Sponsored by

Thursday, November 17, 2011

photography : LIGHT GRAFFITI .

Light Graffiti bermaksud ,teknik fotografi yang menggunakan kamera ,dan menggunakan setting pada kamera anda membolehkan anda seolah melukis ketika kamera di ambil.Sejak kebelakangan ini ,Light Graffiti semakin popular di malaysia ,kerana bertambahnya bilangan individu yang mempunyai Kamera Dslr ,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ,satu perkembangan yang baik.Sekaligus ,lebih ramai yang berminat light graffiti.

Antara team light graffiti yang terkenal di negara kita adalah team "hikarimoji" ,bermaksud ,tulisan cahaya di translate kan dari Jepun ke Malayu.Kalau sape yang nak tengok ,atau jadi bahan rujukan ,bleh usha Facebook mereka disini ,dan mereka juga mengadakan bengkel ,bagi mereka yang berminat ,lebih lanjut layari facebook mereka.

                           
                 hasil karya daripada team hikarimoji ,dalam tulisan khat ,sangat hebat.

Juga ,ada satu blog ni tetibe aku terjumpa ,dia punya design light grafitti sangat cantik ,sape nak tengok usha  blog bizsign
                 

kolaberasi beliau dengan altimate ,semat .



Justeru itu ,satu "sharing class" telah diadakan oleh pihak shutters Uniten ,bagi mereka yang berminat atau ingin belajar Light graffiti ini ,berkongsi antara satu sama lain ,tanpa mengira pro atau tak pro.Jadi tak ada la rasa gap antara satu sama lain .

Berikut merupakan ,hasil daripada usaha kami pada malam tersebut.Team rumah aku ,padil ,syafiq waseem,ashwan dan aku sendiri ,merupakan individu yang terlibat bagi men"design"kan atau membuat light graffiti itu sendiri .Kami masih noob lagi ,tapi boleh la jugak buat profile pic kat FB tuh ,orait usha gambar di bawah .














semua gambar di kreditkan pada Syafiqjay Photography ,dan uniten shutters.

kalau lihat gambar diatas ,ade part yang wujud bayang2 kaki orang ,dan kadang-kadang ada kabur .Ini merupakan perkara baru bagi kami ,lepas ni boleh buat lagi baik insyaallah .

Monday, November 14, 2011

takdir dan jodoh




percayakah kamu pada takdir?,
Takdir dimana setiap kejadian yang terjadi dalam hidup ini telah di tentukan yang Maha Mengetahui?
Bila kita mati ,setiap saat yang kita lalui berkait rapat dengan takdir.

Jodoh ,jugak merupakan satu takdir.Kadang - kadang ,dua orang yang sering bertemu ,tetapi tidak kenal antara satu sama lain ,menaiki tren yang sama setiap hari ,tanpa mereka ketahui apa nasib mereka.Sehingga lah suatu hari ,dalam satu majlis mereka berkenalan

Mereka bercerita antara satu sama lain tentang perihal mereka ,tanpa mereka sedar ,rupa-rupanya mereka telah bertemu setiap hari tanpa mereka sedari,itu lah takdir.

Percayakah kamu?sebelum kita dilahirkan ,setiap manusia yang kita kenal semasa didunia ini ,telah ditemukan Allah ,di alam arasy.Roh kita telah pon bersama dengan orang tersayang ,dan bersama - sama mereka .hingga lah kita di lahirkan ,Allah melenyapkan kembali ingatan kita

Sebab itu la adanya Deja vuu ,perasaan seakan - akan pernah kita kenali ,sewaktu kita melihat wajah orang yang kita tidak kenali .

Malah ,takdir juga memacu hidup kita sejak dari kecil.Mungkin ada sesetengah tidak berjaya dalam ujian peperiksaan ,namun berjaya dia alam pekerjaan ,menjalankan bisness sendiri ,sehingga membina empayar,itu lah takdir mereka.

Malah soal cinta dan perasaan juga berkait rapat dengan takdir.Kadang - kadang ,seorang lelaki itu mempunyai ramai wanita yang ingin memilikinya ,namun semuanya di tolak .Model ,penyanyi sebut sahaja wanita yang cantik jelita ,semuanya di tolak mentah - mentah olehnya.Namun suatu hari ,si lelaki itu berjumpa dengan gadis kampung ,menjaja kuih di tepi jalan,lalu di belinya kuih itu .Dipandangnya wajah wanita itu ,namun tidak di endah oleh wanita tersebut .Lelaki itu pelik ,lalu setiap hari memerhatikannya setiap kali dia menjaja kuih .Hari makin hari ,si lelaki itu jatuh cinta dengan budi bicara gadis tersebut ,walhal gadis itu hanyalah menjaja kuih ,siapa sangka,itu gadis pilihannya ,itulah takdir.

