Sponsored by

Friday, August 31, 2012

warkah buat mama.


hari itu aku pulang ke kampung ,
setelah sekian lama tidak pulang ,aku rindu akan suasana kampung halaman
aku rindu akan senyuman ayah dan mak aku ,
mereka sahaja lah yang aku ada dan yang aku sayang,
menjadi tulang belakang aku selama 23 tahun ,
tanpa henti tanpa putus asa,

Namun..
aku perasan mama tidak lagi seperti dahulu,
yang dahulunya seorang yang kuat ,sihat ,bertenaga hatta bersemangat sentiasa,
mama kelihatan kuyu,seolah - olah dalam keadaan yang lemah,
mama yang dahulunya berisi kelihatan susut,
aku perhatikan lebih banyak kedutan di bawah kelopak mata mama mahupun di dahinya,
mukanya kelihatan cekung dan tidak bermaya ,
tapi senyumannya tetap sama ,senyuman manis yang sentiasa ada di wajahnya ,

"mama dah tak sihat mana ,mama dah semakin tua"

itu lah jawapan mama setiap kali aku bertanya tentang kesihatannya,
penyakit misteri yang sering menghantuinya masih lagi ada,
namun kebelakangan ini semakin berkurang ,alhamdulillah
penyakitnya ,yang membuat dirinya kurang keyakinan ,sering lemah dan fikirannya kusut,
hatinya tidak tenteram sentiasa ,
katanya adanya gangguan pada mama ,menyebabkannya jadi sedemikian ,
katanya adanya seseorang yang menghantar benda itu pada mama,
katanya juga mama ada kencing manis menyebabkan dia jadi begitu ,

entah la ,sudah hampir 5 tahun mama sedemikian ,
pelbagai perubatan sudah kami usahakan ,
pakar sakit jiwa ,mahupon bomoh atau ustaz sekalipun ,
penyakit mama tetap misteri,
sesunggunya hanya Allah yang mengetahui

dalam 5 tahun itu juga ,beberapa kali aku menjaga mama,
pernah sekali juga , ketika abah OT ,
mama sakit ,aku yang menjaga mama ,kemas rumah ,belikan makanan untuk mama,

"mama tak sihat ,kalau mama sihat mama tak susahkan adik"

itu yang mama selalu cakap kat aku masa dia sakit,
mama memang tak nak susahkan orang lain bila dia sakit,
tapi aku memang tak sanggup biarkan mama jadi begitu,
semasa aku sakit mama sentiasa berada di sisi aku,
ketika aku patah tangan ,ketika aku dengi ,ketika aku pengsan jatuh pokok dan tangga ,
atau ketika kepala aku terhantuk besi sehingga berlubang ,mama sentiasa ada.

kali ini giliran aku ,sebagai anak ,aku perlu menjaganya,
itu yang aku mampu lakukan ,
aku cuma harap penyakitnya itu sembuh,
aku harap mama sihat seperti dahulu ,
tidak lagi murung ,dan senyum sentiasa,
sesungguhnya hati aku tak akan tenang jika aku tahu mama sakit,
sebab mama salah seorang insan yang betul - betul memahami aku,
cukup la dia seorang yang mampu membuatkan aku gembira.

ya Allah ya Rahman ya Rahim ,aku berdoa kepada Mu,berikan la kesihatan pada mama ,sembuhkanlah penyakit yang ada pada dirinya,ampunkan la dosa yang ada padanya,curahkan lah rahmat kau kepadanya ,agar dia tergolong dalam kalangan orang - orang beriman ,insyaallah. amin.

mama,i love you.

Wednesday, August 15, 2012

Antara Aku dan Raya


salam ramadhan ,dan salam buat semua.
Suka cita di maklumkan ,saat aku menulis entry ini ,raya sudah semakin hampir.Seperti mana tahun tahun yang lepas ,setiap kali raya ,semua orang sibuk nak membuat persiapan raya bukan?,
"baju raya dah beli belum?,kain langsir dah siap jahit belum?"
semua orang dah kelihatan sibuk tak kira budak kecik atau budak besar semua nampak sibuk je kan .



termasuklah aku ini,boleh dikatakan tahun ini bukan tahun beraya mana la bagi aku ni.Sebab apa? kebetulan ,raya tahun ni dah dekat ngan final .Jadi  semakin dekat nak final semakin bertambah la dari segi assigment dan juga projek perlu disiapkan.Mahu tak mahu ,bersabar saja la,sapa suruh buat kerja last minit kan? kah kah kah ,marah kat diri sendiri la jawapnya.

Baju raya.

