Sponsored by

Thursday, December 9, 2010

taman shah alam photoshoot















mencari konklusi kebahagiaan





setiap hariku belalu dengan sama ,
tiada perubahan ,
ianya kekal di takut yang lama
aku bangun pagi ,mengadap jam loceng yang memekik memanggil tuannya supaya bingkas bangun,
macam biasa aku hempaskan jam ,nak hapuskan gelombang bunyinya yang melebihi pekikan anak jiran menangis,
 bukan diatas lantai ,tapi diatas tilam yang empuk elok yang aku bermain mimpi setiap hari.
yep ,aku sayang jam loceng aku itu yang aku beli di pasar malam dek kerana kasihankan gadis yang menjual jam tuh membuat muka 5 sen ,menagih simpatiku supaya membeli jam itu .Maka ,jadilah jam loceng itu mangsa hempasan ku setiap hari..:D

macam biasa juga ,
aku bingkas bangun dan meluru kearah bilik air dengan harapan menjadi orang pertama yang hadir masuk kedalam bilik air,
namun macam biasa jugak ,aku menjadi orang terakhir yang akan mandi ,dek kerana malas yang terbuku dalam diri ini untuk bangun ...dengan sebab itulah aku antara orang yang lambat masuk kelas..

ouhhh,tabiat manusia ,sifat malas ,tangguh tuh memang ada ,aku tidak mensasarkan pada lain ,tapi pada diri sendiri...

yep ,aku usang ,penuh dengan jiwa hitam..


kebahagiaan ...
itulah yang aku cari ,
sudah lama hati ini meronta-ronta merajuk ,
mana hilangnya kebahagiaan..
hari berganti hari ,perkara serupa berlaku..
jiwa aku kosong ....menanti kebahagiaan ..

sehinggalah suatu hari ,
aku bermimpi ...
aku mendapat sinar cahaya ..
kebahagiaan semakin hampir..
semakin mendekati diriku tanpa ku sedari..

namun ,
aku runsing ,aku risau jika ianya mimpi semata2
tetapi ,tatkala hadirnya cahaya itu ,
aku menjadi yakin ,
aku menjadi semangat ...
ya itulah kebahagiaan...dan itulah MAYA..


walau timbulnya duka dan nestapa,
hati aku masih tenang ,
bahkan semuanya menjadi senang ..
aku lebih bersemangat ,dikuliah ,dipadang mahupun diiinternet ..:P
yep ,persaan yang tak pernah aku alami seumur hidupku

terima kasih cahaya ,MAYA...:)
biarlah aku jiwang sendirian ,hakikatnya aku manusia biasa ada persaan jugak ....

Saturday, December 4, 2010

malam menanti kau berbicara



setiap detik dan malam ku menunggu ,
saat dikau titah bicara,
tentang dirimu yang indah ,
bagai seribu bintang di langit

mimpi malamku kian berubah,
saat aku mengenali dikau.
mimpi indah kian terjadi
membuatkanku terlena sampai bila-bila

kau pujaan ku ,
yang ku tunggu sekian lama,
yang seringku harapkan
inginku kenalimu dengan lebih dekat,

setiap memori bersama mu,
akanku kumpul kesemuanya
dan kan ku semadikan dalam kotak memoriku 
agar aku takkan lupa sampai bila2,

wajah berseri2 yang terukir diwajahmu,
melusuhkan semua resah dihati,
menghancurkan segala unak duri,
yang terbenih dalam hatiku,

bagai bulan dipagar bintang,
setiap masa ku ingin disamping padamu..

hanya untuk mu ...
jamban,3.58 am

mana satu pilihan anda


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
antara jodoh dan cinta ,apakah pilihan anda??fikirkan lah,cinta hanya kerana allah dan hanya kepadaNYA.
p/s;jamban in jiwang mode :),dipetik daripada iluvislam.com

Thursday, December 2, 2010

gile kartun-imbau kenangan lalu

Boleh dikatakan hampir setiap individu mempunyai zaman kanak2 yang berbeza,namun ade satu yang sama ,iaitu kebanyakannya suka menonton kartun.Bagi jamban ,bila diimbau zaman kanak2 ,kartun yang menjadi feveret top 5 list dalam senarai kartu jamban ,adalah:

  1. dragon ball-dengan bebola api,super saiya ,maha dewa kaiou
  2. doremon-pintu suka hati,sore giant yang hancur,nobita yang slalu kene buli last2 dibantu doremon
  3. futurama-bender yang slalu buat jahat ,ditambah dengan lawak sengal dari professor,lila,dan lain2
  4. tom n jerry- aksi kejar mengejar antara tom n jerry ,tapi tom kucing yang slalu kne buli ngan jerry dengan bengapnya :)
  5. shincan-jamban sangat2 suke,dan banyak jugak terpengaruh dari cerita neh,aksi budak kecik yang agak kurang ajar dengan lawak selamba amat menjadi kegemaran ramai *jgn ajar anak anda baca buku neh kalau mahu anak anda menjadi baik hehe*
Di fb ,ade perkara menarik telah berlaku,ramai ahli telah menukar gambar akaun mereka ,dengan gambar kartun masa kecil.Ia ada perkara yang sihat ,kerana kita dapat menhayati saat2 kita kecil dahulu ,kadang2 bile da besar kita menjadi serius ,dan kita lupa saat2 kita kecil dahulu.Ayuh tukar gamba profile anda :)


antara gambar rakan2 yang menukar gambar profile mereka kepada gambar kartun :)

Saturday, November 27, 2010

25 things about jamban

25 things u have to know about me ;p,tagged by asmaroro thanks :)


  1. i like green and orange color.most of my gadget r in green,my lappy,my i pod ,my sandals ,nds bag,ear phone haha
  2. j have many hobbies ,playing guitar ,photo design ,drawing ,singing,playing soccer,joking haha
  3. my true ambition is wanna be a successful engineer with a happy family.At the same time,i hope i can be designer and musician ;p
  4. sometimes ,i can't sleep at night ,insomnia ,thats what they called.it will happen if i drink coffee haha
  5. i speak and write three language ,nihongo(japanese),malay ,english.I learned nihongo ,after spm.
  6. i can keep secret ,besides i have many secrets .
  7. i speak when i sleep
  8. i clashed many times,i think i'm not suit for love
  9. i won plasma tv recently ;p
  10. i will marry at the age 26 - 28 after i got what i want.
  11. this year birthday i've  sandal as present from my sister
  12. i like kids
  13. when i hate someone ,i make it forever unless she or he apologize to me
  14. i can flip my tongue
  15. i can remember someone's face but i can't recalled their name
  16. i broke my hand when i was 15,i got 20 stitches after surgery
  17. i had 2 plate of steel in my hand
  18. i currently stdy at uniten ,taking bachelor of mechanical eng,
  19. i've been hospitalized many times ,due to break my left hand (15),dengue(16) ,nose surgery(5month ago) ,fell off from ladder and smack my head when i was 8.
  20. i have a cat ,himawari
  21. i like girls with baju kurung :),nampak sopan
  22. i talk fast
  23. i can read people sometimes
  24. i have tiny heart ,i can be sensitive sometimes,but i'm not serious ,;p
  25. lastly ,i love to sleep...;D

Tuesday, November 23, 2010

himawari get well soon

semalam aku dapat satu berita yang mengejutkan.Himawari dikhabarkan hilang daripada rumah sewa kakakku.Katanya,dalam pukul 5 lebih ,die sedar yang himawari tiada .Puas die mencari di merata-rata tempat ,namun ,masih buntu.Kerana kelaparan ,akak aku mengambil keputusan turun pergi ke kedai dari umahnya yang berada di tingkat tiga.Abangku menemaninya sambil mencari himawari.
Tetiba abangku terlihat kesan darah di atas lantai .Diintainya dia di merata tempat .Alangkah terkejutnya dia ,rupa2nya darah tersebut milik himawari.Himawari dikatakan patah geraham giginya ,manakala kedua2 kaki depannya bengkak .Dia telah jatuh dari rumah akak aku daripada tinggkat tiga..Patutla susah nak jumpa.Seb baik akak aku sempat anta ke klinik ,namun ,doktor kata kakinya mungkin patah ,tapi x-ray tak dapat dibuat lagi ,tunggu sehingga bengkak kakinya hilang.

Kini ,himawari masih trauma.Tidak dapat makan dengan sempuna,hanya mampu minum air.HImawari harap cepat sembuh T_T.

Sunday, November 21, 2010

to her

at first place .i don't really like being in love,
love without marriage just a rubbish,
don't get me wrong like i hate love,
i make my decision,i just wanna be single,no hurts feeling ,i'm happy with that.
I don't care people say that i'm gay or what ,i'm the family guy ,married and then
 falling in love.Right now ,i'm focusing my true ambitions.Engineering.music,design...

love haha ...i don't want it anymore.

