Sponsored by

Wednesday, July 28, 2010

first design

body 1
salam ,
selamat malam buat sekalian alam,
akhirnya selepas berhempas pulas selama 4 jam setengah ,maka siap la satu design neh,
ini assg yang kene buat.Padahal aku da buat elok2 da,tapi last2 masa save dia ilang,jadi membazir dua jam ARGHH!hehe,takpe2 ade hikmah sebaliknya,kompenen seterusnya in progress ...:)

Tuesday, July 27, 2010

sy bukan heartless

hari ini saya nak cakap,"saya bukan heartless".Saya ade perasaan,Kadang -kadang saya dipaksa untuk menjadi heartless supaya hati saya tidak disakiti.Saya ada masalah sendiri ,jadi saya rasa baik saya jadi heartless jdi semua orang takkan tau perasaan saya.Saya jadi chill sentiasa.Senyuman ,boleh dikatakan tidak lekang muka saya.Walhal dalam hati saya hancur luluh bagai disambar halilintar.Apa makna jadi heartless?


dipetik daripada cerita rakan,..:).

Saturday, July 24, 2010

hoii ko buat apa?


Salam sejahtera,hari minggu sudah tiba,ape yang anda semua buat?.Ade yang pergi melancong kesana sesini,seperti rakanku si akram yang seronok bermandian di penang sana.Ada jugak yang keluar menonton wayang ,dengar cerita ,animasi 3d terbaru despicable me macam best.Aku nak pergi tengok ,andai kata duit loan aku masuk ,namun ibarat anjing menyalak bukit ahaks.Jadi ,disebabkan itu ,aku tidak kemana .Aku hanyalah melepet di tilam yang empuk di hostel aku ,sambil menonton movie2 dan anime yang terperap basi dalam desktop ku.Aduhai ,bosan sungguh minggu ini ya.Kadang - kadang aku berblog walking sambil makan choki2 ,lama benar tidak berbuat begitu.

Pelbagai blog aku pergi,kebanyakannya aku lihat ,ramai yang berblog nih perempuan.Kenapa ya?aku terfikir jugak.Adakah lelaki kelu untuk menulis .Mungkin ,lelaki lebih gemar aktiviti fizikal seperti futsal,bermain games (dota) ,daripada berblog berbanding wanita.Tidak hairan la ,rata - rata yang menulis blog wanita.Selain itu,kebanyakan yang menulis blog(khususnya wanita) gemar menulis tentang kisah cinta mereka wah.Sememangnya tidak salah untuk menulis hal2 perkara tersebut,tapi berpada lah.Jangan la sehingga satu cekerawala ingin dikeberkan tentang hal percintaan anda ya..:).

Ada jugak blog yang menulis entry yang berunsurkan emosi.Dikatakan hampir semua entrynya berbaur benci dan jugak perasaan down melampau.Ade jugak yang perihatin .Setiap kali entry ditulis ,mereka akan memberi semngat.Namun ,sampai bila?.Kalau si dia asyik nak emosi tidak kira masa,dan last2 mungkin mereka akan fed up.Emosi ,emosi jugak tapi jangan la sampai slalu ya.Sekian


Selamat berehat di hujung minggu.

briser la glace:shutter's event :)

hari ni ade sukaneka yang telah dianjurkan oleh kelab shutters.Banyak aktiviti menarik diadakan ,lari dalam guni berpagar 400 meter,lompat kuda ,haha gurau jek,ade main pijak belon pas2 belon,ikat2 kaki dan pelbagai lagi.Tapi antara yang terbaiknya ,aktiviti mengambil gambar.hehe dah name kelab shutter en,so byak la gambar2 candid yang diambil ,dan inilah antaranya..:)








aku buat sedikit editing,:) ..lepas neh ade aktiviti ajak la lagi ya,



p/s:sory sebab aku tertolak bola belon air ke belakang ,bukan main strategy en..gomen2..:)

pengakuan lelaki


Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah

bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.

Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...


dipetik dari pada i love islam

Friday, July 23, 2010

kene spam

ade orang kne spam see this




haha,nice try luffy..:)

Thursday, July 22, 2010

diari seorang isteri

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....a

dipetik dari akaun fb kawan aku

Tuesday, July 20, 2010

hati muda


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:
”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”
(Muslim)


Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, ’rumah kata pergi, kubur kata mari’, masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati. Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.”