Dalam hidup aku ,aku bleh kira aku ade berapa ja pon baju raya kalau diikutkan yang pernah aku beli.Warna yang aku ada , ungu ,putih ,merah ,biru cerah (baju asrama dulu) ,koko, silver je kot.Selain warna tu aku tak pernah ada.Lagi pun aku bukan jenis pakai baju melayu ,entahlah bagi aku ia amat merimaskan sebab satu hari kene pakai baju melayu ,nak nak kain satin ,kene air sikit ,nah kau abis bertompok tompok la jawapnya aduhai.Aku rasa yang aku ada sekarang ialah baju melayu merah dengan silver itu pon sebab akak aku yang beli sebab time dia nak kawen dulu kene pakai sedondong katanya ,awh good things about marriage i guess ,baju sponsor eh? lulz.


baju melayu merah ,kegemaran gua ,ada majlis apa apa ka ,hak ni ja aku pakai haha.



warna putih (silver sket),juga warna kegemaran bagi baju melayu,seingat aku masa nak beli baju ni ,dah banyak habis .Katanya tuan kedai ,dah habis sebab tema warna baju ni orang selalu cari 
"ahh ye la tuh !"

so seperti yang sedia maklum ,tahun ini kerana terlalu banyak kerja (bajet sket la kan) ,aku dah takde mood nak beli baju raya mana .Mungkin tahun ni aku pakai je jubah yang mama beli kat mekah dulu ,tak pun pakai je baju melayu yang dah ada ni haa.Membazir itu amalan syaitan tau ,so jangan la membazir .haha.

Mercun?

Setiap kali raya ,mesti tak sah kalau takde mercun kan? yepp totally!.Hampir setiap tahun ,mesti ade je stok mercun kat umah aku.Kalau bukan ayah aku yang beli,kite orang pau je kat jiran umah ,haha budak budak selalunya cepat je bab mercun ni kan ewah.Tapi seryesly ,tanpa mercun cam bunga api ,raya cam tak meriah sangat.Tapi bukan suruh main mercun yang merbahaya sampai putus tangan bagai ,bodo la namanya .Main mercun bawang sudeyh 

"alah macam kau tak pernah main mercun buluh kan?"

"shh rahsia!"


see the face of innesen boy yang curik bunga api dari anak jiran dia ,kah kah kah ,awhh tak sabar nak main bunga api weh ,bak mai la sposor satu kat aku laa!


Aku ada banyak benda nak tulis ,tapi tu la kan ,kalau terlampau banyak benda letak jadi serabut .Sekarang pon dah serabut dengan projek ,ahh mampuslah .Bukak je raya terus final ,mati mati mati .Apa nak dibuat itula lumrah jadi pelajar kan?haha. Wish me luck on final exam

kalau ada siapa nak singgah umah raya mari la.Raya pertama kedua ketiga mungkin aku takde kat umah sebab aku balik kg atau kuar meronggeng,hari lain boleh sajo.Jangan lupa bawak anpau bagi kat aku yep kah kah kah!.

juga ini video ucapan raya khas aku buat ,rasa bajet macam retis la kan buat video bagai .Tapi control la jugak,kononya .Apa Apa pon ,Selamat Hari Raya!





  









Monday, August 13, 2012

kawin?

Entri ni lama aku simpan ,tapi aku tak post.Di sebabkan itu aku mengambil keputusan post la jugak.Namun entri ini cam tak kene dengan suasana skang ,iaitu bulan puasa.Tapi ,harapla anda semua menghayati penulisan aku.Insyaallah.



Mama Saya mahu kawen 

"oh mama saya mahu kawen ,kawen dengan siapa? ,kawen dengan dot dot dot"

lagu ni la yang femes satu ketika dulu ,kisah seorang budak lelaki yang meroyan nak kawen ,lagend gila lagu ni sampai skang aku layan lagi .

"dah kau menyanyi lagu ni pasai apa??,meroyan nak kawen?"

memang la nak kawen ,siapa tak nak ?.Cuba kau tanya semua lelaki atas dunia nak kawen ke tak? ,hatta gay atau lebian pon nak kawen tau tak? ,tapi yang tu kene laknat la dari Allah , haram .

Yep nak kawen tu memang la menjadi harapan bagi semua manusia ,bahkan ia menjadi sunnah bagi nabi muhammad supaya umatnya berkahwin ,antara laki dengan wanita ,demi menambah umatnya.Namun ,pokok pangkalnya ,tepuk dada tanya selera ,adakah anda mampu atau tidak? termasuk dalam syarat wajib mahupun haram berkahwin?.


