Sponsored by

Sunday, January 2, 2011

ini aku

aku insan penuh retorik,
aku memandang mereka,
di balas dengan pandangan hina benci,
aku tahu siapa aku insan perosak ,pembunuh jiwa..

namun aku ada hati,
hati yang ingin berubah ,
layu diherdik dicaci,
namun aku masih ingin kental
meredah lautan makian.

siapa mereka?
berani memberi konklusi sendiri,
tentang siapanya aku ,
hipotesis murahan ,
hebat ?!
hanya sampah dipandangan mataku

kelak ,
mereka akan sedar
ya..fitrah
manusia akan kembali kepada asal
kepada kebenaran pada yang esa

namun ...hati ini musykil
sampai bila?
masih dengan pandangan hambar,
pandangan benci antara satu sama lain
wahai kawan dengarlah luahan hati kecil ini
kerana syg ,
relaku dicaci di maki di hina
demi cahaya yang bersinar di kemudian hari...

ini aku ,
hanya metofera hati yang dusta..

3 comments:

misSbLurRy said...

abaikan saja cacian mereka itu...
eheheheh anggap pujian je sudah

Cheq Tun said...

asal kau tahu diri kau bagaimana itu sudah cukup.

anOOan said...

manusia macam tu adalah manusia yang tertutup mindanya,mata hati yang dikaburi sayang dunia. kerna sayang, mereka memaki, kerna sayang juga la mereka akan sedar nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...