Sunday, July 18, 2010

aku dan segalanya

aku mahu pegang buku itu,
aku tak mau lepas,
aku tak mau anasir luar merosakkan keiinginan ku itu,
aku mahu jadi seperti dulu memegang buku hingga ke waktu tidur,


aku simpankan rahsia,
aku simpankan segala masalah,
aku simpan semua emosi,
agar aku menjadi seorang yang matang,

aku ingin menjadi pendita,
yang menganalisis segala ilmu alam,
mentelaah sepanjang masa,
dengan harapan mengenal lebih dekat tentang kehebatanNYA.


aku insan kerdil,
berdiri di satu kelompok,
melihat gelagat manusia bersuka ria,
meneliti segala emosi yang terpancar...
satu masa ,aku sedar siapa aku...



jellyboone;3.23 am

Friday, July 16, 2010

masa kecil


masa kecil dulu aku selalu impikan nak jadi ultraman,
ada satu masa aku sanggup habiskan duit saku aku demi memakai baju ultraman,
ada juga aku pecahkan duit tabung sendiri demi memuaskan hati membeli patung ultraman,
walau diherdik dihina namun aku tetap nak jadi ultraman,..:)

masa kecil ,basikal yang selalu diimpikan adalah jenis bmx,
hajat dihati agar dapat bersaing dengan rakan2 yang lain,
moga-moga terpikat juga si gadis idaman hati waktu dahulu
namun indah kabar dari rupa ,apa yang diharapkan hanyalah basikal nenekku..:),

masa kecil aku selalu mengumpul komik ,
antara terhebat dragon ball ,dewata raya ,shin can dan yang paling disukai doraemon,
kadang - kadang aku berjalan sambil membaca komik tatkala berjalan ke sekolah,
satu masa aku sanggup menggadaikan patung ultramanku demi menambah episod yang lepas,
nak buat macammana ,aku jenis yang degil,aku mahu jugak
dan mungkin sebab itu la minat aku terhadap jepun membuak2 sehingga aku mengambil masa dua tahun demi menguasai bahasa feveret ku..:)

masa kecil ,abah selalu menjanjikan aku hadiah jikalau aku mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran,
teringat aku first time dapat no satu ketika darjah satu,
abah ajak naik kapal terbang melancong ,namun dek kerana fikiran kanak2ku ,
kereta control la menjadi pilihan utama ku ..:D

masa kecil ,teringat aku masa tadika,
aku betul2 tidak mengenal dunia pada masa itu,
aku takut untuk bergaul,dek kerana itu ,mama terpaksa menunggu sehingga habis waktu pembelajaranku ,takut2 aku lari dari tadika itu haha,
namun aku tidak bertahan lama ,
setelah 4 bulan aku berhenti dari tadika ,
dan hanya bermain dirumah ,sedang rakan2 lain belajar di tadika,
jika difikirkan balik aku ketawa sendirian haha,
mungkin sebab itu aku masuk kelas paling akhir waktu sekolah rendah,
terima kasih mama..:)

masa kecil,
aku bukan lah seorang yang kacak atau hensem atau hot,
aku cuma kecil,tidak berpewatakan,
dan hanya sekadar pelengkap bagi kelas aku ,jika dibandingkan dengan rakan2 yang lain ,
tinggi hensem belaka ,dan amatlah susah gadis2 mendekatiku kerana watakku itu,
namun aku sangat bersyukur ,
aku suka pergi libry dan tidak menghabiskan masa mengorat seperti rakan2 yang lain,
teringat aku ,buku kegemaran utaman ku 'cerdas' jika aku tidak silap,
yang mengisarkan tentang sains dan kehidupan ,
dan pada masa itu la terdetik dalam hatiku nak jadi saintis...:)


masa kecil ,terlalu banyak ingin aku coretkan ,
kenangan bersama arwah,
menangkap ikan ,lastik burung ,
mandi lombong ,hampir lemas di pantai,
yang mungkin jarang dirasai kanak kecil masa kini ,
yang hanya sibuk dengan ps2 ,psp dan lain2
aku rindukan masa kecil ,
suci ,banyak persoalan ,
banyak harapan..
owh masa kecil

Thursday, July 15, 2010

angel by jellyboone


life is so cruel,
life is so hard ,
i just dont wanna be scare,
i hope u were here,

chorus,
coz you are my angel,
i want to start over again,
please dont let me feel alone
you are my angel,
i gonna star it over again,
please let me be the one

my heart in a pain,
i dont know when is the time,
till the day i die,
i just wanna see u,
the angel in my dream

repeat chorus,

before i go ,i hope i can see you and start it again..my angel

Monday, July 12, 2010

tahniah spain..