"engkau ,kalau setakat 10 ringgit dalam tangan ,jangan bermimpi la nak berkawin dol"

Ya duit adalah segalanya.Hampir semua benda di atas dunia ini memerlukan duit ,yang paling mudah ,nak masuk jamban pon kene bayar duit beb ,tu pon tengok la tandas jenis mende .Kalau tandas yang macam kat KLCC tu harus la kene sampai 5 ringgit (andaian) ,kalau paling cikai pon ,yang tandas awan tu pon dah kene 30 sen ,tapi servis dia macam haram ,taik bersepah bagai jadahnya.Bayangkan la ,30 sen satu kepala ,kalau dah 100 orang sehari  dah dapat 300 ringgit,takkan la tak dapat nak bersihkan tandas tu yep.

"simpan duit pegi date ngn pakwe agaknya? ,kah kah kah".

back to the point.



Kawen zaman dulu dan kawen zaman sekarang

zaman dulu.
Apa perbezaan kawen dahulu dengan sekarang? .Banyak bezanya ,terutamanya dari segi kos.Dulu ,abah aku cerita ,nasi lemak dapat 50 sen ,lauk penuh sampai melimpah ruah .Gula - gula pon paling cikai 5 sen ,jangan terkejut ,ya semurah itu .Sebab taraf hidup dahulu berbeza.

Dulu kalau budak laki ,yang capai umur 18 tahun keatas ,dah berkerja tak kira la kerja apa ,cakap kat mak ayah nak kawen ,tup tap tup tap mak ayah dah carikan calon,senang.

Sebab zaman dulu tak mcam zaman sekarang ,nak tekel awek malu - malu ,nyorok belakang pokok ,usha awek mandi kat sungai bersama rakan - rakan ,pandang dari jauh ,oppss.Ya ,betapa mereka jaganya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Teringat kisah mak aku cerita ,atuk aku dulu memang seorang yang garang .Ye la ,tok imam kat masjid kampung ,memang seorang yang tegas.Ada satu hari tu ,ade sekumpulan lelaki nak mengorat mak aku dan mak cik- mak cik aku .Masa tu kebetulan,atok aku balik dari masjid ,ternampak kejadian tersebut.Lalu dikejarnya lelaki-lelaki tadi ,sampai diorang  lari lintang pukang .

"pak mail mari woih ,naya ,mu nok mapuh??"
kata salah sorang dari laki tersebut.

"kalau nak sangat dengan anak - anak aku ,mari sini jumpa aku ,masuk meminang kalau mu orang jantan"

terus kene maki hebat dari atok aku ,sampai tak berani kacau dah.

Tapi sekarang ,amboi bukan main lebat lagi .Sekarang nak mengorat terlalu mudah ,Facebook ,Twitter ,Google+ ,blog Skype banyak saluran sosial yang boleh digunakan oleh anak muda untuk mengorat .Bahkan ,jiran aku umur baru 9 tahun dah ada akaun Facebook dan twitter ,gile tangkas dan hebat.Hari - hari mereka duk sibuk cerita ,komen komen di Facebook,kisah relationship sesama budak kelas mereka ,owh kamon ,baru 9 tahun kot .Kids your journey  still far away .


Akibatnya,diorang tak pandai bergaul in real life,ye la asyik bermain Facebook je macam takde life ,kalau aku dulu pon petting - petting main bola ,melastik burring ,mandi lambing bagai ,i bet my life so meaningful ,and i'm proud who i am.

So ,thats the difference between elders and young generations.Mereka sangat menghargai hubungan masing - masing .Bahkan kebanyakannya ,kawen mengikut aturan keluarga mereka .Sebagai contoh ,mak aku dan ayah aku masing - masing kawen atas dasar pilihan keluarga.Total stranger,tak tau apa-apa ,cuma sekali pandang muka camtu je.Lepas kawen baru bercinta ,sangat indah .

Tapi sekarang dah tak sama,sebelum kawen lagi dah kene tau perangai.What do you expect ?,kebanyakan wanita hari ini adalah wanita yang baik?,ermm susah aku nak perkatakannya kerana ia terlalu subjektif.Kadang - kadang ,dari luar nampak baik ,namun bila dah kenal ,lain pula perangainya.

"dah kawen ,kita kene menerima segala kebaikan dan keburukan mereka"

yep its totally correct,but if you can bear it go on ,sebab kawen ni bukan sehari dua ,tapi sampai ke akhir hayat.What do you expect?.

Kos kini bertambah.

Pernah keluar dalam harian metro ,mas kawen setiap gadis mengikut kelayakan diorang ,Kecoh budak - budak Facebook bimbang ,tidak mampu nak kawen kerana kos nak kawen terlampau tinggi ,terutamanya kaum lelaki .