Saturday, November 20, 2010

cuti2 mesia weh

Berada dirumah tanpa berbakti ,dengan hanya mengumpul lemak amat membosankan diri.Jadi ,dikabarkan ayahku kami bakal pergi ke Bukit Gambang City Waterpark seolah pemecah kebuntuan kebosan aku yang amat.Hari keluarga Bp chemical akan diadakan disana.Gambang waterpark,dikatakan antara wet park yang terbesar diasia.Pergi ke sana ,sudah lama aku impikan.Sekadar mendengar kabar dari rakan yang pernah ke sana,amat memeritkan diri.Namun semalam ,hari sabtu bersamaan  20 haribulan 11 ,2010 ,aku jejakkan kakiku kesana dunia ,yeah.





Dengan bayaran 20 ringgit ,anda boleh bermain pelbagai jenis permainan yang disediakan ,antaranya ,ombak tiruan ,slide tunnel dan lain2 aku malas cite.Yang paling best adalah yang luncur tu lar.Rasa nak tercabut jantung neh mak oi,laju dan kepala rasa cam nak hantuk ke dinding .



Sebenarnya ,pengusaha tempat ini juga adalah orang yang sama yang telah bukak Sunway Lagoon .Jadi beruntung la bagi kami golongan yang tinggal di area kuantan nak bermain air ,sebab nak pegi sunway lagoon ,jauh beb.




Malam harinya pula ,makan malam telah disediakan.Selain ,acara Cabutan bertuah turut diadakan sambil-sambit tetamu menjamah selera mereka.Bukan itu sahaja,acara karaoke turut diselit antara cabutan bertuah.Hadiah tahun ini amat lah hebat2 belaka,mesin basuh,handphone,hebat la katakan.Tapi apa yang syok nya,kami dengan no cabutan 067 telah memenangi TV PLASMA 42 inci daripada LG!!!!!!!!!!!!!!!!!giler beb,iaitu hadiah yang paling utama,tak penah hayat dapat no satu.Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya.. zaaaaz~



p/s;jamban ade jugak karaoke nyanyi lagu mencari jodoh dari Wali Band,sesuai memikat gadis2 yang hadir ,kiddin ;p

Thursday, November 18, 2010

matinya peanut.

salam ,
hari ni aku on9 selama 2 jam ,nak upload gamba yang baru edit (ok tak? haha),ditambah juga nak tahu keadaan semasa di fb dan di blog.Terima kasih pada jiran kerana sudi meminjam broadbandnya skejap...

Ya peanut @ burung merpati yang aku bela dah mati T-T.Dalam empat hari yang lepas.Macam mana dia mati?agak pelik,dia mati kerana dimakan oleh seekor musang.Selama ini ,tak penah pon musang masuk kedalam kawasan perumahan kami ,tapi kali ini berlainan.Sebelum ini jugak ,arnab yang dibela aku telah dibaham anjing ,yang mungkin datang dari kawasan semak dibelakang umah.Padahal tak penah pon aku tengok anjing kat kawasan umah aku,nak dengar salak pon tidak.Sekarang ,reban ditepi umah tu dah kosong tanpa penghuni .Bila bela je asyik mati kene makan ngn menatang lain susah tol.Sebelum ni ada jugak kisah ,merpati di umah jiran aku   ,10 ekor hilang sekaligus ,hanya tinggal sekor,tu pun sebab terbang.Mungkin angkara si musang neh.

Aku sempat kurung si musang tu dalam reban ,tapi esoknya da hilang ,die lubangkan sangkar tuh.WTH ,baru ingat nak bela musang haha.




Selamat HAri RAya AidilAdha






p/s;
to Queen M;thanks 4 the advice ,aku tak tahu pon merpati adalah PEST.Da tak bela dah ,aduhai..:)

si cili padi

sape si comel neh?my gf wanna be?aha..hehe tak la ,die neh ratu ,anak wed planner akak aku ,yang bestnye  tentang die,she got a talent as photographer ...:) ,kecik2 tapi pandai ya..haha ,katanya besar nnt nak jadi photographer cam ayah die bukak kedai sendiri ...:),comel

new head






antara dua neh yg mana ok?give a comment :)

Friday, November 12, 2010

burung buat main

tgk tajuk entry nampak da gempak en ,silap ada yang pk lain haha..burung yang aku maksudkan adalah si Peanut ,hitam legam manis comel burung merpati belaan ku




die neh kan ,tiap kali aku panggil die buat dunno jek,kalau letak makanan mesti laju je datang.Kalau dilepas ,die pandai cari jalan pulang .Sbab tu zaman dulu gune merpati sebagai posmen .Mula2 ada dua ekor,siputih ,dia hilang mana tah.Dah la dua2 jantan ,mana nak bertelur ,jadi cam gay lak haha.adoyai ..kene cari pasangn baru tuk die ...sape berkenan lalala

langit dan cinta

"semakin hari ,semakin jauhku rasa ..
masa kian memandang pergi dari ku 
setiap malam ku cari semua memorimu
duka nestapa hati ku tinggalkan 
oh cinta usah ko lari ,tinggalkan ku disini ..
akanku dongak kelangit setiap kali ku teringatkan mu"..