Love is a blind ,its unpredictable ,

selalu pepatah ini diperdengarkan ,siapa tahu ..:)


sekian ,

jellyboone @jambancomel @emam.

Thursday, November 10, 2011

new header 2011

Kali ni aku nak tukar mood ,kalau perasan header sebelum ni agak simple dan biasa jep.Jadi adanya sedikit masa yang terluang ,aku cipta lagi satu header ,sebab header sebelum ni dah nak setahun tak tukar .Biasanya setiap tahun pasti aku akan buat perubahan pada blog ni ,ubah selera sket kadang - kadang ,tak la bosan sangat kan?,haha. Jadi ini lah hasil usaha aku satu jam setengah,





sedikit diskripsi tentang header ini ,nape aku design camtuh hehe:

gambar muka: gambaran kepada "comel"
logo jamban : menyerlahkan lagi "jamban"
tulisan tepi kepala : kandungan yang ada dalam blog ini

moto jugak aku tambah sket "don't forget to flush" .
So ,apa pendapat korang ,ok dak? ,komen di alu alu kan ,atau sebarang cadangan bleh jek komen kat aku ,ok.Jasa anda amat dihargai .Aku cuba improve blog ni dari masa ke semasa haha.

p/s;kalau nak usha header sebelum ni ,klik sini

Monday, November 7, 2011

imam bukan zukarnain.








Pernah tak aku cerita yang aku ada dua nama ,rasanya tak kan? ,mungkin yang tau pon rakan - rakan yang satu sekolah rendah dan satu taman tempat aku tinggal dahulu.Yep memang aku ada dua nama haha,


Al-kisah,
Tahun 1989 ,telah lahirnya seorang bayi yang agak2 sangat comel ,dan mempunyai berat badan bayi pada ketika itu 1.5 kg  ,dikatakan paling berat dalam ahli keluarganya.*tidak diketahui butiran nya dengan lebih jelas ,tapi itu la faktanya.Pada tahun itu juga ,pihak hospital menjadi riuh rendah menyambut kehadiran bayi yang telah lama di tunggu -tunggu oleh mereka selama ini.7 November ,adalah tarikh keramat bagi bayi ini kerana ,pada tahun itu juga la ,tahun ular bagi bangsa cina berkenaan perihal tahun ular bagi mereka .






``Tahun ular,merupakan tahun yang paling grand antara semua tahun yang ada" ,bilang Pak Derus yang juga ayah kepada anak yang telah di lahirkan itu.Setelah di lahirkan ,di azannya anak itu ,di basuhnya segala darah dan juga sisa - sisa uri yang ada pada badan si comel itu .

terus diangkatnya Pak derus bayi yang comel itu ,dan di tanya pada isterinya .
"doh nok bagi name mende ke budok nih " ,dengan slang terengganu ,pak Derus bertanya pada Kak Dah .

"apa kata bagi dia nama zukarnain?,sebab dengar jiran kita si Jamelah panggil anak die Naim tuh " ,dan pada jam 2.30 pagi ,7 november 1989 ,zukarnain bin idrus ,diberikan pada bayi yang kiut itu.

  Masing - masing sibuk memegang bayi itu ,"nak pegang naim ,nak pegang naim " ,kerana waktu itu tiada bayi yang secomel si naim itu.
"bang bile besar ,abang harap si naim nok jadi mende?" ,tanya Kak dah pada Pak Derus .
"saya harap ,besor2 kekgi ,bleh la jadi ustaz ker ,jadi alim ulama ke ,tak pun jadi pak imam " ,besar hajat pak derus terhadap Naim .


   Pada waktu kecil ,Naim ni seorang bayi yang tak bape banyak bunyi .Bila dia lapar baru la die merengek - rengek menagis ,baik budak itu,tapi ada jugak sifat tak baiknya ,suka rosakkan mainan yang diberikan padanya.