"abis la aku man ,awek aku belajar sampai master mampus aku ,mampus aku!".. 

ye la mana taknya ,sekurang - kurangnya dalam kocek kene la ada RM 15K ,baru la boleh kawen.Itu yang di tetapkan masyarakat zaman sekarang berkenaan hantaran kawen la.

Kalau setakat ada motor kapcai je ,dalam simpanan ada 2 3 ratus ,fikir panjang la bang oi ,UPSR pon sekurang - kurangnya kene ade RM 2000 dalam tangan ,kau hado?

"Perlu kah nilai hantaran yang tinggi dalam perkahwinan??"

Pada hemat aku ,jika di konsider dengan kondisi zaman sekarang ,mahu tak mahu ,aku rasakan ia adalah wajar.Cuba kita fikir dari sudut ibu bapa mereka sendiri.Mendidik anak - anak hingga besar bukan la sesuatu yang mudah.Dari kecil ,hingga besar untuk menyara hidup seorang anak ,mengambil kos yang tidak terkira ,terutamanya  jika anak beliau ,sambung belajar hingga ke peringkat master atau phd mahu pun hingga ke luar negara,kosnya adalah amat tinggi.

Selain itu ,kalau dah belajar sampai peringkat Phd ,of kos gajinya pon kene la tinggi .Jadi sebagai lelaki , mesti la kene yang mampu dari segi hartanya ,maksud aku gajinya harusla juga lebih tinggi dari si isteri.Bukan apa ,bimbang timbulnya isu perbezaan taraf antara bini dan suami ,ia akan menimbulkan satu masalah kelak.Sebab itu adalah bagus cari orang yang sama taraf dan bersefahaman.

so no wonderla kos nak kawen itu mahal ,mengikut taraf pendidikan seseorang itu .Bagi aku ia nampak legit ,kalau di ikutkan la.Tapi hal itu terletak pada pasangan itu sendiri.Sebenarnya
"lagi rendah kos kawen tuh ,kehidupan rumah tangga itu akan lebih bahagia",sebab kawin bukan bersandarkan wang semata - mata ,bukan nak gah ,

"eh anak aku kawen ,mas kawen dia berjuta - juta "

timbul la pulak isu riak bagai ,mengundang pada dosa .Itu nabi larang ,sebab berbangga apa yang kita ada.Adalah lebih bagus berserdahana saja dari segi hal pengurusannya.


 secara tuntasnya ,tepuk dada tanya iman tanya diri sendiri ,tanya kemampuan .Kalau nak kawin dengan anak raja ,takkan la nak buat majlis makan biskut meri ,jadi kene la usaha bersungguh - sungguh ,kumpul wang sebanyak mungkin .Tapi kalau perempuan tu betul betul ikhlas ,tak kisah la laki tu kerja apa ,kalau dah cinta ,dia terima seadanya .Ye dak?
Tapi sebagai lelaki jugak tak rasa malu ke ,bila perempuan yang sara kita pulak? duduk umah tak buat apa -apa ,malu kot.


Perihal jodoh?





Yang ni kalau difikirkan amat rumit dan kalau aku huraikan satu persatu ,mengambil masa yang amat panjang.Jadi dipendekkan,jodoh kita memang dah tertulis di arasy allah .Cuma usaha itu kita perlu ada.Cara terbaik menambah rakan lebih ramai,kenal lebih ramai orang ,sehingga satu tahap.Kita akan tahu si dia yang sememangnya teman hidup kita ,dari segi perangai ,minat semua seolah olah kene dengan diri kita .Pada saat itu, boleh la di isyaratkan ,sememangnya dia jodoh kita.

Ingat ,ikan di laut itu banyak ,ya memang banyak .Tapi tak semua ikan itu sesuai dengan cita rasa kita.Akhirnya ,satu ikan yang kita bela di dalam akuarium rumah juga menjadi pilihan kita.Banyakkan solat istiqarah ,insyaallah sesungguhnya ia amat membantu .Amin.




p/s ; aku harap future wife aku ,takde la nak demand lebih - lebih ,harapla ikut kemampuan aku.Ini kalau nak kawen nak berhutang bagai ,rasanya nak mendirikan rumah tangga tu ,sempat roboh dulu sebab kene roboh dengan ah long haha ,wallahualam .

juga kepada kawan - kawan aku yang dah nak berkawen ,mus nadhirah ,yana ,semoga kalian berbahagia bersama pasangan masing -masing sehingga ke akhir hayat insyaallah .:)

Selamat berpuasa dan berhari raya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...