Wednesday, November 10, 2010

bila banjir ,ape yang paling laku??

pagi tadi akibat tak leh tdo dari semalam ,tepat jam 8 pagi ,aku klik button tv dan bukak berita tv3.Intisarinya masih berkisarkan tentang isu banjir dan keadaan semasa di kedah ,perlis dan kelantan negeri2 yang dialnda banjir.Apa yang menariknya dalam berita pagi ni berbanding berita yang lain ,ada satu temu ramah dibuat bagi penduduk tempatan tentang ,APABILA BERLAKUNYA BANJIR ,BARANG APA YANG PALING LAKU?

antara jawapannya ialah;
-penyapu
-maggi dan minuman
-sabun
-berus
-ubat nyamuk(sebab lepas hujan kan byak nyamuk )
-penyodok dan macam2 lagi keperluan

namun ada satu barang yang paling laris di kedai ,khususnya golongan lelaki yang paling gemar membelinya ,tak lain tak bukan....JENG JENG JENG




                                               ROKOKK!!


lek lu bro ,sap kok lu! tenang sket haha ,bagus2




haha ,kenapa?sebab kebanyakan mangsa STRESS dengan apa yang mereka hadapi .Jadi rokok lah yang menjadi ubat untuk hilangkan stress mereka daripada berlanjutan.Hehe,pada musim banjir jugalah bertambah untung bagi pengeluar2 rokok di malaysia hahaha


amaran!;
merokok membahayakan kesihatan ,nasib takde bukak kedai syisya time banjir,konpem laku!!hak3


bagi yang susah nak berhenti merokok ,aku dengan baik hatinya nak kongsi PANDUAN BERHENTI MEROKOK.

kasanovas

zaman skang ,
budak tadika pon da pandai ada fb ,
mcam2 la diorang buat ,mengorat ape tah ..
antarnya ,dua orang budak neh yang HOT habis haa..
jangan pandang sebelah mata setengah ,diorang la KASANOVAS hehe




kiddin,
dua orang neh anak jiran aku ,
diorang bakal mengiringi pengantin pompuan (my sis) di ari perkahwinannya..comel en :D

kenapa mesti comel?




ku pasti ramai yang inginkan pasangan paras rupa yang cun dan comel lote,yang perempuan gilakan laki cam  min ho ,mizushima hiro ala laki2 yang muke jambu gitu lar.Manakala yang laki pulak gilakan perempuan yang cun and seksi ,cam megan fox atau fasha sanda (glamer kontroversi jek ) atau yang cute2 cam ayumi hamasaki ker yui ker .hehehe

baiklah ,satu kajian telah dijalankan oleh mamat yang bernama Tod dari akedemi sains di Amerika .
kenapa lelaki minat ngan perempuan cantik ?.Dan hasilnya;

kebanyakan lelaki lebih;
-cenderung melihat dari segi fizikal semata2 (maknanya pada paras rupa je),daripada menilai dari segi latar belakang seseorang perempuan itu .(ikut kajian je ye)

kebanyakan perempuan pula;
-cenderung memilih lelaki yang berlatar belakang yang baik ,(ada kewangan kukuh ),kurang dari segi paras rupa ,tetapi pandai mengambil hati mereka.
                                                                                                                                     (facts)

jadi tidak hairan la,kalau kita lihat ada pasangan yang ,aweknya cun melecun habis tapi pakwenye biasa2 jek en .Tapi ,semuanya terletak kepada individu sendiri ,samaada pasangan itu sesuai atau pun tidak.Kata orang jodoh tak kemana.Sebenarnya ,dalam islam ,nabi muhammad pernah berpesan, pilihlah lah pasangan yang 
  1. soleh dan solehah
  2. baik keturunan
  3. yang berilmu 
  4. ada paras rupa..

jika cukup empat ,insyaallah bahagia la pasangan itu ,tapi kita takleh harapkan yang "perfecto" semata2,semua orang ada kelemahan masing2 ,terserah pada kita la yang menerimanya ..



kalau Jamban Pon nak Comel .apatah lagi manusia hak3
kalau sume yang nak cun2 dan hensem2 jek ,camne ngn golongan yang tak bape cam aku neh nak survive ,aduhai T_T hehe.

p/s;on9 gne jiran punye broadband lagi ,lapar tol!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...