        Dipendekkan cerita ,setelah naim berusia empat bulan ,satu kejadian telah terjadi ,dimana mengubah terus nasib Naim dan Pak Derus sekeluarga.Satu hari ,sedang Pak Derus mendengar khutbah Jumaat di masjid Kampung beliau ,dan tajuk yang dikhutbah kan waktu itu ialah "Iskandar zukarnain".Tajuk itu benar- benar sangat berkaitan dengan Pak Derus ,dimana kedua - dua anak beliau di beri nama Iskandar dan adiknya Zukarinain.


      Pada waktu itu lah khatib membicarakan perihal nama Iskandar Zukarnain itu sendiri .Dimana ,iskandar itu bermaksud maharaja atau raja ,mana kala zukarnain itu adalah dua tanduk.Di ringkaskan juga ,Iskandar Zukarnain itu bermaksud ,raja yang menguasai dua wilayah .*sumber yang tak bape nak betul jugak :).


     Jadi teramat terkejut la Pak Derus mendengar khutbah Jumaat pada hari tersebut,lalu pulangnya beliau ke rumah ,dengan hati gusar.

"dua tanduk?? zukarnain ? betulkah?,takkan nak bagi anak nama maksud dua tanduk" bisik pak Derus dalam hatinya.


lalu dibincangkan soal tersebut dengan isterinya Kak dah 


"saya rasa kita patut tukar la nama anak kita tuh ,maksud nama dia tak berapa sesuai la" bilang pak Derus pada Kak Dah.


"saya pon rasa camtuh ,jadi apa nama kita nak bagi?" tambah kak dah lagi.


"saya dah bincang ngan ustaz tadi ,apa kata kita namakan anak kita imamuddin,dengar kata adanya seorang ulama tersohor yang mempunyai nama demikian"


"alhamdulillah ,bagus jugak tuh ,ketua segala imam maksudnya kan? sesuai sangat ,saya harap anak kita jadi imam pada suatu hari nanti"


Pada usia empat bulan ,takdir naim berubah ,kini dia tak dipanggil naim lagi ,kini dia mempunyai nama baru imamuddin,nama yang sudah ditakdirkan Allah untuk diberi beliau .Alhamdulillah ,selepas seminggu urusan penukaran nama berjalan lancar ,dan tercatit la di belakang surat beranak beliau ,


"zukarnain telah di tukarkan nama kepada imamuddin bin idrus".


 Dan kekal la nama itu sampai sekarang ,saat ini dan ketika ini beliau sedang menulis ,dan saat ini juga dia telah menjangkau umur 22 tahun .Selama 22 tahun itu lah beliau membawa nama ini kemana mana.


Teringat lagi pada waktu sekolah ,kawan - kawan selalu  mengejek beliau pak imam pak imam ,dah kesan daripada itu ,beliau sering dipanggil menjadi imam ,berkat dari nama beliau.*ketawa kecil ,disebabkan itula ,dia memaksa diri untuk menghafal segala doa yang ada ,menghabiskan surah2 dalam al quran, supaya tidak lah kaget ketika di suruh nya menjadi imam ,alhamdulillah :) .


 Jugak pernah sekali ,suatu hari ,guru kelas bahasa inggeris meminta surat beranak ,bertujuaan untuk buku rekod, diberinya surat beranak beliau ,terus di makinya oleh madam pada waktu itu ,


"ni sapa punya ni haa imam? adik awk punya eh? sape zukarnain"


Pada waktu itu la nama zukarnain dipersalahkan walhal ,


"cikgu lupa tgk belakang kertas tuh cikgu ,telah tercatit satu nota kecil yang memberitahu nama telah ditukar " 


terus ,madam tersipu - sipu malu ,kerana tersalah sentap dengan hal yang tidak patut.*ketawa kecil.


bersambung...




kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi siapa yang sanggup wish besday aku dari Fb sampai la ke twitter dan sedikit di phone *sebab aku jarang pakai phone.Di sebabkan itu jugalah ,handphone aku hilang pada besday aku .Phone yang aku beli dengan duit sendiri ,"htc touch two" nama yang gah ,bagi dua tahun lepas ,tapi tak sehebat iphone atau blackberry sekarang ,namun cukup bagi aku untuk mesej dan menelefon keluarga dan rakan - rakan .


"perasaan diri ini sekarang ibarat ,aku kehilangan kekasih yang telah lama aku cintai ,sayangnya aku pada handphone aku yang itu " aduhai.







    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...