Selasa lalu.


Dengan itu, kata PBB, 20 orang diselamatkan selepas lima atau enam hari bencana itu berlaku.


Selain ibu negara Haiti, gempa bumi sekuat 7 magnitud itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa bandar lain, termasuk Jacmel di selatan Port-au-Prince serta Carrefour, Gressier dan Leoganne.

Elisabeth berkata, keutamaan PBB kini adalah memberi bantuan perubatan, menguruskan mayat, menyediakan perlindungan sementara, bekalan air, makanan dan aspek kebersihan.


“Ketika makanan dan khemah mula tiba, petugas kemanusiaan berdepan dengan masalah mendapatkan minyak untuk kenderaan membawa bantuan,” katanya.


Program Makanan Sedunia pula sibuk merancang membawa masuk sehingga 10,000 gelen diesel sehari dari Republik Dominica yang berjiran dengan Haiti. - AFP

p/s;sumber daripada metro,may allah bless them all...insyaallah..

4 comments:

Ariffin said...

First time ko post article berfaedah. hahaha

Sesumpah said...

isk inalillah subhanallah
bersyukurlah kita masih damai walaupun tidak tenteram

conbellydiobeterisme said...

owh,ripen aku ikut ko lar....haha...aku cube ubah slow2...dah lame da aku nak wat ...cume takde idea...

Sesumpah said...

isk inalillah subhanallah
bersyukurlah kita masih damai walaupun tidak tenteram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...