ni la gambar budak2 yang riang ria gembira tatkala spain menang ,aku pon masuk skali hak3,tahniah spain,holland hebat tapi ,si iniesta pulak wat gol saat akhir aduh.hehe,anyway,pagi tuh havoc habis,walau mata ngantuk nak mam,namun ku gagahkan diri jua haha..see u 4 years later gheghe..wakawaka ey2

Sunday, July 11, 2010

malam neh holland lawan spain

malam neh akan diadakan tayangan perdana antara holland dan spain ,jam 10 malam.Walaupun pasukan feveret aku tak dapat meneruskan perjalanan mereka ,iaitu jerman,namun aku harap holland menang hehe..jangan marah .Program itu diadakan di dewan sarjana di uniten ,tiket free haha,bawak ar badan dan juga sedikit makanan.Banyak bende aku nak nak update untuk sem nih,namun ,byk bende perlu diuruskan.Oh ya,uniten akan mengadakan battle of the band ,insyaallah jellyboone akan masuk pertandingan tuh..pakai mai datang ,nnt aku ulas pasal tuh...sekian

Friday, July 2, 2010

pic


bukak sem rambut baru?

Kisah bermula,aku duduk bersembang makan bersama mak dan ayah aku ,sedang asyik mengunyah rakus ayam ditangan ,tetiba rasa macam ade mata sedang memerhatikan aku ,"ish kenapa neh ,nak makan pon rasa macam tak sedap hati je",bisik aku.Rupa-rupanya ,ayah aku sedang asyik memerhatikan aku,tetibe die kate,"panjang rambut ?,dah mcam mop lantai je abah nampak ,macam rambut orang lepas cerai pon ade,nak suh abah tolong kerat ker?gunting ade dah kat depan sane tuh,tungguh tuan hulur kepala jek nak?",sapa ayahku."aiyaa,terkantoi sudah ,habis la macam neh ",bisik aku lagi lam benak hati."mampuih kalau abah kerat,harus macam helmet apollo jiran sebelah".
Teringat aku time si eis kene kerat rambut ngan abah,die ambik tempurung letak atas kepala ,lepas tuh ikut betul2 baik punya potongan jadi bentuk cam tempurung tuh.ARGHH! tidak ,naya aku kene gelakkan oleh rakan2 sejiwa di kampus nanti.Mahu tak mahu ,terpaksa la aku cakap,"ala nanti kita pegi bandar ,kita potong la kat kedai gunting rambut.hehe".,Sebijik muka sposen diberikan pada abah agar dengan harapan ,ditangguh la niat untuk memotong rambutku.
Namun ,harapan nak tangguh berkecai ,tatkala abah kata ,"elokla tuh meh iku abah pegi potong rambut .Lame dah tak potong neh,rasa2 nak buat gaya FLAT TOP."..... HAH!,lalu dengan berat hati ,aku ikut la abah pegi potong rambut skali ..ADEI..baru nak simpan sampai sem depan haha...hasilnya?tgk gamba atas.Jangan termuntah da la hehe.Tapi ,aku rase cam ringan pulak kepala lepas potong .Malas nak fikir nak "BOJENG" kate orang ganu.haha...

Thursday, July 1, 2010

ape neh

hari nih aku men futsal balik kul 3 pagi then lepak2 sampai la kul 4.Padahal pagi tuh nak pergi uniten ambik offer letter.Sampai la aku tertido hingga pukul 3 petang haha.(subuh sempat ).Pastu lpas bangun baru teringat nak ambik surat tuh ,seb baik pejabat tutup pukul 5.Jadi bergegas la ku dengan bergayanya memakai baju dan jaket berserta seluar jeans yang baru dibeli dua tiga hari lepas rasanya.Pantas aku menaiki kereta dan memcut laju ke jalan raya.


Namun,dalam perjalanan antara cheras ke sungai beli ,tetibe jalan jam pulak dah ,agak2 45 minit stuck dekat sane,alahai,dalam pukul 415 baru la sampai uniten.Sampai je disana ,aku berlari anak ke pejabat registrar .Sampai je "akak bleh ambik offer letter ,kata satu hari bulan kan?",soal aku."dik ,sorry la ,adik kene ambik 5 hari bulan sebab registrar dah tukar pagi tadi .Diorang suruh akak cakap macam tuh."jawap akak yang jage kaunter tuh.Nasib baik akak tuh ayu ,redup jap hati aku yang membara."apa ?,nape tetibe tukar last minit ,aduyai !,abis tuh ramai tak yang datang ambik?"tye aku lagi ."tadi ade sorang budak dari serawak datang ambik"...perghh,bapak kesian ..haih uniten .Sebelum pulang sempat beli nasi arab ,seb baik ,berbaloi sket aku datang haha.sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...